Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam.
Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apabila tenaga gadis itu sudah tiada, dia mengambil peluang itu dengan menarik rambut ikal mayang milik gadis itu dan mengheretnya tanpa belas kasihan.
Jeritan dan tangisan gadis tersebut tidak diendahkan olehnya kerana tiada sesiapa yang berada dilorong itu apabila malam menjelma. Gadis itu disumbat masuk ke dalam bumper kereta yang diparkir berhampiran simpang jalan. Kaki tangannya diikat dengan tali.
Mulut gadis itu pula dilekatkan dengan pita selofan hitam. Kereta Honda BR-V yang dinaiki meredah laju di jalan raya yang kian lenggang. Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam itu akhirnya tiba ke destinasi yang dituju. Kereta tersebut membelok kiri menyusuri sebuah lorong hutan yang diyakini tiada sesiapa yang berani melaluinya.
Selang 5 minit kemudian, lelaki itu memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah bonglo dua tingkat yang kelihatan sudah usang. Tumbuhan liar tumbuh meninggi menutupi sebahagian daripada dinding rumah tersebut
Bumper kereta dibuka. Lelaki itu merenung dengan pandangan yang redup ke arah gadis yang sedang berada di dalam ketakutan itu. Pandangan mereka bersatu buat seketika. Dengan segera, dia mencempung tubuh gadis itu dan membawa masuk ke dalam rumah. Gadis itu sudah tidak bermaya untuk melawan.
"Jom, sayang kita masuk. Malam ini kita berseronok sikit yer.. " ucap suara garau itu.
Tiba di satu bilik yang suram. Tubuh gadis itu dihempas ke sofa hitam berbentuk "L". Tubuhnya menindih gadis itu. Pita pelekat dan tali yang mengikat kaki dan tangan di buka kasar.
"Jangan apa-apakan saya. Tolong.." rayu gadis itu sambil menangis menagih simpati.
Lelaki itu membuka mask hitamnya dan terserlah kekacakkannya disebalik mask hitam yang selalu dipakai apabila ingin menangkap mangsanya. Dia tersenyum sinis menampakkan lesung pipit disebelah kanan pipinya.
Dia membelai lembut rambut remaja yang sedang menangis itu. "Shhh.." ujarnya perlahan.
Dia senyum sinis lagi. Perlahan-lahan tangan kekar itu mengesat sisa air mata gadis itu. Kemudian tangan kasar itu dibawa ke leher jinjang gadis tersebut. Gadis itu memegang tangan kasar lelaki itu.
"To..tolong..."pintanya dengan suara tersekst-sekat apabila terasa kesakitan yang perit di lehernya akibat ditekan kuat oleh tangan si lelaki.
Dia mengalihkan kepalanya ke tepi. Tidak sanggup melihat pembunuhnya. "Jangan pandang ke tempat lain. Pandang aku" ucap suara garau itu. Dia mengalihkan kepala gadis itu supaya melihatnya.
Serentak dengan itu, tanpa disangka pisau lipat yang berada ditangan sebelah lagi dihunus tepat ke arah peha gadis itu. Gadis itu menjerit kesakitan yang teramat sangat.
"Arhhhh!!..." jeritan bercampur dengan tangisan si mangsa.
Pisau itu ditekan hingga ke dalam lagi. Dirobek kulit dipehanya sikit demi sedikit. "Baru sikitlah sayang. Permainan kita belum mula lagi.. "ucap lelaki itu lalu ketawa sinis.
"Sa..sakit.." rintih gadis itu tidak bermaya.
Suaranya hampir tidak keluar kerana menahan sakit teramat sangat. Pisau dicabut. Darah di peha gadis itu keluar tanpa henti. Bau hanyir darah memenuhi ruang bilik yang suram itu. Pisau yang dipenuhi darah dijilat oleh lelaki itu tanpa rasa jijik.
Tiba-tiba lelaki itu berubah menjadi lebih agresif. Senyumannya hilang. "Aku benci kau perempuan!! Benci! Aku benci! "Jeritnya tiba-tiba.
Pisau itu sekali lagi dihunus ke arah gadis itu. Tetapi kali ini, bukan di peha tapi di jantung gadis itu. Lelaki itu sudah hilang kawalan. Pisau ditikam bertubi-tubi ke jantung gadis yang kini tidak bernyawa.
Darah memercik keluar dengan laju kerana saluran-saluran arteri sudahpun terputus. Pakaian lelaki serta wajahnya dipenuhi darah merah pekat. Apabila sudah puas. Lelaki itu menghentikan perbuatannya. Pisau ditangan jatuh ke lantai.
Dia merenung wajah gadis yang sudah diragut nyawanya. Tangannya yang dipenuhi darah memegang pipi gadis itu.
Dia tersenyum sinis. Dia bangun dan mencempung tubuh gadis yang sudah dibalut dengan plastik hitam ke arah kereta. Mayat itu diletakkan di dalam bumper kereta, hoddienya yang dipakai tadi digantikan dengan tshirt hitam.
Dia membetulkan cap hitamnya dan melihat sekeliling sebelum memboloskan diri di dalam kereta Honda BR-V. Tiba saja di jambatan Pulau Pinang tepat jam 3pagi. Tanpa belas kasihan, dia melempar mayat gadis itu ke dalam laut dan berlalu pergi.
****
2 minggu kemudian.
"Akak tak suka adik berkawan dengan jantan yang entah mana asal usul dia tu! "Alia memarahi Adiknya, Akilla.
"Akak, jantan yang akak tak suka tu ada nama dan namanya Eirman Haq. Dia baik orangnya. Keturunannya juga baik " balas Akilla. Dia tidak suka kakaknya menghalang hubungan dia dengan Eirman yang dikenali olehnya seminggu yang lalu.
"Akak boleh nampak di matanya bahawa sebenarnya dia itu bukan baik. Mungkin dia hanya berpura-pura mencintai adik tetapi sebenarnya bukan. Akak takut kalau-kalau dia ada niat yang tidak baik pada adik. Tolonglah, putuskan hubungan kamu berdua " nasihat Alia Natasha.
Dia tidak mahu kehilangan adiknya yang amat disayangi itu. Akilla adalah satu-satunya harta yang tinggal didunia ini setelah kedua orang tuanya meninggalkan dunia.
Lagipun, pada pandangannya dia mendapati bahawa lelaki itu akan mengapa-apakan adiknya. Disaat kali pertama bertembung mata dengan lelaki itu, dia dapat lihat renungan mata lelaki itu seperti mempunyai satu masalah yang dipendam. Lelaki itu stress. Dia seakan memendam sesuatu di dalam hatinya. Alia yakin dengan telahannya.
Dia takut sesuatu akan terjadi kepada adiknya memandangkan banyak kejadian membunuh ketika ini berlaku disebabkan pesakit yang seksa jiwanya.
"Akak cemburu adik dengan Eirman. Lagipun tiada sesiapa suka kepada akak. Akak mahu rampas dia dari adik, bukan? " tuduh adiknya.
"Astaghfirullah-halazim, bukan! Akak tak cemburu atau mahu merampas. Akak cuma risaukan keselamatan adik saja. Tolonglah dengar cakap akak kali ini sahaja " pinta Alia lagi.
"Sudahlah, malam ni adik nak keluar dengan Eirman. Akak jangan halang" balas Akilla.
"Apa?! Malam-malam macam ni? Adik sudah lewatlah. Jangan nak gatal keluar. Akak larang kamu keluar! " suaranya naik seoktaf.
Namun, tidak diendahkan oleh adiknya sudah memakai kasut untuk keluar.
"Adik! Akilla Antasya!"
Alia cuba meraih tangan adiknya yang sudah keluar dari rumah tetapi perbuatannya terhenti apabila matanya terarah pada seseorang yang sedang merenungnya tajam.
Dia membalas pandangan lelaki yang bernama Eirman Haq itu. Di dalam hatinya, berbagai sumpah-seranah dilemparkan kepada lelaki itu. Adiknya yang degil itu terus memboloskan diri ke dalam kereta Honda BR-V itu.
Kereta yang dipandu lelaki itu bergerak meninggalkan kediaman mereka.
Dia mengeluh lemah. Kesal akan dirinya kerana membiarkan adiknya pergi bersama lelaki itu. Dia hanya dapat berdoa agar keselamatan adiknya terjamin.
JAM di Iphonenya sudah menunjukkan jam 12:15 pagi. Adiknya masih lagi belum pulang. Alia mula risau.
Dia pantas menelefon adiknya. Malang sekali, panggilannya masuk ke peti suara. Seketika kemudian, dia tertidur dalam kerisauan.
Nada dering IPhone 5 berbunyi mengejutkn Alia dari tidurnya. Dia mencapai iphone nya lalu punat hijau di-slide.
"Hello? "
"Hello, boleh saya tanya adakah cik penjaga kepada Akiila Antasya binti Rahman?"
"Ya saya, boleh saya tahu siapa yang bercakap? "Soalnya kehairanan.
"Saya Inspektor Rizal, saya ingin memberitahu bahawa adik cik ditemui mati di tempat perbuangan sampah akibat dibunuh dengan kejam " beritahu Inspektor Rizal sayu.
"Allah.." hanya perkataan itu sahaja yang terbit dari mulutnya. Dia rebah.
Satu-satunya permata hati yang dia ada sudah tiada. Dia menangis disitu.
Sudah 2 minggu sejak kematian Akiila. Kini, Alia hanya tinggal sendirian tanpa adiknya yang dikasihi.
"Alia memang rancang macam tu maklong. Lagipun Alia tak ada sesiapa lagi di sini " ucap Alia penuh sayu ketika berbual dengan maklongnya di telefon.
Dia bercadang untuk tinggal bersama maklong dan paklongnya di Kedah memandangkan tiada sesiapa lagi yang akan temaninya di sini, Pulau Pinang selepas kematian tragedik adiknya.
"Lagi dua tiga hari Alia balik. Ada beberapa perkara lagi yang Alia perlu selesaikan. "
"Tak, belum packing pakaian lagi. Esoklah. Lagipun dah malam ni."
"Naik kereta Alialah, maklong. Takkan jalan kaki pulak? Haha." Dia ketawa seketika tetapi kedengaran hambar. Tidak seceria seperti selalu.
"Paklong dah panggil? Baiklah. Alia letak dulu. Waalaikumussalam." Panggilan ditamatkan.
Dia meletakkan iphone5 berwarna putih miliknya di atas meja kopi. Alia memandang sekeliling ruang tamu rumah teresnya. Sunyi.
Dia termenung. Dulu, adiknya yang selalu menceriakan rumah ini, Akiila akan cari gaduh dengannya, mengusiknya, memasak bersamanya, menonton drama korea hingga lewat malam bersama.
Tapi kini, tiada lagi semua itu. Yang ada hanya kenangan. Air matanya yang ditahan jatuh jua membasahi pipinya yang putih gebu itu. Dia rindu akan adiknya. Dia kesal kerana gagal melindungi gadis kesayangannya itu.
Siapakah yang membunuh adiknya? Siapakah pembunuhnya? Fikirannya tiba-tiba terlintas nama teman lelaki adiknya. Eirman Haq. Dia syak lelaki itu yang membunuh adiknya dengan kejam.
Tetapi setelah diselidik dan disiasat oleh pihak polis, Eirman Haq bukan pembunuhnya kerana lelaki itu yang menelefon pihak polis setelah melihat mayat adiknya dijumpai dengan keadaan yang menyayat hati. Entah kenapa, hatinya terlalu kuat mengatakan Eirman Haqlah yang membunuh adiknya.
Renungannya tergendala apabila iphonenya berbunyi dengan nada dering iphone. Alia mengambil iphone di atas meja kopi. Unknown number? Dia melihat nomber yang tidak dikenalinya.
Punat hijau di-slide. "Hello? Siapa di sana? "Soalnya. Pemanggil hanya diam tidak mengeluarkan satu patah perkataan dari mulut hanya kedengaran hembusan nafas sang pemanggil.
Kening Alia bertaut. Dia hairan. "Hello? Anybody there? "Soalnya lagi. Malaun mana pulak ni call aku malam-malam buta ni.
Dia sudah kegeraman lantas panggilan ditamatkan. Alia berkira-kira ingin masuk ke dalam bilik untuk melelapkan matanya yang sudah layu.
Belum sempat 5 minit berlalu, panggilan masuk lagi. Pemanggil yang sama. Amarah Alia naik. Punat hijau di-slide sekali lagi.
"Siapa nih?! Jangan nak memainkan saya! "Marahnya.
"Alia Natasha?" Suara garau pemanggil bergema dicorong telefon membuatkan Alia terdiam.
"Yes? Ada apa? "
"I am looking for you right now. Go out from your house. Saya dah ada di luar rumah" ujar suara itu mendatar tanpa nada.
"Who is this? Kenapa saya perlu keluar pula? " Alia sudah terasa sangsi. Nak suruh aku keluar? Memang taklah. Nanti tak fasal-fasal sesuatu buruk berlaku.
"Kawan arwah adik awak. Sebelum dia meninggal, dia ada tinggalkan sesuatu barang pada saya. Saya nak kasi barang tu semula kalau awak tak kesah."
"If can't, I'm okay. Saya datang balik esok sebab hari pun dah lewat malam." Ucap lelaki yang dikatakan sebagai kawan Akiila.
Masih lagi tiada jawapan dari mulut Alia. " Hrmm, takapalah. Got to go. "Ujar suara itu lagi.
"Wait! Saya keluar sekarang!" Panggil Alia tergesa-gesa. Disebabkan rasa ingin tahu apakah barang yang dimaksudkan, Alia membuat keputusan untuk keluar.
"Okay,then"
Pantas Alia mencapai sweater adidasnya lalu disarung ke tubuh yang ramping itu. Iphone dimasukkan di dalam poket seluarnya lalu dia menapak keluar.
Apabila dia sudah keluar dari rumah. Dia melihat sekeliling. Mana lelaki yang dikatakan kawan Akiila itu. Tiada.
Halaman rumah Alia sunyi tiada sesiapa. Tiba-tiba, bulu romanya meremang. Siapa lelaki tadi? Dia berpaling untuk masuk ke rumahnya semula.
Semasa dia berpaling, tiba-tiba kepalanya dipukul dengan objek keras. Kepalanya terasa pusing. Dia pening. Dengan sekelip mata, matanya menjadi kelam. Selepas itu, dia tidak ingat apa-apa lagi.
Tubuhnya rebah ke dalam pangkuan lelaki yang memukulnya tadi. Dengan wajahnya yang ditutupi mask hitam serta topi yang tersarung kemas di atas kepala, lelaki itu merenung Alia tajam.
"Bodoh." Ucapnya sepatah. Tubuh gadis itu dicempung masuk ke dalam kereta. Pintu rumah dibiarkan sahaja terbuka.
****
Alia Natasha membuka matanya yang terasa pijar. Dia melihat sekeliling ruang bilik yang gelap ditutupi dengan langsir hitam. Tubuhnya diikat di sebuah kerusi ditengah-tengah ruang bilik itu. Rambutnya yang lurus sudah tidak terurus.
Dia dimana? Dia cuba merungkaikan ikatan tangan yang diikat ke belakang. Hampa. Ikatan itu terlalu kejap. Serentak dengan itu, pintu dibuka dari luar. Terpacul seorang lelaki yang tinggi rampai berpakaian hitam. Topi hitam, mask hitam, baju hitam semuanya hitam.
Dia merenung ke arah Alia tajam. Ditangannya terdapat sebilah pisau tajam.
"Dah bangun? "Soal lelaki itu.
Soalan bodoh. Ucap Alia dalam hati. Takkanlah tidur lagi kott. Sudah jelas dia sudah bangun kerana kini matanya sedang melihat lelaki itu.
Lelaki itu menapak ke arahnya lalu. Dia rendahkan badannya dan menarik dagu Alia kasar. Matanya dan mata Alia bertembung. Melawan satu sama lain.
"Kau siapa?! "Soal Alia kasar. Lelaki itu melepaskan pegangan di dagu kasar. "Aku siapa?" Dia berjalan keliling Alia dengan pisau ditangan.
Tiba di sisi Alia, rambut yang panjang itu ditarik agar melihatnya. Wajahnya didekatkan dengan di telinga Alia. Hampir. Sangat hampir hingga bibir itu bersentuhan dengan telinga gadis itu.
"Eirman Haq.." Bisiknya.
Rambut itu dilepaskan. Dia menjarakkan wajahnya. Dia tersenyum sinis.
Alia tergamam. Dia menunduk kepalanya melihat lantai. Tubir matanya menakung air jernih. Ditahan supaya tidak tumpah membasahi pipinya. Dia angkat kepala melihat lelaki itu.
"Kau yang bunuh adik aku? " Soal Alia terketar-ketar.
Air mata cuba ditahan, tidak mahu menunjukkan bahawa dia lemah di hadapan lelaki yang tinggi itu.
"Hrmm.." lelaki itu melihat ke arah Alia.
Merenung tanpa perasaan ke arah gadis itu yang kelihatan tergamam. Entah kenapa jantungnya berdebar melihat Alia. Air liur ditelan kasar.
Air matanya yang ditahan, jatuh melalui lekuk pipinya. Mata dipejam, menelan kenyataan lelaki itu dengan susah dan perit.
Dia kembali melihat lelaki itu yang kini berdiri dihadapannya. "Kenapa kau bunuh dia? "Soal Alia berlinangan air mata.
"Aku suka.. Seronok sangat tengok dia menjerit, menangis ketakutan. Its so fun.." ujar lelaki itu sambil tersengih. Dia bermain-main dengan pisau ditangan.
"Aku nak main dengan kau juga.. mesti best, bukan. Kakak dan adik. Such a best thing! Dua-dua aku dapat takluki. " ucap Eirman.
Alia geram. Tidak sangka lelaki psiko ini tergamak menganggap dia dan adiknya sebagai permainan. Tidak dinafikan lagi, dia memang seorang psiko. Sanggup membunuh insan yang tidak bersalah.
"Kau nak jadi permainan aku tak, Alia?" Soal lelaki itu apabila Alia berdiam diri.
Tangan yang telah membunuh berpuluh-puluh gadis membelai rambut Alia.
"Aku taknaklah, bodoh!" Alia mengalihkan wajahnya apabila lelaki itu cuba memegang wajahnya.
"Kenapa kau taknak hah?! " soal lelaki itu kasar. Kedua belah bahunya Alia dicengkam.
"Sebab kau jantan yang takguna! " Jerit Alia kuat.
Serentak dengan itu, pipi Alia ditampar kuat oleh lelaki itu. Dibiarkan darah mengalir dari celah bibir Alia. Lelaki itu diam seketika. Tangannya terketar-ketar. Wajahnya tiba-tiba menjadi keruh dan murung.
"Kau tahu tak disebabkan perempuanlah aku jadi seperti ini! Aku benci perempuan. Aku benci kau! Kau yang takguna. Huh, Kau tak faham! Kau tak faham Alia, Kau takkan faham?! " lelaki itu menjadi beremosi tiba-tiba.
Rambut yang kelihatan kemas itu digenggam dan diserabutkan olehnya. Dia menguak rambutnya ke belakang. Dia jatuh terduduk. Dia menangis.
"Ibu aku, dia tinggalkan aku dan ayah aku hanya kerana mengikut lelaki lain. Aku tak pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu sejak berumur 7 tahun. Aku diejek oleh budak-budak lain kerana aku tak punyai ibu. Mereka kata, ibu aku seorang pelacur kerana sanggup tinggalkan ayah aku untuk melayani lelaki lain. Aku tertekan. Semasa umur aku 17 tahun aku cari ibu aku.. aku jumpa dia. Kau tahu aku buat apa? " soalnya kepada Alia. Air matanya dibiarkan mengalir.
Alia menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu. "Aku bunuh dia. Aku robek hati dia. Aku tikam dia berkali-kali di jantung. Tapi, aku belum puas. Aku masih sakit. " Dia menangis lagi.
"Semua perempuan yang selama ini ditemui mati, kau juga bunuh?" Alia memberanikan diri bertanya.
"Hrmm.. Aku berkenalan dengan mereka. Aku tawarkan mereka duit dan harta dan kemudian bunuh mereka. Tapi aku belum puas. Aku tak tenang. Sakit itu masih terasa." Dia bangun dan mengesat air matanya.
Dia berjalan ke arah Alia. Darah yang masih lagi mengalir di bibir Alia dikesat dengan jari runcingnya. Wajah Alia disentuh lembut dengan kedua belah tangan kekarnya.
"Semua perempuan berbeza. Kau tak boleh samakan mereka. Kau harus terima apa jua yang terjadi. "Alia cuba berlembut dengan lelaki itu.
"Aku taknak. Kau mangsa aku yang seterusnya. Aku akan seksa kau sehingga aku puas dan bunuh kau. Boleh eh Alia? " Dia mengusap rambut Alia dan merenung Alia lama kemudian dia ketawa kecil seperti orang yang tidak suiman.
Dia senyum lagi. Namun, senyumannya tampak muram. Selepas beberapa saat, dia berjalan keluar.
Alia melihat ke arah pintu yang sudah ditutup rapi. Dia mengeluh. Aku harus cari jalan keluar dari bilik ini sebelum dia membunuh aku. Getusnya.
****
Alia Natasha terjaga dari tidurnya apabila terasa sesuatu yang amat menyakitkan di kulit wajahnya. Dia terkejut apabila melihat Eirman sedang bermain-main pisau di wajahnya. Sakit apabila hujung pisau ditekan di wajahnya. Darah pekat mengalir laju keluar dari dinding pipinya yang mulus itu.
"Tolonglah. Bunuh saja aku." pintanya. Dia tidak sanggup berdepan dengan lelaki psiko ini lagi.
"Aku belum mulakan permainan aku lagi." Pisau itu ditekan dan diseret ke bawah. Alia merintih kesakitan.
"To..tolonglah" Air mata Alia jatuh kerana terlalu sakit ditoreh sebegitu. Lelaki itu memberhentikan perbuatannya.
"Hahaha, baru sikitlah " lelaki itu ketawa senang. Lesung pipit jelas kelihatan di pipi kanannya. Seronok barangkali bermain dengan Alia.
Alia melihat Eirman. Bertuah sekali, jika wajah yang tampan ini tidak berubah menjadi seorang pembunuh. Getus Alia.
"Kau lapar? " soal lelaki itu tiba-tiba. Pisau ditangan dipusing beberapa kali. Alia diam tidak menjawab.
"Aku tanya kaulah bodoh, kau lapar ke tak?! " lelaki itu menarik rambut Alia.
"Aku tak laparlah bangsat! " ujar Alia keras.
"Tapi..aku laparkan kau " lelaki itu senyum lagi. Dia mendekatkan wajahnya ke arah Alia ingin memciumnya. Alia mengelak.
Kemudian, Alia mencebik tidak suka sehingga membuatkan wajah lelaki itu berubah. Dari tersenyum senang terus menjadi keruh. Lelaki itu menghala pisau ke peha Alia lalu ditikam.
"Arghh!! Eir..Eirman please stop" Alia merintih lagi.
"Jangan sesekali buat muka pada aku!. Aku tak suka!" Pisau ditikam ke dalam lagi lalu dicabut.
Darah mengalir membasahi seluar Alia. Lelaki itu bangun dari kerusinya lalu berjalan keluar. Sebelum keluar lelaki itu berkata.
"Nama aku Aryan Irfan bukan Eirman Haq " Dia keluar dari bilik itu. Alia terpegun.
"Aryan Irfan.." ucap Alia perlahan.
Dia memandang sekelilingnya. Pada pandangannya, hari masih lagi siang. Dia perlu merangka rancangan untuk keluar dari situ. Alia mencuba merungkai tali ikatannya. Cuba dan cuba, akhirnya berjaya dibuka.
"Yes! " Dia membuka pula ikatan ditubuh dan dikakinya.
Alia cuba untuk bangun. Malang sekali, dia tidak terdaya untuk menampung kakinya. Pehanya terasa perit akibat tikaman Aryan sebentar tadi. Dia cuba berjalan lagi. Dia berjalan terhincut-hincut ke arah tingkap bilik itu.
Langsir hitam diselak. Hutan? Dia berada di hutan? Dari tangkapannya, dia kini berada di sebuah rumah banglo. Dia cuba menarik tingkap itu namun tidak berdaya.
Matanya melilau sekeliling mencari sesuatu yang keras untuk memecahkan tingkap tersebut. Tiba-tiba matanya tertacap pada sebuah pasu bunga yang berada di lantai. Dia senyum. Alia mengambil pasu tersebut.
Apabila tangannya dihayunkan untuk memecahkan tingkap tanpa diduga lengannya dipegang seseorang. Dia tergaman. Mata dipejam kemudian dia memusing badannya ke belakang.
Dia melihat wajah lelaki itu yang bengis menikam matanya tajam. Serentak dengan itu, rambut Alia ditarik dan diseret Aryan. Alia mengaduh sakit. Alia dibawa ke tengah ruang bilik. Lelaki itu duduk bertinggung dengan tangannya memegang rambut Alia kejap.
"Kenapa kau nak larikan diri dari aku?! Hah?! Aku cukup tak suka dengan perempuan yang degil macam kau! " Tengking Aryan.
Wajah Alia ditampar beberapa kali dengan kuat hingga darah mengalir keluar dari mulutnya. Dia bangun. Rambutnya yang sedikit keperangan itu diramas olehnya.
Kemudian, dia menendang perut Alia kuat. "Aku taksuka kau buat macam ni pada aku! " keluhnya.
Alia terasa senak diperutnya. Darah keluar dari mulutnya. Banyak. Dia sudah tidak bermaya. "To..tolong berhenti. "Pintanya lemah.
Lelaki itu kembali duduk bertinggung, kedua belah pipi Alia dipegang lembut. Darah Alia yang sudah mengenai tangan dan bajunya tidak diendahkan. Dia melihat ke dalam mata Alia dengan pandangan yang sayu.
"Please ..jangan buat lagi " ucap lelaki itu lemah. Dalam keadaan yang teramat lemah, Alia menganggukkan kepalanya. Lelaki itu menghampiri wajah Alia. Lalu dikucup lembut bibir gadis itu. Alia tergamam sebelum mata Alia tertutup rapat.
****
Alia terjaga dari tidurnya. Keadaannya tampak lemah dengan wajah yang pucat dan tidak bermaya. Tiba-tiba terasa satu tangan yang hangat di dahinya. Lelaki itu.
"Tolong bunuh saya sekarang. Saya tak terdaya lagi. " pinta Alia perlahan.
"Aku belum puas lagi " ucap lelaki itu mendatar.
"Sampai bila? Tolonglah.."Alia menangis. Beginilah bentuk seksaan yang perlu dia rasai. Dia tidak boleh bertahan lagi.
"Sampai aku puas" jawab lelaki itu. Air mata Alia dikesat. Dia berlalu pergi.
Alia melihat figura itu berlalu pergi hingga hilang dari pandangannya. Dia perlu keluar dari sini. Nekadnya.
Apabila malam menjelma, lelaki itu muncul kembali ke dalam bilik. Ditangannya terdapat pisau. Alia masih lagi terjaga. Tubuhnya disandar di dinding. Lelaki itu menghampirinya.
"Okay?" Tanya lelaki seperti tiada apa-apa. Alia hanya mengangguk. Alia melihat pisau ditangan lelaki itu. Di situ, dia mendapat idea.
Dia menunggu peluang untuk merampas pisau itu. Lelaki itu hanya duduk melihat Alia tanpa perasaan. Kekadang Alia tertanya ,bilalah lelaki itu akan membunuhnya.
Tiba-tiba telefon lelaki itu berbunyi. Timing yang tepat! Getus Alia. Apabila lelaki itu bercakap dengan telefon. Alia menunggu lelaki itu leka. Isi perbualan lelaki itu tidak diendahkan.
Apabila lelaki itu sudah leka. Alia bangun dengan perlahan dan menghampiri lelaki yang kini membelakanginya. Dengan cekap, pisau dirampas dan dihunus ke perut lelaki itu. Aryan mengerang kesakitan dan rebah ke lantai.
Dengan peluang yang ada, Alia berjalan dalam kesakitan ke arah pintu. Apabila keluar saja, dia mengunci pintu dari luar.
Dia berjalan dengan tenaga yang ada mencari pintu keluar. Apabila berjaya menjumpai pintu keluar dia berjalan terhincut-hincut ke arah kereta Honda BR-V lelaki itu. Apabila dia masuk ke dalam kereta. Dia terperasan. Kunci kereta! Alia kenapa dengan kau ni? Monolognya.
Dia keluar semula dari kereta dan melarikan diri ke hutan. Setelah berbelas minit berjalan mencari jalan keluar, dia terdengar satu suara menjerit "Alia! Aku tahu kau ada dekat sini! Kau dengar, bukan? " Lelaki psiko itu.
Alia bersembunyi di sebalik pokok hutan. Dia menutup mulutnya supaya tidak mengeluarkan bunyi.
"Alia .." suara itu semakin hampir.
Alia bergerak perlahan ke tepi, malang tidak berbau dia terpijak ranting pokok.
Tanpa menunggu masa, dia pantas berlari tanpa menghirau kesakitan yang mencengkam kakinya. Lelaki itu turut mengejarnya.
Alia berlari sepantas mungkin sebelum dia ternampak satu cahaya samar-samar. Dia berlari lagi. Apabila dia terasa hampir dengan cahaya tersebut, tangannya ditarik oleh lelaki itu. Mereka bergelut sesama mereka.
"Kau dah berjanji dengan aku Alia. Kau takkan larikan diri. Kenapa kau lari Alia? Kenapa?! "Lelaki itu berkata separuh menjerit.
Tanpa menghiraukan apa yang dikata oleh lelaki itu, Alia bertindak menendang celah kangkang lelaki itu. Lelaki mengaduh sakit.
"Maafkan saya .." Dengan itu, Alia pantas berlari hingga dia tiba ke arah cahaya yang sebenarnya lampu jalan.
Dia rebah di atas jalan raya. Sebuah kereta melalui jalan tersebut dan membrek mengejut apabila ternampak sekujur tubuh. Pemandu itu keluar dari perut kereta. Dia berjalan ke arah Alia. "Cik..cik okay? Kenapa berdarah banyak ini?"soal pemandu tersebut.
Alia diam tidak menjawab pertanyaan pemandu itu. Dalam keadaan yang lemah sebegini dia tidak mampu mengeluarkan sepatah kata. "To..tolong sa..saya " ucapnya sebelum rebah tidak sedarkan diri.
Pemandu itu mencempung tubuh Alia dan membawanya ke hospital. Di sebalik hutan, Aryan melihat Alia dibawa pergi. Dia melihat kereta itu berlalu pergi dan hilang dari pandangannya. Alia Natasha, satu-satunya mangsa yang berjaya melepaskan diri.
****
Alia Natasha membuka matanya, dia melihat sekeliling putih dan sejuk. Dia baru perasan, kini dia berada di hospital. Dia cuba untuk bangun. Apabila selesa dengan posisinya. Dia diam merenung dinding dihadapannya. Akhirnya, dia terselamat. Dia bersyukur pada ilahi kerana telah menyelamatkannya. Pintu wad dibuka.
"Ya Allah Alia, Alia sudah sedar. Alhamdulillah." ucap Maklongnya lega.
Alia mengalirkan air matanya, dia memeluk maklongnya.
"Alia selamat sekarang ni. Alia selamat " ujar Maklongnya.
"Yaa, maklong. Alia selamat" Dia mengetatkan pelukan.
****
4 tahun kemudian..
Alia termenung mengingati peristiwa hitam yang telah menimpa dirinya. Dia diculik oleh seorang psiko dan hampir dibunuh. Disebabkan, rasa tidak berputus asa, kini Alia terselamat dari lelaki itu.
"Cik.. Cik Alia? " panggil seorang gadis yang cantik dihadapannya. Alia sedar daripada ingatan masa lalunya dan melihat ke arah gadis itu.
"Boleh kita mula sekarang? " soal gadis itu.
"Yaa boleh.." balasnya sambil tersenyum tipis.
"Okay, Cik Alia hanya perlu lihat ke arah kamera disisi saya dan jawab bertanyaan saya.. "gadis yang merupakan seorang wartawan itu memberi arahan.
"Sebelum itu, terima kasih kerana sudi meluangkan masa cik untuk ditemubual hari ini. Soalan pertama saya ialah bagaimanakah cik diculik oleh psikopath yang telah menculik cik? "
"Seingat saya, pada masa itu saya..." Alia meneruskan temubual mengenai penculikannya oleh seseorang lelaki yang menderita penyakit jiwa.
Selesai ditemubual, Alia bergerak ke satu tempat menaiki kenderaannya. Apabila tiba di persimpangan, keretanya membelok ke kiri jalan terus memasuki sebuah kawasan yang menepatkan satu hospital swasta.
Dia masuk ke dalam ruang hospital tersebut dan berjalan ke arah satu bilik.
"Selamat petang Cik Alia. Datang jenguk En. Aryan lagi hari ni?"
Alia hanya tersenyum lalu mengangguk apabila ditanya jururawat yang melintasinya.
Dia menghampiri bilik tersebut dan melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya iaitu, Aryan Irfan. Lelaki itu sedang menjalani rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.
Dia hanya diam dan tekun melihat Aryan dari luar cermin bilik sambil memeluk tubuh.
Siapa sangka, selepas sahaja dia diselamatkan, pihak polis membuat carian mencari Aryan. Dia dijumpai dalam keadaan yang amat lemah di rumahnya.
Aryan dijatuhkan hukuman di atas kesalahannya membunuh. Namun, setelah dipertimbangkan oleh pihak mahkamah dan selesai urusan pembicaraanya. dia diringankan hukumannya. Walaupun tempoh untuk meringankan hukuman tersebut menyukarkan dan banyak halangan yang perlu dilalui.
Selama 3 tahun dikenakan hukuman dan denda, dia dibebaskan. Tanpa disangka dia bertemu semula dengan Aryan di sebuah kedai buku. Aryan menolong membayarkan buku yang dibeli kerana dia tiada wang tunai ketika itu dan pembayaran melalui kad tidak boleh digunakan kerana mempunyai sedikit masalah.
Pada mulanya, Alia berasa takut untuk berhubung dengan lelaki itu semula, tetapi selepas Aryan menceritakan semula apa yang terjadi padanya, Alia akhirnya dapat berkawan dengan Aryan tanpa rasa gentar lagi.
Malah, hubungan Aryan dan Alia semakin rapat sejak Alia acap kali melawat Aryan yang kini sedang dirawat oleh pakar psikiatri untuk merawat penyakitnya.
Alialah yang sering memberikan semangat untuknya supaya terus berjuang mengatasi penyakitnya.
Sesaat kemudian apabila Aryan melihat ke arah luar cermin, mata mereka bertembung antara satu sama lain. Aryan kemudiannya, menghadiahkan sebuah senyuman kepada Alia. Senyuman yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang.
Alia membalas senyuman tersebut dengan ikhlas.
"Let go the past and the past will let go of you"- unknown.
-Tamat-
I like this story
BalasPadamterbaik
BalasPadam