Langkau ke kandungan utama

CERPEN : MY FAKE GIRLFRIEND PART 5 ( LAST)

Assalamualaikum, Hai, anyeonghaseyo!. First sorry sbb post part last ni lmbat " Coretlah karyamu melalui hati yang tulus " By, Nurul Shuhada My Fake Girlfriend ♥ part 5 (last) SUDAH seminggu Aryan dan Nia tidak bertegur sapa. Hubungan Aryan dengan Aleesa sudah baik tetapi mereka masih lagi dingin. Pada hujung minggu itu, Nia, Laila dan Ijam keluar ke festival makanan thailand di ibu kota. "Kau murung je Nia. Kau ok tak ni? " soal Laila ketika itu mereka sedang menikmati makanan thailand. "Aku okay je" jawab Nia. Mee Tomyam yang masih lagi panas dimasukkan ke dalam mulut. Sedap. "Kau fikir pasal lelaki tu lagi ke? " soal Ijam melihat Nia yang sedang menikmati mee tomyamnya. "Hrmm" "Kau ada kitaorang Nia. Aku ada. Laila pun ada. Kami akan sentiasa ada dengan kau " ucap Ijam. "Haah betul tu Nia. Dia ada life dia yang baru. Kau ada kitaorang. Kenangan yang lepas jangan dikenang semula " nasihat Laila. Dia memegang bahu Nia. "Thanks korang. Ni yang buat aku semangat ni " kata Nia riang. Betul cakap Ijam dan Laila. Lupakan Aryan dan mulakan hidup yang baharu. Laila dan Ijam sudah tahu mengenai rancangan merapu dia dan Aryan. Pada mulanya, memang mereka marah kerana tidak memberitahu mereka awal2 lagi. Yang paling marah ialah Ijam. Ijam nampak sangat prihatin terhadap dirinya. "Wei korang aku nak pergi tandaslah. Sakit perut tiba-tiba ni." Ucap Laila tiba-tiba sambil memegang perutnya yang memulas. "Ni mesti makan mee ni. Tak apa lah, kau prgi tandas dulu. Nanti aku dengan Nia tunggu dekat depan pintu masuk. " kata Ijam. "Yaa baik. " kata Laila dan berlalu pergi ke tandas. "Ijam, Jom pergi jalan2 dulu. Laila lambat lagi aku rasa. Makanan aku pun dah habis ni " kata Nia. Ijam mengangguk. "Jom " Mereka beriringan berjalan melihat pelbagai gerai jualan yang terdapat di FestFood Thailand itu. Pengunjung yang ramai berjalan di ruang yang sempit itu menyukarkan Nia bergerak seiring dengan Ijam. Tiba-tiba Ijam dengan bersahaja mencapai dan memegang tangan Nia. "Nanti kau hilang pulak. Dahlah, kau tu pendek" kata Ijam sambil mengeratkan lagi pegangan tangan. "Mulut kaukan. " marah Nia. Dia mengetuk kepala Ijam. Dia membiarkan Ijam memegang tangannya. Mereka berjalan bersama-sama. "Hahaha Well. Jom pergi situ. " ajak Ijam ke gerai yang menjual souvenir yang comel. Mereka berjalan ke situ. Nia memerhati pelbagai jenis barangan seperti keychain, rantai tangan, cincin, gelang dan patung emoji. Nia mengambil cekak rambut yang terdapat bunga ros lalu memakainya di kepala Ijam. "Wahh, sesuai dengan kau. Boleh jadi perempuan ni" kata Nia sambil menahan ketawa. "Jahat kau. Meh sini." Ijam mengambil cekak rambut yang bertatah bunga matahari besar lalu meletakknnya di atas kepala Nia. "Hai Cik bunga matahari " kata Ijam sambil ketawa dengan kuat. "Hahaha, sewellah kau Ijam " mereka ketawa bersama-sama. Ijam menarik gadis itu rapat ke arahnya apabila ramai pengunjung datang menghimpit. "Nah, cuba kau pakai gelang ni " Ijam memakai gelang silver yang terdapat perkataan love di tangan Nia. "Cantik. Aku suka " kata Nia tersenyum. "Sesuai dengan kau. Aku beli dekat kau ehh " Ucap Ijam. Nia tersenyum. "Kau belilah jugak. Baru sama " Nia berkata. "Hrmm ok. Aunty ini dua berapa " soal Ijam pada peniaga itu. "Dua rm10 saja " "Ok saya beli " Ijam menyerahkan not RM 10 kepada Aunty itu. Ijam mencapai tangan Nia dan mereka berlalu pergi ke pintu utama tempat Laila menunggu. Tanpa disedari, Aryan yang kebetulan berada disitu ternampak segala perbuatan Nia dan Ijam. Mereka tampak seperti pasangan kekasih yang bahagia. Timbul rasa cemburu di hati. Nia sedang bahagia dengan orang lain. "KORANG pergi mana lama sangat? " soal Laila. "Ijam belanja aku gelang ni " ucap Nia riang sambil menunjuk gelang silver yang dipakai kepada Laila. "Elehh, gelang murah je pun. Aku pun boleh beli." kata Laila. "Murah pun berharga, kau tahu apa " kata Ijam sambil meluku kepala Laila. Dia sangat bahagia meluang masanya dengan Nia walau hanya sementara. Dia akui dia sudah jatuh cinta akan Nia sejak tingkatan 1 lagi. Hingga sekarang, dia belum meluahkan isi hatinya kepada Nia. "Sakitlah sewel. Dah jum balik. Aku penat " kata Laila lagi. Mereka bertiga berlalu meninggalkan tempat itu. ***** PADA waktu petang, Nia, Laila,dan Ijam membuat stayback di sekolah. Mereka bertiga mengulang kaji pelajaran di meja baru berhampiran kolam ikan. Setelah setengah jam belajar bersama, Laila meminta untuk pulang dahulu kerana ayahnya sudah tiba. "Aku balik dulu. Bye " ucap Laila dan mengemaskan alat tulisnya dan berlalu pergi. "Hrmm, tinggal kita dua je " kata Nia sambil melihat Laila hilang dari pandangan. "Kau tak suka ke kita berdua je. Nak aku balik? Kau study sorang2 " seloroh Ijam. "Mana adalah. Dah buat cepat nanti boleh balik cepat " Nia mencapai pensil dan membuat latihan. "Ijam ajar aku yang ni. Tak boleh selesaikanlah" minta Nia setelah beberapa minit menyelesaikan soalan yang sukar untuk. diselesaikan. "Mana? " Ijam mendekatkan dirinya dengan Nia. Pensil di tangan Nia diambil. "Oh senang je. Macam ni.." Ijam mula mengajar Nia cara menyelesaikan masalah kiraan itu. Nia mengangguk kepalanya tanda mengerti apa yang diajar oleh Ijam. Dari jauh, kelihatan Aryan memerhati mereka di balik dinding bangunan. Rahangnya naik tanda cemburu. Setelah beberapa jam mereka study. Akhirnya, Nia meminta diri untuk pulang. Ijam ditinggalkan keseorangan. Dia mula mengemas buku dan alat tulisnya. Tiba-tiba, Aryan datang dan menyapanya. "Ijam, aku ada benda sikit nak kasi tahu kau. " katanya mendatar. "Eh Aryan. Benda apa kau nak cakap? " "Aku tak boleh cerita dekat sinilah. Kita pergi rooftop " ujar Aryan serious. "Rooftop? Ha okay." Ijam pelik. Penting sangatkah hal itu. Dia mula tak sedap hati. KINI, mereka berada di rooftop bangunan E. Jauh dari pandangan orang. Aryan berdiri melihat permandangan waktu senja di atas rooftop. Kelihatan banyak bangunan pencakar langit sudah mula membuka lampu bangunan. Angin sepoi2 bahasa yang meniup rambutnya dibiarkan. Ijam yang berada di belakangnya memulakan perbualan. "Kau nak cakap apa? " soal Ijam. Aryan memusing badannya ke belakang menghadap Ijam yang berada tidak jauh darinya. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. "Jauhkan diri kau dari Nia " katanya. Ijam ketawa. Dia melihat Aryan. Baju kemeja biru lelaki itu sudah dibuka butangnya dan kelihatan baju tshirt hitam disebalik baju kemeja yang dipakai. Tak nampak macam pengawas pun. "Apesal pulak aku kena jauhkan diri dari Nia?" Soalnya sinis. "Nia hak milik aku! Aku cintakn dia. " Jerkah Aryan. "Kau ingat Nia barang? Nak jadikan hak milik? Aku takkan jauhkan diri aku dari Nia! Aku cintakan dia. " Kata Ijam. Sebab Nia jer, dia diajak naik ke atas. What the.. "Untuk pengetahuan kau. Aku orang pertama sukakan Nia. Aku cintakan Nia since kitaorang form 1 lagi. Kau tak ada hak nak pisahkan aku dengan Nia. Kau hanya playboy. Buaya darat." ucap Ijam lagi. Aryan bengang. Dia meluru ke arah Ijam dan menumbuk wajah itu. Ijam tidak mengalah, dia membalas tumbukan di mulut Aryan. Mereka bertumbuk sesama sendiri. Apabila mendapat peluang, Aryan menendang kuat perut Ijam. Ijam rebah di lantai bangunan. Perut yang senak dipegang. Bibirnya yang berdarah dan lebam dibiarkan. Aryan berdiri dihadapan Ijam. "Aku nasihatkan kau sekali saja. Jauhkan diri kau dari Nia. Kalau kau taknak kena lagi teruk " dia mengesat darah dibibir berlalu pergi. Ijam bangun dengan bersusah payah. Dia melihat ke arah Aryan. "Kau dah lupa seseorang ke? " Ucap Ijam hingga membuatkan Aryan berhenti melangkah. Dia pusing ke belakang "Apa maksud kau? " soal Aryan hairan. Ijam berjalan ke arah Aryan. Setelah dia berdiri di hadapan Aryan, dia berkata. "Puteri Aleesa. Kau nak letak dia di mana? Dalam stor? Bila kau nakkan dia baru kau keluarkan? Macam tu? " kata Ijam sinis hingga membuat Aryan terdiam. "Huh, aku nasihatkan kau sekali saja. Langkah mayat aku dulu kalau nak dapatkan Nia " Ijam menepuk bahu Aryan dan berlalu pergi. Seketika kemudian dia berhenti dan melihat ke arah Aryan semula. "Don't be too selfish bro. " Dia tersenyum sinis dan turun dari bangunan sekolah. Aryan terdiam di situ. Puteri Aleesa. Dia tidak terfikir pasal gadis itu. Dia hanya memikirkan cara mendapatkan Nia semula sahaja.Dia menguak rambutnya ke belakang kemudian terduduk. **** Keesokan harinya, Ijam datang ke sekolh dengan muka yang lebam. Ramai rakan sekelas terkejut melihat keadaan Ijam. Apabila ditanya, dia hanya menggeleng kepala dan tersenyum sahaja. Nia masuk ke kelas. Ketika dia mendekati Ijam dan Laila, dia terkejut. "Apa dah jadi dengan kau nj Ijam?" soalnya terkejut. Ijam tersenyum. " fake boyfriend kaulah punya pasal." Dia membuka buku latihannya. Berlakon seperti tiada ada apa2. "Maksud kau Aryan? " "Siapa lagi fake boyfriend kau? Dia jer la. Tapi takpa, sikit jer ni " ujar Ijam lagi. "Sikit kau kata. Lebam teruk ni. Dia dah kenapa? " Nia bengang. Apa masalah Aryan. Dia meletakkn begnya dan keluar dari kelas. Ada satu hal perlu diselesaikan. Dia berjalan menuju ke kelas Aryan. Dia masuk ke kelas Aryan dan menuju ke lelaki itu. "Ian, aku nak jumpa kau kejap. Kat luar" katanya. Aryan yang terkejut dengan kehadiran Nia mengangguk tanda setuju. Mereka pergi ke belakang bangunan. "Kenapa kau tumbuk Ijam? "Soal Nia. Aryan tersenyum. " Sebab ni je ke kau panggil aku? " "Iyerlahh, kau ingat apa?" Soalnya Nia. "Well, untuk menjawab pertanyaan kau tadi, aku tumbuk dia sebab kau " "Sebab aku? " Nia Hairan. "Haah. Sebab kau. Look, aku cintakan kau. Aku cintakan kau sejak kita di pantai tempoh hari. Aku tak boleh tolak perasaan ni pada kau. Tapi dalam masa yang sama aku nakkan Aleesa jugak. Aku jadi keliru sama ada kau atau Aleesa. Aku sedar sekarang, cinta pertama tak sama dengan cinta kedua dan cinta kedua lebih baik dari cinta pertama." "Apa yang kau merepek ni Ian? Aleesa lebih penting dari akulah " "Aku dah tak ada perasaan pada Aleesa lagi. Aku cuma ada perasaan dekat kau jer. Kalau orang tengok memang diaorang akan anggap aku jahat. Tapi itulah, hakikatnya. Aku cintakan kau. Aleesa hanya kenangan lama."ujar Aryan lagi. "Maaf Ian. Aku tak boleh. Tolong setia pada Aleesa." Nia berlalu pergi. Tak sangka, Aryan luahkan perasaannya. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi apakan daya. Ian hanya untuk Aleesa. 3 bulan sudah berlalu, sejak Aryan meluahkan perasaannya pada Nia. Dia sudah tidak lagi berjumpa dengan gadis itu. Tak sangka Nia menolak lamarannya. SPM juga sudah tamat. Kini hanya menunggu keputusannya sahaja. "Ian lepas ni nak pergi mana? " Tanya Aleesa ketika mereka sedang makan di Noodles Station. "Ian? " panggil Aleesa lagi. Tapi tidak disahut oleh Aryan. Lelaki itu hanya mengelamun dan menguis makanannya. "Ian.. " "Ian!" Panggil Aleesa sedikit kuat. Aryan tersedar dari lamunannya. "Kenapa?" Soalnya. "Nak pergi mana lepas ni? " soal Aleesa. "Ikutlah." "Hrmm, whats wrong with you? " Aleesa bertanya. "Nothing " balas Aryan sepatah. "Okay! Now cakap dengan Esya, apa masalah Ian sebenarnya?!" Dia meletakkn sudu dan garfu dipinggan dengan kuat. Tidak peduli pandangan pelanggan yang melihat. "Esya behave sikit " marah Aryan perlahan. "Kenapa Aryan diam, termenung, makanan tu tak usik pun?" Soal Esya. "Ian tak ade selera " "Tipu!. Cakap dengan Esya, why? "Katanya agak kuat. Aryan bengang. "Nak tahu sangat sebab apa?! Sebab Ian bosan! Bosan dengan benda yang sama kita buat. Shopping, outing, shopping, outing, itu aje. Ian bosan dengan Esya. Kita dah tak sehaluan. Selalu bergaduh then baik semula, after that bergaduh lagi." luahnya. Ramai pelanggan melihat pertengkaran meraka. Aleesa terkejut " Ian bosan dengan Esya?" Air matanya mengalir di pipi. "Yaa. Sebab Ian tak sanggup tengok Esya sakit lagi, Ian tahan benda tu. Ian cintakan orang lain " kata Aryan lagi. "Nia Atilia? " tanya Aleesa. "Yes, her." "Between Nia Atilia and me. Siapa Ian lebih cintai?" Soal Aleesa ingin kepastian. Walaupun, hakikatnya dia tahu Aryan cintakn Nia. "Nia Atilia " jawab Aryan penuh yakin. Ya, dia cintakn Nia Atilia. Aleesa tersenyum. " Baru Esya tahu, selama ini Esya cintakan orang yang tak cintakan Esya. Cinta Esya kosong. " Dia mengesat air mata yang mengalir. "Maafkan Ian. Ian bukan bermaksud ingin mempermainkan cinta Esya " kata Aryan dan menunduk kepalanya memandang lantai. "Tak apa. Esya redha. Pergilah pada Nia, Esya benarkan. Antara kita berdua dah tiada apa2 lagi. Esya undur diri dulu" Aleesa mengambil beg sandangnya dan berlalu. 7 TAHUN KEMUDIAN. Nia tergesa-gesa berjalan menuju ke kereta api bawah tanah. Baju kot dibetulkan. Cuaca di Paris yang sejuk membuatkannya memakai kot yang tebal. Setelah selasai membeli tiket. Dia bergerak ke tempat menunggu kereta api. Di tangannya penuh dengan barangan yang dibeli di pasar raya. Apartmentnya yang jauh dari pasar raya menyebabkn Nia perlu ulang alik menaiki kereta api bawah tanah. Pasti roommatenya sedang menunggu untuk makan malam bersama. Jam ditilik. Jam 6:30 petang. Dia Paris, pada jam itu sudah gelap berbanding di Malaysia. Sedang dia menunggu. Tiba-tiba tiket di tangannya terjatuh. Oh man. Barang dapur penuh ditangan. Dia perlu meminta pertolongan seseorang yanhmg berhampirannya. Dia melihat seorang lelaki yang berkot hitam. " Excuse me, sir. Can you help me? "Panggil Nia. Lelaki itu masih tidak menyahut. "Excuse me? " panggil Nia lagi kuat. Lelaki itu memaling mukanya melihat Nia. "Can you.." kata Nia terhenti apabila melihat lelaki tersebut. "Ian.." ucapnya perlahan. "Nia? " Aryan tersenyum. Tidak menyangka dia masih lagi dapat bertemu Nia di sini. Di negara orang. "Boleh ambil tiket tu? "Minta Nia. "Ouh ya." Aryan mengambil tiket itu dan mengambil sedikit barang yang dipegang Nia. "Biar Ian tolong pegang " "Thanks" ucap Nia. "Pergi mana nii?" "Nak balik rumah " "Hrmm boleh luangkan sikit masa dengan Ian boleh tak? Tiket nanti Ian beli lain " minta Aryan. "Hrmm, oklah " balas Nia. "Nia nak call roommate Nia jap, " ujar Nia lagi. Setelah selesai memaklumkan bahawa dia pulang lewat kepada roommate Nia, mereka bergerak ke sebuah taman yang berdekatan stesen kereta api bawah tanah. "Sambung belajar ke? " soal Aryan. "Haah, University of Paris. Ian? " "Paris-Sorbonne University. Nia apa cerita.? Dengan siapa sekarang? " "Hrmm.. Ian rasa dengan siapa? "Soal Nia . "Ijam? " Aryan berkata. "No, still single " Nia menunduk kepalanya ke bawah. Tapak tangan digenggam kerana terlalu sejuk. "Hah? Takkanlah. Apa dah jadi dengan Ijam " "Hahaha panjang ceritanya" "Jadi ringkaskanlah " "Perangai still tk berubahkan. Okay, macam ni cerita dia.." 7 TAHUN YANG LALU... Sewaktu Nia ingin pulang dari sekolah. Ijam memanggilnya. "Nia..aku ada something sikit nak kasi tahu kau" kata Ijam. "Something? Penting ke? Aku nak cepat ni " "Penting. Sekejap jer. " "Ya baiklah.. " mereka bergerak ke taman bunga sekolah. "Aku suka kau " luah Ijam penuh yakin. Ketika itu mereka sudah duduk di bangku. "Hah?? Apa kau cakap ni Ijam? Jangan berguraulah." Ujar Nia. Dia bangun dan ingin melangkah pergi tetapi Ijam memaut tangannya. "Betul Nia. Aku suka kau since kita form 1 lagi. " luah Ijam lagi. Dia melepaskan pegangan tangannya. "Ijam.." Nia ingin berkata tetapi dipintas oleh Ijam. "Aku jealous lihat kau dengan Aryan. Walaupun aku tahu korang hanya fake couple tapi hati aku sakit. Aku pendam rasa tu dekat sini saja" Ijam menunjuk hatinya. "Ijam.. aku... aku suka orang lain. " Nia menunduk kepalanya. "Maaf Ijam.. aku tak boleh terima kau." Kata Nia lagi. Ijam tersenyum " kau cintakn Aryan, bukan?" Nia mengangkat kepalanya dan merenung Ijam. "Macam mana? " "Dari cara kau tengok dia.. aku dapat tahu kau suka dia. " Nia menitiskan air matanya. Dia tidak mahu Ijam bersedih kerananya tapi dalam masa yang sama dia tidak boleh menerima Ijam kerana hatinya sudah dimiliki Aryan. Ijam mencapai tangan Nia lalu berkata. " Aku redha Nia. Aku luahkan semua ni supaya aku dapat ringan beban yang aku pikul kerana cintakn kau. Aku tahu pasti aku akan ditolak. Tapi tak salahkan kalau aku mencubakan?" Dia senyum. Ijam menyeka air mata Nia. "Aku sayang kau. Tapi aku lebih sayangkan persahabatan kita " Ijam menarik Nia ke dalam pelukannya. Nia membalas pelukan Ijam. "Maafkan aku Ijam " Nia berkata dalam tangisnya. "Aku maafkan kau Nia " Ijam mengusap perlahan belakang Nia. WAKTU KINI... "Ijam dengan Nia still kawan " nia akhiri ceritanya. Aryan menganggukkan kepalanya. "Ijam study di mana sekarang? " "Di Malaysia. Dia ada dapat tawaran pergi Korea. Tapi dia tolak sebab dia taknak berjauh dengan keluarga." Aryan tergelak." Anak manja " Nia hanya tersenyum. Suasana kembali sepi. Hanya kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. "Jum khawin " kata Aryan tiba2. "Hah? " Nia melihat Aryan disebelahnya. Dia seakan tidak percaya. Adakah Aryan sedang melamarnya? "Kata orang tua2 dulu, kalau jumpa balik setelah lama terpisah its means jodoh " Aryan menyembunyikan senyum "Haha, Ian sedang lamar Nia ke ni? "Soal Nia sambil ketawa. "Iyerlah, bukan senang tau, Ian nak lamar seseorang " Aryan membuat mimik muka berlagak. Nia tersenyum lagi. "Hrmm.. " "Hrmm apa? Terima jelah" "Ian mana boleh buat keputusan bagi pihak Nia. Sekejap nak fikir dulu " Nia berkata. "Hrmm Aleesa macam mana? " soal Nia. "Dia dah jadi tunang orang dah. Cepatlah terima. Jangan jual mahal pulak. Chance comes only once" desak Aryan lagi. "Nia...Nia .." "Takpelah, kalau Nia taknak terima. Siapalah Ian ni, buaya darat " Ian menarik muncung tanda merajuk. Nia ketawa. Pandai pulak, Aryan ni merajuk. "Ya, Nia terima " ucap Nia. "Hah? Apa? Tak dengarlah " Aryan sudah berbunga-bunga. "Nia terima lamaran Ian "kata Nia lagi. "Apa? Tak terima " Aryan berseloroh. "Ish.. Ian ni " marah Nia. Aryan ketawa kuat. "Iyerlah selekeh "Aryan menarik Nia di dalam pelukannya. Terima kasih kerana menerima si buaya darat ini menjadi pasangan hidupmu wahai si selekeh. Betul kata orang tua-tua dahulu, bila sudah jodoh, pusing satu dunia pun pasti akan ditemukan semula. Bergaduh seperti perang dunia kedua pun pasti bersama semula. Aku bahagia denganmu wahai sang jodoh. -TAMAT- yeahh, habis dah.. hope semua readers enjoy baca cerpen yg tk seberapa ni , segala salah silap dan typo saya mohon maaf.. ~ shuhada

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...