Langkau ke kandungan utama

CERPEN : SECOND CHANCE (FULL)

Cerpen ini didedikasikan untuk sorang rafik (sahabat) shuhada yang menghidap kancer ovari seusia 9tahun. Ketabahan dan kecekalannya hingga kini pada usia 17 tahun, dia masih dapat meneruskan kehidupannya. Walaupun ketika ini, dia masih lagi berjuang untuk sebelah lagi ovarinya. Pada 16/10/17 , kwn shuhada ni akan jalani rawatan radioaktif di hospital di Pulau Pinang. Marilah kita berdoa akan kesihatan beliau agar lebih baik^^. Berkat doa anda amat dihargai. Back to story, Shuhada jd kagum lihat bertapa tabahnya dia hadapi kesakitan yg org lain tak pernah rasa dan shuhada terfikir " kalau aku duk tmpat dia, mesti tak tahan dgn dugaan tu " . Jadi, shuhada putuskan utk buat cerita ni utk dia. khas untuk dia. "Watak berbeza, cerita berbeza, namun kesakitan yang dirasai adalah sama." Dedicated to Nurfatinazirah bt Mohd Yusri, 17 tahun. By, Nurul Shuhada. SECOND CHANCE (full) Pagi itu.. pagi yang hening dan damai. sayup-sayup azan subuh berkumandang dari surau berdekatan. Aku bangkit dari lenaku. Aku mengurut perlahan perutku yang bengit dan sakit tiba-tiba. Sudah tiga hari perut aku sakit. Ubatan yang aku ambil tidak berkesan hingga akhirnya aku berhenti dari mengambilnya. Kenapa terasa ingin demam sahaja? Arhh, pedulikan. Mungkin biasa sahaja. Perasaan kau sahaja Amna Zhafirah. Aku bangun jua dari pembaringanku untuk ke sekolah menuntut ilmu yang bakal menjadi satu-satunya peluang untuk aku mengapai cita-cita yang aku impikan iaitu, businesswoman yang berjaya. Tanpa mempedulikan kesakitan yang mencengkam aku ke kamar mandi. Seusai bersolat dan berpakaian sekolah. Aku menuju ke dapur untuk bersarapan. Aku lihat ibu sedang menyiapkan sarapan pagi. Sebuah senyuman aku hadiahkan buat satu-satunya permata hati di dunia ini. "Adik, meh makan" ajak ibu. Aku duduk di kerusi. Kesakitan yang masih lagi dirasai dibiarkan sahaja. Aku hanya menjamah sedikit sahaja sarapan yang dibuat oleh ibu. Selera makan aku seakan mati beberapa hari ini. Seketika kemudian, muncul angah lengkap berbaju melayunya. Mungkin baru pulang dari menunaikan solat subuh di surau. Dia mengambil tempat berhadapan aku. "Adik kenapa pucat je angah tengok? "Soalnya hairan. Aku menggelengkan kepala sahaja. "Tak ada apa-apa pun, biasa aje ni. Mana along? Selalu berkepit dua aje" aku mengubah topik perbincangan. "Adik makan semut banyak sangat ke? Alongkan outstation di US dua bulan. Ada kerja di sana? Lupa?" Ujarnya melihatku. "Haahlah, lupa pulak " aku sengih padanya. Dia pula hanya merenungku seketika kemudian beralih kepada pinggan yang terisi nasi goreng. Aku tahu, dibenaknya mesti memikirkan sesuatu. Aku tahu, dia mesti risau keadaan aku. Abang mana tidak sayang akan adiknya? Selesai bersiap, aku mengambil beg dan bersedia untuk ke sekolah. Semasa berada di hadapan pintu rumah, tiba-tiba satu rasa yang teramat sakit di bahagian bawah perutku. Sakit itu mencengkam kuat bak ditikam pisau belati yang paling tajam di bahagian pinggangku. Aku sudah tidak tertanggung akan kesakitan yang dirasai. Seakan ingin mati! Akhirnya, aku rebah di hadapan pintu rumah. MATAKU DIBUKA. Bau-bauan ubatan membuatkan aku tahu kini aku berada di hospital. Bahagian bawah perut terasa sungguh perit sekali. Aku tertacap sekujur tubuh yang sedang dibuai mimpi di kerusi bersebelahan katil. Ibu.. hatiku terasa sayu melihatnya. Tekak aku terasa terlalu dahaga seakan tidak minum beberapa bulan. Aku melihat di meja tepi katil. Dengan sedaya upaya aku mencapai gelas kaca di atas meja. "Ishh! " dengusku apabila gagal mencapainya hingga membuat lena ibuku terganggu. "Adik dahaga? Kejap ibu ambilkan." Ujar ibuku dengan suaranya yang serak-serak basah kerana baru terjaga dari tidurnya. Dia menuangkan segelas air suam buat aku. "Maafkan adik ibu sebab susahkan..." ujar aku sambil menahan air mata jatuh dari tubir mata. Aku mengambil minuman yang diserahkan olehnya. Minuman diteguk hingga habis. Fuh! Lega. Ibu senyum." Jangan risau sayang. Sekarang adik dah ok. Tapi, untuk masa yang bakal hadir, ibu harap adik bertabah dan cekal, okay? " ujar ibu. Keningku bertaut. Tabah dan cekal? Untuk apa? "Kenapa dengan adik ibu? "Soalku ingin tahu. Ibu kelihatan teragak-agak untuk memberitahu aku perihal yang sebenar. "Kenapa ibu?? "Aku mendesaknya. "Adik hidap kancer ovari " ibu menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Dia pusing kebelakang sambil terhincut-hincut menahan esakan. Aku? Aku terdiam, terkelu,. Kancer ovari? Kancer yang ditakuti oleh semua wanita? Kancer yang membunuh secara diam itukah? Air mataku jatuh menuruni lekuk pipi. Dunia ku seakan kelam tiba-tiba. Masa hadapan aku seakan pudar dan perlahan-perlahan berlalu pergi seperti bayu yang bertiup lembut. Pergi tak kembali. Apakah yang bakal terjadi pada aku kelak? Semua impian yang aku bina hancur remuk dengan perkhabaran ini. Ibu mengesat air matanya dan kemudian menarik aku ke dalam pelukan hangatnya, menenangkan aku yang sedang gundah-gulana. "Jangan risau. Doktor dah bedah adik. Semua baik-baik sahaja. Cuma sekarang ,adik hanya perlu jalankan kemoterapi bagi proses permulihan sahaja." Ibu menenangkan aku. Aku diam sahaja. Aku seakan hilang tujuan hidup. "Ibu.. adik nak rehat. Ibu keluar dulu boleh?" Setelah lama mendiam aku mengeluarkan kata. "Anything for you honey " ibu menyelimuti tubuh aku. Aku membalas senyumannya dan melihat dia melangkah pergi keluar dari bilik pesakit. Aku memusing badan menghadap tingkap bilik pesakit dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan bahagian bawah perut yang sudah dibedah. Aku merenung kepekatan malam yang kian melabuh tirainya. Merenung kosong ke arah bangunan pencakar langit yang dihiasi lampu nion. Tanpa sedar mutiara jernih jatuh lagi. Serius aku katakan, aku sudah hilang pedoman untuk teruskan kehidupan. Buat apa untuk hidup dek sebelah ovari aku sudah tiada? Kenapa aku tidak mati sahaja semasa pembedahan dijalankan? Kenapa? Kenapa? Aku tertidur dengan air mata yang menemani aku malam itu. **** SEMASA AKU MELAYANI DIRIKU Pintu bilik pesakit dibuka perlahan. Kelihatan angah masuk sambil diiringi oleh rakan-rakanku. "Ni kawan adik datang ni, lawat adik " ujarnya dengan sebuah senyuman. "Amna!! " jerit mereka berempat dan memelukku serentak. Aku senyum. Gembiranya hati ini, bila mereka sanggup datang melawat aku walaupun sepatutnya mereka perlu menghadap buku, study untuk SPM yang bakal tiba 7 bulan lagi. "Gedik tak sudah. Tak lari pun Amna Zhafirah korang ni " ujar Angah sambil berpeluk tubuh melihat kami berlima. "Elehh, abang Aniq jealouslah tuu tak ada siapa care fasal dia " ujar Atiqah. "Takada faedahnya. Buatlah jejak kasih korang tu. Abang keluar dulu " ujar Angah dan berlalu pergi. Mereka berempat kini beralih pada diriku. "Kau macam mana? Feels better? " ujar Insyirah dia duduk di sisiku. Dia ni macam seorang kakak bagi aku sebab perwatakannya yang lebih matang dari yang lain. "Macam nilah, nak kata okay tu entahlah. Tapi aku tahu, walau macam mana sekalipun, aku mesti kuat untuk hadapi semua ni " ujarku perlahan. Umairah atau nama glamournya Umai memegang erat tangan kiriku. "Kau jangan rasa down macam ni, Amna. kami tahu, kau tak okay. Siapalah yang nak okay kalau dapat penyakit macam ni. If kau ada masalah, just cerita aje, kami akan tolong sedaya yang boleh " Nasihatnya padaku. Aku sebak. Aku tahan air jernih dari mengalir. Entah kenapa beberapa hari ini. Air mataku begitu mudah mengalir tanpa dipinta. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan, mungkin .. "Aku tak tahu kenapa. Tapi aku seakan perit untuk terima semua ini. Kekadang aku terfikir kenapa begitu berat Allah beri ujian ni padaku. Aku tak mampu." Aku menangis lagi. "Babe, janganlah nangis. Nanti kitaorang nangis juga " ujar Atiqah pula. Matanya kini berair melihat aku menangis. "Amna jangan salahkan qada dan qadar yang Allah beri pada kau., (Allah tak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Surah Albaqarah ayat: 286" beritahu Syaza yang perwatakan seakan ustazah kerana sering menasihati kami apabila kami terlalu menyimpang dari jalanNya. Aku beruntung memperoleh rakan seperti mereka yang selalu menasihati aku dan mengajar aku erti persahabatan yang sebenar-benarnya. "Thanks korang sebab selalu ada dengan aku " ucapku sebak. "Chill la Amna. Takmo sedih-sedih ni. Kami datang nak happykan kau ni " ucap Umai. Mereka berempat memeluk aku erat. Terima Kasih Allah, aku syukur ada mereka. "Bila nak keluar wad, Amna? " soal Insyirah ingin tahu. "Tak sure. Sebab nanti aku kena buat kemo" ujar aku kepadanya. "Kemo? Kemoterapi? Sakit duh! Cousin aku yang kancer hati tu, buat kemo gugur habis rambut dia semualah " ucap Atiqah tanpa memperdulikan perasaan aku yang kini gelisah. Kepala Atiqah ditolak Umai perlahan. " bodohlah kau ni. Nak cakap tu bertapislah sikit." marah Umai membuatkan Atiqah terdiam. "Sorry, Amna. Aku tak sengaja " pohon Atiqah sambil meraih tanganku. Aku senyum hambar " takpa." Balasku. "Kau boleh buat, Amna. Sakit tu penghapus dosa. Sakit itu hanya sementara, dan kitalah yang harus hilangkannya. Kau ingat pesan aku, semua manusia di dunia pernah jatuh sakit, jangan fikirkan perkara ni sangat. Nanti lagi teruk " ujar Syaza tenang. "Betul tu, Amna. Don't worry babe. we were here for you. " Insyirah mengusap bahuku lembut. Aku melentokkan kepalaku di lengannya. Terima kasih beri aku semangat semua, bisik hati aku. Tak mampu luahkan kerana aku tahu, air jernih ini cukup mudah untuk menitis tika ini. Pintu dikuak dari luar, ibu, abah dan angah muncul turut serta ibu bapa Insyirah. "Insyirah tak kasi tahu abang pun yang mak ayah datang sekali. Kesian diaorang tunggu di bawah. Nasib baik abang terserempak kat cafeteria tadi." Ujar Angah. "Hehe lupa." Balas Insyirah tersengih. "Lain kali ajak sekali naik jenguk Amna ni " balas ibuku pula. Insyirah mengangguk. "Assalamualaikum aunty, pakcik" salamku hulurkan kepada mereka berdua. "Waalaikumussalam, Amna " balas Aunty Kiara dan Encik Amran ibu bapa kepada Insyirah. "Ni Aunty bawa buah tangan untuk Amna. Tadi lupa nak kirim pada Insyi. " Ujar Aunty Kiara sambil meletakkannya di tepi meja. "Makan tau, jangan tak makan "pesan Aunty Kiara lagi. Aku mengangguk. "Terima kasih sebab sudi lawat Amna." "Sama-sama Amna. Ni kami datang kejap aje, takboleh lama-lama. Pakcik ada hal kejap lagi. Girls dah habis berbual? "Ujar Encik Amran. "Dah pa.. Amna, kami pulang dulu. Apa-apa bagitahu kami. Jangan simpan sendiri. " ujar Insyirah. "Jaga diri Amna " ujar Syaza. "Take care babe. Love you forever" Umai berkata memegang tanganku. "Aku sayang kau, sis Amna "Atiqah memeluk aku kemudian disertai oleh mereka bertiga. Kami berpelukan. Aku terharu, sungguh terharu. Aku menghantar mereka dengan pandangan mata yang sayu. Kelak, tiada lagi study bersama, tiada lagi gelak ketawa bersama, tiada lagi outing bersama dan tiada lagi kenangan bersama dengan mereka. Hanya aku sendiri. Angah mengusap bahuku. "Angah tahu adik rindu diaorang. Tapi janganlah renung pintu tu sampai berlubang pintu abang tengok "seloroh Angah. "Ish, kesitu pulak. Ibu, abah tengok angah ni" ajuku manja. "Ibu, abah dah tengok Abang dah lebih 23 tahun tahu. Adik aje baru 17 tahun " Angah membela dirinya. "Okay fine! "Merajuk aku. "Alaala..merajuk pula budak kecik ni. Mana nak tengok muka merajuk dia tu " Angah memujukku. Dia memeluk aku. Ibu abah hanya diam melihat kelatah kami berdua. Kalau along ada, pasti seronok. Rindu pula abang sulung aku yang seorang itu. **** PADA HARI INI. Aku akan menjalani kemoterapi buat pertama kalinya. Gementar, takut semua bercampur-aduk menjadi sebuah perasaan yang aku tidak suka ketika ini. Insyirah dan Syaza menemani aku. Umai dan Atiqah tidak dapat hadir kerana mereka mempunyai hal yang penting. "Amna Zhafirah. " panggil seorang jururawat wanita. Syaza menolak kerusi roda ke arah jururawat tersebut. "Adik pergi tukar baju dulu. Cik berdua sila tunggu dulu yer, proses kemo ni memakan masa yang agak lama."ujar jururawat tersebut. Sebelum aku masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kemoterapi, Syaza menarik lenganku lembut. "Amna ucaplah, La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin. Ayat ini untuk hilangkan segala rasa kesedihan dan kesusahan" beritahunya dan aku mengangguk. Bismillah. Ya Allah, kau permudahkan semuanya.. HAMPIR DUA BULAN, aku jalini rawatan kemoterapi. Sungguh tak tertahan dengan penderitaan yang aku rasai waktu ini. Hanya Allah yang mengetahuinya. Rambutku mulai gugur hari demi hari, berat badanku makin sosot, aku makin lesu dan tak bermaya. selera makanku juga sudah hilang. Sungguh, aku tak suka akan keadaan diri ini. Malu untuk berhadapan dengan mereka semua. Perkara yang aku mahukan ialah rehat. Itu sahaja. Mata dipejam seketika. Sungguh benar, sakit teramat sangat menahan rasa seksa ini. Kenapa Allah tidak mengambil sahaja nyawa aku ketika ini. Aku tidak mampu meneruskan kehidupan ini. Ambillah nyawa yang kau pinjamkan kepadaku ini, ya Allah. Aku tak mampu. Hatiku menjerit. Mataku terbuka. Astaghfirullah-halazim. Amna,tak baik berkata sebegitu. Aku berisyhtifar, memohon keampunanNya. Suhu bilik pesakit yang aku diami ini amat sejuk hingga membuatkan aku sedikit tenang. Lama-kelamaan, mataku terkatup begitu sahaja. "Amna, bangun sayang. Along datang ni " kejut ibu. "Ibu, biarlah Amna rehat dulu. Kesian along tengok" ujar Along. Kesian melihat adik kesayangan yang berada dalam kesakitan itu. "Hrmm,baiklah "keluh ibu. Semasa mereka berdua ingin keluar. Kedengaran suara Amna memanggil. "Ibu..." Ibu pusing begitu juga along. "Yer sayang. nak apa? " soal ibu lembut. "Da..dahaga " ujarku. Sukar untuk berkata-kata. "Kejap ibu ambilkan " "Adik.." along menerpa ke arahku dan memegang erat jemariku. Air matanya jatuh. Sungguh sukar melihat lelaki 27 tahun ini mengalirkan air mata. Hari ini hari bersejarah melihat air mata jantannya terbit dari tubir mata. Bibir pucatku memberinya sebuah senyuman walaupun sukar untuk berbuat begitu. Tak apa. Demi dia. "Adik akan ok. Sebulan sahaja lagi. Tabah yer baby kesayangan along" along memberi kata-kata semangat buatku. Dia mengusap kepalaku yang tersarung scarfs kepala. Aku hanya mampu mengetatkan lagi pegangan tangan tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Ibu membantu aku untuk minum. "Ibu keluar kejap yer. Nak pergi cafeteria. Along nak apa-apa?" Soal ibu. Along menggeleng kepalanya. Selepas ibu keluar. Along mengambil tempat disisiku. Tanganku yang pucat dicapainya. "Adik along kuatkan? " ujarnya. Aku tersenyum lalu mengangguk. "Bagus-bagus. Thats my sister " dia mencubit perlahan pipiku. "Sorry sebab along stay lama di US dan tinggalkan adik di sini. Bila along dapat tahu, adik hidap penyakit ini. Along terus bagitahu boss along yang along nak balik. Dia tak kasi, dia suruh stay. Jahatkan boss along tu? " along bercerita sambil aku bersandar di bahunya. Badanku terasa terlalu lemah. Sungguh! Tabahlah wahai Amna Zhafirah. "Along.."panggilku perlahan. Walaupun sukar aku gagahi juga. "Yer sayang?" Along menyahut. "A..adik n..nak ta..tanya som..somet..thing bo..boleh?" "Anything for you honey" balasnya. "Ka..kalau ma..masa a..dik dah sa..sampai , agak..nya se..semua or..orang a..akan doa..kan adik tak? " soalku. Along diam. Sebak. Satu perkataan yang menerangkan segalanya yang terbuku di dalam hati lelakinya. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Amir Raihan menarik nafas dalam. "Jangan cakap macam tu. Adik ok. Adik kuat. Semua orang tahu adik kuat. Adik pasti sihat. Allah beri mendung tak semestinya akan hujan, sayang. " ujar along. "Dekat US abang selalu ingatkan adik. Dah tidur ke budak tu? Makan apa hari ini? "Cerita Along lagi. "Cakap fasal makan ni, adik lapar tak? Nak makan apa-apa? " soal along. "Adik..? Dengar tak ni? " panggil Along di sisiku. "Adik?" "Adik?" "Amna Zhafirah?" Namun tiada sahutan. Dia memusingkan badannya. Amna rebah diribanya. "Ya Allah" Amir Raihan terkejut dengan pantas dia memanggil jururawat yang bertugas di situ. "Nurse!!Tolong! Adik saya" jeritnya. Ya Allah,selamatkanlah dia. **** Amna masih lagi berada di dalam wad. Sudah hampir dua jam setengah mereka menunggu, namun tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan doktor bakal keluar. Kesemua mereka berada dalam keadaan yang risau. Pelbagai persoalan berada di minda mereka. Adakah insan yang mereka sayangi akan pergi buat selamanya. Seketika kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik wad. Ibu bapa Amna bergegas ke arahnya. "Doktor, macam mana dengan Amna?" Encik Rahman menyoal. "Alhamdulillah, semua baik. Tapi, saya nasihatkan supaya kamu pantau keadaan Amna dari masa ke semasa. Jantungnya terhenti seketika. Nasib baik Encik Amir cepat bertindak dan Amna dapat diselamatkan" ujar Doktor lelaki itu panjang lebar. "Terima kasih doktor " ucap Encik Rahman penuh syukur. "Saya hanya lakukan apa yang termampu. Yang lain saya hanya serahkan padaNya sahaja. Saya nak kamu sebagai ahli keluarga dan rakan, beri kata semangat dan menjadi peneman padanya ketika dia bersendirian. Pesakit yang menghidap kancer selalunya jiwa mereka tidak tenang dan perlukan perhatian yang lebih. " terang doktor lagi. "Pesakit sedang rehat. Hanya dua orang waris sahaja boleh masuk. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu "ujarnya lagi dan berlalu pergi. "Syukur abang, Amna selamat " Puan Aminah memaut lengan suaminya. "Alhamdulillah. Along angah pergilah tengok adik dulu. Abah nak pergi surau dengan ibu " arah Encik Rahman. Mereka berdua mengangguk. PINTU BILIK PESAKIT DIKUAK. kelihatan Amna sedang terlena. Mereka berdua bergerak ke arahnya. Amir Raihan mengambil tempat di sisi Amna manakala Aniq Raihan di kerusi tepi katil. Suasana sunyi dan sayu. Mereka hanya melihat Amna tanpa memgeluarkan sepatah kata. Jemari Amna bergerak. Dia membuka kelopak mata perlahan-lahan " ibu.." panggilnya. "Along dan Angah ni, adik. Adik nak apa? " ucap Amir. "A..air." ujarnya. "Kejap sayang angah ambilkan" dia kemudiannya menuangkan segelas air lalu memberikan kepada Amna. Amir membantu Amna minum. "Adik menakutkan abang tadi." Ujar Along. Aku diam. Tidak mengeluarkan kata-kata. Sewaktu berbual dengan along tadi, aku seakan mengantuk. Aku hanya pejamkan mata. Di saat itu ketenangan menyelubungi diriku. "Ma..maaf se..sebab bu..buat se..mua ri..sau. " ujarku saya. "Takapa sayang semua dah okay. Kami nak Amna lawan penyakit tu tau. Kuat! " Angah memelukku begitu juga Along. Kedengaran sayup tangis mereka bertiga. **** Hampir 3 bulan aku berada di Hospital Kuala Lumpur ini. Sudah lali dengan bau-bauan ubatan di sini. Sudah terbiasa dengan makanan mereka dan sudah suka suasana di sini. Begitu juga sudah tiada perasaan untuk menahan seksa rawatan kemoterapi. Mereka disini memberi semangat untukku teruskan hidup. Walaupun aku tahu, aku akan pergi.. sudah tiada peluang bagiku. Rawatannya sungguh perit buat gadis yang lemah sepertiku. Aku tampak seakan mayat hidup sahaja. Sel-sel dalam badanku sudah mati hari demi hari kesan dari radiasi. Dan aku, hanya menanti waktu untuk pergi. Hingga satu tahap aku hilang panduan hidup. Aku hilang tujuan hidupku. Mengapa aku perlu lakukan rawatan ini, sedangkan aku akan pergi. Aku memikirkannya setiap hari. Amna bererti ketenangan dan aku ingin tenang di sana. Biarlah kesusahan yang dirasai ini pergi. Tenang di sisi Pencipta. Kasihan lihat rakan-rakanku sehabis baik datang melawati aku, menemani aku. Kasihan lihat angah dan along tinggalkan kerja mereka semata-mata untuk ada denganku. Kasihan pada ibu abah yang bersengkang mata bersama aku. Tiada guna lagi hidup ini. Aku susahkan semua orang. Fikir di benak hatiku. Aku perlu pergi.. dengan itu semua tak perlu risau keadaanku lagi bila aku tiada. Ya, betul tu. Atiqah menguis lengan Umai. Umai lihatnya "kenapa kau ni? Aku tengah study ni " marah Umai. "Tu, kenapa akhir-akhir ni, Amna banyak diam, tak cakap, suka termenung seorang diri. Kau rasa, petanda ke? Dia nak pergi? "Ucap Atiqah hairan. "Bengaplah. Jangan cakap macam tu. Kata-kata dari mulut tu satu doa. Kau nak dia pergi ke?? " Atiqah geleng kepala laju. "Tahupun, kejap aku panggil dia" ucap Umai. "Amna? Kau menungkan apa? Need something? " Umai soal. Amna menggeleng kepala. Senyuman Amna hadiahkan kepada mereka. "Hrmm.. alright. Jangan termenung sangat, orang tua kata tak baik" ucap Umai lalu menyambung kembali kerja. Hari ini, Umai dan Atiqah datang menjaga aku. Sebelah petang pula, giliran Insyirah dan Syaza. Kasihan melihat mereka. Mereka perlu belajar untuk SPM yang berbaki 4 bulan lagi. Bukan di sini bersamaku. "Amna.. kau termenung lagi. Kenapa sejak akhir-akhir ini, kau banyak termenung? Kau fikirkan apa? Kalau ada yang menyesakkan hati bagitahu kami. Jangan pendam." Kata Umai lagi. Atiqah hanya mengangguk. Aku nak pergi! Tinggalkan semua orang, biar mereka semua tak risaukan aku lagi. Kata-kata itu, ku hanya pendamkan di dalam hati. "Amna? Dengar tak?Kau ni peliklah. Jangan beri kami risau. Apa-apa beritahu aje" ucap Atiqah yang berada di sofa yang tersedia di dalam bilik. Mengulang kaji pelajaran bersama Umai. Pintu dikuak. "Adik Amna, sila bersiap yer untuk rawatan kemo hari ini." Ujar jururawat yang memasuki bilikku, dia keluar semula. Arh, rawatan lagi. Tidak tahan dek badan ini. Aku hanya mampu mengangguk dan mengiakan sahaja. "Jom Amna, get ready. " ucap Atiqah. Dia bangun dari duduknya. Begitu juga Umai. "Ba..baik " bibir pucatku mengukir senyum yang lemah. "Wei wei, dia datang! Dia datang! " ucap Umai tiba-tiba. "Apa yang datang ni. Jangan takutkan kami, Umai" marah Atiqah. Wajahku juga risau. Apa yang datang? "Nak buang air besarlah! Aku pergi toilet jap " ucap Umai sambil memegang perutnya keluar dari bilik pesakit. Atiqah tergelak kuat, aku hanya senyum. Tak mampu ketawa. Aku lihat Atiqah sedang mengemas barangnya. Mungkin ini peluang aku? Atiqah seperti kebudak-budakan dan kurang matang. Mudah sahaja aku perdayakannya. Aku merangka strategi. Ini peluang keemasan. Biar mereka tidak risau aku lagi. Aku akan pergi. Tekadku. "Ti..tikah "panggilku. "Yer Amna. Why? " soalnya dan berjalan ke arahku. "Ak..aku na..nak ke..tan..tandas " beritahuku. "Ouh baik. Kejap yer baby. Aku tolong kau " dia membantuku. Badanku diangkat berhati-hati dan meletakkanku di kerusi roda. "Jum cik puan! Kita pergi sekarang!" Ujar Atiqah ceria dan menolak kerusi roda keluar dari bilik sakit. "Ehh, nak pergi mana ni? rawatan kejap lagi. " soalnya jururawat di kaunter. "Nak ke tandas kejap. Nanti kami datang sini balik " ucap Atiqah dan jururawat itu hanya mengangguk. "A..aku ta..k ta..han den..gan ..semua ni " ucapku. "Janganlah cakap macam tu. Sikit aje lagi nak habis dah rawatan semua ni. Kami ada dengan kau" ucap Atiqah menenangkan aku. "Aku..na..nak pergi " ucapku perlahan. "Hushh, jangan cakap macam tu. Takut aku. Jangan risau kami ada" ucapnya lagi. Mereka tiba di tandas. "Ehh, mana Umai? Kata nak buang air besar" ujar Atiqah dia lihat aku. Aku menggeleng kepala. "Dia pergi tandas lain maybe. Jom, aku tolong kau " ucapnya lagi. "Ka..kau tu..tunggu lu..luar "ujarku lemah. "Takapa aku tolong kau kat dalam" balas Atiqah. aku menggeleng tidak mahu ditolong. Aku membuat mimik muka sedih. Akhirnya dia mengalah. "Okay fine! Kalau lebih 10 minit aku masuk " ujarnya. Aku masuk ke dalam tandas. Jarum ditangan dicabut olehku. Aku bergerak ke pintu tandas. Membukanya sedikit, kelihatan Atiqah sedang bermain phone di kerusi berdekatan tandas. Cantik! Aku membuka pintu tandas dan dengan cepat membawa laju kerusi roda hingga hilang dari pandangan. Baik! Sekarang rooftop hospital menjadi destinasiku. Maafkan Amna semua, Amna tak nak semua orang risaukan Amna lagi. Pemergian Amna akan buat semua tidak risau lagi. Maaf kerna terpaksa lakukan ini. Demi semua, Amna sanggup. **** "Kenapa lambat sangat Amna ni? " Atiqah berlalu ke tandas pintu tandas dibuka. Amna hilang! Atiqah cemas! Dia pantas berlari ke arah bilik sakit tanpa menghiraukan berlanggaran dengan orang yang lalu lalang. Tiba di bilik pesakit dia bertembung dengan Umai, Insyirah dan Syaza. "Wei wei matilah aku " ujarnya gelisah. "Kenapa ni? mana Amna? Apa yang matinya? " soal Insyirah. "Amna hilang! " ucapnya takut. "Apa?? " mereka bertiga jerit serentak. "Macam mana boleh hilang? Kau pergi mana dengan dia? " Insyirah cemas. "Aku.. bawa dia pergi tandas sebab dia kata dia nak pergi situ. Lepastu aku nak tolong dia, dia tak kasi. Aku mengalahlah, aku tunggu kat luar. Bila lama sangat dia kat dalam aku apa lagi pergi tengok then dia hilang " cerita Atiqah semula. "Aku takutlah. Dia buat sesuatu di luar jangkaan " ujar Umai. "Kita cari dia dulu. Mungkin dia nak pergi bersiar ke?" ujar Syaza. "Aku tak rasa dia pergi bersiar sebab dia kata kat aku tadi yang dia nak pergi. Means.." Atiqah lihat mereka bertiga. "Bunuh diri! " jerit mereka serentak. "Jom cepat! Cari dia." Mereka keluar dari bilik pesakit dan pantas berpecah mencari Amna. Di hati masing-masing berdoa agar Amna selamat. Mereka takut bakal kehilangan seorang rakan yang amat mereka sayangi. Melihat Amna berada dalam kesakitan sudah membuatkan mereka sakit. Seakan mereka dapat rasai penderitaan yang ditanggung oleh sebaris nama Amna Zhafirah. "Gerak hati aku rasa Amna pergi rooftoplah. Jom pergi situ " ujar Syaza. Mereka mengangguk. Apabila tiba di tangga untuk ke rooftoop, mereka menjumpai kerusi roda dia bawah tangga. Dengan pantas mereka naik ke atas. "Amna jangan!"Jerit Umai. Amna yang berada di atas tembok rooftop hospital membuatkan mereka kecur perut melihatnya. Amna memusing badannya. Amna menggelengkan kepalanya mengarahkan mereka supaya jangan mendekat. "Please Amna, jangan macam ni. Allah murka. Bunuh diri adalah dosa besar. Please jangan lakukan.." ujar Syaza. "Jangan bertindak melulu Amna." "Ma..maafkan Amna semua " Amna pusing menghadap ke hadapan semula. Cuaca pada petang itu hening sayu. Matahari yang hampir terbenam membuatkan permandangan nampak nian indah. Amna memejam mata. Selamat tinggal semua.. Dia mendepa tangan dan.. "Amna!!" Insyirah berlari lalu menarik Amna. Amna berjaya ditarik olehnya. Amna jatuh dalam pelukan Insyirah. Dia menangis teresak-esak. "Kau selamat. Jangan risau, kau selamat " ucap Insyirah lalu mengeratkan lagi pelukan. Umai, Atiqah dan Syaza menyertai mereka berdua. Berpelukan lama. "A..aku ba..banyak susa..hkan se..mua orang. Aku am..bil ke..putusan ni se.sebab tak..nak orang ri..saukan aku" "Bila kami kehilangan permata hati kami iaitu kau. Itu perkara yang paling sedih kami rasai. Kau sahabat kami. Kau nyawa kami. Bila kau susah kami akan hulurkan tangan dan kau.. kau sambutlah huluran kami." Ujar Umai. "Orang yang sabar takkan pernah rugi. Kesakitan yang kau rasa sekarang akan diganti dengan kebahagian yang kau tak akan jangka " ujar Insyirah. "Ter..ima kasih, korang " Aku mengeratkan pelukan. Ya benar.. manusia lakukan kesilapan.. dan aku antaranya. Kesilapan yang dilakukan adalah untuk mendidik diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.. **** 3 MINGGU KEMUDIAN .. Aku merenung suasana pada petang itu. Sungguh indah dan nyaman. Berkat kesabaran, aku sudah hampir pulih dari kancerku. "Hah! Termenung lagi. Kau nak jadi ikan termenung ke apa? "Ujar Umai memeluk aku dari belakang. "Mana adalah. Aku tengok matahari terbenam aje" nafiku. "Elehh, feeling jadi heroin drama korealah tuu. " Atiqah datang di sisiku. Lenganku dipaut. Kami ketawa senang. "Hui, tiga dara pingitan. Dah mahgrib ni tak reti nak masuk lagi ke?" Panggil Insyirah di muka pintu. "Jum, maklong kawasan dah panggil " ujar Umai. Kami ketawa lagi. Dan masuk ke dalam rumahku. Hari ini, ibu membuat majlis kesyukuran buatku yang sudah keluar dari hospital. Rakan-rakanku dan saudaraku dijemput untuk menghadirinya. Aku bersyukur teramat sangat kerana diberi peluang kedua untuk teruskan hidup ini.. Diberi peluang kedua untuk aku mencoret kenangan manis di dalam buku persahabatan bersama rakan-rakanku selama ini.. Diberi peluang kedua untuk bersama keluarga tersayang. Bersama-bersama kami hidup menjalani kehidupan berkeluarga dengan bahagia. Dan, diberi peluang kedua untuk sembuh dari penyakit ini. Ya.. tak semua orang mendapat peluang kedua dalam hidup ini. Tetapi dengan resipi kesabaran, kecekalan.. peluang kedua itu mudah diperoleh.. "when something bad happens. You have three choice. You can either let it define you, let it destroy you, or you can let it strengthen you"—Amna Zhafirah. [TAMAT] Thanks for reading :) Sorry for the typo dan sorry jugak klau xbest or mengarut. Shuhada akan perbaiki penulisan shuhada lagi. ^^.. ini cerpen last shuhada utk tahun nii sbb lagi sebulan shuhada akan ambik spm. Klau ada rezeki jumpa lagi yerr.. tq baca cerpen shuhada ^^ wish me luck for spm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...