" Coretlah karyamu melalui hati yang tulus "
By, Nurul Shuhada
My Fake Girlfriend ♥
:[NIA ATILIA]:
"Kau tahu tak, mamat hot stuff kita tu.. semalam aku nampak dia dengan awek ni dekat KLCC. Ya Allah, seksi gila aku tengok minah tu. Baju tu tak cukup kain. Macam la di Malaysia ni stok kain habis sampai tak boleh buat baju yang tutup aurat sedikit " Laila sudah membuka kedai kopinya sendiri. Sempat lagi bergosip mengenai mamat hot stuff yang maha hot tu. Perangai pelik.
Ijam pun satu, layan jugak minah ni bergosip. Tak padan dengan lelaki bergosip mengalahkan perempuan.
Dia ? Hrmm memang susah sikit nak masuk sekali bergosip, bukan nak tunjuk "kebajetan" dia, tapi malas, bergosip baginya adalah perkara yang sia-sia.
Tambahan pula, topik utama yang sering dibualkan ialah mamat hot stuff yang dikatakan paling handsome di dunia. Katanya la kan.
Dia malas mengambil tahu tentang mamat tu. Dia hanya mementingkan perihal dirinya sahaja. Tak suka menyampuk hal orang lain.
"Ehh, Nia. Kau dengar tak ? " soal Laila yang melihat Nia Atilia khusyuk menjawab soalan add math itu. Subjeck favorite Nia, apa lah yang best sangat dengan number yang memeningkan itu.
"Hah? Aku.. err " Nia kehilangan kata.
"Ish, kau ni kan. Bila la kau nak jadi budak normal macam student kat luar sana? Ni tak, asyik berkepit jer dengan buku tu. Macamlah, buku tu bf kau. Nak berkepit jerr " bebel Laila. Laila ni kalau masuk pertandingan pidato ke tak pun debat ke pasti menang. Tak habis dengan bebelannya.
"Biasalahkan, student pegang buku . Normal la tu. Buku kan dah jadi benda wajib setiap pelajar. Tak salah kan?" Nia membalas.
" Laila, kalau kau layan kawan kau yg sorang ni. Pasti tak habis. Yang habis pun, air liur aje. Biarkan dia." sampuk Ijam yang sedari tadi diam.
"Tulaa pasal. Nia, please jadi macam orang lain. " ujar Laila sambil mengoncang bahu Nia.
"Iyelah. Insya Allah aku cuba nanti. Dah la aku nak masuk kelas dulu ni. Korang nak duduk sini dulu ke? " Ucap Nia. Dia bangun dan tangannya ligat mengemas buku dan peralatan menulis.
"Hrmm, kau pergilah dulu. Kitaorang nak sembang2 dulu ni " jawab Ijam. Nia hanya mengangguk kemudian berlalu dari meja taman bunga sekolah.
:[SYED ARYAN]:
Syed Aryan menunggu pelajar Sek. Men. Keb. Sri Aditya tiba di pagar utama sekolah. Hari ini dia ditugaskan untuk menjaga pagar utama sekolah. Jam di pergelangan tangan ditilik. 7.10 pagi. Dengan segera, dia mengarah Isma mengambil nama bagi pelajar yang datang lambat. Pelajar yang datang lambat disuruh beratur memanjang mengikut ketinggian.
Dengan suara yang garau dan lantang, dia mengeluarkan arahan. "Aku nak korang semua lari di pandang sebanyak tiga pusingan. Sekarang! "
sikap ketegasan dan panas barannya membuatkan pelajar lain gerun.
"Isma, nama pelajar lewat nanti tolong rekodkan di dalam buku rekod datang lewat untuk dimerit nanti, faham?" arahnya.
"Baik Ian. " Syed Aryan tersenyum kemudian berlalu ke bilik pengawas untuk mengambil beg lalu ke kelas.
Semasa dia tiba di bilik pengawas iaitu bilik yang dikhaskan untuk unit pengawas sekolah bermesyuarat dan berbincang, dia terdengar suara Irfan, Nizam dan Aliya berbual. Dia masuk ke bilik pengawas.
"Woii, tak reti masuk ke kelas ke?" Sergahnya tiba-tiba. Mereka bertiga berpusing ke arah suara yang didengari.
"Huishh, kau ni Ian. Terkejut aku. Ingat siapalah tadi. " marah Nizam. Pengawas senior tingkatan 5.
"Hrmm, korang berbual pasal apa ni? " soalnya. Dia mengambil beg hitam yang tertulis "nike" lalu menggalasnya.
"Pasal kaulah. Budak form 4, 5 kecoh pasal kau dengan awek seksi kat KLCC semalam. Kalau dengar dekat telinga cikgu. Mampus kau " ujar Irfan. Penolong Ketua Pengawas. Dia ialah Senior tingkatan 5, sama dengan Syed Aryan.
"Entah kau ni. Jagalah nama baik kau sebagai pengawas di sekolah ni " nasihat Aliya iaitu Pengawas Senior Tingkatan 5.
Syed Aryan tersenyum sinis. Dia sudah menganggak hal ini pasti akan tersebar. Dia tidak peduli pun semua ni. Dia suka perempuan, dia suka outing, ikut suka dialah.
"No comments. Even, semua cikgu pasti akan tahu hal, aku tak kisah. Kehidupan aku kat luar is my privacy. Diaorang tak boleh ambil tindakan. Ok! Chaww dulu" dia menampar bahu Irfan lalu berlalu ke kelas.
Mereka bertiga hanya menggeleng melihat karenah Syed Aryan. Bersosial.
NIA ATILIA berjalan keseorangan ke kelas. Dia bercadang ingin singgah di kantin sekejap untuk membeli air . Dia meraba poketnya. Ishh, mana duit aku nii. Rungutnya di dalam hati.
Tiba-tiba, dia terlanggar dengan seseorang hingga membuatkannya terjatuh duduk. Habis bukunya berterabur manakala orang yang dilangggar juga sama terjatuh.
"Shit ! , kau letak mata kat dekat mana hah?! . Kat lutut?" Marah Syed Aryan sambil bangun.
Nia Atilia mengangkat kepala melihat gerangan yang sedang marah itu. Ops!, mamat hot stuff
Mati lah aku.
Nia mengutip bukunya sambil diperhatikan oleh mamat playboy itu a.k.a pengawas sekolah tu. " maaf " katanya lalu berjalan meninggalkan Syed Aryan.
Baru setengah jalan, dia dipanggil semula oleh lelaki itu. " kau mari sini" panggil Aryan.
"Kau tak boleh minta maaf elok sikit ke? Kau sedar tak, kau tengah cakap dengan siapa sekarang ni? Kau minta maaf dengan aku elok2!" marah Aryan. merosakkan mood jer.
"Apesal pulak? Saya dah cakap dah tadi? " bangkang Nia.
"Kau ni memang suka melawan eh? Kau nak tengok nama kau dimerit dalam buku rekod?? " marah Aryan pula.
"Sebabnya? Sebab saya tak reti hormat awak? Macam tu? "
"Iye, kau minta maaf elok2 sekarang! "
"Fine! , saya minta maaf banyak sebab terlanggar awak tadi. Saya ni memang kalut sikit" ucap Nia mendatar. Dia tak mahu mencetuskan perang dunia ke tiga dengan playboy sedunia tu.
"kalut banyak bukan sikit " tambah Aryan.
"Hrmm " dia mengiakan sahaja. Malas bertekak dengan playboy ni. Dia ingin berlalu tetapi telinganya terdengar suatu yang menyakitkan hatinya.
"Dasar minah selekeh" ejek Aryan perlahan.
Langkah Nia terhenti. Dia pusing ke belakang dan merenung tajam ke arah wajah tenang Aryan. Ni dah mula cari fasal dengan aku ni.
Dia mendekati Aryan " kau cakap apa tadi kat aku? " dia menunding jari ke wajah Aryan. Panggilan saya-awak diganti serta-merta.
Aryan menolak jari Nia yang sedang menundingnya dengan kasar. Nia Atilia tersentak.
Dia tersenyum sinis. " sungguh tak percaya pengawas sekolah yang selama ini dipuji dan disanjung oleh semua orang,sebenarnya kurang ajar! . " herdiknya.
Aryan tersentak. Tiada siapa berani melawan cakapnya selama ini. Gadis di hadapannya sungguh berani. Siapa dia? Aku tak pernah nampak pun.
"Kau tu, ingat sikit ehh. Kau cuma buaya darat yang awek keliling pinggang. Dasar buaya darat. Kau tu tak layak jadi pengawas !" Sambung Nia lagi.
Wajah Syed Aryan kemerahan menahan amarah. "Kau siapa nak pertikaikan jawatan aku?! Kau tu layak ke jadi pengawas, hah selekeh?. " marah Aryan seoktaf. Kelihatan sebilangan pelajar mengerumi mereka.
"Aku? Huh, sama sekali tak layak. Aku kan cuma minah selekeh. Ermm, minah selekeh ni nak masuk kelas dulu. Bye " Nia sempat menjeling tajam Syed Aryan. Kemudian berlalu pergi meninggalkan lelaki itu terkaku.
Padan muka dia. Baru kenal Nia Atilia ni macam mana. Bila keluar ayat. Memang perghh. Diam seribu bahasa.
Syed Aryan terasa malu dijerkah oleh pelajar lain. Pelajar perempuan! Terasa seakan maruah lelakinya kecil sekali. Dia melihat keliling, ramai pelajar sedang melihat ke arahnya. Tiba-tiba, amarahnya kembali.
"Ni semua tak boleh masuk ke kelas ke, hah?? " jerkahnya. Pada saat itu, hatinya mula mengatakan bahawa perempuan yang berani melawannya adalah musuhnya. Dia mengenggam penumbuk.
****
SYED ARYAN merebahkan dirinya di atas katil bilik. Mata merenung syiling bilik. Fikirannya mula menayang kejadian di sekolah.
Arhhhh, dia malu. Jatuh reputasinya sebagai seorang pengawas. Dasar buaya darat ? Memang dia playboy dan semua orang tahu. Dia tidak peduli apa pelajar lain cakap tapi kenapa sejak perempuan selekeh yang terlanggarnya mengejeknya dia terasa dengan semua itu. Sakit hati. Malu.
Mata cuba dipejam mencari ketenangan. Tiba-tiba, iphone5nya berdering minta diangkat.
Kacau line betullah. Dia mencapai iphone dia atas meja yang terletak di sisi katil dan melihat nama pemanggil. Girlfriendnya. Entah yang ke-berapa. Dia tak ingat. Tetapi sebenarnya, ada seorang sahaja yang kini berada di hatinya. Selama di hatinya.
"Hello.." jawabnya.
"Bie.. "
"Hrmm kenapa sayang? .."
"Jum keluar, boringlah duduk di rumah nii. Tak tahu nak buat apa "
Jawab Neldya dengan suara manjanya.
"Hrmm.. tak tolong mama you masak? " perli Aryan.
"You nii! Sukakan cakap macam tu " Neldya sudah marah.
"Sorry sayang. I gurau jer laa. Jum I pick up you kat tempat biasa. " pujuk Aryan. Dia memang sudah petah dalam hal ini. Semua ada dalam poketnya sahaja.
"Okay sayang!" Panggilan diputuskan.
Syed Aryan tersenyum nipis. Perempuan. Memang murah di matanya. Asal dapat lelaki kaya sikit mesti terpikat. Hrmm peduli apa? Yang penting dia seronok mempermainkan hati perempuan.
****
Laila, Ijam dan Nia berjalan di KLCC. Nasib esok hari sabtu cuti. Jadi, bolehlah outing hari ini . Dia sebenarnya tidak suka keluar outing atau hang out ni. Sebab tiada apa yang boleh dibeli. Semua mahal nak mati. Hanya mampu melihat sahaja.
Hari ini dia ikut pun oleh sebab Laila dan Ijam mengajaknya. Untuk tidak menghampakan mereka akhirnya dia bersetuju dalam terpaksa.
"Nak pergi mana ni? " soal Ijam apabila tiba di situ.
"Wayang? " Cadang Laila. Dia melihat Ijam, Ijam kemudian melihat Nia. Nia terdiam. Seketika kemudian, dia mengangguk.
"Ok set. Jum beli tiket " ajak Ijam.
Mereka perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Maklumlah, hari minggu. Sementara menunggu giliran, Nia ternampak, lelaki yang membuatkan moodnya spoil di sekolah tadi. Syed Aryan.
Syed Aryan yang sedang beramah mesra dengan Neldya, juga ternampak Nia yang melihatnya. Dia terlihat Nia membuat wajah seperti ingin muntah melihatnya. Dia menjadi geram tiba-tiba. Dia menayang penumbuknya ke arah Nia.
"Kenapa sayang? "Soal Nelydia.
"Hah? Nothing " Aryan cuba tersenyum. Dia melihat ke arah Nia yang sudah beralih ke hadapan kerana gilirannya untuk membeli tiket sudah tiba. Baju tak berfesyen langsung. Kutuk Syed Aryan.
"Sayang jum masuk kedai tu " ajak Neldya. Aryan tersenyum, dia memeluk pinggang Nelydia. Neldya tersipu malu. Mereka berlalu pergi.
****
Semasa Nia ingin membeli makanan di kantin. Tiba-tiba, Syed Aryan menerpa ke arahnya dan menarik Nia ke suatu tempat. Nasib pelajar yang lain tidak nampak mereka. Kalau tidak, pasti riuh satu sekolah.
Aryan membawa Nia ke dalam bilik muzik. Dia menolak Nia masuk dan pintu dikunci. Nia tergamam.
"Kau ni dah kenapa? Tarik2 aku. Lepas tu tolak masuk sini pulak. Dah la tak sempat beli tadi. Kau.."
"Senyap boleh tak selekeh " tengking Aryan. Nia terdiam.
"Hari jumaat lepas, kenapa kau buat macam tu kat aku? "Soal Aryan tidak berpuas hati.
"Buat apa? " soal Nia hairan.
"Hishh..yang kau buat muka nak muntah tu laa."
"Laa.. kau tarik aku masuk bilik ni sebab tu je? Hahaha, lawak la kau ni. Saja.. nak termuntah tengok kau buat aksi macam tu. " jawab Nia tanpa bersalah. Dia berjalan dikeliling ruang muzik itu. Banyak alatan muzik dalam ni. Banyak pulak duit sekolah beli semua ni.
Dia hendak pusing ke belakang tiba-tiba dia terkejut melihat Aryan di belakangnya dekat pulak tu. Perfume yang dipakai amat mengentarkan hatinya.
"Kau saja kann "ucap Aryan keras.
"Sorry laa.. aku geli tengok buaya darat macam kau buat macam tu kat tempat awam " balas Nia. Dia menolak Aryan jauh darinya.
"Kau tak habis2 nak panggil aku buaya darat kan?. Kau nak buaya darat ni terkam kau ke? " Aryan mula mendekati Nia. Dia geram mendengar jawapan Nia yang selamba habis tu.
"Aryan kau nak buat apa nii? Jangan dekat. Stop kat situ " ujar Nia gerun. Dia bergerak setapak ke belakang apabila Aryan menghampirinya.
" Aku rasa kau buat macam nak muntah tu sebab kau teringin nak dapat sama kan? " Aryan kini berada di hadapan Nia. Nia terperangkap.
"Ishh.. mana ada lah!. Tak hingin aku. Kau ni pasal tu pun nak ambik serious sampai tarik aku masuk dalam ni. " marah Nia dia menahan dada Aryan apabila lelaki itu ingin menciumnya seperti di mall tempoh hari.
"Aku ambil serious tentang semua ni sebab kau. Kau malukan aku depan orang ramai. Aku sakit plus malu kau tahu tak! . Kau memang beranikan buat aku macam ni " marah Aryan. Dia menjarakkan badannya dari Nia.Berdebar-debar jantungnya melihat mata hazel gadis dihadapannya. Di taknak tewas oleh pandangan gadis itu.
"Memang patut pun aku cakap macam tu. Memang kau buaya darat pun" Nia tak mahu mengalah. Dalam hati berasa lega kerana Aryan mula menjarakkan dirinya.
"Kau ni kenapa!" Jerkah Aryan. Kenapa dia sakit hati apabila perempuan ni cakap macam tu? Selama ini, tidak mengapa pun.
Bahu Alia terangkat apabila dijerkah oleh Aryan. Tiba-tiba, loceng waktu rehat berbunyi. Arhhhh, dia belum sempat makan tadi. Harap2lah sakit perutnya tidak datang. Nia harus makan walaupun sedikit kerana perutnya sensitive. Jika tidak makan pasti wajahnya tidak bermaya serta akan mengalami sakit perut yang teramat sakit dan boleh menyebabknnya pengsan.
"Dahlah, aku masuk kelas dulu. Waktu rehat dah habis. Tak sempat aku nak makan " ucap Nia.
Semasa dia membuka pintu bilik muzik. Dia pusing ke belakang melihat Aryan yang masih melihatnya.
"Aku mintak maaf pasal tu. Aku tak sangka boleh mengguris hati kau. Tapi, jangan ambik serious sngat. Hal kecik je" dia berlalu pergi meninggalkan Aryan keseorangan.
Aryan termenung sendirian. Kata maaf dari Nia, sungguh membuatkannya tenang. Dia tersenyum nipis. Pandai pulak perempuan selekeh itu meredakan amarahnya.
****
Semasa berada di dalam kelas, perut Nia berasa teramat sakit. Dia tidak boleh duduk. setiap butir pemelajaran guru tidak masuk ke dalam otaknya.
"Kau okay Nia? Kenapa pucat jer ni? " soal Laila risau. Dia memegang lengan Nia. Sejuk.
"Kau makan tak tadi? " soal Laila seperti mendapat tahu kenapa wajah Nia pucat.
Nia hanya menggeleng, tidak larat untuk membuka mulut. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur. Dia terasa pusing dan terus matanya menjadi gelap. Kepalanya terjatuh di atas bahu Laila.
Laila terkejut "Cikgu! Nia pengsan" panggilnya. Cikgu Aminah yang sedang mengajar mata pelajaran sains itu terkejut lalu pantas ke meja Nia dan Laila.
"Ya Allah kenapa ni? Luqman pergi panggil Cikgu Amir sekarang " arah Cikgu Aminah.
"Baik cikgu" Luqman keluar dari kelas mencari Cikgu Amir guru yang bertugas pada minggu itu.
Cikgu Amir ketika itu sedang berbual dengan Aryan melihat ke arah luqman yang memanggilnya.
"Kenapa ni? " soal Cikgu Amir.
"Nia Atilia dari kelas 5K1 pengsan cikgu. " jawabnya kalut.
"Hah? Pengsan. Mari kita pergi " jawabnya terkejut.
Aryan juga mengikut sekali, Nia Atilia? Tu bukan perempuan selekeh ke? Dia pengsan sebab apa? Dia tertanya. Tiba-tiba, dia baru teringat. Perempuan tu belum makan. Terbit rasa bersalah di dalam hatinya. Salah dia.
Apabila mereka tiba di kelas 5K1. Syed Aryan melihat wajah pucat Nia.
"Cikgu Amir, tolong angkat.." belum sempat Cikgu Aminah berkata, tiba-tiba Syed Aryan dengan tenangnya mengangkat tubuh Nia.
"Takpa cikgu, saya tolong angkat dia." Katanya.
Mereka tergamam tetapi mengangguk membiarkan Aryan mengangkat Nia. Aryan membawa Nia ke bilik sakit sekolah untuk dirawat.
****
NIA membuka matanya. kepalanya masih lagi pening. Dia melihat di sekeliling, semuanya putih. Oh, dalam bilik sakit. Getusnya. Dia kini sedang berada di dalam bilik sakit. Badannya sudah ditambah air.
"Dah bangun? " soal satu suara yang baru sahaja masuk ke dalam bilik sakit.
Nia melihat ke arah suara itu. Dia agak terkejut melihat Syed Aryan masuk kedalam bilik sakit itu.
"Kau buat apa kat sini? "Soalnya.
"Tengok kaulah. Takkan saja2 nak masuk tengok katil ni. Gila namanya " seloroh Aryan. Dia mengambil tempat di kerusi yang disediakan di tepi katil Nia. Dengan selamba, dia meletakkan tapak tangannya di atas dahi Nia. Nia terkaku. Dup dap dup dap. Kenapa jantung ni laju sangat mngepam darah.
"Hrmm, dah tak panas.." ujarnya sambil merenung mata Nia. Nia yang terbuai seketika cepat2 mengalih pandangannya.
Suasana diam semula. Dalam beberapa minit baru Aryan mula berkata. "Hrmm.. ermm, Aku nak minta maaf. sebab aku, kau pengsan. "
"Hah! Kau tau pun. Kau tahu tak aku menahan kelaparan sebab kau tahu? " ujar Nia sedikit kuat.
"Kau ni.. cakap tu kalau tak bagi orang terkejut boleh tak? " marah Aryan perlahan.
"Hehe.. " Nia tersengih. Sejak bila dia dengan buaya darat no 1 dunia ni boleh berbaik pulak.? Arhh lantaklah.
"Maaf aku diterima ke tak ni? "Soal Aryan lagi.
"Hrmm, yelaa. Maaf anda diterima " ucap Nia. Aryan tersenyum.
"Kalau macam tu, kita boleh jadi kawan kan? Tak best gaduh2 ni " Aryan berkata begitu kerana berasa bersalah dengan Nia kerana membiarkan Nia kelaparan tadi. Lagipun, dia bukan suka pilih kawan sangat.
Nia ini tidak seperti perempuan yang dia pernah kenali. Nia kasar dengan dia. Dia suka. Namun, ini tidak seperti suka kepada sorang gadis yang telah mencuri hatinya. Suka sebagai kawan.
"Aik.. jap2, kau nak kawan aku sebab nak ngorat aku kan? Taknaklah aku jadi stok gf kau. Dasar buaya darat. "
"Ishh, kau nikan. Mana adalah. Tak hingin aku nak jadikan kau sebagai gf aku. Dahlah, selekeh lepas tu tak pandai berfashion" ujar Aryan agak mengutuk.
"Hrmm aku tahulah. Lagipun, apa yang kau cakap tu betul juga. Akukan selekeh, mana ada orang suka." Balas Nia sayu.
"Ehh, kau ni. Aku gurau jer laa. "
Nia mengangguk dan kembali tersenyum. "Aku tahulah. Saja nak beremosi kejap "
Tiba-tiba, pintu bilik sakit dikuak dengan kasar. Wajah Ijam yang agak kerisauan terpacul. Dia meluru ke arah Nia.
"Nia, kau okay? Kenapa tak makan tadi? Ishh, kau ni buat aku risau jer. Nasib pengsan jer. Kalau mati macam mana? Dahlah perut tu sensitive, tak nak makan juga"serbu Ijam tidak perasan Aryan berada di situ.
Dia mula perasan apabila habis berkata. "Ehh Aryan. Hai " ujarnya agak malu.
"Aku okeylah. Tak mati lagi. Mana Laila?" Soal Nia.
"Laila pergi tandas. Aku tau hal ni pun sebab terjumpa dengan dia di tandas tadi, sebab tu curi masa sikit. Aku kena cepat ni. Aku pergi dulu. Jangan buat macam ni lagi " ujarnya. Setelah berbalas senyum dengan Aryan dia berlalu pergi.
"Wuu.. ada orang sukalah."usik Aryan.
"Ishh sibuk je.. kau tak masuk kelas? pengawas apalah kau ni " kutuk Nia.
"Kau suka perlekehkan jawatan aku kan. Aku nak masuk lah ni. Before that, aku Syed Aryan bin Syed Mokhtar nak jadi kawan kau " dia menyua tangannya ingin bersalam.
"Aku Nia Atilia binti Ahmad Ridhuan terima kau " Nia menyahut salaman Aryan.
Aryan tiba-tiba menarik tangan Nia hingga Nia terdorong ke arahnya. "Thanks " ucapnya.
"Hrmm, you're welcome. " Nia menarik tangannya semula. Miang betul Aryan ni.
"Aku masuk kelas dulu. Nanti
habis waktu sekolah aku datang balik. Bye minah selekeh " kata Aryan dan melangkah ke pintu bilik sakit.
"Bye buaya darat." Ujar Nia.
####
Tadaaa.. ni utk part 1 punya. Dalam part ni adalah part pengenalan bagi watak-watak utama cerpen ni. Harap semua suka dan maaf jika ada tertypo mana2 atau tak best.Saya masih baru dalam bidang seni penulisan ni. Apapun thanks sebab baca "MFG" ni. cerpen ni hnya biasa2 ja dan semua watak dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan siapa2. Ini hanyalah imaginasi shuhada sendiri .. ok thanks! Plss support me!! ... cerpen ini adalah HAK MILIK NURUL SHUHADA. Tidak boleh diambil hanya boleh dibaca.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan