Langkau ke kandungan utama

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata

This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. 

All right reserved 2020.


"Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " 


By, Nurul Shuhada. 

I LOVE YOU, MY MAID 

Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.

 Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut. Wajahnya seperti orang yang baru bangun dari tidur, rambut yang digunting mengikut trend terkini itu nampak agak kusut. 

 "Kau ni sapa hah?!," soal Tengku Danial sambil menenyeh matanya. Kacau aku nak tidur ja. 

 "Saya Nur Nizrin, pembantu rumah baru di sini." Tutur Nizrin lembut. Wahh, hensem gila mamat ni. Macam iras Song Joong Ki dalam cerita Descendants of the sun tu. Amboi Nizrin gatalnya kau ni kan. 

"Pembantu rumah?. Mama Aku tak pernah ambik maid baru. Rumah aku dah ada pembantu rumah. Kau jangan pandai nak menipu. Kau sebenarnya nak mencurikan?. Kau blah sekarang sebelum aku panggil security!. Dasar perempuan tak sedar diri." Danial menolak Nizrin . 

Nizrin terundur ke belakang hasil tolakan Danial itu. Haduhh.. ni dah lebih ni. Kau ingat aku ni perempuan, aku lemah? takut? Tak langsung. Berani betul dia tolak aku?. Aku tarik balik kata2 aku tadi yang cakap mamat ni hensem. Monolog Nizrin. 

 "Woi brother, kau ni sapa hah nak tolak aku?!. Lelaki kurang diajar. Meh sini aku tolong ajarkan." Nizrin berjalan ke arah Tengku Danial dengan pantas menarik rambut lelaki itu kuat. 

 Danial pun tidak mengaku kalah. Dia menarik juga rambut Nizrin yang diikat tocang itu. Mereka saling menarik rambut mereka hingga jatuh dan terguling-guling atas rumput di halaman rumah agam itu.

 "Astaghfirullahalazim, Tengku Danial. What are you doing?!. Berhenti sekarang! " jerkah Datin Aminah yang baru sahaja keluar dari rumah selepas mendengar seperti orang sedang bergaduh.  

Serta-merta, adegan tarik menarik rambut itu berhenti. Nizrin dan Danial bangun dan mengibas baju mereka. Rambut mereka sudah tidak terurus dan berserabut seperti semak-samun. 

 "Dia ni mama nak menyamar jadi pembantu rumah kita. Padahal nak mencuri barang. Tak padan dengan perempuan. Dasar tak sedar diri." sinis sekali ayat Danial. 

 "Kau jangan nak memuduh eh, kau tu lelaki tak budiman. Cari fasal dengan perempuan!." marah Nizrin balik. 

 "Sudah2 latu." Tegur Datin Aminah. 

Dia melihat Nizrin, "Pembantu rumah? " Datin Aminah berfikir. 

 "Ouh, kamu Nur Nizrin kan? " sambung Datin Aminah. Dia baru teringat dia ada mencari seorang pembantu rumah baru untuk menggantikan Kak Yati. Nizrin mengangguk. 

 "Kamu nilah Danial suka buat spekulasi. Ni, mama kenalkan Nur Nizrin, our new maid yang gantikan Kak Yati." jelas Datin Aminah. 

 "What?!, maid baru? Mama tak bagitahu Danial pun ada maid baru." Kata Danial, sempat lagi menjeling matanya pada Nizrin. Nizrin membalas jelingan tersebut juga. 

 "Hari tu, mama dah bagitahu Danial. Danial yang sibuk main phone sampai tak dengar. Dah Nizrin jum kita masuk panas ni" ajak Datin Aminah. 

 Nizrin mengangguk dan mengikut Datin Aminah masuk ke dalam rumah. Sempat lagi dia menjelir lidah pada Danial. Danial tersentak. Dia terus menunjuk buku limanya kepada Nizrin. 

 Danial melihat kedua-dua mereka masuk ke dalam rumah. 

That girl was pretty nice. Comel bila dia marah. Jatuh cinta?. Entahlah. 

 Danial mengeluh lalu masuk ke dalam rumah.

 **** 

 Nizrin memulakan kerjanya dengan membasuh dan menyusun pinggan mangkuk. Kata Datin Aminah hari ini dia hanya perlu mengemas dapur sahaja. Tambah Datin Aminah lagi, Nizrin akan memulakan kerjanya dari pukul 2 hingga 5 petang sahaja. Dia sudah disediakan sebuah bilik untuk berehat atau membuat kerja sekolahnya.

 Dia juga diminta untuk tinggal di situ. Perkara ini sudah dimaklumkan pada ibunya tadi. Ibunya sudah memberi kebenaran untuk tinggal disitu kerana berhampiran dengan sekolahnya. 

 Danial yang baru sahaja turun dari biliknya melihat Nizrin sedang melakukan kerja. Dia pergi ke Nizrin. 

 "Woi perempuan" kejut Danial.

 "Oh mak kau, hishh. Kau ni kan selalu cari fasal dengan aku. Lagi satu, nama aku bukan perempuan. Nama aku Nur Nizrin bt Osman." marah Nizrin kemudian menyambung kerjanya semula. 

 "Do I care?. Perempuan, buatkan aku jus oren. Bagi kat aku di luar. Cepat sikit" arah Danial dingin. 

"Aku ada namalah. Hishh." 

Danial buat tidak tahu lalu menapak ke luar rumah. Itulah rutin hujung minggunya. Dia akan habiskan masanya di halaman belakang. Nizrin membawa Jus oren yang siap kepada Danial. Dia meletakkan di atas meja di tepi Tengku Danial. Selesai tugasnya, dia melangkah ingin masuk ke dalam rumah. 

 "Woi perempuan, tunggu " Ishh. Aku ada nama la. Laki ni laa, aku tengok kecik besar je. Ngomel Nizrin. 

 "Apa? " soalnya. 

 "Air ni manis sangatlah. Buat air lain, aku nak milo." Tengku Danial menyerahkan gelas berisi jus oren itu semula kepada Nizrin. 

 "Minta elok2 sikit tak boleh ke ? " marah Nizrin. 

 Danial mengalih wajahnya ke arah Nizrin. 

Kau nak aku cakap elok2??. Okay, I will do it for you. Just for you. Danial bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Nizrin sehingga berhadapan dengan Nizrin. Kedudukan mereka sangat dekat hingga dapat mendengar hembusan nafas masing-masing. 

 "Sayang, buatkan abang milo panas. Abang dah dahagalah." Bisik Danial dekat dengan telinga Nizrin. 

Nizrin kaku. Dia memusing dan berlari ke dapur dengan wajah yang malu. 

 "Hahaha, cakap macam tu pun dah malu. Ape la " gelak Danial. 

Kemudian dia tersenyum. tTangan mula dibawa ke dada kiri. Ada detak bunyi disitu. Dia suka perassan sebegitu seperti rama-rama yang menari di dalam perutnya.

Dia mula suka melihat wajah Nizrin semasa gadis itu dalam keadaan malu . Comel sangat. Mukanya merah-kemerahan. Danial suka. Timbul satu perasaan aneh di hatinya. 

Jatuh cinta? Maybe. 

 Nizrin muncul dengan membawa secawan milo. "Nah air awak. Jangan nak mengada suruh saya buat lain" ujar Nizrin. Hilang sudah panggilan aku-kau yang selalu digunakan. 

 "Thanks. Tapikan, sejak bila guna panggilan saya-awak ni?. " Danial senyum mengusik. 

 "Erkkk.. ma..mana ada aku gunalah". Nafi Nizrin. Nizrin melangkah pergi tetapi dipanggil semula oleh Tengku Danial. Eee,mamat ni laa.

 "Kenapa? Ada apa? Nak buat apa? " soal Nizrin malas. 

 "Kau ambil milo ni. Lepastu minum kat bekas aku minum tadi. " Suruh Danial. Hatinya sudah tersenyum riang. 

 Nizrin yang tidak syak apa2 itu terus minum air tersebut di tempat Danial minum tadi. 

 "Wow, you kiss me. Thanks. " Danial mengenakan Nizrin lagi sekali. Dia tersenyum puas. Dia mencubit pipi Nizrin perlahan dan berlalu pergi. 

 Wajah Nizrin mula menjadi merah. Malunya. Dia kenakan aku 3 kali. Ibu.. tolong Rin. 

Tengku Danial jaga kau. Getus Nizrin geram.

 Dari jauh kelihatan Datin Aminah yang melihat mereka dari tadi. Hatinya senang melihat kelatah Danial dan Nizrin. Danial sekarang sudah berubah. Dulu Danial tidak banyak cakap dan selalu menyendiri. Perkara ini berlaku setelah ayahnya pergi menghadap ilahi 3 tahun yang lalu akibat kemalangan. 

Tengku Danial sangat rapat dengan ayahnya berbanding dia. Tapi, kehadiran Nizrin seperti memberi semangat baru untuk Danial. 

 Danial masuk ke dalam biliknya. Dia menyandar badannya di pintu bilik. Dia memegang dadanya. Berdebar. 

Wahh, untuk kali pertama dia sudah jatuh hati. 

Jatuh hati pada Nur Nizrin?. Yes! 

 "Nur Nizrin you drive me crazy " ucap Danial perlahan kemudian tersenyum . 

Love at first sight was the best things ever.

 *** 

 Nizrin terpaksa bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan buat penghuni rumah agam itu. Selepas itu, dia perlu bersiap untuk ke sekolah. Selesai menyediakan semuanya. Dia keluar untuk ke sekolah tapi ditegur oleh Datin Aminah. 

 "Rin marilah makan sekali, nanti baru ada tenaga sikit nak belajar " Ajak Datin Aminah. 

 "Ehh, tak mengapa Datin. Saya dah makan tadi. " tolak Nizrin lembut. 

 "Orang dah ajak makan. Makan je la. Suka tolak rezeki. Tak bersyukur langsung " muncul Danial yang siap dengan uniform sekolahnya. 

 Lelaki ni la suka buat aku rasa bersalah. 

"Baiklah Datin " putus Nizrin. Hatinya geram melihat Danial yang sengaja membuat moodnya spoil. Suasana di ruang makan itu senyap. Hanya kedengaran sudu dan garfu berlaga sesama sendiri.

 "Sedaplah nasi goreng ni, mama. Mama ke yang buat?" puji Danial. Serious memang sedap. 

 "Taklah, Nizrin yang buat. " kata Datin Aminah selamba. 

 Danial yang menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya tersedak tiba-tiba. Nizrin yang melihat aksi itu. Tergelak kecil. Baru kau tahu penangan Nasi goreng Cik Nur Nizrin ni. Danial yang melihat Nizrin ketawa kecil menahan malu. Haduhh. Malu siot. 

 "Apalah kamu ni Danial. Makanlah baik2 sikit. Ehh wait , kamu berdua ni sekolah sama ke? " ujar Datin Aminah teruja. Mereka berdua terkejut. Danial melihat lencana sekolah Nizrin. Sama. 

 "Entahlah ma, Danial tak perasan pun kewujudan perempuan ni " Tengku Danial meneruskan suapannya. 

 "Saya pun tak perasan kewujudan lelaki ni, Datin. " balas Nizrin. Kau nak main dengan aku sangatkan.  

"Apa2 je la kamu berdua ni. Tapi, bagus jugaklah. Nanti Nizrin boleh tumpang Danial pergi sekolah" ujar Datin Aminah senang. 

 "Ehh tak apa Datin. Saya boleh jalan kaki. " 

 "Tak usahlah. Memenatkan. Lagipun saya tengok Danial okey je. " Nizrin akur. Danial mengangguk. 

Yes, boleh tengok Nizrin tiap2 hari. Wahh, indahnya hidup.

 ****

 Kereta yang dibawa oleh Danial berhenti di tempat parking yang dikhaskan untuk pelajar. 

 "Ok..thanks " ucap Nizrin . 

Dia ingin keluar dari kereta itu dengan cepat agar tidak timbul spekulasi dia dengan Tengku Danial. Belum sempat ingin membuka pintu, lengannya dipegang oleh Danial. Nasib berlapik kalau tak. Nahas la Tengku Danial. 

 "Kenapa dengan kau ni?. Lepaslah" Nizrin menolak tangan Danial supaya melepaskan tangannya.

 "Balik nanti balik dengan aku. Kau tunggu aku dekat sini. Kau balik pukul 2 kan?" Tanya Danial.

 "Hrmm, pukul 2. Tapi, takpayah la nak hantar aku balik. Aku balik sendiri. " tolak Nizrin. 

 "Ehh, takada2. Kau kena juga balik dengan aku. Lagipun, jalan kita sehaluan kan. " putus Danial.

 Nizrin merengus. Dia keluar dari kereta itu tanpa mempedulikan Danial. Pintu kereta Danial sengaja ditutup kuat. Haduhh. Perempuan ni. Nak marah tu jangan la buat my beloved car. Aku sepuk kang. Ngomel Danial. Dia keluar dari kereta dan pergi ke kelasnya. 

 **** 

 Suasana pada waktu rehat bagi tingkatan 5 dan tingkatan 6 itu riuh-rendah. Ada yang beratur membeli makanan. Ada yang sedang berborak sambil menikmati hidangan mereka. Ada yang membuat bising. Nur Nizrin hanya mengelamun sahaja melihat gelagat pelajar di situ. Dia tidak makan apa-apa kerana dia bukan seorang yang suka makan di sekolah. 

 "Kau menungkan apa Rin?" Soal Liyana yang sedang menikmati bihun sup itu. 

 "Kau ni bukan tak kenal aku. Aku kan seorang pemerhati yang professional. So, apalagi aku tengah usha senior yang handsome2 ni. "Seloroh Nizrin. 

 "Kau ni memangkan. Gatal tak kena tempat. " Liyana memeruskan menikmati makanannya. Kemudian dia terlihat seorang senior dari tingkatan 6 atas sedang melihat ke arah mereka. Dia hairan. 

 "Rin, kau tengok senior tu asyik tengok kita je. Tah2, dia fall in love antara salah satu daripada kita? " kata Liyana teruja. 

 Nizrin melihat ke arah yang ditunjuk oleh Liyana. Dia terkejut. Tengku Danial sedang melihat ke arah dia dan Liyana. Dia menunjuk buku limanya ke arah Tengku Danial. Lelaki itu kelihatan tergamam.

 "Wei Yana, aku nak masuk kelas dulu. Kau boleh tak duduk sini seorang?. " 

 "Ha ok, pergilah. Aku ok " kata Liyana menunjuk simbol ok pada Nizrin. 

 Tengku Danial yang melihat Nizrin ingin pergi cepat2 bangun dan mengejar Nizrin. Entah kenapa dia mengejar Nizrin. Nizrin berlalu pergi mungkin sebab rimas melihat Danial asyik merenungnya dari jauh. Dia rasa bersalah. 

 "Danial kau nak pergi mana? " panggilan rakannya tidak diendahkan. Dia berlari pantas ke arah Nizrin. Hampir dan hampir, kemudian dia terus menyambar lengan Nizrin. Nizrin agak terkejut cepat menarik lengannya. Akibat tindakan refleks itu, dia seakan tidak seimbang lalu terjatuh tersungkur ke belakang. Pada masa itu juga , seorang pelajar lelaki membawa air lalu ke arah Nizrin. 

Tiba-tiba... Kedebuk!.. Habis baju Nizrin basah terkena air minuman pelajar tadi. Semua pelajar disitu mengetawakannya. 

Dia malu + marah + sakit hati. Dia melihat Danial melihatnya. Riak muka lelaki itu seakan bersalah. Kau buatlah muka bersalah macam mana sekalipun aku takkan beri kau belas kasihan. Monolog Nizrin. 

Dia bangun dan pergi ke arah Danial dengan muka yang geram. "Kau ni kenapa hah?!. Tak habis2 nak kacau hidup aku. Kau pergi mampuslah lelaki tak guna!" Jerkah Rin sambil menolak Danial. 

Semua disitu terkejut melihat pelajar tingkatan 5 memarahi senior tingkatan 6 atas. 

 "I'm sorry " ucap Danial perlahan. 

 "Sorry2.. sorry naik lorrylah. Kau jangan kacau hidup aku!. Lelaki tak guna " kata Nizrin kuat dan berlalu pergi. 

Semasa dia memusing ke belakang, air matanya mengalir keluar perlahan-lahan dari matanya. Dia malu. Danial berasa bersalah ya amat pada Nizrin. Dia sudah memalukan kesayangannya di depan pelajar. 

 "Apa korang tengok?!. Tak habis2 lagi ke?!. Busy body. Pergi blahh la "jerkah Tengku Danial kuat membuatkan semua pelajar beransur-ansur pergi. Dia menguak rambutnya ke belakang. Masalah! .

 **** 

 Nizrin sibuk memotong sayur untuk makan malam di dapur. Dia sudah melupakan kejadian yang berlaku di sekolahnya tadi. Walaupun itu adalah kenangan yang sangat pahit. Tiba-tiba, Tengku Danial datang ke dapur. 

 Dia berdiri di belakang Nizrin. Memerhati tingkah laku gadis itu. Dia kelu. Tak tahu apa yang harus dicakap. Nizrin perasan Tengku Danial berada dibelakangnya. Dia saja menyibukkan dirinya.

 "Nizrin, aku tahu aku salah. Tapi, kenapa tadi kau tak tunggu aku?. Aku dah cakapkan ,kau pulang dengan aku " luah Danial kecewa. 

 Nizrin diam. 

 "Nizrin .." "Nizrin .." "Rin.. sayang " 

 "Kau nak apa hah?. Diam boleh tak. Aku tak cakap pun tadi nak balik dengan kau." marah Nizrin.

 Sebenarnya, Dia terkejut mendengar Danial memanggilnya sayang. 

 "Finally, kau cakap juga. Lepas aku sebut sayang baru kau bersuarakan. Kau suka ehh" usik Danial.

 "Mulut aku. So, lantaklah. "Balas Nizrin. 

 "Okay2, Rin.. aku minta maaf. Please forgive me. Aku tak tenang tau tak. Kau buat aku macam ni "

 "Padan muka " Nizrin sudah selesai memotong bahan2 untuk makan malam, dia membasuh tangannya kemudian berjalan keluar dari dapur. Danial mengejar Nizrin. Apabila dia berada di hadapan Nizrin Dia melutut. Nizrin terkejut. 

 "Aku tahu aku salah. Maafkan aku please2" ucap Danial. Ahh, jatuh saham aku kalau kawan2 aku tengok ni. Bisiknya. 

 "Wei2, janganlah buat macam ni. Dah2 lah" kata Nizrin kalut. 

 "Tak , aku takkan bangun selagi kau tak maafkn aku" 

 "Hishh, yela2. Aku maafkan. " 

 "Betul ni? "Nizrin mengangguk. 

 "Thanks Rin." Nizrin hanya senyum malas. 

Kemudian berjalan ke arah biliknya. Tiba-tiba, Danial memanggilnya sekali lagi. 

 "Apa lagi? " 

 "I love you, my maid "luah Danial. Dia menghadiahkan Nizrin sebuah kenyitan yg mengoda. Wajah Nizrin merah-kemerahan. 

 "Kau dah makan ubat ke belum.? Aku tak suka kaulah. Lagi satu, Aku bukan maid kau. Aku maid mma kau je!." kata Nizrin lalu masuk ke dalam biliknya dengan pantas. 

 Tengku Danial tergamam. Kena rejected? Takpa2, ada banyak masa lagi. 

 *** 

 Pagi itu, Nur Nizrin memutuskan untuk pergi ke sekolah sendiri. Selepas siap menyediakan sarapan dia keluar pergi ke sekolah. Tengku Danial sudah siap untuk ke sekolah selepas bersarapan. Dia mencari kelibat Nizrin tiada. Takkan dah pergi sekolah dah. Tadi pun, tak sarapan sekali. Kenapa?. Marah ke sebab aku luahkan perasan aku. 

 "Mama nampak Rin tak? Danial nak pergi sekolah dah ni." Soal Danial. 

 "Mama tak nampak pun. Dia pergi dah kot. Kamu pergilah, dah lewat ni " 

 "Yee.. baiklah " Danial mengambil begnya dan menuju ke kereta. 

 **** 

 Setiba Danial ke sekolah. Dia cepat keluar dari keretanya dan berlari ke kelas Nizrin. Apabila dia sampai ke kelas Nizrin, selamba dia masuk ke dalam kelas tersebut. Semua pelajar melihat ke arah Tengku Danial yang tercungap-cungap selepas letih berlari. Nizrin juga terkejut melihat Tengku Danial.  

Dia pantas berjalan ke arah Nizrin dan menarik tangan tersebut keluar dari kelas tanpa mengendahkan rakan kelas Nizrin yang melihat mereka. Nizrin cuba melepaskan pegangan Tengku Danial tapi gagal. Nizrin dibawa ke belakang bangunan sekolah.

 "Lepaskan lah, " Nizrin menarik tangannya. 

 "Kau ni kenpa tarik aku ke sini?! " Soal Nizrin kasar selepas itu mengusap lengannya yg dicengkam kuat oleh Danial tadi. 

 "Kenapa kau tak tunggu aku tadi?!. Aku dah cakapkan, kau kena pergi sekolah dengan aku. Aku! " marah Danial. Jari telunjuk dituju ke arahnya. 

 "Lantak kat akulah nak pergi dengan siapa. Kau sibuk kenapa? " marah Nizrin balik. 

 Tengku Danial geram. Dia menguak rambutnya kebelakang. Tienya dilonggarkan sedikit. Lengan baju Dia bercekak pinggang. 

 "Aku punyalah risau nak mampus, kau boleh cakap aku sibuk kenapa?. Sampai hati kau kan " ujar Danial geram dan melihat Nizrin atas bawah. 

 Nizrin menjeling matanya ke atas. " Aku tak suruh kau risaukan aku pun. Aku dah selalu pergi sekolah seorang2, tak jadi apa pun. Yang kau nak risau nak mampus tu dah kenapa?. Dahlah aku malas nak bertekak dengan kau. Kelas dah nak start aku pergi dulu. Bye! " ucap Nizrin lalu melangkah pergi.

 Tengku Danial tersentak. Dia kemudian berjalan ke arah Nizrin dengan cepat dan memeluk gadis itu dari belakang. Nizrin tergamam. 

 "Aku risaukan kau sebab aku dah mula sayang dekat kau. Aku takut ada apa2 jadi kat kau sebab tu aku marahkan kau . Aku cintakan kau sangat2 dan untuk kali pertama, aku betul2 sayang kat seseorang. Aku tak pernah rasa macam ni. Aku takkan lepaskan kau pergi Nizrin, ingat tu. " ucap Tengku Danial perlahan di telinga Nizrin. Dia melepaskan pelukan dan berlalu pergi meninggalkan Nizrin. 

 Nizrin terkaku. Lidahnya kelu tidak tahu ingin cakap apa. Tengku Danial benar2 sayang dekat dia. Mukanya merah. Dia berjalan perlahan-lahan2 masuk ke kelas. 

 ****

Jam menunjukkan pukul 2 petang , waktu pulang bagi pelajar SMK Seri Permai. Nur Nizrin menuruni tangga dengan buku penuh di tangan. Hampir saja dia ingin tersadung. Azam Ahzuan yang ternampak Nur Nizrin sedang bersusah payah turun tangga pergi ke arah gadis itu untuk menolongnya. 

 " Rin.." panggil Azam. Nizrin memberhentikan langkahnya dan memusing ke belakang. Dia senyum kepada Azam. 

 "Kenapa Az?" 

 "Meh, sini saya tolong bawa buku Rin. Berat tu" pelawa Azam. 

 "Ehh, tak berat pun ringan je ni " Nizrin menolak lembut pelawaan Azam. 

Tengku Danial yang baru sahaja turun dari tangga terdengar perbualan antara Azam dan Nizrin. Ni tak boleh jadi ni. Perempuan ni tak tahu ke, dia milik aku!. Aku yang layak tolong dia bukan jantan tu!. Bisik Danial geram. Dia merengus kasar lalu berjalan ke arah mereka berdua. 

 " Rin.. bak sini buku tu. Aku pegangkan. Lain kali ,kalau dah tau kena bawa banyak buku, panggil aku!. Aku boleh tolong pegangkan. " berleter Danial. 

Dia mengambil buku di tangan Nizrin Kemudian memegang tangan gadis itu dan menariknya pergi tinggalkan Azam keseorangan. Nizrin hanya mengikut sahaja langkah Danial. Dia terkelu. 

Mamat ni Jealous tahap dewa betul la. Azam terpinga-pinga melihat Danial menarik tangan Nizrin dan tinggalkan dia keseorangan disitu. Aduhh, Senior aku seorang ni. Angau. Dia senyum sambil mengeleng-geleng kepalanya kemudian berlalu pergi. 

 **** 

"Masuk! " Danial membuka pintu keretanya seraya menolak Nizrin masuk ke dalam perut kereta. 

 Pintu ditutup kasar lalu dia berlalu ke arah pintu kereta belah pemandu. Dia meletakkan buku Nizrin di belakang. Kemudian menyandar di kerusi pemandu setelah menghidupkan enjin. Matanya dipejam sementara menunggu enjin keretanya panas. 

 "Aku tak suka kau dekat dengan mana-mana lelaki. Kau cuma boleh dekat dengan aku je. Just me. " ucap Danial mendatar. Matanya masih lagi tertutup. 

 "None your own business. Kau siapa nak arah2kan aku?!" Suara Nizrin agak tinggi. 

 Tengku Danial geram. Dia membuka matanya. Kemudian beralih melihat Nizrin. Dia merenung tajam ke arah Nizrin.

 "Aku siapa??, Aku Tengku Danial Tengku Amran. Aku akan membuatkan Nur Nizrin jatuh cinta pada aku. Hanya aku!" suara Danial ditekan. 

Tengku Danial benar2 obses dengan Nur Nizrin. Tiba-tiba, Danial merapatkan dirinya hampir dengan Nizrin. Nizrin ketakutan, dia menjarakkan dirinya hingga badannya tersandar di pintu kereta. Mata dipejam. Dia tidak boleh kemana-mana kerana pintu sudah dikunci. Sudahlah hanya mereka sahaja yang ada di tempat parking itu. Air matanya mengalir jua. 

 Jari Danial menyentuh lembut bibir Nizrin. Air mata gadis itu diseka perlahan. Nizrin hanya mampu diam kerana kedua tangannya sudah dipegang erat oleh Danial. Sejak bila, dia pun tidak tahu. 

 " I love you " ucap Danial di telinga Nizrin. Kemudian menjarakkan dirinya. Seat belts ditarik dan dipakai.

 "Dah jangan nangis. Aku tak buat apa-apa pun. Pakai seat belts tu " arah Danial. 

Nizrin akur. Dia menarik seat belts itu dan memakainya. Kereta Tengku Danial memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah. 


 **** 


Nizrin yang sibuk mengemas ruang tamu, disapa oleh Tengku Danial. Sejak peristiwa di dalam kereta hari itu, Danial sudah melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Nizrin jatuh cinta padanya. 

 "Rin.. awak free tak petang ni? " soal Danial lembut. Kalau nak pikat si dia.. mesti kena cakap lembut2, baru cair nanti. Hehehe. 

 Sejak bila mamat ni tukar nama panggilan ni. Pelik bin ajaib. Takpalah layan jelaa. Bisik Nizrin. Nur Nizrin tahu Danial cuba memikatnya, sudah banyak cara Danial lakukan dan sedikit sebanyak, Nur Nizrin juga sudah mulai jatuh hati dengan Danial. 

 "Hrmm, free. Kenapa? ""

Great!. Saya nak bawa awak pergi pantai. Saja nak kasi awak santai2.. sebab nantikan nak SPM. " tutur Danial. Padahal nak tackle Nizrin. 

 "Hrmm boleh je.. tapi cuaca macam tak mengizinkan je " 

 "Cuaca okay je la..saya tahu. Awak pergi bersiap dulu. Saya nak kasi tahu mama, nak bawa awak keluar " Nizrin mengangguk. 

Wahh bestnya boleh pergi pantai. Tak sabarnya.. Monolog Nizrin. 

 **** 

 "Bagusnya ramalan kau. Memang tepat plus padat  sendat. " sindir Nizrin sambil melihat hujan yg lebat di luar kereta. 

 "Hey awak, setiap ramalan tak semestinya betul. Best pe, bila hujan2 mcm ni " ujar Danial.

 "Bestla sangat. Kita nak buat apa ni? Nak balik? " soal Nizrin. Musnah harapannya nak main air laut.

 "Hrmm, kita dah sampai sini. Takkan nak balik dah. Kita duduk dalam kereta je laa. Menikmati detik2 terindah." Danial menyembunyi senyumannya. 

 "What do you mean by detik2 terindah?" Soal Nizrin hairan. 

 "Nothing " Danial mengeluarkan Iphonenya. Dia mengambil earphones lalu menyumbat ke telinga . 

Screen iphone di-scroll atas bawah. Nizrin hanya merengus. Berapa lama dia harus tunggu dalam kereta dengan mamat ni?. Dia tidak tahu ingin membuat apa. Dia melihat titisan air hujan di tingkap kereta Suzuki Swift milik Tengku Danial. Tangan disilang kerana kesejukan. Ahh, bosan!. 

 Tengok Danial mengalih wajahnya melihat Nizrin. Hrmm, pasti dia bosan. Nampak pun tahu. Kesiannya buah hati aku. Getus Danial. Danial mengeluarkan earphone di telinga kirinya lalu menyumbat ke telinga Nizrin. Satu lagi earphone di bahagian kanan telinga dialih ke arah bahagian telinga kirinya. 

Dia kembali melihat Iphonenya. Nizrin yang terkejut bila telinganya disumbat earphones melihat ke arah Danial yang terlalu fokus pada iphonenya. Nizrin memerhati segenap wajah milik Tengku Danial. Hrmm, hensem. Memang macam Joongki. Dia tersenyum. 

 Danial yang merasa seakan dilihat oleh Nizrin, mengalih wajahnya. malu.

 "Kenapa tenung saya macam nak makan je?. " soal Danial. 

 "Erkk, mana ada aku tengok kau " nafi Nizrin kalut. 

 Danial hanya tersenyum melihat kelatah Nizrin. " Awak.. tenunglah berapa lama pun. Saya kasi sebab saya ni hanya milik awak je " ucap Danial. 

 "Werkk.. nak muntah lak pulak. Plastik ada tak?" Nizrin membuat aksi ingin muntah. 

 "Amboi.. jahatnya " ucap Danial seakan sedang marah. Suasana senyap. Hanya kedengaran bunyi hujan dari luar kereta. 

 "Errr... kenapa kau suka aku ehh??. Aku ni takde apa yang special pun. Cantik pun tak." soal Nizrin ingin tahu. Sudah 3kali Danial purposenya. Apala yang istimewa sangat padanya?. 

 "Saya suka awak bukan sebab awak cantik ke tak. Saya suka awak sebab awak mempunyai hati yang sangat mulia. Every girl I have been meet, awak lah yang lain dari lain. Luaran awak nampak kasar tapi dalaman awak nampak lembut. Saya suka. Dan saya akui ini adalah kali pertama saya jatuh cinta. Saya cuma nak awak ada di sisi saya je. Saya jealous bila awak rapat dengan lelaki lain.. saya cuma nak awak pandang saya je bukan orang lain " Ucap Danial merenung Nizrin. 

Iphone disimpan. Nizrin mengalih wajahnya apabila ditenung oleh Danial. Jujur, dia sangat terharu dengan jawapan Danial.Dia sudah jatuh cinta dengan Danial. Danial berjaya buatkan dia jatuh cinta pd lelaki itu. Nizrin hanya diam. Pandangan dihala ke luar tingkap. Hujan sudah tidak lebat. 

 Danial hampa. Tiada respon dari Nizrin. Dia melihat Nizrin seperti kesejukan. Dia membuka sweater hitam yang dipakai lalu disarung ke tubuh Nizrin. 

 "Thanks" ucap Nizrin tersenyum.  

"My pleasure sweetheart. Hrmm, awak boleh tak ubah panggilan kau-aku tu " 

 "Hah tukar, why? " soal Nizrin. 

"Tak cool la. Guna la kata ganti nama yang lain. Macam I ke Biyy ke " 

 "Hahaha okay . Nanti aku tukar. "

 "Hrmm nice. Hujan dah berhenti tu. Jum la keluar. " ajak Danial. 

"Okay jum. " kata Nizrin teruja. 

 "Awak keluar dulu. Ada something aku nak buat kejap " suruh Danial. 

Nizrin mengangguk lalu keluar. Danial yang berada dalam kereta mengeluarkan sekotak baldu merah dari dashboard kereta. Kotak itu dibuka dan merenung dua bentuk cincin couple dibuat daripada emas perak. Cincin tersebut bertatah nama dia dan Nizrin. Cincin itu ditempah khas seminggu sebelumnya. 

Dia juga yg merancang untuk mengajak Nizrin ke pantai hari ini. Memandangkan Nizrin memang suka pantai. Semuanya harus berakhir pada hari ini juga. Dia sudah tidak mampu menanggung rasa lagi. Okay, Tengku Danial. You can do it. Dia keluar dari kereta dan pergi ke arah Nizrin yang sedang bermain dengan air laut. 

 "Nizrin ... " panggilnya sedikit kuat. 

 "Yaa.." Nizrin mengalih ke arah Tengku Danial yg sedang berjalan kearahnya. 

 Tengku Danial berhadapan dengan Nizrin. Dia menghembus nafas. Ini kali pertama dia berdebar-debar dengan sangat kuat. Nizrin hairan. Kenapa dengan mamat ni?. Rambut yang menutupi wajah akibat ditiup angin diselak lembut. 

 "I have something to tell to you. Dan saya harap awak menerimanya. " ucap Danial. 

Nizrin mengangguk. Dengan tiba-tiba, dia melutut di hadapan Nizrin dan membuka kotak baldu tadi ke arah Nizrin. Pengunjung yang berada di situ teruja melihat ke arah mereka. Nizrin kelu. Dia menutup mulutnya dengan tapak tangan. 

 "Nur Nizrin...saya Tengku Danial ingin melamar awak menjadi buah hati saya. Saya tahu sudah banyak cara saya buat supaya awak jatuh cinta pada saya, tapi awak still tolak saya. But, this is the last thing, I will do to purpose you. Tolonglah terim." Ucap Danial. Dia menanti kata2 dari Nizrin. 

 Nizrin tersenyum . " Tengku Danial .. saya Nur Nizrin menerima lamaran awak. Maafkan saya sebab buat awak tertunggu-tunggu untuk saya terima awak. " setitis air mata jatuh ke pipi Nizrin. Dia terharu. Danial lega. 

Dia bangun dan mengambil cincin tersebut dan menyarung ke jari Nizrin. Dia ingin memeluk Nizrin tetapi sempat di halang oleh Nizrin. 

 "Thanks " ucap Danial.

 "You're welcome.. thanks juga " ucap Nizrin. 

Pengunjung menepuk tangan melihat lamaran tersebut. 

"Awak jatuh cinta saya bila ehh "soal Nizrin. 

 "Sejak kali pertama awak datang rumah saya. Awak comel bila marah " kata Danial lalu mencuit hidung Nizrin. 

 Mereka kini sedang duduk di atas pasir pantai menghadap laut. Danial meletakkn tangannya diatas bahu Nizrin. "Thanks sayang " 

 "Sejak bila guna panggilan sayang ni? " soal Nizrin tersenyum. 

 "Sejak Nur Nizrin jadi girlfriend Tengku Danial lah.."jerit Danial ke arah laut. 

Kemudian bahunya ditampar perlahan oleh Nizrin. Nizrin tersenyum bahagia. I love you, my maid..♥ 

Akan ku sayangi diri kau seperti aku sayangi diriku sendiri. Akan ku berada di samping kau seperti kau barada di samping aku. ♥… 


 ~TAMAT~ 


 Tadaa..siap jugak cerpen "ILYMM" ni.. yang ni adalah cerpen terpanjang shuhada pernah buat.. hope semua readers suka cerpen yang tak best ni.. cerpen ni hnya biasa2 ja dan semua watak dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan siapa2. Ini hanyalah imaginasi shuhada sendiri .. ok thanks! Plss support me!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...