By, Nurul Shuhada.
MY LOVE,MR.INSPIRATION(PART2)
SEPERTI YANG DIJANJIKAN, petang itu aku ke studio milik Abang Haziq. Rupa-rupanya Abang Haziq ini adalah pengurus syarikat muzik.
Aku melangkah masuk ke dalam studionya. Hrmm, besarnya. Terpegun aku seketika. Aku menghampiri kaunter pertanyaan.
"Err.. maafkan saya, saya nak jumpa Abang.. Ehh tak, saya nak jumpa Encik Mikael Haziq." Ujar aku. Tersasul pula panggil abang. Nanti tak pasal-pasal dituduh ada skandal sebab berabang segala.
"Ada buat appointment? "Soal wanita dihadapannya. Aku menggeleng.
"Cik kena buat appointment dulu, baru boleh berjumpa dengan tuan Haziq. " Wanita itu berkata lagi.
"Tapi.. dia yang suruh saya datang petang ini " aku membalas katanya.
"Hmm, kejap yer " wanita itu mengambil gagang telefon dan mendail.
"Tuan ada budak perempuan ingin berjumpa dengan tuan. Katanya, tuan yang suruh datang "
"Haah, pucat " jawab wanita itu. Aku diam sahaja walaupun terasa dengan perkataan itu.
"Baiklah, tuan." Gagang telefon diletakkan ke tempatnya.
"Cik duduk dulu disitu, nanti tuan Haziq panggil " Aku hanya mengangguk lalu berlalu ke arah sofa yang disediakan.
###########################
Sudah hampir 1 jam aku menunggu Abang Haziq. Malang, kelibatnya masih belum kelihatan. Aku menilik jam, 5:30 petang. Wanita yang duduk di kaunter tadi sudah pulang. Maklumlah, di Malaysia, had masa bekerja hingga pukul 5 petang sahaja. Pekerja lain juga turut pulang ke kediaman masing-masing. Aku mengeluh. Dia lupa aku ke apa?
Aku menguak rambutku yang lurus paras pinggang ke belakang. Badan kusandar di sofa. Dengan suhu penghawa dingin yang dingin dan nyaman membuatkan mataku semakin layu dan akhirnya aku terlelap.
"Hey, bangun"
Siapalah, yang kacau aku tidur ni.
"Kenapa kau tidur sini? "
Aku merasakan seperti seseorang menepuk perlahan pipiku. Aku mencelik mataku yang terasa seperti digam. Aku melihat seorang lelaki yang kini memandang ke arah aku dengan riak yang pelik. Kejap! Lelaki ke aku sebut tadi?
"Mama! " aku menjerit lalu menolak badannya ke belakang. Dia terjatuh terduduk. Aku pula berdiri dari dudukku. Sarung gitar dipeluk.
"Sakitlah bodoh! " marah lelaki tadi. Dia bangun dari duduknya.
Aku terdiam melihat lelaki tadi mengibas seluarnya. Wajahnya seperti aku pernah kenali sebelum ini. Takkanlah dia? Diakah? Aku tertanya. Aku amati wajah itu. Tiba-tiba jantung aku berdegup laju. Dialah! Lelaki lapan tahun yang lalu. Serta merta wajah aku rasa berbahang.
"Kau kenapa tidur sini?" Soalnya melihatku.
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Lidahku menjadi kelu.
"woi! Aku tanya ni?" Suaranya naik seoktaf.
"Err.. saya tunggu abang Haziq, tak sedar pula boleh terlelap tadi " Ujarku perlahan. Aku melihat lantai. Tidak sanggup melihat si dia.
"Abang aku? Kau girlfriend dia ke? Kenapa muda sangat? " soalnya terkejut.
"Ehh tak-tak. Saya pengganti penyanyi yang tarik diri tu " jawabku menahan getar.
"Kau? Taknampak macam penyanyi pun. Macam hantu adalah. Kau boleh ke nyanyi? Ataupun indah khabar dari rupa sahaja? " ucapnya tanpa memperdulikan perasaanku. Dia duduk di sofa tempat aku duduk tadi. Iphonenya dikeluarkan dari poket seluar dan menekan sesuatu di skrin iphone itu.
Huh! Adik dengan abang, sama saja. Suka mempertikaikan kelebihan aku yang satu itu. Tapi disebabkan dia sumber inspirasi aku, aku diamkan sahaja.
"Duduklah. Kenapa berdiri kat situ macam patung cedana aje" arahnya mendatar.
Aku seperti lembu yang dicucuk hidung hanya mengikut saja arahannya dan duduk di atas sofa.
"Dah berapa lama kau tunggu dia?" Soal lelaki tadi.
"Err tak sure sebab saya tertidur tadi " kataku jujur.
"Dia memang macam tu, kerja tak ingat dunia "balasnya.
"Nama aku Mikael Rizqi. Just call me Mika " ujarnya.
"Anna " kataku dan dia hanya mengangguk sahaja. Baru aku tahu namanya Mikael Rizqi. Abang dia pula Mikael Haziq. Wuu...
"Student lagi? Umur berapa? " soalnya. Dah kenapa dia ni tanya banyak soalan padaku.
"Haah still student, 20 baru" aku menjawab pertanyaannya.
"Aku student jugak. But 23 this years. I hope we can work together nicely "
Suasana diam seketika. "Kenapa muka kau pucat? Sakit ke? " soal Mika.
"Ehh, taklah. Saya memang macam ni. Saya takut berbual dengan orang yang takkenal. Saya.. saya.. err, antisosial sikit" ujarku malu. Mesti kena kutuk ni.
"Ouhh, sebab tulah kau pucat macam sekarang ni. Hmm, tak sabar pulak nak nyanyi dengan kau nanti." Dia bangun dari tempat duduknya.
"Jum, abang aku suruh naik atas" arahnya. Semasa berlalu dihadapanku, dia mengetuk perlahan kepalaku dengan iphonenya.
What the? Dia ni dah kenapa? Aku mengikuti langkahnya. Alangkah bertuahnya kalau dia tahu yang dia ialah sumber inspirasiku dan juga crush aku? Pendam aje lah. Lebih baik.
KAMI MELANGKAH MASUK KE DALAM BILIK ABANG HAZIQ. Kelihatan dia sedang menaip sesuatu pada laptopnya. Sesaat kemudian dia melihat kami berdua. Laptop ditutup.
"Come and have a seat " ucapnya.
Aku dan Mika duduk dikerusi berhadapan Abang Haziq.
"Firstly and foremost, Abang nak minta maaf sebab biarkan kau duduk dibawah lama sangat " ujarnya kepada aku.
"Takapa" aku balas. Kalau ikutkan memang nak sound dia tapi apa kan daya, aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai pangkat yang besar seperti dia. Feeling aje lebih, Anna.
"Should we discuss now? Mika nak balik cepat ni" sampuk Mika yang hanya diam sahaja dari tadi.
"Alright young man. We start now. Baiklah, untuk korang punya performance abang nak korang pilih lagu duet yang menyentuh hati penonton. Just one song only " ucap Abang Haziq.
"Lagu sedih? " Mika menyoal. Aku hanya diam sahaja. Dia suka lagu sedih ke?
"Not really, abang anjurkan event nyanyian yang bertemakan Melody of Love. So, its up to you nak pilih lagu apa. Tapi make sure cik adik sebelah ko tu pun setuju juga. Jangan ikut sedap kau aje " Abang Haziq berkata sambil melihat ke arahku.
"Hrmm,okay. Dah habis dah kan? So, Mika nak balik. " ucap Mika seraya bangun dari kerusinya.
Aikk, macam itu aje. Lebih baik aku tak payah datang. Buat penat aje tunggu berjam lamanya. Akhirnya hanya beberapa minit sahaja berbincang. Aku mengeluh. Abang Haziq melihat ke arah aku, begitu juga Mika. Aku tergamam. Kenapa kau mengeluh kuat sangat Anna oii..
"Kenapa mengeluh? Tak suka apa yang dibincangkan? nak tukar tema ikut kau punya suka ke? " Nahh Anna, ambik kau. Abang Haziq bedil kau dengan soalan sinis.
"Hah?? Tak-tak. Saya penat je. " tipuku.
"Penat? Why? Sebab tunggu lama and akhirnya discuss sekejap aje? " soal Abang Haziq lagi. Aku terdiam, dia ni macam tahu-tahu aje apa yang bermain di benakku. Dia merenung mataku tajam. Aku gugup seketika.
"Tak.. ade.. lah. Sa..saya nak ba..balik dulu yer. " ucapku terketar-ketar. Mika hanya diam memerhati aku. Aku gementar seketika. Mereka berdua seolah-olah melihatku seperti aku sedang membuat kesalahan yang sangat terbesar. Aku rasai wajahku kini berubah pucat. Di saat ini, aku hanya perlukan Along berada di sini bersamaku.
"Why are you looks very pale? " Mika menyoal. Dia menghampiri aku.
"Are you okay Anna? Teringat pada your brother ke? " giliran abang Haziq pula bertanya.
Aku sesak. Aku melangkah ke belakang apabila Mika menghampiri.
"Stop! " aku berkata tegas. Dia terhenti. Mereka berdua tergamam.
"Saya nak balik dulu. Nanti kita bincang lagi. Thanks for the great discussion " sindir aku dan membuka pintu seraya melangkah laju ke luar dari syarikat yang memyesakkan aku itu.
Hari sudah malam, nasib sahaja hari ini aku tidak boleh bersolat. Aku berdiri di bus stop tempat Along aku menghantarku tadi petang.
Iphone5s dikeluarkan dan aku mendail number along.
"Hello, Along. Anna dah balik ni. Anna tunggu ditempat tadi " ujarku perlahan. Air mataku mengalir dipipi tanpa ke pinta.
"Ha, alright. Wait a second, Anna are you crying?" Tanya Along macam tahu-tahu aje.
"Hah? Mana adalah. Okaylah, Anna nak tutup dulu. Bye " ujarku.
"Okay honey. Along on the way " Panggilan diputuskan.
Di dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Apabila ditanya oleh Along, aku hanya menjawab sepatah sahaja.
"Kita singgah makan dulu, okay? " tanya Along.
"Hrmm.. " aku memang tengah lapar sekarang ni. Dari petang tadi tak makan apa.
"Anna are you okay? Kenapa muram saja ni. Demam ke? " Along menyoalku lagi. Tangan kirinya memegang dahiku.
"Tak adalah " balasku.
"Ada masalah apa ni. Ceritalah." Along masih lagi mengorek rahsia
Arh.. along memang terror bab mengorek rahsia dari orang ni. "Along.. Anna rasa taknaklah join that event " putusku. Dengan sikap dua beradik yang menyebalkan tu. Memang menyesakkan jiwa dan raga aku ni.
"What?! Tarik diri?! "Along memberhentikan keretanya mengejut. Aku terdorong ke hadapan, nasib baik kami memakai seatbelt.
"Along ni kenapa? Nasib tak ada kereta kat belakang " marahku.
"Kenapa Anna nak tarik diri? " Along tak nengendahkan soalan aku.
"Anna tak boleh nak berkerjasama dengan diaoranglah. Dua-dua mulut puaka. Kalah Mak Cik Leha sebelah rumah tu membebel. " Beritahu aku.
Along tersenyum. "Biasalah tu, orang berkerja. Memang banyak ragamnya. Nanti lama-lama okaylah. Anna janganlah tarik diri. Demi Along boleh tak?" Along memujukku lagi.
"Boleh tak, sayang? Demi Along? " Kata Along lagi.
"Event tu sebenarnya untuk apa? Akan jadi teruk ke, kalau salah seorang tarik diri? "Soalku tidak berpuas hati.
"Event nyanyian tu sebenarnya untuk menonjolkan bakat penyanyi dibawah Abang Haziq. Dia sendiri buat event tu sebab dia nak penyanyi dia merasai peluang berada di atas pentas. Ramai pelatih sebenarnya tak pernah rasai berada di atas yang besar. Anna, along suruh join sebab Along nak Anna cuba berkomunikasi dengan dunia nyanyian. Jadi masuklah, sayang? Ramai tak dapat peluang macam Anna dapat sekarang ni" Terang Along. Dia memegang tanganku.
Along ni memang pandai pujuk oranglah. Sedikit sebanyak kata-kata Along tadi menusuk masuk ke dalam hati aku. "Hmm, baiklah. Kali ni aje. Lepas habis je event tu, Anna taknak terlibat mana2 event lagi tau? " Along tersenyum dan mengangguk sahaja. Dia meneruskan permanduannya.
*************
KEESOKKAN HARINYA, aku dan Along ke studio abang Haziq aka mulut puaka tu.
"Hello bro." masuk sahaja ke dalam studio, Abang Haziq menyapa along.
"Kau buat apalah dengan adik aku semalam sampai dia merajuk bagai, hah?" Soal Along. Dia memeluk bahuku. Aku diam sahaja. Along ni.. janganlah bagitahu.
Abang Haziq melihat aku penuh dengan maksud tersirat membuatku mengalih pandangan ke arah lain.
"Nothinglah. Adik kau manja sangat " ucapnya tersenyum kepada Along. Tapi, aku tahu senyuman itu palsu semata-mata, mesti dia menendam rasa padaku. Kalau along balik nanti memang aku kena basuh cukup-cukup dengan mulut puaka ni.
"Jomlah, masuk bilik aku. Ada something sikit aku nak minta pandangan kau tentang event, nanti " ajak Abang Haziq kepada Along. Dia menarik Along menjauhi aku. Kenapa ambil Along aku. Habis tu aku macam mana sekarang ni.
"Hrmm, kau masuk bilik hujung sebelah kanan. Mika ada dalam tu. Pergi practice" arah Abang Haziq melihatku. Aku hanya mengangguk sahaja. Peliklah dengan dia ni. Mata dia tu macam ada sesuatu yang tak terungkap aje.
Pintu bilik yang dimaksudkan oleh Abang Haziq aku buka. Besar juga bilik ni. Lengkap dengan alat muzik yang pelbagai jenis. Di bahagian kiri bilik terdapat sebuah cermin besar memenuhi ruang dinding tersebut.
Aku melihat Mika sedang duduk di tengah ruang bilik sambil leka menulis sesuatu dalam buku notanya. Aku menghampirinya. Nampaknya dia masih lagi belum mengetahui kedatanganku. Aku menarik earsfon yang dipakai olehnya. Dia tersentak seraya memusing badannya.
"Kau? " soalnya. Aku mengangguk dan tanpa disuruh aku duduk di hadapannya.
"Abang Haziq suruh practice. " ujarku. Dia melihat ke arahku seperti tidak percaya.
"Aku ingat kau takkan datang. Iyerlahh, pasal semalam." Ucapnya.
"Along suruh datang. Nak pilih lagu apa ni? " ucapku perlahan dan mengubah topik yang dibualkan tadi.
"Hrmm, what everlah. Ni senarai pendek lagu yang aku pilih semalam. Semua ni favourite aku. Kau pilih satu lagu dari sini and then kita practice " ucapnya sambil memandang kertas yang tertulis senarai lagu yang akan dipilih nanti.
Aku mengambil kertas tersebut lalu melihatnya. Semua lagu kesukaan aku juga. Aku leka melihat senarai lagu itu sehingga aku terlupa yang Mika sedang memerhati aku.
Aishh, budak perempuan ni kenapa cantik sangat? Mika merenung wajah gadis dihadapannya. Anak matanya seperti warna kacang hazel mengikat pandangan orang yang merenung matanya. Kulit wajahnya yang putih mulus tiada cacat celanya dan bibirnya yang kemerahan tanpa lipstik hanya pelembab bibir sahaja menjadi pilihan membuatkan sesiapa saja jejaka yang melihatnya akan tertawan. Jantung Mika berdebar hebat. Mikael Rizqi apa kau buat ni. Anak dara orang tu.
"Saya pilih lagu ni Tajul dan Wani Hasrita, Di Sana Cinta Di Sini Rindu" putus Anna. Aku melihat Mika, senyuman aku terus mati apabila dia melihatku dengan pandangan seperti orang dah angau cinta.
Aku memetik jariku dihadapan wajahnya, membuat dia tersedar." Hah? Apa? Dah pilih? "Soal Mika kelam kabut.
"Ya dah. Lagu ni." Aku menunjukkan tajuk lagu itu kepada Mika.
"Okay, Esok kita hafal dan practice. Hari ini, aku nak test kau punya suara sebab aku nak kita capai keserasian nanti "ujar Mika.
"Kau nyanyilah apa-apa lagu " katanya lagi. Aku hanya memgangguk dan mengambil gitarku.
Tali gitar dibetulkan dan aku mulai memetik alunan not kemudian aku memulakan nyanyian.
"We were both young when
I first saw you.
I close my eyes and the flashback"
Belum sempat aku menghabiskan lagu love story daripada Taylor Swift, aku dapat merasai seseorang menyelak juntaian rambutku lalu diselit di celah telinga. Nyanyianku terhenti, aku mengangkat muka melihat Mika. Kami melihat antara satu sama lain. Lama. Entah kenapa, aku dapat merasai dunia ini seakan terhenti.
Dia tersedar. "Err.. hrmm..hrmm.. nice voice, aku suka and sorry for that aku tak nampak muka kau jadi jangan fikir yang bukan-bukan aku tak berniat pun nak pegang rambut kau tu aku just nak tengok muka kau je " terang Mika tanpa noktah. Aku tersenyum sebaris. Lawak pula mamat ni cover malu dia. Dia terpegun seketika melihatku.
"Kau senyum" katanya seperti budak-budak. Aku terus matikan senyuman aku.
"Err.. awak dah dengar saya nyanyikan walaupun tak habis. Jadi,semua dah siap rasanya. Saya pulang dulu. Esok di sini. Pukul 4 ,okay? " tanpa menunggu jawapan daripada Mika aku terus mengemas barangku dan berlalu keluar.
”Dia nak balik ke? Takboleh jadi ni.” bisik hati Mika. Dia bangun dan memaut lengan Anna sebelum gadis itu sempat membuka pintu.
Anna tersentak. Aku menarik tangannya lalu menjauhi Mika.
"Kenapa dengan awak ni? "Soal Anna terketar-ketar.
"Aku nak minta maaf pasal semalam. Aku dan abang aku tak patut buat macam tu pada kau. Sebenarnya, itu cara kami berbincang. Simple and steady. I am sorry " pinta Mika. Dia merenung mata hazel Anna dengan penuh penyesalan.
"Takapa, saya maafkan. Let bygones be bygones "ucap Anna seraya keluar dari bilik tersebut.
Mika statik ditempatnya. Dia kagum dengan sikap Anna. Aku suka that girl. I want her be mine!
############################
Sudah seminggu kami memulakan latihan nyanyian. Sepanjang berlatih sudah pasti akan ada perselisihan faham dan pentengkaran kecil. Sekejap bergaduhlah, lepastu baik baliklah. Sukar juga untuk kami berikan komitmen bersama.
Tapi jujur aku katakan, aku seronok bekerja dengan Mika. Dia ni kadang-kadang serius nak mati kadang lawak tahap petala lapan. Aku suka. Bila suasana bilik suram, dia akan cuba ceriakan agar tidak menjadi kekok. Dia sering membantuku menyanyi dengan lebih yakin. Dan rasa suka aku padanya semakin mendalam. Tapi agak sukar untukku luahkan, takkan perigi cari timba pula.
Sedang aku termenung seorang diri dalam bilik latihan kami. Aku terdengar pintu dikuak.
"Lambatnya kau Mi.." suaraku terhenti. Ingat Mika tapi Abang Haziq rupanya. Dia sandar badannya di dinding bilik sambil berpeluk tubuh. Dia melihat ke arahku.
"Ingat Mika ke? " Tanyanya.
"Haah " perangai aku yang dulu kini kembali.
"Hrmm, lagi 2 hari aje event tu, abang nak kau buat betul2" pesannya.
"Mestilah, Mika kan ada " ucapku tersenyum ceria. Tiba-tiba aje cakap mengenai event nyanyian ni aku tiba-tiba semangat terlebih. Iyerlahh, first performance depan orang ramai, selalunya dekat cafe Along aje.
Aku lihat Abang Haziq yang kian diam dan melihatku seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Aku pelik dengan sikapnya yang satu itu.
Tiba-tiba dia menghampiri aku yang sedang duduk di kerusi. Aku terkejut apabila dia memegang kedua-dua jemariku. Aku cuba untuk menariknya tapi pegangannya terlalu kuat.
Kenapa dengan mamat mulut puaka ni. Wajahku mulai bertukar ke pucat. Aku takut.
"Kenapa kau buat aku seperti ini, Anna. Jadi tak keruan bila kau rapat dengan semua lelaki. Termasuk Along kau dan even adik aku sendiri. Kenapa? Anna..."
Belum sempat Abang Haziq bersuara lagi pintu dibuka dari arah luar. Terpacul wajah Mika bersama bungkusan makanan kami berdua. Tanganku segera dilepaskan olehnya. Aku melangkah laju ke arah Mika. Gerun dengan sikap Abang Haziq.
"Kenapa ni? Kenapa pucat? Abang buat apa pada dia?" Mika mulai menyoal kerisauannya.
"Takada apapun "ucapku perlahan.
"Jom makan di luar saja " Aku menarik Mika keluar dari bilik itu meninggalkan Abang Haziq sendirian.
AKHIRNYA, hari yang dinantikan sudah tiba. Aku dan Mika menunggu ke bilik menunggu. Sementara giliran kami tiba, aku berlatih menyanyi sendirian.
Mika datang menghampiri aku. "Hui! "Sergahnya. Dia mencucuk pinggangku dengan kedua jarinya. Aku terkejut lalu melatah "Oh Mak kau! "
"Hey, relaxlah. Aku Mika " ucapnya ditelingaku. Dia ketawa perlahan.
Aku masih lagi tergamam dan terdiam. "Anna, kau marah ke? " Soalnya risau.
"Taklah, tapi jangan buat macam tu lagi" ujarku.
"Baiklah cik adik. Kau janganlah practice selalu sangat nanti naik atas pentas terus lupa semuanya " pesan Mika. Aku hanya mengangguk.
"Turns kita pula lepas ni. Jom pergi depan " Dia menarikku.
Semasa kami menunggu staf memberi isyarat supaya naik ke pentas aku berasa gemuruh. Kali pertama berhadapan dengan ramai orang.
Mika disebelah aku tampak tenang sahaja. Iyerlahh, dia sudah biasa lalui semua ini. Aku, tak.
Tiba-tiba Mika meraih jemariku. Aku tersentak. "Butterfly in stomach,huh? "Soalnya.
Aku mengangguk. Ya, aku nervous sekarang ini.
"Don't worry, just have fun " katanya tersenyum ikhlas kepadaku.
Kami berdua naik ke atas pentas dan bersama-sama menyanyi lagu pilihan kami. Buat kali pertama, aku berasa bangga pada diriku. Aku dapat berhadapan dengan orang sekeliling tanpa rasa gemuruh. Disebabkan Mika disisiku dan sokongan dari semua orang. Aku kini, berasa yakin untuk menyanyi di hadapan orang.
Selesai persembahan kami, aku dan Mika ke belakang pentas.
"You did it! Congrats."Ucap Mika tersenyum senang.
Aku mengangguk. Tanpa sedar aku memeluknya "terima kasih Mika" ujarku dalam pelukannya.
Dia kaku dan sesaat kemudian membalas pelukanku. Setelah beberapa saat, baru aku tersedar aku sedang memeluk Mika. Cepat-cepat aku rungkaikan pelukan.
Aku termalu sendiri. Dia? Tersenyum. "Jomlah, aku belanja kau makan dekat cafe depan sana " ujarnya sambil tersengih. Leher aku dipaut lalu mengheret aku bersamanya. Bunga-bunga bahagia kini mekar di dalam diriku.
Tanpa disedari, ada sepasang mata melihat adegan kami berdua. Menanam api kemarahan di dalam dada. Mikael Haziq hanya diam melihat adiknya bersama gadis yang mulai bertatah dihatinya.
LEWAT MALAM ITU, MIKA tiba dirumah. Pintu utama dikunci. Apabila kakinya melangkah ke anak tangga ada suatu suara menegur.
"Pergi mana? "Soal Mikael Haziq kepada Mika. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh di pintu masuk untuk ke dapur.
"Keluar dengan Anna kat timesquare lepastu hantar dia balik rumah. Sebab tu, lambat balik. Any problem? Sejak bila abang nak tahu pasal Mika ni? "Soal Mika kehairanan.
"Abang nak cakap dengan kau kejap " ujar Mikael Haziq dengan serius tanpa memperdulikan soalan Mika sebentar tadi.
"Hrmm, Alright " Mereka berdua melangkah ke ruang tamu.
"Kau suka Anna? " soal Mikael Haziq terus kepada tujuannya.
Mika menaikkan keningnya, hairan. Kenapa tiba-tiba sahaja Abangnya menyoal soalan begitu kepadanya.
"Hrmm honestly, Yes. Mika suka dia. Not as a friend but as a women. I love her from my heart Why? " Mika berkata. Ya, dia memang sudah jatuh cinta pada gadis itu.
Mikael Haziq menjadi tidak keruan apabila mendengar pengakuan itu dari mulut Mika. Dia juga sudah jatuh cinta pada Anna. Tapi adiknya? Haruskah dia membuang perasaan terhadap Anna demi kebahagiaan Mika? Dia berbelah bahagi.
"Mika dah bagitahu dia? " soalnya lagi untuk menutup kegugupan yang bertandang di hati.
"Belum. But one days, Mika akan bagitahu dia tentang perasaan Mika. And she will be mine no matter what. Kenapa tanya pasal ni, abang? " ucap Mika lagi tanpa mengetahui abangnya sedang membentak dengan perasaannya sendiri.
"Sudahlah, Mika naik atas dulu. Penat. Peliklah abang ni, tanya yang bukan2" Mika seraya bangun untuk berlalu.
Baru sahaja melangkah abangnya berkata.
"Abang suka dia" ucap Mikael Haziq. Langkah Mika terhenti. Dia melihat abangnya.
"Hah? Are kidding right? " soal Mika sambil ketawa.
"No, I'm serious. I'm fall in love her. And will purpose her." Ucap Mikael Haziq mendatar.
Riak wajah Mika berubah. Apasal abangnya tiba-tiba cakap macam tu. " Abang ni kenapa hah?? Janganlah memain." Soalnya. Debaran di dada semakin kuat menghentak.
"Abang jatuh cinta pada dia masa kali pertama lihat dia dan.. abang tak teragak-agak jadikan dia isteri abang walaupun dengan apa cara sekalipun." Luah abangnya.
Mika terasa tersentak. Ni dah lebih ni, hingga nak jadikan isteri segala. Mika terasa tercabar dan bengang. Dia melangkah laju ke arah Mikael Haziq dan mencengkam kolar baju abangnya.
"I don't know why but langkah mayat Mika dulu. Anna.. Mika yang punya! She mine, Jangan sesekali abang cuba rampas dia or not, you will be suffering the rest of your life. I'm not kidding. Just stay away from her, bruh! " ucap Mika dalam nada yang keras dan tegas. Dia melepaskan kolar baju Mikael Haziq dengan kasar dan berlalu naik ke atas.
Maaf Mika, hati ini sukar untuk melepaskan dia kepada orang lain termasuk kau. Maafkan aku, Mika. Aku sayang cinta padanya. Getus Mikael Haziq.
################################
Okay ni part 2 .Nantikan part yang seterusnya. Please comments. I need your comments to improve my skill on writing. Sorry for broken english dan typo. Sorry juga kalau tak menepati cintarasa anda semua.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan