" Coretlah karyamu melalui hati yang tulus "
By, Nurul Shuhada
My Fake Girlfriend ♥ part 4
Kring...
Loceng kedua berbunyi menandakan waktu pertama sudah tamat. Nia dan rakan sekelasnya bersiap sedia untuk ke padang bagi waktu kedua mereka iaitu waktu PJK.
Ketika Nia, Laila, dan Ijam ingin menuruni tangga. Mereka terserempak dengan Aryan yang ingin naik ke atas.
"Err.. Hai Nia " sapa Aryan kekok.
" hai "
Dia dan rakan2nya ingin turun tetapi Aryan memanggil Nia lagi.
"Nia.. boleh jumpa sekejap? " soalnya.
Nia melihat ke arah rakan2nya.
"Korang turun dulu nanti aku pergi" katanya.
"Okay " Laila berkata sambil tersenyum penuh makna.
"Jangan lambat sangat. " kata Ijam agak tegas.
Nia mengangguk tanda faham. Selepas rakan2nya turun untuk ke padang. Dia melihat semula ke arah Aryan.
"Hmm. Kenapa? " soalnya.
"erk, aku nak.." kata-katanya terhenti apabila terlihat bibir Nia. Kejadian di dalam kereta semalam tertayang semula. Dia menelan air liur.
"Ian, kau ok? Aku nak cepat ni " Nia berkata menyedarkan Aryan yang mengelamun.
"Hah? " Aryan terkejut. Dia menarik nafas dan melepaskannya. Kemudian menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Aku.. nak.. ajak kau keluar " katanya tergagap.
Nia mengangkat kening. Pelik betul Aryan hari ini " sebagai fake girlfriend ke? "
"Tak. sebagai .." sebagai apa eh. Kawan? Real girlfriend? TTM? Nak cakap apa ni. Aryan berbisik di dalam hatinya.
"Sebagai apa? " soal Nia.
"Sebagai kawan! " balas Aryan. Fuh, kenapa dengan aku ni?.
"Oh, ok bila? "
"Petang ni. Aku ambil kau " katanya lagi.
"Ok! Set. Aku pergi dulu" kata Nia dan berlalu turun ke bawah.
Aryan melepaskan nafasnya. Tali leher yang menjerut dilonggarkan.
Kenapa tergagap bila cakap dengan Nia ni? Selama ini, ok je. Sebab aku dah 'ter'kiss dia ke? Tapi, kenapa dia ok je?
PADA petang itu, seperti yang dijanjikan Nia dan Aryan keluar bersama.
"Kita nak pergi mana ni? "Soal Nia sewaktu berada di dalam kereta.
"Tempat yang paling damai dan menyenangkan" jawab Aryan bersahaja.
"Nama apa tempat tu? "
"Boleh tak kau diam je. Ikut aku je" kata Aryan sedikit tegas.
Nia menaikan bebola mata ke atas tanda meluat. Dia kembali diam.
Selama 2 jam pemanduan akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju.
"Pantai?" Tanya Nia ketika kereta Aryan berhenti di hadapan laut yang luas.
"Haah. Ni pantai fav aku. Kau orang pertama tahu. Aleesa pun tak tahu. Jum keluar " Aryan memberhentikan enjin kereta dan keluar.
"Wahh.. cantiknya " Nia mendepangkan tangannya. Angin yang meniup shawlnya dibiarkan.
Aryan hanya tersenyum. Gembira melihat Nia suka tempat ini.
"Kenapa bawa aku ke sini? "Soal Nia.
"Saja, sekali sekala bawa kau. " jawab Aryan. Dia melihat Nia.
Bukan sebab tu la. Sebab aku jatuh cinta pada kau. Sebab tu aku bawa kau ke sini. Tanda aku nak kau jadi real girlfriend aku bukan fake girlfriend lagi.
Ingin saja, dia menutur kata-kata itu. Tapi, entah kenapa dia tidak punyai kekuatan untuk menutur katanya itu. Betul ke saat ini aku rancang semua ini hanya untuk mendapatkan Aleesa atau ia telah berubah ke arah ingin lebih dekat dengan Nia. Aku keliru. Aleesa atau Nia?
"Woi, jauh termenung. Ingat Aleesa eh? " Duga Nia.
"Mana adalah " balas Aryan.
"Iyerlahh tu. Jum main kat sana " ajak Nia.
"Tak naklah. Berpasir aku tak suka"
"Kalau kau tak suka kenapa bawa aku ke sini? Jum pergi main" Nia menarik tangan Aryan untuk ke arah pantai. Aryan mengalah dan mengikut Nia.
Mereka bermain dengan girang. Ada kala, mereka berkejar-berkejaran. Mereka mencurah air sesama sendiri hingga tidak sedar waktu sedang berlalu.
"Pasal semalam tu.. kenapa aku tengok kau ok je? Macam tiada apa yang berlaku. " soal Aryan ketika mereka duduk berehat
di atas pasir pantai menghadap laut sambil menikmati aiskrim.
"Sebab aku tengah lupakan benda tu. Bila kita lupakan sesuatu perkara dan tak ingat tentang perkara tu. Ia akan hilang dan buatkan kita lupa " jawab Nia tenang.
"Ouh. By the way, memang aku tak sengaja "jelas Aryan.
"Aku tahulah. Dah lupakn " kata Nia semula. Aryan mengangguk.
"Aku suka kau ada disisi aku. Boleh tak, kau jangan jauhkan diri kau dari aku. Aku perlukan kau " ujar Aryan sayu.
"Kau ni. Puteri Aleesa perlukan kau lah " tindas Nia.
"Aleesa dengan kau lain. Aku perlukan kau. Kau boleh kan, duduk di sisi aku dan tak berpaling" kata Aryan lagi.
"Kau ni peliklah. Jum lah, balik. Dah senja ni " Nia bangun dan mengibas pasir di seluarnya.
Tiba-tiba Aryan memegang tangan Nia. "Janji dengan aku untuk stay dengan aku "
Nia diam. Beberapa ketika kemudian, baru dia menjawab.
"As a friend, aku boleh duduk di sisi kau. Jum balik "
"Jum " Aryan bangun. Sekali lagi, dia melihat Nia. Aku tak nak sebagai kawan aku nak lebih dari itu.
****
Keesokan harinya ketika Aryan mengambil nama bagi murid yang datang lewat, dia ternampak Nia sedang berjalan.
Dia pantas menghabiskan tugasannya dan berlari pergi ke arah Nia.
"Nia!"panggil Aryan.
Nia pusing ke belakang. "Kenapa?"
"Kau nak pergi mana? " soal Aryan.
"Librarylah. Kenapa? "
"Ouh.. Aku nak ikut kau "
"Hah? Takpayahlah. Aku inginkan ketenangan. Kalau kau ada, satu kerja aku tak boleh buat " ujar Nia.
"Tapi.. kau dah janji nak stay samping aku " suara Aryan sayu.
Nia pelik. Sejak bila Aryan mula jadi manja ni. Kenapa dengan Aryan sejak kebelakangan ini?
"Kau kenapa Ian? Pelik je?" Soal Nia.
"Hah? Tak ada apalah. Pergilah. Sorry kacau kau " Aryan mula sedar, dia tak patut berbuat begitu.
"Ha ok. Bye " ucap Nia dan berlalu pergi.
Semasa berjalan, Nia tidak sedar tali kasutnya terbuka. Dia terpijak tali kasutnya dan hampir terjatuh. Aryan yang melihat dengan pantas menarik lengan Nia.
Dengan itu, Nia terdorong ke belakang dan sekelip mata berada di dalam pelukan Aryan.
"Lain kali hati2" tegur Aryan tenang. Dia melepaskan pelukan dan duduk melutut di hadapan Nia.
Tali kasut Nia diikat semula dengan kemas. Dia bangun semula dan senyum kepada Nia. Nia tergamam dengan tindakan Aryan.
Senyuman Aryan mati dan dia melihat Nia lama. Jantungnya berdetak laju ketika melawan panahan mata Nia. Dunia seakan terhenti.
Tanpa diduga, Aryan mengelus pipi Nia. "Aku suka kau " ucap Aryan tanpa sedar.
"Hah?" Nia bertanya dengan terkejut.
"Erkkk.. sorry. Aku tersilap cakap. Aku pergi dulu. Bye " Aryan berlalu meninggalkan Nia.
Nia statistik di situ. Aryan suka dia. Betul ke. Habis tu, Puteri Aleesa?.
KETIKA rehat, Nia sedang beratur untuk membeli roti. Di tangannya terdapat buku dan menyukarkannya mengambil duit untuk membuat pembayaran.
"Meh sini aku tolong pegang " kata Aryan yang tiba2 datang.
" terima kasih " ucap Nia.
Selesai membayar dia mengambil semula bukunya.
"Aku pergi dulu. Thanks " ucap Nia.
"Kau nak pergi mana? "
"Kelas. Ada hal nak buat sikit "
"Ouh.. aq ikut boleh. Aku kan fake boyfriend kau. Mesti kena ada di sisi fake girlfriend aku " seloroh Aryan.
"Hahaha, kau pehal. Fake girlfriend jer laa. Ingat sikit rancangan kita nak kasi Aleesa cemburu. Dia tak ada disini. Jangan galak terlebih. Nak ada disisi pulak. Kau ada tugas tak ni? "
"Ada " ucap Aryan sayu.
"Haa.. jadi jalankan tugas anda sebagai pengawas. Bye "
"Bye selekeh " jerit Aryan sambil melambai tangannya. Macam budak kecil.
Nia membalasnya sambil tersenyum. Aryan senyum ke arah Nia dan melihat Nia hilang dari pandangan.
"Hai, sweetnya korang " sapa satu suara.
Aryan melihat ke arah suara tersebut. "Esya.." katanya.
"Hrmm, bertuah dia sebab ada boyfriend yang sweet macam Ian " kata Aleesa lagi.
"Hrmm.. dia memang bertuah. Ian sayang dia. Oklah, got to go " Aryan ingin melangkah pergi tapi dipanggil semula oleh Aleesa.
"Ian..Boleh kita discuss sikit? " soal Aleesa penuh berharap.
Lama Aryan diam sebelum dia mengangguk tanda setuju.
"ESYA bersalah sebab tinggalkan Ian dan pergi ke lelaki lain " ucap Aleesa sayu.
Ketika itu mereka berdua duduk di bangku di taman bunga sekolah.
"Esya tak patut buat macam tu pada Ian. Ian terseksa. Ian sayang Esya tapi apa yang Esya buat? Esya tinggalkan Ian " Kata Aryan. Kepalanya ditunduk di bawah.
"Maafkan Esya. Kita mula semula? Please." Pinta Esya. Dia tak sanggup kehilangan Aryan lagi.
"Patut ke Ian kembali pada Esya? " Aryan melihat ke arah Aleesa.
Aleesa mencapai tangan Aryan dan mengenggamnya " Esya janji. Esya takkan tinggalkan Ian. Ian nyawa Esya untuk bernafas. " pujuknya.
Aryan diam. Dia merenung mata Aleesa. "Baiklah, kita mula semula"
Aleesa tersenyum. "Thanks Ian. Esya takkan sia-siakan hubungan kita "
"Hrmm, Ian. Esya tahu Nia cuma fake girlfriend Ian je kan. Nakal yer bae Esya ni. Sanggup buat plan nak kasi Esya jealous " Aleesa berkata lagi.
"Macam mana Esya tahu? " tanya Aryan pelik.
"Esya curi dengar di kantin tadi. Sorry" Aleesa menunduk kepalanya di bawah.
Aryan mengangkat dagu Aleesa ke atas dan merenungnya. "Its okay sweetheart " Aryan menarik Esya ke dalam pelukannya. Kenapa rasa lain ketika memeluk Aleesa? Tapi ketika dia memeluk Nia rasa berdebar? Dia tertanya-tanya.
"Macam mana dengan Rayyan? " Aryan bertanya perlahan.
"Kitaorang dah break. Esya tak sehaluan dengan dia " Aleesa mengetatkan lagi pelukannya. Dia gembira Aryan kembali padanya.
Aryan mengusap belakang Esya perlahan. Kenapa dia tidak lagi rasa berdebar dengan Aleesa. Kemana cinta Aleesa yang selama ini dia pertahankan? Kemana perginya rasa teruja bersama Aleesa dahulu. Semuanya kenangannya bersama Aleesa hilang , apa yang dia rasa ialah seperti kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna padanya. Kemana ia pergi?
****
"Kenapa panggil aku datang sini? " Soal Nia sambil melihat ke luar tingkap Hipstèr Cafè .
"Aku nak bagitahu kau happy news ni " kata Aryan sambil menghirup Coppuchinonya.
"Wah!, cepatlah bagitahu aku. Excited ni " kata Nia teruja.
"Aku .. dengan Aleesa.. dah getback " ucapnya.
"Getback? Kau dengan dia? " soal Nia. Tiba-tiba dia rasa kecewa. Selepas ini dia takkan jumpa Aryan lagi.
"Plan kita dah berjaya wei. Mission complete. Kau kenapa? " ucap Aryan lagi.
"Aku okay. Congras! Tak sangka plan merapu kau berjaya jugak " ucap Nia dengan senyuman yang dipaksa. Aku taknak berpisah dengan kau lagi, Aryan.
"Well. Tapi.. aku rasa macam kehilangan sesuatu je " Aryan bersuara perlahan. Dia merenung Nia. Aku akan kehilangan kau.
"Hilang apa? "
"Entah. Sesuatu yang paling bermakna bagi aku. "
"Alaa.. kau ni mengada-gada pulak. Kau dah dapatkan Aleesa semula. So, kau kena happy. "
"Haah, tapi aku tak rasa happy pun. Biasa ja. " kata Aryan.
"Hrmm.. nanti takbolehlah aku keluar dengan kau lagi. Kau dah ada Aleesa " Nia cuba senyum. Air matanya bila2 masa sahaja akan jatuh.
"Kau ni, janganlah cakap macam tu. Kau dah janji dengan aku nak stay dengan aku. " Aryan berkata tegas. Tangan Nia digenggam.
Nia terasa sebak. Dia tidak boleh berlama di sini. Dia menarik tangannya. " Aku kena balik awal ni. Aku pergi dulu. Sorry tau " Dia bangun dari tempat duduknya. Tanpa mengucapkan selamat tinggal dia berlalu pergi.
Semasa dia memusing ke belakang untuk menuju ke pintu keluar. Air mata yang ditahan, akhirnya jatuh. Dia tidak sanggup meninggalkan Aryan. Dia cintakan Aryan. Tapi kini, Aryan milik Aleesa. Dia terpaksa mengundur diri.
Aryan tergamam melihat Nia berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal padanya. Dia kehilangan Nia. Aku cintakn kau. Aku taknak kau pergi dari aku Nia.
Tapi, sekarang aku berbelah bahagi. Sama ada kau atau Aleesa.
SELEPAS dari kejadian itu, Nia selalu mengelak daripada bertembung dengan Aryan.
Satu hari semasa Nia ingin pulang dari sekolah. Dia bertenbung dengan Aryan ditangga.
Aryan ingin menegur Nia tetapi Nia pantas berlalu meninggalkan Aryan. Aryan hairan. Dia mengejar Nia.
Lengan gadis itu dipegang oleh Nia. "Apa ni? " marah Nia lalu menarik lengannya kembali.
"Kenapa dengan kau? Bila kita bertembung je. Kau mengelak. Apa masalah aku? "Soal Aryan ingin tahu.
"Aku rasa kita tak patut berkawan. Nanti apa pulak yang Aleesa anggap " kata Nia.
"Aleesa anggap apa?"
"Aku perempuan. Aku tahu perasaan Aleesa kalau ada perempuan lain yang berbual dengan boyfriend dia. Aku tak nak dia salah faham. " jelas Nia.
"Tapi, perlukah kau mengelak dari aku? Kau janji nak stay dengan akukan " ucap Aryan.
Tangan Nia dicapai. Namun, Nia menarik semula tangannya.
"Ian please. Lupakan janji tu. Aku cuma kawan kau je. Bukan fake girlfriend kau lagi. Jangan ganggu aku. Bahagiakan Aleesa " air mata Nia sudah mengalir di pipi. Tidak sanggup berkata begitu pada Aryan.
"Jangan nangis di hadapan aku. Aku tak sanggup. Aku sakit " ucap Aryan. Dia mengelus air mata di pipi Nia.
"Ian apa ni? " soal Aleesa yang tiba-tiba datang.
Aryan dan Nia terkejut dengan kehadiran Aleesa. Sudah pasti, Aleesa melihat adegan yang berlaku tadi.
Tanpa diduga ,Aleesa meluru ke arah Nia dan menampar pipi Nia dengan kuat.
"Esya!! " Jerit Aryan. Dia menarik Aleesa jauh dari Nia.
"Kau nak rampas Ian dari aku ke perempuan? " Soal Aleesa kasar. Nasib Aryan memegangnya kalau tak perempuan tu pasti dipukulnya.
"Maaf saya tak berniat nak rampas Ian. Saya pergi dulu" kata Nia sambil memegang pipinya.
Dia pantas berlalu meninggalkan mereka berdua. Air matanya dibiar mengalir keluar. Sesungguhnya, dia tidak kuat. Biarlah cintanya terkubur di dalam hatinya sahaja.
"Kenapa dengan Esya ni? Dia tak ada apa2 lah dengan Ian. Kenapa tampar dia?" Marah Aryan. Dia menguak rambutnya ke
belakang.
"Ian kenapa pertahankan dia? Apa hubungan Ian dengan dia?" Soal Aleesa semula.
"Ian tak pertahankan dialah. Esya salah faham. Dia cuma kawan Ian."
"Kawan sampai boleh sentuh pipi, macam tu? " ujar Aleesa lagi.
"Salah ke Ian sentuh pipi dia?! " kata Aryan bengang.
"Ya! Salah. Ian boyfriend Esya. Esya tak suka Ian rapat dengan perempuan lain. It hurts me " ujarnya. Air mata mengalir di pipi.
"Esya, please be matured. " ujar Ian. Dia mengalih pandangan ke arah lain. Tali leher dilonggar. Kusut fikirannya memikirkan masalah Nia dan Aleesa. Kenapa perempuan perlu bergaduh hanya sebab lelaki? Dia tertanya.
" matured? Esya memang dah matang. Cuma Ian yang tak nampak. Esya sedang pertahankan hubungan kita, " balas Aleesa. Air matanya dikesat.
"Dengan jealous tak tentu arah? Matured ke tu? " soal Aryan sinis. Aleesa di hadapannya bukan Aleesa yang dulu. Aleesa sudah berubah.
"Sampai hati Ian kan. Esya tertanya adakah perempuan tu fake girlfriend Ian atau memang girlfriend Ian." Kata Aleesa. Dia mencurigai sesuatu.
"Apa hubungan Ian.."
"Stop it Puteri Aleesa!!" Jerkah Aryan. Aleesa terdiam. Belum pernah Aryan meningkingnya.
Kesabaran Aryan sudah sampai ke kemuncak. "We are just friend! " ucap Aryan. Dia berlalu pergi meninggalkan Aleesa yang terpinga-pinga.
"Aryan! " panggil Aleesa. Dia pergi ke arah Aryan dan mencapai tangan lelaki itu.
Aryan menarik tangannya semula. " I need a space. " ujarnya perlahan dan pergi.
#######
Tadaa. Ini untuk part 4. Maaf jika ada kekurangan. Untuk part ini adalah part second last. Shuhada harap semua readers suka. Maaf jugak jika ada tertypo ka apa dan maaf jugak klau ada scene yang langgar hukum sikit. Ini hanya cerita semata-mata. keep support me! ^^ part seterusnya will be post ASAP.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan