Langkau ke kandungan utama

CERPEN : MY FAKE GIRLFRIEND ( PART 2 )

" Coretlah karyamu melalui hati yang tulus " By, Nurul Shuhada My Fake Girlfriend ♥ part 2 1 bulan yang lalu. Sejak kejadian Nia pengsan itu, kini Nia dan Aryan telah menjadi rakan. Walaupun mereka sering bergaduh apabila berjumpa namun mereka tetap berkongsi masalah bersama. Sewaktu Nia melintasi bilik pengawas, tiba-tiba tubuhnya ditarik masuk ke dalam bilik tersebut oleh seseorang. Dia terkejut. Ingin sahaja menjerit meminta pertolongan, tapi itu tidak mungkin terjadi kerana mulutnya sudah dicekup oleh seseorang yang kini sedang memeluknya dari belakang. Dia meronta perlahan untuk melepaskan diri. Tubuh Nia ditolak perlahan di dinding. " Ni akulah Ian." Nia menolak tubuh Aryan jauh darinya " ishh, kau ni mati2 aku ingat perogol " marah Nia. "Sorrylah. Aku terdesak tadi." Ujar Aryan wajahnya sedikit gelisah. "Kau kenapa? " soal Nia pelik. "Kau kena tolong aku Nia" pinta Aryan. Dia memegang kedua-dua bahu Nia. Bajunya sudah tidak terurus rambut apatah lagi. "Er.. tolong apa?". Aryan menarik Nia dan menyuruh Nia duduk di atas kerusi. Aryan duduk di kerusi berhadapan dengan Nia."Okay macam ni.." Aryan menceritakan kesemuanya kepada Nia. Dari mula hingga akhir. "Baru tadi kau break dengan dia?" Aryan mengangguk. Patutlah rupa dah macam hilang anak tapi ni lain sikit hilang girlfriend. "kau nak aku menyamar jadi gf kau ke? " soal Nia. "Haah, aku terlalu sayang kat dia dan taknak dia tinggalkan aku. Even aku playboy, tapi hati aku tetap ada pada dia. Hati aku milik dia. Kau boleh tolong tak? " sayu sahaja Aryan berkata.Dia menguak rambutnya ke belakang dan menunduk memandang lantai. Nia terdiam. Menyamar jadi girlfriend Aryan hanya disebabkan ingin ex-girlfriend Aryan kembali pada lelaki itu. Pelik betul pertolongan yang diminta. "Woi, boleh tak? Kita pura-pura couple sampailah dia jealous then, dia akan cari aku minta getback balik dengan aku. Please tolong aku kali ni "pinta Aryan memandang Nia. "Hrmm, boleh berhasil ke? Entah2, dia tak ambil peduli pun. Plan kau tu sia2 je nanti" "Berhasil. Aku kenal dia sangat-sangat. Kitaorang dah 4 tahun bersama. Aku tahu perangai dia. Dia akan ubah fikiran bila dia tahu yang dia masih perlukan aku. Aku sayang dia. Dia tak macam girlfriend aku yang lain" "Hrmm, nama dia apa ? " soal Nia. "Puteri Aleesa.. kau tolong ek? " Puteri Aleesa. Sedap nama. Mesti orangnya cantik juga, kalau tak takkanlah playboy macam Aryan ni terpikat. Nak tolong ke tak. Ala, pura2 ja, bukan betul pon. Lepas diaorg getback , settle semua. Back to normal. Tapi, hati aku macam mana? Mampukah?. "Hrmm.. okaylah, aku tolong kau. Pura2 je." Putus Nia. Tak salah tolong orang dalam kesusahan. Kesusahan ke ni? "Betul ni?? Thanks selekeh. " Aryan ingin memeluk Nia, tetapi sempat ditahan oleh Nia. "Aikk ,jangan lebih " tegur Nia. Aryan hanya tersengih. " plan kau apa? " "Macam ni.. kita ikut segala jadual dia.. dalam masa yang sama kita akan buat temu janji palsu. Nanti bila dia tengok kita, mesti dia akan jealous. Lepas tu, kembali pada aku " ucap Aryan. "Kau tahu ke jadual dia?" "Aku tahulah" "Sampai bila kita kena berpura-pura couple ni?" Nia,bertanya. "Sampai dia kembali pada aku. So, hujung minggu ni, kita start our plan, okay?" Nia hanya mengangguk. Aryan tersenyum. "Okaylah. aku balik dulu." Kata Nia dan berlalu pergi. Aryan sempat menarik lengan Nia, Nia terdorong ke belakang kemudian dengan sekelip mata Nia berada di dalam pelukan Aryan. " Thanks Nia. Kalau bukan kau. Siapa nak tolong aku. Kalau harapkan semua gf aku yang gedik tak kena tempat tu entah apalah akan jadi. " Dia mengetatkan lagi pelukan. "Err.. yaya tak apa. Aku balik dulu.Bye" Nia melepaskan pelukan dan keluar dari bilik itu. **** Nia merebahkan diri di atas katil. Merenung syiling. Entah kenapa, dia boleh setuju dengan plan tak masuk akal Aryan. Fake girlfriend? Tak pernah dibayangkannya. Mesti lelaki itu sayang gila dengan Puteri Aleesa hingga snggup buat plan tak masuk akal tu. Hrmn, Itulah namanya cinta buta. Menurut cerita Aryan, Puteri Aleesa bercinta dengan Aryan sudah 4 tahun. Sepanjang percintaan mereka, Puteri Aleesa tidak tahu mengenai sikap playboy Aryan. Aryan memang cekap dalam hal cover ni. Pengawas katanya. Satu hari, Puteri Aleesa tiba-tiba berpaling. Dia punyai lelaki lain dan hubungan mereka putus. Aryan kecewa. Dia cintakan Puteri Aleesa. Disebabkan hal itu, Aryan bertekad. Dia akan mengambil hati Puteri Aleesa semula. Kini, dia terlibat sama dengan rancangan Aryan untuk mendapatkan semula Puteri Aleesa. Dia memegang dadanya. Mampukah dia bertahan?. Mampukah dia berpura-pura sedangkan di hati ini sudah berputik bunga cinta yg telah dimiliki si dia? Dia cintakan Syed Aryan. Dia memejamkam matanya. Korban untuk orang tersayang. **** NIA ATILIA duduk di perhentian bas,menunggu Syed Aryan mengambilnya. Rancangan pertama mereka adalah shopping bersama. Menurut Syed Aryan, Puteri Aleesa akan bershopping di mall setiap hujung minggu. Memang sah, lelaki ini angau dengan Puteri Aleesa hingga tahu tentang jadual harian Puteri Aleesa. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba sebuah kereta Suzuki Swift merah berhenti di hadapannya. Dia menganggkat kepala. Kening terangkat. Sejak bila Syed Aryan ada lesen memandu ni? "Woii, nak masuk ke tak? " jerit Aryan sedikit kuat apabila melihat Nia mengelamun. "Aku nak masuk la ni Kalut betul. Dahla lambat. Kura-kura pun cepat " ngomel Nia. "Mengata dekat aku latuu. Ingat aku tak dengar ke? "Ujar Aryan apabila Nia sudah masuk ke dalam keretanya. "Ehh, kau dengar ke? Tak sedar pulak. Sorry ehh. " bebola mata Nia dinaik ke atas. Aryan memulakan pemanduannya. Suasana di dalam kereta hanya kedengaran penyampai radio hotfm yang sedang mengenakan pendengarnya dalam sekmen panggilan hangit. "Hrmm, sejak bila dapat lesen? " Nia memulakan perbualan. "3bulan lepas" matanya tidak dialih ke arah Nia, hanya memandang ke hadapan. "Ouh" perbualan mereka terhenti disitu. Pelik. Jika di sekolah pantang bertemu pasti akan bergaduh. Tetapi apabila mereka hanya berdua jadi kekok. Setelah 15 minit pemanduan mereka tiba di mall. Mereka beriringan masuk ke dalam Mall. "Kita pergi beli baju dekat kau dulu " Aryan berkata datar. "Kenapa pulak? Taknaklah aku " bangkang Nia. Aryan merenung tajam Nia. "Kau tengok apa yang kau pakai dan kau tengok apa yang aku pakai " Kata Aryan. Nia pelik. Dia melihat dirinya. Hrmm, okay jer. Blaus putih dan skirt labuh warna hitam serta selendang dipakai mengikut fesyen terkini. Kasutnya pulak sandal hitam. Aryan pulak mengenakan t-shirt hitam berlengan pendek dengan tulisan "ARTIC MONKEY" dan jeans warna hitam serta mengenakan kasut converse high cut berwarna hitam. Hermm, handsome. "Okay je" Aryan menunding kepala Nia. " tengkorak kau. Kau memang tak pandai ikut trend terkini eh? Orang dah tak pakai blaus ni bagai. Nanti Puteri kata aku tak pandai pilih gf pulak. Jom ikut aku. " arah Aryan. "Taknaklah. Bagi aku, blaus ni okay je. " bantah Nia lagi. "Bagi aku tak okay. Cepat ikut aku kalau tak kau balik sendiri nanti " Ugut Aryan. Nia mengalah dan mengikut Aryan disisi. Tahulah, bapa dia orang kaya pun. Tapi, janganlah nak membazir duit utk dia. Langkahnya terhenti serta merta dia menarik lengan Aryan agar tak memasuki H&M. "Kita pergi tempat lainlah. Mahallah kat sini " Aryan mengeluh. " Ikut jer boleh tak? " Dia melangkah masuk ke dalam H&M diikuti dengan Nia. "Pilihlah ,kau nak apa " ujar Aryan. Nia melihat Aryan. Betul ke ni? Laki ni nak belanja aku ke? Atau saja jer ni. Dia nak kenakan aku ke? "Aku tahulah aku ni handsome macam lee jong suk. Janganlah tengok lama2 " usik Aryan. "Perasan "getusnya. Dia,berjalan ke lorong yang dikhaskan untuk pakaian bagi wanita. Dia mengambil t-shirt putih berlengan panjang. Cantik. Harga dia pun cantik. "Pilihlah banyak sikit. Satu je? " ujar Aryan yang setia mengikutnya dari belakang. Setelah 30minit mencari dan memilih pakaian. Mereka ke kuanter untuk membuat pembayaran. "Semuanya RM 576.85 cik " "Hah??" Nia terkejut. Dia melihat Aryan. bapak mahalnya. Aryan menaikkan keningnya " bayarlah "ujar Aryan. Lagilah Nia terkejut. Tadi dia punya paksa aku beli baju sekarang ni? Haishh. "Bukan kau.. tadi .." Nia tergagap. "Tadi apa? " soal Aryan pelik. "Jap2, kau ingat aku belanja kau ke? Agak2lah. Hahaha. " Aryan tergelak. Wajah Nia berubah. "Kau memang sajakan? Aku tahulah kau tu kaya nak mampus. Tapi tak perlulah nak buat aku macam ni. " marah Nia. Tangisan cuba dikawal. "Cik cancel jer la. Saya tak jadi beli. " ujar Nia. Juruwang itu nampak kecewa. Aryan masih lagi dengan wajah selambanya. "Perjanjian kita batal " marah Nia dan berlalu pergi. Aryan hanya melihat gadis itu berjalan keluar dari kedai itu. Dia tersenyum. Kemudian mengalih melihat juruwang tadi. "Berapa semuanya tadi? " "RM576.85" Aryan mengangguk. Dompet dikeluarkan dan kad kredit warna emas dikeluarkan kemudian diserahkan kepada jururwang tadi. Dia cuma mengenakan Nia sahaja. Dia tahu Nia tak mampu bayar semua ini. Dia tersenyum. Comel bila dia marah. Selesai membuat pembayaran, Aryan cepat-cepat keluar mencari Nia. Nia tiada pengangkutan untuk pulang. Dia tahu rumah Nia memang jauh. Dia mencari kelibat Nia. Kemudian dia terlihat Nia sedang berjalan seorang diri. Dia menapak ke arah Nia dengan beg berisi baju yang baru dibeli tadi. "Dia ingat dia tu kaya boleh buat aku macam ni? Tak perlulah, buat malu jer. Cashier tadi pun, aku tengok macam gelakkan aku jer.. kenapalah aku buat janji merapu dengan buaya darat tu " ngomel Nia. Dia berjalan tanpa arah. Dia tidak biasa berjalan di mall ini. Tiba-tiba, ada seseorang menarik lengan dia. Dia terkejut lalu merentap pegangan tersebut dan memusing ke belakang. "Kau nak apa?! Pergi blahh sekarang! " marah Nia. Sebilangan pengunjung yang melihatnya tidak dihiraukan. "Nak kaulah selekeh. Jom, pergi makan aku tengah lapar ni. Perkara yang lalu jangan diungkit." ajak Aryan. "Taknak! Kau pergilah makan sorang2 kau. Kau mesti suruh aku yang bayar kan nanti. " balas Nia lagi. Kali ini suaranya semakin perlahan. "Taklah, aku bayar. Sorry pasal tadi. Aku saja nak kenakan kau jer. Nahh, baju kau. Takpyah bayar balik " Aryan menyua beg kertas itu kepada Nia. Dia perlu memujuk Nia. Kalau tak, macam mana dengan plan untuk dapatkan semula Aleesa. Hancur. "Kau sedekahlah dekat sapa2. Aku balik dulu. Bye! " putus Nia. Dia meninggalkan Aryan sendirian. "Weii Nia" jerit Aryan. Beberapa pengunjung memandang ke arahnya. Baru sedar dia di tempat awam. Malunya. Dia melihat sekeliling untuk meng"cover" malunya. Namun, dia terlihat seseorang yang amat dicintai bersama lelaki lain. Mereka tampak mesra sekali. Puteri Aleesa ternampak Aryan sedang memandangnya. Senyuman dia mati. Kelu seribu bahasa. Dia membalas pandangan Aryan. Syed Aryan perasan Puteri Aleesa sedang melihat ke arahnya terus sahaja melihat ke arah Nia yang belum jauh berjalan. Dengan segera dia berlari ke arah Nia. "Sayang! " panggilnya kuat hingga dapat didengari oleh Puteri Aleesa. Sesungguhnya, dia ingin Puteri Aleesa mendengarinya hingga terbit rasa cemburu di hati. Apabila Aryan hampir dengan Nia, tapak tangan gadis itu terus dipegang kejap. Jari jemarinya menyentuh diantara jari jemari Nia. Menggengam kuat seperti tidak mahu Nia pergi jauh darinya. Nia terkejut melihat Aryan memegang tangannya. Sungguh sukar untuk direntap kerana pegangannya terlalu kejap. Dup dap dup dap. Jantungnya terasa ingin tercabut. "Please.. stay like this. Dia tengah tengok kita kat belakang kita. Start our plan "ujar Aryan. Nia melihat ke belakang. Ya, Puteri Aleesa sedang melihat ke arah mereka. Dia membalas pegangan Aryan. Jatungnya berdegup seperti selesai berlari dalam acara lumba lari. Laju dan laju berdegup. Dia melihat ke arah Aryan yang berada disisinya. Kenapa aku jatuh cinta pada kau? Bisik hatinya. Dia tersenyum nipis, takkanlah perempuan seperti aku nak dapatkan lelaki seperti dia. Bagai pipit dengan enggang. mereka berjalan menuju ke pintu kecemasan di mall itu. Setelah pasti, mereka jauh dari Puteri Aleesa. Aryan melepaskan pegangan tangan. Tubuhnya disandar didinding. Dia terduduk memandang ke bawah lantai. "Dia lupa aku " ujarnya perlahan. "Kau okay tak ni " soal Nia. Dia duduk di hadapan Aryan. "Dia bahagia dengan orang lain " ujar Aryan sayu. "Kau janganlah macam ni, kau kata nak dapatkan dia. Jadi, kau perlu berusaha kuat. Jangan mudah putus asa dengan apa yang kau lihat sekarang. Ingat matlamat kau, nak dapatkan dia balik. " kata Nia. Dia memegang bahu Aryan. Aryan mengangkat mukanya dan memandang ke arah Nia. " kau rasa aku boleh buat ke semua ni? " soalnya. "Ehh.. mestilah!" Ujar Nia sambil bangun. "Kita dah rancangkan macam mana nak dapatkan dia. So, kita kena teruskan! " ujar Nia bersemangat. Rajuknya hilang tiba-tiba. Aryan tersenyum. Seronok melihat Nia yang terlebih samangat ni. "Thanks " "Tak ada apa-apalah. Jum la, kau nak belanja aku makan kan " katanya. Cuba mengembirakan Aryan. Aryan bangun. " bukan tak nak ke tadi? " "Tuu.. tadi, yang sekarang ni lain " "Hahaha, jum la, kau nak makan apa? " soal Aryan smbil tersenyum. Rasa sedih tadi hilang apabila melihat Nia. "Hrmm.. makan apa ehh. Kau nak apa? Aku okay jer " soal Nia. "Hrmm.. aku nak makan makanan korea la. Jum pergi Seoul Garden. " Nia mengangguk. "Yeahh, ada orang belanja " kata Nia riang. Dia berjalan mendahului Aryan. Aryan hanya tersenyum. Nia memang perangai seperti kebudak-budakkan. Siapa yang tak kenal Nia, memang kata Nia ni pendiam. Padahal, active yang amat. Nia tiba-tiba berhenti, dia memusing ke belakang. " kat mana tempat tu? " "Ishh. Lain kali ikut aku. Ni jalan dulu " kata Aryan sambil mengetuk kepala Nia. "Ishh sakitlah buaya". Nia mengusap kepala yg diketuk. Aryan tersenyum sekali lagi. Dia memegang tangan Nia sekali lagi. "Jum ikut sini " ujarnya selamba. Nia terkaku. Jantung berdegup sekali lagi. Arhhhh, Syed Aryan janganlah buat aku macam ni. **** "Thanks tolong aku and happykan aku" ucap Aryan apabila keretanya berhenti di hadapan rumah Nia. Dia memandang Nia. "No hal " ujar Nia. Dia menanggalkan tali pinggang dan ingin keluar dari kereta. "Err.. Nia sekejap " panggil Aryan. Dia mengambil beg kertas dari tempat duduk belakang kereta dan menyerahkannya kepada Nia. "Nah, baju tadi. Kau ambiklah. " serah Aryan. "Ehh kau ni. Takpayahlah " tolak Nia. "Kau ambik. Aku dah beli dan bayar dah. Kau tak perlu bayar balik. Kalau kau tak ambik aku cium kau " kata Aryan lalu meletakkn beg itu di atas riba Nia. "Kau selalu ugut aku. Iyerlah, thanks Ian. " "Hrmm, good girl. Nanti kita dates pakai baju ni, faham? " arah Aryan. "Hrmm yee. Aku masuk dulu. Jumpa esok kat sekolh. " Nia keluar dari kereta Aryan. Dia melihat Suzuki Swift merah Aryan berlalu pergi hingga hilang dari pandangan. ### Tadaa.. ini untuk part 2. Nantikan sambungannya nanti. Cerpen ni, tak best macam cerpen yg korang pernah baca kat blog lain, shuhada sendiri masih mentah dalam bidang seni penulisan ni. Tak tahu sangat nak buad ayat puitis dan hiperbola utk kasi gempak lagi cerpen ni. Please support me, yerr. ! ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...