" Coretlah karyamu melalui hati yang tulus "
By, Nurul Shuhada
My Fake Girlfriend ♥ part 3
SUASANA di dalam library sekolah sunyi tanpa bunyi. Kelihatan pelajar-pelajar sedang tekun belajar. Begitu juga, Nia. Dia fokus belajar untuk peperiksaan yang akan datang hingga tidak sedar akan sekelilingnya.
***
Syed Aryan berjalan-jalan disekeliling mencari Nia Atilia. Mana pulak minah Selekeh ni. Baru dia sedar, kenapa dia cari Nia? Sebab bosan xtahu nak buat apa. Yaya, sebab bosan. Selama ni tak pun. Arhh, biarlah. Kacau je. Aryan bermonolog dalam hatinya.
Dia bergerak ke kelas Nia. Ketika masuk ke dalam kelas, semua mata memandang ke arahnya.
Tak pernah2 pengawas hot stuff kat sekolah masuk ke kelas itu. Hanya jika ada urusan penting sahaja. Tercatat dalam sejarah.
" Nia Atilia mana? "Soalnya.
Pelajar yang lain terbuntang mata. Pelajar hot stuff cari pelajar yang boleh dikatakan sebagai antisosial tu. Biar betik.
Syed Aryan pelik. Kenapa semua terkejut bila dia cari Nia. Nia ni memang selalu dibuli ke. Kesian pulak dekat minah selekeh itu. Dia beranggapan sebegitu.
"Ekk.. Nia kalau waktu macam ni, selalunya ada di Library "jawab Laila apabila semua diam tak menjawab pertanyaan Aryan tadi.
"Ok Thanks " dia keluar dari kelas tersebut.
ARYAN masuk ke dalam Library. Sebilangan pelajar yang berada di situ asyik menelaah buku dan belajar untuk peperiksaan yang datang.
Di sudut paling hujung, dia nampak Nia yang khusyuk mengulang kaji. Dia menapak ke arah Nia.
Nia masih lagi tidak sedar akan kehadirannya. Aryan mencuit bahu Nia. Nia pantas mengangkat kepala dan melihat Aryan kini berada di sisinya.
Aryan dengan selamba menarik kerusi dan duduk di tepi Nia.
"Study apa ni? " soal Aryan kemudian memanpung kepalanya dengan tangan kanan di meja dan melihat ke arah Nia.
"Add math "
"Hrmm, subject killer yang paling aku benci selepas kimia, fizik. Biology bagi aku masih lagi ok" Balas Aryan.
Dia mengambil buku rujukan add math dan membeleknya. Kemudian, dia menutup semula. Memeningkan apabila melihat jalan kira yang rumit.
"Buat apa kat sini? "Soal Nia. Dia sudah tidak fokus akan pembelajarannya. Jantungnya berdegup laju apabila Aryan disisi.
"Cari kaulah" Jawab Aryan dengan suara perlahan tapi tetap didengari oleh Nia. Dia mengambil pen di tangan Nia.
"Ishh.. bagilah balik " minta Nia dan ingin merampas kembali pen itu.
Aryan bertindak mengangkat pen itu ke atas supaya Nia tidak dapat mencapainya. Aryan tergelak kecil apabila melihat Nia yang terkapai-kapai mengambil pen.
Akhirnya, Nia mengalah. "Ambillah, aku ada yang lain " dia membuka kotak pencil dan mengambil pen yang lain.
Aryan mengambil pen itu lagi. Seronok melihat Nia marah. Comel sangat.
"Ian! " kata Nia sedikit keras. Pelajar lain melihat ke arah mereka.
"Hujung sana tu, tolong diam. " tegur pengawas pusat sumber yang bertugas.
Nia mengangguk tanda faham. Dia mengalih muka ke arah Aryan.
"Ian, boleh tak jangan kacau aku " katanya sedikit keras. Aryan mengangkat kedua belah tangan ke atas tanda mengalah.
Aryan kemudian ketawa kecil. Matanya mengelilau melihat sekeliling library. Dia hanya masuk ke sini apabila ada masa sahaja. Tak sangka library sekolh ini besar juga. Rak buku teratur dan susunan buku sangat kemas.
Matanya tertacap kepada seseorang. Dia terdiam melihat si dia bersama orang lain. Lelaki yang sama dia pernah lihat di mall tempoh hari.
"Puteri Aleesa" katanya perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh Nia.
Nia mengangkat kepala melihat Aryan. "Puteri Aleesa? " Soalnya. Dia melihat ke arah sudut yang dilihat oleh Aryan.
Puteri Aleesa sedang belajar dengan teman lelaki barunya. Mereka tampak mesra sekali. Hatinya dipagut sayu melihat Aryan yang sedang berduka.
Pantas dia menarik tali leher lelaki itu supaya dekat dengannya.
"Woii.. kau buat apa ni?" Soalnya sedikit kuat hingga mengalih perhatian pelajar disitu termasuk Puteri Aleesa.
"Tolong ajar yang ini. Tak fahamlah, Ian." minta Nia dengan suara yang manja. OMK, (oh mak kau) apa yang aku buat ni Nia.
"Hrmm.. hrmm" Aryan berdehem menahan debar kerana terlalu dekat dengan Nia.
" Macam ni caranya.. 'Y' ni Nia kena letak dekat sini lepas tu.." Aryan mula menunjuk cara kiraan soalan kepada Nia. Tubuh sengaja didekatkan lagi. Tangan kanan memegang pencil dan melakar jalan kira di kertas manakala tangan kiri di letakkan di kepala kerusi yang diduduki Nia.
Dia tahu, Nia sedang memulakan rancangan untuk membuat Puteri Aleesa cemburu.
Sementara itu, Puteri Aleesa diulik rasa iti hati melihat Aryan bersama teman wanitanya yang baru. Dulu, Aryanlah yang akan berbuat begitu. Kini, orang lain yang mengambil alih tempatnya.
"Sayang ok? "Soal Rayyan apabila melihat Puteri Aleesa diam.
"Hah?, ok jer. Jum la, kita pergi rasa panas pulak " mintanya.
"Dalam aircon pun panas ke? "Soal Rayyan.
"Jum laa.. " ajaknya manja. Rayyan mengangguk.
Apabila melihat Puteri Aleesa berlalu pergi. Nia menolak tubuh Aryan jauh darinya.
Dia menarik nafas dan melepaskannya. Wajahnya yang kelihatan kemerahan ditutup dengan tangan menahan malu.
"Kau okay tak ni? Macam tak cukup oksigen jer " soal Aryan. Dia meletakkn tangannya dibahu Nia.
"Aku okay. Jangan risau. Tadi tu.. aku bukan sengaja nak tarik kau. Aku tolong kau jer tadi" Nia menjelaskan kepada Aryan.
Aryan tersenyum. "Aku tahu. Thanks tolong aku. Aku pergi dulu. Sorry kacau kau study " ucapnya lalu bangun dan keluar dari library.
Nia meletakkn wajahnya di meja. " malunyaa.. "
ARYAN tidak terus ke kelas tapi dia ke belakang bangunan. Dia duduk di bertinggung menghadap permandangan di bukit-bukau.
Memandang suasana yang nyaman hingga dirinya tenggelam jauh ke dasar fikirannya. Dia memegang dadanya. Kenapa laju sangat berdegup, hah? Tolong singkirkan perasaan itu pada dia. Hati ini tetap milik Aleesa.
Dia bangun dan menarik nafas dan melepaskannya. Perbuatan itu diulang beberapa kali. Aku tak jatuh cinta pada Nia Atilia. Dia kawan aku jerr.
Kejadian Nia menarik tali lehernya ditayang semula di kotak fikirannya. Aryan mengeleng kepalanya beberapa kali. Pergilah main jauh2.
"Woi, Ian kau buat kat sini?" Tegur Akram, ketua pengawas sekolah.
"Hah? Tak buat apa pun. Tergerak hati nak datang sini " jawabnya.
"Kau ni. Dah pergi masuk kelas. Pengawas apalah kau ni. Nanti aku lucut jawatan kau, baru tahu " kata Akram.
"Hushh, janganlah "
"Gurau je. Prestasi kau bagus. Mana boleh lucut macam tu je." Kata Akram lagi.
"Selamat aku. Okaylah, aku pergi ke kelas dulu" kata Aryan dan berlalu pergi.
****
Ketika Nia masuk ke kelas, semua pelajar memghampirinya.
"Nia kau dengan Ian ada apa2 ke?"
"Kau couple dengan dia ke?"
"Bila korang start couple?"
"Berapa lama dah Nia?"
Nia makin serabut. Kenapa jadi macam ni?? " korang semua salah fahamlah, kitaorang kawan je laa " ucap Nia.
"Betul ke? "Soal Amer.
"Ishh, betullah. Dia nak ke kat aku yang selekeh ni? Dah tepi sikit aku nk duduk " ujar Nia dan bergerak ke tempat duduknya.
Laila dan Ijam datang menghampirinya. "Kau ok? " soal Ijam sambil duduk dihadapannya Nia.
"Ok. Diaorg je tak ok. Ada ke patut cakap aku dengan Aryan couple. " jawab Nia.
"Tadi Aryan datang kelas, cari kau sebab tu la kecoh satu kelas. Tambahan pula, ada orang cakap korang bermesraan dalam library. Lagilah kecoh. Kau ni diam2 ubi berisi " ucap Laila yang berada di tepi Nia.
"Hah? Mesra? Taklah. Dia jumpa aku sebab nak minta tolong ajar add math je " tipu Nia. cepat gila benda ni sampai dekat telinga orang.
"Hrmm, ye ke? Xpa, kitorang tak kesah kau dengan Aryan couple. Asalkan kau bahagia. Kan Ijam? " Laila memeluk bahu Nia.
"Hrmm... ya.. " jawab Ijam perlahan.
"Ishh, apa korang ni. Takkanlah nak couple dengan mamat hot stuff tu. Taknaklah" balas Nia.
"Kau ni Nia, aku doakan kau tahu tak? Kau pun Ijam bersemangat lah sikit jawab tu" tegur Laila.
"Yaa " jerit Ijam. "Puas hati kau?!" Ijam bangun dan berlalu pergi.
Laila dan Nia berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa dengan dia? Emo memanjang." Soal Nia.
Laila menggeleng kepalanya. "Entah, nanti ok la tu "
****
SEDANG Nia nyenyak tidur, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dengan sedaya supaya dia mengangkat telefonnya.
"Hello nia, aku ni Ian "
"Hrmm, kau nak buat apa call aku malam2 ni? Aku nk tidur" balas Nia.
"Aleesa. Dia pergi Fun Fair dekat malam ni. Jum la pergi. Mulakan rancangan kita yang seterusnya. "
"Hah? Malam2 ni? Kau tahu tak sekarang pukul berapa? Kau nak aku kena bunuh dengan mak aku ke keluar malam2 ni? " marah Nia. Ada ke patut suruh keluar malam2 mcm ni.
"Please tolong aku. Aku dekat luar rumah kau ni. Cepatlah keluar. " suruh Aryan.
"Please Nia tolong aku "
Sesungguhnya, Aryan memang terror bab2 pujuk-memujuk ini.
"Yer lahhh, jap nak salin baju."
"Thanks Nia. Make sure baju yang aku beli." Kata Aryan.
NIA kini berada di dalam Suzuki Swift Aryan. Tak pernah dibuat dia keluar dengan insan bernama lelaki pada tengah malam. Nasib ibunya beri keizinan. Tu pun, kena soal pelbagai soalan. Nasib Aryan jumpa sendiri ibunya dan meminta keizinan.
"Sorry ganggu kau tidur."
"Takpa." Jawab Nia.
"Kau ngantuk ke? " soal Aryan lagi.
"Sikit"
"Aku hantar kau baliklah. " putus Aryan.
"Janganlah. Susahkan kau jer. Jauh dah dari rumah aku ni. Tak apa, lagipun aku boleh release kan tekanan aku ni. Tapi, balik awal tau esok sekolah. " Ujar Nia.
"Hrmm baik cik puan. Nia, Thanks again " Aryan tersenyum dan meneruskan permanduannya.
****
"WAH hebat gila tempat ni " ucap Nia teruja. Hilang sudah rasa ngatuknya. Ini kali pertama dia datang ke fun fair.
"Hrmm, jangan excited sangat. Kita ada misi " pintas Aryan.
"Hrmm yelaa. Nak buat apa ni?" Soal Nia.
"Jalan-jalan jerlah " jawab Aryan tanpa perasaan.
"Lepas tu?" Nia bertanya.
"Jumpa Aleesa, buat dia jealous lepastu blahh " ucap Aryan tanpa perasaan.
"Eee, kau ni " Nia menarik muncung, lalu tubuh Aryan ditolak olehnya.
Lelaki itu tergerak ke tepi. Aryan tergelak. "Hahaha, kau pehal? Okay2lah, Kau nak main apa ni?" Tanya Aryan sambil menarik Nia rapat dengannya dan meletakkn tangannya dibahu Nia.
"Hee.. gatalnya kau. Peluk aku pulak. " Nia ingin menjarakkan tubuhnya. Namun, dihalang oleh Aryan.
"Ishh duduk diam2. Kau nak main apa? Kita beli token dulu"
" Hrmm kita nak main apa ehh? " Nia memegang tangan Aryan yang diletakkan dibahunya. Suka pulak dia.
Jikalau orang melihat mereka, memang seperti pasangan kekasih.
"Ian.." panggil satu suara.
Serentak dengan itu, Aryan dan Nia mengalih kepada suara tadi.
"Esya .." kata Aryan. Dia terkaku.
"Tak sangka boleh jumpa di sini. Ian buat apa? " soal Aleesa. Disisinya terdapat Rayyan. Teman lelakinya.
"Saja, nak kurangkan tekanan dengan Nia ni " Aryan mencubit pipi Nia. Dan menarik Nia lebih rapat dengannya. Jantung mula terasa berdebar-debar.
Nia disisi hanya diam. Tak tahu ingin menjawab apa. Apa yang dia rasa kini ialah bahagia. Bahagia dengan Aryan di sisinya. Tapi, itu hanya sementara.
"Ouh, Esya pun dengan Rayyan ni sedang lepaskan tekanan " Aleesa cuba mengukir senyuman. Walhal, sakit hati melihat Aryan bersama orang lain.
"Ouh. Hrmm, oklah. Ian pergi dulu. Banyak game nak main ni. Jum sayang" Aryan menarik Nia pergi.
Puteri Aleesa terasa panas hati. Aryan memang sedang bahagia. Bertuah sungguh gadis itu. Hatinya terasa sakit melihat kemesraan mereka.
"Sayang jum " panggil Rayyan.
"Hah? Jum."
ARYAN duduk termenung di kerusi yang disediakan. Dia pelik kenapa dia tidak lagi berasa berdebar apabila melihat Aleesa. Selalunya, jika melihat Aleesa, jantungnya tak berhenti berdegup dengan kuat. Namun, apabila dengan Nia. Jantung kini berdegup dengan laju. Apa yang Nia lakukan hingga dia sudah hilang rasa terhadap Aleesa. Dia berbelah-bahagi.
Adakah hatinya kini berubah? Aku jatuh cinta dengan Nia ke?
"Woi, kau ok tak? " soal Nia apabila melihat Aryan asyik termenung.
"Ok " jawabnya perlahan.
"Kau ni, janganlah macam ni. Cheer up lah sikit " ucap Nia. Dia duduk di sisi Aryan.
"Hrmm "
"Ish, Syed Aryan. Bangun sekarang! " suruh Nia. Dia menarik Aryan bangun.
"Kau ni kenapa selekeh? Aku tak naklah! " marah Aryan. Dia menarik tangannya. Tiba-tiba jadi emo. Dia sedang keliru.
"Jum lah, kau dah janji dengan aku nak pergi main tadi. Hrmm xpa la jom lah kita balik" kata Nia dalam nada yang sayu. Tektik memujuk.
"Nia janganlah macam ni. Okay, jum aku belanja kau. Aku minta maaf " pujuk Aryan. Dia tak patut layan Ni sebegitu. Baru dia sedar, Nia sudah banyak tolong dia.
"Yeahh!! , Jum!" Nia bersorak riang. Hilang sudah suara sayunya. Dia menarik Aryan bangun.
"Kau tipu aku ehh? " soal Aryan tidak berpuas hati.
"Kalau aku tak buat macam tu. Kau akan duduk sini termenung hingga pagi esok. " kata Nia bersahaja.
"Dah jum. Kau dah janji dengan aku. " Dia memegang lengan Aryan.
Aryan tergamam seketika. Kemudian mula mengukir senyuman. " jum!" Hilang sudah ingatannya terhadap Aleesa.
Mereka bermain pelbagai permainan yang ada fun fair tersebut. Aryan berasa senang dengan Nia disisinya. Perangai hyperactive Nia menarik minatnya untuk berada di sisi gadis itu.
Baru dia tahu, Nia yang selama ini dikatakan pendiam dan ulat buku di sekolah boleh bertukar menjadi gadis yang periang dan hyper.
Mereka berbaring di atas bumper kereta Aryan sambil menikmati permandangan waktu malam yang nyaman. Bintang berkelipan menerangi malam yang sejuk itu.
"Macam mana kau boleh ada ramai awek eh?" Soal Nia yang sedang berbaring ditepi Aryan.
"Sebab muka yang handsome nilah. Kelip mata terus sangkut "
Jawab Aryan bangga.
"Eee, plastik ada tak? Nak muntah ni " Nia membuat aksi ingin termuntah.
"Betul la. Kalau hujung minggu je pastu aku hang out dengan budak2 dari KL, Ampang, Cheras, Shah Alam macam tu la. So, dari situlah terjumpa semua gadis2 ni " jelas Aryan. Dia meletakkn kedua tangannya di belakang kepala.
"Ouh, Macam skuad lah kan? "
"Haah, lebih kurang macam tu la "
Nia mengangguk " sekarang kau keluar pun hang out jugak ke? "
"Tak keluar dah, rasa malas pulak. Since aku start rancangan aku ni. Terus aku clash dengan awek2 yang lain. Aku hang out dengan kau je. Best pulak kau ada di sisi aku" ujar Aryan.
Dia bangun dari pembaringan dan merenung lama ke arah Nia.
"Kau ok tak ni? Tengok aku semacam je. Macam nak buat benda yang tak baik je" ujar Nia pelik.
"Ada pulak fikir sampai kat situ. Jum lah, balik. Kau nak tidur sini ke? " Aryan turun dari bumper keretanya.
"Iyerlahh "
Mereka masuk ke dalam kereta Aryan. Kereta Suzuki Swift milik Aryan laju menyusur jalan raya.
****
KERETA Aryan tiba di hadapan rumah Nia.
"Thanks tolong aku tadi. Sorry jugak plan aku tak masuk akal. Ajak kau malam2 ni sebab nak kasi Aleesa jealous jer " ucap Aryan.
"Kau memang tak diduga. Apapun, aku seronok malam ni. Thanks. " balas Nia kembali. Dia senyum kepada Aryan.
"Hrmm. No prob "
"Aku masuk dulu. " Nia cuba membuka tali pinggang keledar tapi hampa tidak dapat dibuka.
"Kau boleh buka tak? Meh sini aku tolong " kata Aryan. Dia mengerakkan badannya ke arah Nia.
Nia yang tidak tahu, Aryan sedang bergerak ke arahnya terus memaling wajahnya ke arah Aryan.
"Tak ap.." bibir Nia dan Aryan bertemu. Mereka tergamam seketika.
Nia menolak Aryan ke belakang. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu. Apa yang aku buat ni? Astaghfirullah-halazim.
Wajah Aryan pula pucat tak berdarah. Dia tidak terkata. Nafasnya turun naik. Dup dab dup dab. Jantung berdetak kuat. Aryan menelan air liur beberapa kali.
"Ma..maaf. aku tak sengaja " ucap Aryan gagap.
"Takpa. Aku pun. Aku keluar dulu sorry "
Nia kalut membuka tali pinggang keledar. Aryan tidak sampai hati ingin menolong, takut perkara tak diingin berlaku lagi.
Nia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.
#######
Tadaa.. ini untuk part 3 .Nantikan sambungannya nanti. Cerpen ni, tak best macam cerpen yg korang baca selama ini. Sorry kalau ada tertypo dan sorry for the part Nia dan Aryan dalam kereta yang scene dia agak keterlaluan tu. Hanya cerita semata-mata. And please support me, yerr. ! ^^
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan