Sorry lewat pulak post n3 utk cerpen MC ni. Busy sikit thn ni ..maklumlah saya budak yg nak ambik spm ><.. btw, enjoy reading this.
"Just did what you want to do "-shuhada.
By, Nurul Shuhada.
Manipulasi Cinta (part5)
Tubuh Ayrin ditolak masuk ke dalam kereta Honda milik Ryan.
Pintu dihempas kuat hingga bahu gadis itu sedikit terkejut.
Ryan masuk ke dalam kereta dengan nafas turun naik manahan amarah. Butang ditangan baju kemeja dibuka dan lengan baju disingsing hingga ke siku. Tali leher ditarik keluar dengan kasar dan dilempar ke tempat duduk belakang keretanya.
Ayrin hanya diam melihat perbuatan Ryan. Peluh yang menuruni dari dahi lelaki itu menunjukkan yang dia sangat marah.
"Awak, saya.."
"I don't want to hear anything from you!" Pintas Ryan tanpa sempat Ayrin bercakap. Ayrin terdiam. Air matanya cuba ditahan.
Gear ditukar dan pedal ditekan oleh Ryan, Honda lelaki itu laju membelah jalan raya. Suasana diam tanpa ada sebarang bunyi di dalam kereta.
Ryan fokus dengan pemanduannya walaupun hatinya masih panas.
"Awak kalau nak mati awal jangan bawa saya sekali, boleh tak!" Ucap Ayrin berani.
Dia memegang tali pinggang yang dipakai kejap. Takut sekiranya kereta yang dibawa oleh Ryan yang laju itu terbabas.
Ryan tidak nengendahknnya malah menekan lagi pedal supaya bertambah laju.
"Ryan saya takut !! "Jerit Ayrin memegang lengan Ryan yang sedang memegang stereng dengan kejap. Serentak dengan itu, kereta Ryan diberhentikan di bahu jalan.
"Kenapa kau main dengan lelaki lain belakang aku?! " soal Ryan dingin.
"Kau sedar tak status kau tu apa? Otak kau letak dekat mana? Lutut? Stupid idiot! " sambungnya. Rambutnya dikuak ke belakang.
"Saya cuma terserempak dengan dia aje. Lepastu kitaorang berbual. Itu aje " balas Ayrin mempertahankan dirinya.
"Itu aje? " Ryan ketawa sinis. Dia melihat Ayrin yang berpeluk tubuh.
"Habis tu, yang gelak ketawa bagai. Like a couple, tu apa? " Soalnya sinis.
"Apa masalah awak ni, Ryan? " pertanyaan Ryan dibiarkan tidak terjawab.
"The problem is kau sedar tak kau tu tunang aku?! "
"Yes! Saya sedar saya tunang awak. Tapi.."
"Habis tu kau curang dengan aku kenapa? Kau jumpa jantan lain kenapa? Kau tahu tak, hati aku sakit tengok kau dengan jantan tu" sakit tahu tak! " Potong Ryan. Jari telunjuknya ditunjuk dihatinya.
"Saya dengan dia tak ada apa2 hubungan langsung, trust me " ucap Ayrin dengan suara yang semakin perlahan. Api jangan lawan dengan api.
"Mula tak ada apa2, lepas tu? " ucap lelaki itu sinis. Dia melihat luar tingkap kereta.
"Look, Ryan apa yang saya cakap ni betul. Saya tak ada apa2 dengan dia. Kitaorang cuma terserempak. Thats it " Ujar Ayrin mempertahankan dirinya lagi.
Jemari Ryan dicapai dan diulus lembut agar api kemarahan lelaki reda.
"Saya minta maaf " mohon Ayrin. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Ryan.
Suhu kepanasan hati Ryan semakin menurun. Hatinya sedikit sejuk mendengar kata-kata lembut dari Ayrin. Perempuan ni, membuatkannya senang terpujuk, senang marah, senang cemburu dan senang sensitive. Ayrin seakan seseorang yang manipulasikan perasaannya. Sesungguhnya, dia amat mencintai gadis ini.
"Okay then, aku maafkan kau. But, kalau aku nampak kau dengan dia or others man. Siaplah kau dengan aku! " Pesan Ryan keras.
Ayrin mengangguk tanda dia mengerti. Ryan membalas pegangan tangan Ayrin. Dia mengenggam lembut jemari Ayrin dan meneruskan perjalanan.
***
Sudah dua minggu Ayrin tidak bertemu dengan Hakiemi. Malah, dia juga tidak layan semua lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Hal ini adalah kerana, pintu hatinya sedikit terbuka untuk menerima Ryan di dalam hidupnya.
Sedang asyik mendengar penjelasan dari pensyarah. Iphone Ayrin berbunyi menandakan satu mesej masuk ke dalam inbox.
Inbox mesej ditekan. Bibirnya menguntum senyuman. Mesej dari Ryan.
"Balik jam berapa? "
"4, Kenapa? "Balasnya.
"Tunggu aku di bas stop tempat biasa. Aku ambil kau "
"Okay! Got to go. Ada kelas" balas Ayrin dan menumpukan perhatian pada pembelajaran yang dijelaskan oleh pensyarah.
TAMAT sahaja kelas Aryin bergegas ke bas stop seperti yang disuruh Ryan. Dia tidak sabar melihat wajah tunangnya.
Tanpa diduga, Hakiemi tiba-tiba muncul dan duduk disisi Ayrin. Mamat ni tiba2 muncul pula. Mati aku, kalau Ryan nampak. Harap-harap, dia datang lambat sikit.
"seorang aje? "Soal Hakiemi ceria kerana dapat melihat pujaan hatinya.
"Haah " balasnya acuh tak acuh. Dia melihat sekeliling jikalau Ryan sudah tiba.
"Taknak tanya, kenapa Kimi tak ada dua minggu ni? " soal Hakiemi.
Ishh, tak inginlah aku tahu. Dia ni lepas kena gertak dengan Ryan pun, masih berani datang jumpa aku. Tak makan saman betullah. Haduhh. Kutuk Ayrin di dalam hati.
"Ayrin?" Panggil Hakiemi apabila persoalannya tidak dijawab.
"Hrmm " Ayrin malas layan.
"Nothing. Ayrin duduk sini tunggu siapa? " soalnya lagi tidak berputus asa.
"Ryan. "
"Ouhh, kenapa Ayrin nampak gelabah je ni?" Hakiemi kehairanan.
"Tunggu Ryan, selalunya time-time macam ni dah sampai. Takut kalau ada apa2 terjadi pada dia aje " tipu Ayrin.
"Hrmm ..Ayrin ada something dekat rambut Rin la. Meh sini, Kimi tolong buangkan" Hakiemi cuba memegang rambut Ayrin tapi pantas dielak gadis itu.
"Apa ni "marah Ayrin.
Serentak dengan itu, sebuah Honda putih berhenti dihadapan mereka. Ayrin menelan air liur melihat pemandu kereta tersebut. Mati aku. Getusnya.
Ryan keluar dari perut kereta dengan wajah cemberut. "Masuk" seru Ryan dingin kepada Ayrin.
Tanpa melengahkan masa, Ayrin terus masuk ke dalam perut kereta. Ryan pula, merenung Hakiemi dengan pandangan tajam sebelum masuk semula ke dalam kereta.
AYRIN hanya diam sahaja di dalam kereta begitu juga dengan Ryan. Ayrin tidak berani membuka suara kerana dia tahu lelaki itu sedang menahan amarah.
Beberapa minit kemudian baru Ryan bersuara.
"Don't said that you, terserempak dengan dia lagi. Alasan lapok. "sinis ucapan dari Ryan. Ayrin masih diam.
"Aku cakap apa dekat kau hari tu?!" Jerkah Ryan tiba-tiba. Bahu Ayrin sedikit terhincut dengan jerkahan dari Ryan. Sikap panas barannya muncul kembali.
"jangan jumpa dia "jawab Ayrin terketar-ketar.
"Then, why you met him again?! " tempelak Ryan. Dia masih fokus dalam pemanduannya.
"Kau silap main dengan api " ucap Ryan perlahan tapi masih lagi didengari oleh Ayrin.
Kereta honda Ryan membelok ke arah tol lebuhraya Utara-Selatan.
Ayrin terkejut. Pergi mana pula ni. Dia sudah ketakutan. Air matanya bila-bila masa sahaja akan gugur.
"Ryan.. kita nak pergi mana?" soalnya gelabah. Tetapi, tiada sahutan dari lelaki itu.
"Ryan, nak pergi mana ni? " soal Ayrin lagi.
"Ryan.. "
"Ryan.."
Lelaki itu tidak menghiraukan panggilan dari Ayrin lagi. Ayrin sengaja mencari masalah dengan dia. Jadi, gadis itu harus terima.
"Tolong jangan buat macam ni dekat Rin. Rin takut " sayu Ayrin bersuara. Dia terhincut-hincut menahan tangisan yang semakin kuat. Dia tidak tahu akan nasibnya.
Ryan yang mendengar tangisan buah hatinya berasa kasihan. Tetapi, dikeraskan juga hatinya supaya tidak bersimpati dengan Ayrin. Dia meneruskan pemanduannya ke destinasi yang ingin dituju.
Jarum jam menunjukkan jam 7:30 malam. Dia berhenti di kawasan rehat untuk menunaikan solat.
Dia memarkir keretanya di parking yang disediakan.
"Boleh solat? " soal Ryan.
"Boleh " ucap Ayrin lemah.
"Jumpa aku dalam kereta lepas solat " Ayrin tidak membalasnya, dia keluar tanpa menghiraukan Ryan.
Beberapa jam perjalanan, akhirnya Ayrin tertidur. Ryan menurunkan sedikit tempat duduk gadis itu supaya Ayrin dapat tidur dengan selesa.
Dia menilik jam. 3 jam lagi mereka akan tiba ke tempat tersebut. Dia berhenti di kawasan rehat berdekatan untuk mengisi minyak dan membeli coffee.
Kemudian meneruskan perjalanannya. Ayrin di sebelah dibiarkan tertidur.
***
"RIN bangun " Ryan mengejutkan Ayrin.
Ayrin membuka matanya yang terasa pijar. "Kita kat mana ni? " Soalnya dengan suara yang serak selepas bangun dari tidur.
Dia melihat ke hadapan. Dia terkejut. Dia menoleh ke arah Ryan meminta penjelasan." Rumah nenek? Kedah? Are you driven to Kedah? " soalnya terkejut.
"Jangan banyak soallah" ucap Ryan mendatar lalu keluar dari perut kereta ingin menyapa Nek Sofiah.
"Assalamualaikum, nek " ucapnya sambil tangan tua itu disalam penuh hormat.
"Waalaikumussalam. Ryan dan Rin datang tak kasi tahu pun, kenapa datang mengejut ni? "Soal Nek Sofiah lalu menyambut huluran salam dari Ayrin pula.
"Ada hal sikit nak bincang " Ryan melihat ke arah Ayrin sekilas lalu masuk ke dalam rumah.
"Hal? " Nek Sofiah tertanya. Dia mempelawa Ayrin masuk ke dalam rumah.
NEK SOFIAH menatang dulang berisi minuman dan sepinggan kuih sagu merah. Dia duduk disisi Ayrin.
"Hal apa yang kamu nak bincang sampai ke Kedah ni? " Nek Sofiah menanya tujuan Ryan datang ke Kedah.
Ryan melihat Nek Sofiah. Nafas dihembus mencari kekuatan untuk meluahkan tujuan mereka ke situ.
"Ryan nak percepatkan pernikahan Ryan dan Ayrin " ucapnya serius.
"Apa?" Ayrin terkejut begitu juga Nek Sofiah. Kenapa lelaki ini tergamak buat begini kepadanya.
"Bukankah tempoh pertunangan kamu lagi setahun? " soalnya Nek Sofiah. Kenapa cucu kesayangan ingin mempercepatkan pernikahan. Ada sesuatu yang disembunyikan ke?
Ayrin sudah tidak senang duduk. Dia tidak mahu bernikah lagi. Sekurang-kurangnya tunggulah sehingga dia habis belajar dulu. Beberapa bulan aje lagi. Tergamak Ryan menghukumnya sebegini.
"Tak nek macam ni.."
"Kami dah terlanjur " Ryan mencantas percakapan Ayrin.
Ayrin tergamam? Terlanjur? Dia dan Ryan tak buat apa-apa pun. Kenapa dia hukum aku macam ni? Kesalahan aku sedikit sahaja. Ketika itu, dia terasa ingin menangis.
"Ya Allah, betul ke Ryan, Ayrin? " dia terasa ingin pitam mendengar kata-kata Ryan tadi.
"Betul nek. Maafkan kami" Ryan menunduk melihat lantai.
Ayrin kehilangan kata. Air jernih perlahan-lahan gugur dari tubir mata. Hatinya menyumpah seranah lelaki dihadapannya. Pandai mamat sewel ni berlakon. Dia terasa rohnya sudah tiada di situ. Hanya jasadnya sahaja.
"Nak buat macam mana. Benda dah terjadi. Tak dapat nak dielakkan. Kita kena terima takdirNya. Sekurang-kurangnya, kamu mengaku salah kamu." ucap Nek Sofiah sayu.
"Maafkan kami. Tak! maafkan Ryan. Ryan yang bersalah. Ryan ikut sangat kata hati. " Ryan meneruskan lakonannya. Dia melihat Ayrin yang sudah menangis. Maafkan aku Rin. Aku sayangkan kau sebab tu aku buat macam ni.
"Jangan minta maaf dengan nenek. Minta maaf dengan yang di atas "
Ryan terdiam. "Bila kamu nak menikah? "Soal Nek Sofiah.
"Kalau boleh dalam bulan ni. Takut kandungan dalam perut Rin membesar. Lagi teruk nanti"
Ayrin melihat Ryan dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Kandungan? Membesar? What the hell? Lelaki ni memanglah?!! Aku benci kau Ryan Iskandar.
Dia ingin membuka suara membantah semua kata-kata lelaki itu. Tetapi dia tidak mempunyai kekuatan untuk menyuarakan kebenaran. Sesungguhnya, dia teranayai.
"Bagus juga tu. " Nek Sofiah seperti menerima kenyataan. Tak tergamak ingin memarahi cucunya. Perkara sudah terjadi. Kita harus menerima qada dan qadar.
"Mama dan ayah kamu dah tahu "
Ryan mengeleng kepalanya.
"Buat masa nanti, Ryan taknak hebohkan dulu. Tunggu masa yang sesuai "
Nek Sofiah terdiam. Dia melihat Ayrin yang hanya diam dan menangis saja. Dia tahu, hati gadis itu terseksa dengan apa yang terjadi. Lantas, dia menarik Ayrin ke dalam pelukannya. Belakang gadis itu diusap perlahan.
"Nek.. " Ayrin menghemburkan tangisnya di dalam pelukan nenek tirinya.
"Sabar cu sabar.."
Ryan mengalihkan pandangan tidak sanggup melihat gadis kesayangannya menangis disebabkan olehnya. Maafkan aku Ayrin ...
"KAMU taknak tidur sini dulu ke? " Soal Nek Sofiah ketika menghantar mereka ke kereta.
"Takboleh nek, Ryan esok kerja. Ayrin pula ada kelas. " Ryan melihat Ayrin yang diam disisinya.
"Baiklah kalau macam tu. Bawa kereta baik-baik " pesan Nek Sofiah.
"Baik Nek "
Ryan dan Ayrin menyalami Nek Sofiah sebelum bertolak balik ke Selangor.
****
"Nak makan tak? "Soal Ryan mendatar kepada Ayrin yang sedari tadi diam sahaja.
"Huh, in this condition. Awak masih nak ajak saya makan? "Soal gadis itu sinis. Dia berpeluk tubuh.
"Ohh I know. Takut baby kita ni lapar" sindir Ayrin pedas sambil mengusap perutnya.
Ryan mengetap rahangnya. "What's wrong with you Ayrin Amani? " soal Ryan bengang.
"What's wrong with me? You should ask yourself first! " Suara Ayrin naik seoktaf. Dia tidak tahan memendam semua itu lagi. Dia melihat Ryan.
Ryan dilanda kemarahan. Apesal perempuan ni nak ungkit balik hal tadi. Terima je la. Dia memberhentikan kereta di lorong kecemasan.
"Takboleh ke kau terima semua ni? Susah sangat ke?? " Ryan mencerlung ke arah Ayrin.
"Tak! Saya tak boleh terima and yes! Its very difficult to me! Hanya disebabkan kesalahan kecil saya, awak hukum saya dengan hukuman yang paling berat!" Ayrin sudah mula menangis.
"Just go with the flow! " ucap lelaki itu tanpa mempedulikan air mata Ayrin.
"Go with the flow? Awak sedar tak awak dah jatuhkan maruah saya sebagai seorang perempuan. Saya malu dengan nenek. Macam mana saya nak berdepan dengan dia nanti? Awak tahu apa, you just a man " Luah Ayrin dalam tangis.
Ryan diam. Dia menguak rambutnya ke belakang. Arhhhh, kusut! " Macam ni, kau ikut je rentak aku. Aku tahu apa yang aku buat. Aku buat macam ni sebab aku sayangkan hubungan kita. Aku tak suka lelaki lain rapat dengan kau. Aku rasa nanti kau akan pergi dari aku. Aku takut. Aku akan betulkan semua ni. Just wait, okay? " suaranya dilembutkan.
"Buatlah. Like I'm care. You know Ryan Iskandar, I hate you very much. Even, we are married. Saya takkan layan awak as my husband " ucapnya Ayrin tegas. Dia mengalih pandangan ke arah tingkap.
Ryan cuba mencapai tangan gadis itu. Namun, pantas Ayrin menarik tangannya. " Don't ever touch me!"
Ryan tergamam. Gadis itu sudah menanam kebencian terhadap dirinya. Dia hanya diam. Biarkan Ayrin tenang. Dia meneruskan pemanduannya.
***
Tepat jam 8 malam, mereka tiba di Selangor. Honda Ryan memasuki perkarangan garaj rumah agam tersebut. Ayrin keluar dari perut kereta tanpa menunggu enjin kereta diberhentikan.
Ryan tergamam seketika apabila Ayrin tidak menunggunya. Memang Ayrin benci padanya.
Setelah memastikan tiada barang tertinggal di dalam kereta. Ryan melangkah keluar dan berjalan masuk ke rumah.
"Assalamualaikum. " Ryan memberi salam tetapi langkahnya kaku di muka pintu.
Encik Hisham merenung tajam ke arahnya. Mama yang berada di sisi ayah tirinya sudah menangis.
Ayrin pula hanya menunduk wajah melihat lantai.
Takkanlah nenek dah bagitahu pada mereka berdua. Ryan berjalan ke arah mereka yang berada di ruang tamu itu dengan lagak tenang.
Apabila berdepan dengan Encik Hisham. Lelaki separuh abad itu bangun lalu menampar pipi Ryan dengan kuat.
"Abang! "Jerit Puan Rania. Ayrin menutup mulut terkejut dengan tindakan papanya.
Ryan mengesat darah yang keluar di hujung bibirnya. Dia melihat ke arah ayah tirinya. "Papa mama dah tahu?" Soalnya tenang. Walaupun sebenarnya dia berada dalam perasaan bercampur-aduk.
"Kamu masih tanya lagi? Sampai hati kamu berdua buat perkara terkutuk itu! " jerkah Encik Hisham. Lengannya dipegang isteri.
"Perkara dah jadi " ujar Ryan mendatar.
"Ryan Iskandar! "Marah Puan Rania kepada anaknya yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.
"Nasib baik, nenek bagitahu papa dengan mama mengenai hal ini. Kalau tak, sampai mati pun kami tak tahu! " marah Puan Rania.
"Ayrin!" Encik Hisham melihat ke arah anak perempuannya yang sedari tadi diam sahaja.
"Papa dah beri didikan agama yang sepenuhnya pada Ayrin. Apa yang Ayrin balas. Memalukan keluarga sahaja! "
"Ayrin tak bersalah! "Dalam tangis, Ayrin mempertahankan dirinya.
"Masih lagi nak berdalih! Nasib saudara lain tidak tahu. Hanya kira berlima sahaja tahu. Kalau tak, pasti keluarga kita dimalukan." kata Encik Hisham penuh marah
" Pokoknya, hujung minggu ini kami berdua harus menikah! " sambungnya lagi.
Ayrin mengangkat kepala dan melihat papanya " Tak papa! Ayrin taknak nikah! "Bantah Ayrin.
Pang!!
Pipi mulus Ayrin ditampar oleh Encik Hisham. Puan Rania terkejut begitu juga dengan Ryan. Ryan menarik Ayrin ke belakangnya.
Tidak sanggup melihat kesayangannya dipukul.
"Papa kalau nak pukul, pukul Ryan aje. Jangan libatkan Ayrin. Ryan yang mulakan dahulu semua ini!" Suara Ryan tinggi mempertahankan Ayrin.
"Kamu berdua jangan kurang ajar" Encik Hisham mengangkat tangannya lagi tetapi sempat dihalang oleh Puan Rania.
"Kalau papa nak nikahkan kami hujung minggu ini, baik! Ryan setuju. Tapi, satu aje yang Ryan mintak jangan naik tangan lagi pada Ayrin! " ujarnya dalam kegeraman. Dia menarik, Ayrin naik ke atas.
AYRIN menarik tangannya apabila mereka tiba di ruang atas rumah.
"Saya taknak khawin! " bantah Ayrin lagi.
"Kau dalam situasi macam ni lagipun kau masih menolakkan? " kata Ryan.
"Awak tak faham, saya masih mentah, masih muda. Saya takut saya tak boleh jaga masjid yang dibina. " Ayrin mula menangis.
Ryan merenung kesian Ayrin. Tubuh iti ditarik ke dalam pelukannya. "Aku ada, aku boleh jaga kau. Jangan risau, ok" pujuknya. Dia mengusap lembut belakang Ayrin.
Ayrin membalas pelukan Ryan. Dia menangis teresak-esak dalam pelukan Ryan. Hatinya sudah berasa tenang dan dia selesa berada di samping Ryan.
Ryan membiarkan Ayrin menangis di dadanya. Gadis ini benar-benar memanipulasi perasaannya ketika ini. Senang sahaja api kemarahannya terpadam dengan air mata gadis itu. Dia taknak kehilangan Ayrin.
"Kau masuk bilik dulu. Tenangkan fikiran kau. Ingat, aku selalu ada dengan kau." Ujar Ryan. Pelukan dileraikan.
Aqila mengangguk lalu berlalu ke kamarnya. Ryan diam disitu. Rambut dikuak ke belakang. Nafas dilepaskan.
Dia hanya berharap agar semuanya berjalan lancar.
***
"AKU terima nikahnya Ayrin Amani binti Mohd Hisham dengan mas khawinnya sebanyak RM80 tunai "
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah " Tuk kadi menandahkan tangan berdoa.
Dengan sekali nafas, Ayrin dan Ryan sah menjadi suami isteri. Kini mereka perlu mengharungi bahtera perkhawinan bersama-sama.
Selepas masjlis akad nikah selesai, kini tiba pula acara pembatalan air sembahyang. Ryan meminta izin untuk membuat solat sunat terlebih dahulu.
Selesai bersolat sunat, Ryan pergi menghadap Ayrin. Mata terkaku pada Ayrin yang manis dalam busana yang direka khas oleh pereka fashion terkenal.
Wajah Ayrin yang disolek nipis membuatkan Ryan hanya memandang gadis itu sahaja. Tangan lembut Ayrin dicapai dan disarungkan dengan cincin perak yang dibeli sendiri olehnya. Ayrin mencapai tangan Ryan dan disalam penuh syahdu. Menitis air mata dari matanya.
Ryan mencium dahi Ayrin dan berkata " terima kasih sebab terima aku dalam hidup kau "
Majlis akad nikah itu diteruskan dengan Jamuan makan yang meriah diadakan di laman rumah agam tersebut. Walaupun, Encik Hisham masih marah dengan hal tersebut, dia tetap memgadakan majlis yang mewah untuk anak-anaknya.
AYRIN masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat asar. Selepas selesai bersolat dia duduk di tikar sejadah. Dia ingin berehat sebentar sebelum turun ke bawah. Tidak sanggup memberikan senyuman palsu buat tetamu yang datang.
Air mata menitis jatuh ke tikar sejadah. Tidak tahu masalah yang akan datang apabila berumah tangga dengan businessman muda seperti Ryan Iskandar. Dia perlu tabah mengharungi cabaran yang mendatang.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul wajah Nek Sofiah yang segak berbaju kurung kedah.
Wajah tua itu mengukir senyuman kepada Ayrin. Ayrin membalasnya penuh ikhlas.
"Dah solat? " Nek Sofiah duduk disisi gadis itu. Bahu Ayrin dipegang dan menarik Ayrin rapat dengannya.
"Dah"
Nek Sofiah mengangguk. " Ni Nek nak pesan, Ayrin jangan anggap kandungan dalam perut ni sebagai satu masalah atau musibah. Anggapnya sebagai satu anugerah walaupun kejadiannya tidak indah,faham "
Ayrin mengangguk. Tidak tahu ingin memberi respon bagaimana. Dia terfikir bagaimana ingin menjaga kandungannya dengan baik kerana pada hakikatnya dia masih lagi dara. Tiada benih yang bercambah di dalam rahimmya.
Nek Sofiah memegang perut Ayrin. Ayrin tersentak namun dibiarkan sahaja. "Nanti cepatlah nenek dapat cicitlah yerr" Nek Sofiah berseloroh. Dia tidak marah mahupun benci kepada cucunya malah dia cukup gembira kerana akan mendapat cicit.
Ayrin ketawa. "Belum pasti lagi nek " ujarnya.
"Haha, baiklah. Nek keluar dulu. Nak layan tetamu. Ayrin duduklah dalam bilik dulu kalau penat."
"Ehh, tak apa nek. Rin nak turun juga. Tolong apa yang patut " Ayrin membuka telekungnya.
Nek Sofiah hanya membiarkan sahaja cucu tirinya turun bersama-sama ke bawah.
####
Part seterusnya akan dipost secepat mungkin. Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan