"Don't judge people before you know the truth story of them"
By, Nurul Shuhada.
My love, Mr. Inspiration. (last)
Aku membuka perlahan mata yang terasa pijar. Aku melihat sekeliling putih dan sejuk. Bau ubatan-ubatan menusuk masuk ke dalam rongga hidung aku membuatkan aku tahu, aku kini berada di hospital.
Pakaian aku sudah bertukar ke pakaian pesakit. Aku melihat siling merenung mengingati kejadian yang berlaku. Sejurus dengan itu, kotak fikiran aku mula menayang semula kejadian yang terjadi pada diriku.
Sedang aku termenung sendirian kelihatan seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat masuk menghampiri aku.
"Baguslah kamu sudah sedar. Kamu rasa sakit dimana-mana? " ujar Doktor lelaki itu. Aku menggeleng kepala.
"Baiklah, saya nak periksa kamu dulu yer " sejurus berkata sedemikian, Doktor tersebut mula memeriksa diriku.
Setelah selesai, memeriksa dan memastikan diriku sudah baik mereka keluar untuk mengkhabarkan berita ini kepada keluarga.
Pintu wad ditolak ke dalam kelihatan along, mama, dan papa di retina mata. Aku senyum kepada mereka walaupun sedikit lemah.
"Anna okay? Macam mana boleh lemà aSas dalam kolam, huh? Kamu ni buat mama risau aje " ujar mama sambil mengusap lenganku lembut. Aku bangga mempunyai ibu seperti mama. Sangat sayang pada diriku.
Aku melihat papa pula, dia hanya senyum. Aku tahu, disebalik senyuman itu terselit 1001 kerisauan yang bermukim di dalam hati tuanya. Ayah siapa tidak risau melihat anaknya diambang maut?
"Anna okaylah. Jangan ri..risau " aku membalas walaupun terasa perik untuk mengeluarkan suara.
"Mikael dan abangnya, ada diluar sana tu. Along panggilkan okay? Diaorang risau selepas Anna lemas dalam kolam renang tu. " Ujar Along setelah lama mendiamkan diri.
Aku menggeleng kepala "Anna nak along saja kat sini, boleh? Mama.. papa..keluar sekejap,boleh tak? Anna nak berbual sesuatu dengan along " pinta aku. Aku harap mereka faham akan permintaanku ini.
"Anything for you, honey" papa mengusap lembut kepalaku. Dia mengamit mama untuk mengikutinya.
Setelah kedua mereka keluar, Along melihat ke arah aku. Kami diam untuk seketika.
Along mencapai tanganku dan mengenggamnya lembut. "Now tell me, the whole story " ucap Along tenang.
Aku memulakan cerita aku pada Along. Dari awal aku bersama abang Haziq di Syarikat muziknya hingga pergaduhan di rumah rakan Mika.
"Anna tak tahu nak buat apa. Sama ada Mika atau Abang Haziq.. kalau Anna pilih Mika, Anna akan rasa bersalah pada Abang Haziq dan kalau Anna pilih abang Haziq, hati Anna tak rela lihat Mika sedih sebab Anna. Anna sayang dua2 sebagai teman dan abang pada Anna." air mata yang mengalir di pipiku aku biarkan. Biar kesedihan ini pergi seperti air mutiara yang jatuh di lekuk pipiku.
Along mengesat air mataku yang mengalir dan menarikku ke dalam pelukan hangatnya. Aku berasa sedikit tenang ddalam pelukan hangat oleh lelaki yang telah berkongsi hidup bersama selama 20 tahun ini.
"Anna paling suka siapa? Mika atau abang Haziq? Hati Anna, Anna ingin serahkan kepada siapa? "Soalnya.
"Mika.." ucapku perlahan dan bercampur malu.
"So, go and get him. Anna suka Mika takkan nak ambil Abang Haziq pula? Benda senang je, sayang. Takkan takboleh fikir.
Anna pergi pada abang Haziq dan beritahu perkara yang sebetulnya supaya dia tidak terlalu mengharap. Kadangkala perkara yang sukar untuk luahkan itulah yang paling bagus untuk diri kita " ucap Along. Aku mengeratkan lagi pelukannya.
"Thanks Along. You are the best brother in the world " Aku menangis lagi.
Muizzudin keluar dari wad. Dia melihat ke arah semua yang ada disitu. Matanya terarah kepada Mikael Rizqi dan Mikael Haziq.
"Ziq, Mika aku nak bincang dengan korang sekejap. " ucapnya dingin sahaja.
Mereka berlalu ke taman di hospital tersebut. Tanpa menunggu masa yang lama. Muizzudin memegang kolar Haziq dan menumbuknya.
"Ini untuk adik aku sebab buat dia rasa bersalah pada kau "
Seterusnya, dia memegang kolar baju Mika lalu menumbuknya juga.
"Ini untuk adik aku juga sebab kau dah curi hati dia! " ucapnya.
Mereka berdua jatuh ke tanah. Haziq dan Mika diam tidak membalas apa-apa. Mereka tahu, ini pembalasan yang perlu mereka peroleh.
Muizzudin duduk di bangku taman berhadapan dengan Haziq dan Mika yang sudah diam tidak berbuat apa-apa. Kedua-duanya bisu.
"Apa maksud abang yang Mika dah curi hati Anna? Anna suka Mika? "soal Mika ingin kepastian.
"Apa yang kau maksudkan, hah??" Soal Haziq pula.
Dia menguak rambut ke belakang " korang fikir perkara tu sendiri. Aku taktahu nak cakap apa dah dengan korang ni. Aku hanya manpu buat perkara ni aje. Anna .. adik aku yang paling aku sayang, aku tak sanggup tengok dia sedih sebab korang. " Dia berjeda.
"Apapun keputusan dia, aku harap korang terima dengan sebaiknya." Matanya melihat Mika. Dia bangun.
"Sorry for that. " ucapnya dan berlalu.
Mika dan Haziq bangun. Dan masing-masing berlalu pergi dengan beribu soalan bermain di benak mereka.
Pintu wad ditolak perlahan. Mikael Rizqi melihat ke arah tubuh yang sedang diulik mimpi. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik wad setelah semua orang sudahpun pulang.
Dia menghampiri Anna yang sedang tidur. Kerusi yang tersedia bersebelahan katil didudukinya. Tangan kanan milik Anna diambil dan menciumnya penuh kasih sayang. Dia mengenggam lembut kemudian melihat wajah Anna yang merah kemerahan tidak lagi pucat seperti kali pertama mereka bertemu.
"Tak salah lagi, kaulah gadis lapan tahun lalu. Kalaulah kau tahu, kau lah cinta pertama dan jf aku, kau percaya tak? Abang Muiz beritahu aku, aku dah curi hati kau. Aku gembira sangat, kau tahu tak!" ujarnya perlahan tidak mahu mengejutkan Anna. Sekali tangan itu dicium penuh syahdu.
Anna merasa seperti seseorang menguis lembut pipinya. Dia mencelik mata.
"Mika.." panggil Anna.
"Ehh, kau terkejut ke? Sorry-sorry, Tidurlah balik. Aku sekejap aje ni. " Mika bangun dari tempat duduknya.
Anna memegang lengan Mika." Teman aku, boleh?" Pinta Anna.
"Hah? Err.. boleh2" Mika kembali duduk.
Mikael Rizqi mengaru kepala yang tidak gatal. "Macam mana? Okay sikit? " soalnya. Suasana kekok dirasai mereka berdua di dalam bilik wad.
"Alhamdulillah, okay sikit. Kenapa lebam pipi Mika?" Soal Anna kehairanan.
"Hah? Tak ada apa2 sikit aje ni. Hrmm Anna, aku nak minta maaf pada kau. Kalau aku tak tolak kau hari tu mesti kau okay" luah Mika, merenung Anna.
"Jangan salahkan qada dan qadar Allah. Aku okay." Anna senyum.
Mika kembali merenung Anna. Tangan Anna dicapai. "Anna, jum couple? " soalnya terus hingga membuatkan Anna terkejut seketika.
"A..apa? Co..couple? Kau okay ke tak ni? " Suara Anna tergagap apabila dilamar terus begitu.
"Aku okay sebab tu aku beritahu kau. Macam mana?" Tanya Mika inginkan jawapan daripada Anna.
"Tolong beri aku masa untuk fikirkan. Perkara ni berlaku tiba-tiba. " ujar Anna.
"Anything for you. " Mika mengusap rambut Anna lembut.
"Aku balik dulu. Kau rehatlah. " Mika bangun dan tersenyum. Dia melangkah pergi.
###########################
SEMINGGU KEMUDIAN.
Hari ini merupakan hari minggu, aku ingin merehatkan minda aku dengan melihat permandangan di tasik titiwangsa. Lari dari kesibukan dunia luar yang menyesakkan dada. Aku tenang.
Sedang aku ralit memerhati gelagat penduduk awam bersama keluarga mereka. Mataku ditutup oleh seseorang dari belakang.
Aku tersenyum aku tahu siapa gerangan orangnya.
"Teka siapa ni? "Tanyanya.
"Mikael Rizqi " ucapku lalu mengalihkan tangannya.
"Yeahh betul " ucapnya ceria dan duduk di sisiku. Dia meletakkan tangannya di bahuku dan menarikku rapat dengannya.
"Dah seminggu berlalu jadi apa keputusannya?" Soalnya.
Aku diam. Mengingati semula perjanjian seminggu lalu. Dia menyatakan hasratnya untuk menjadikanku teman sehidup sematinya. Dan hari ini. Hari penentuannya.
Abang Haziq? Selepas aku keluar sahaja dari hospital, Along dah khabar padaku dia sudah terbang ke Britain. Begitu sekali rajuknnya hingga ke Britain. Apapun keputusan aku, aku harap dia mengerti.
"Anna, dah pergi Korea dah ke ni? "Soalnya, mematikan lamunanku.
"Ehh taklah. Dekat sini je ni. " Dia tersenyum. Aku suka lihat senyumannya seperti lapan tahun dahulu yang masih lagi sama. Walaupun wajahnya sudah berubah menjadi lebih matang mengikut peredaran masa.
"Anna? Are you here? " soalnya lagi.
"Ya, Anna still here. Err.. jawapan Anna untuk hasrat Mika seminggu lalu ialah... " Aku lihat dia.
"Ialah..?" Dia masih lagi menanti jawapan dariku dengan sabar.
"Ya, Anna setuju " ucapku dan tiba-tiba dia memeluk aku. Erat!
"Mika kita dekat tempat awamlah. Malulah sikit " ucapku perlahan.
"Thank You Anna." Dia melepaskan pelukannya. Aku lihat dia menitiskan air mata. Aku terharu. Begitu sekali rasa cintanya pada diriku.
Aku mengesat airmatanya yang mengalir. " Anna cintakan Mika "
"Mika cintakan Anna juga" dia mengambil jemariku lalu mengucupnya penuh syahdu.
"Hrmm.. Haziq? "Soalnya.
"Anna akan jumpa dia dan beritahu perkara yang sebenarnya tentang kita " ucapku. Dia mengangguk lalu menarikku ke dalam pelukannya.
"Mika kita kat tempat awamlah "
"Eh.. sorry2." Dia ketawa. Aku bahagia.
##########################
Aku melangkah masuk ke dalam syarikat muzik itu lagi.
"Hai, boleh saya berjumpa dengan pengurus syarikat ini? " soal aku kepada gadis di kuanter pertanyaan. Gadis yang sama seperti pada mula-mula aku berkunjung di sini. Dia seperti tidak mengenali aku. Mungkin kerana penampilan aku yang berbeza sekarang? Berambut pendek paras bahu dan memakai make up yang nipis. Bukan seperti dahulu yang berambut panjang paras pinggang. Tidak memakai make up. Entahlah.
"Cik ada buat temu janji? " soal gadis itu lagi.
"Tak. "
"Cik perlu buat temujanji dengan Tuan Haziq dahulu. "Dia senyum padaku.
Aku hanya membalas senyumannya. Lupalah pula, memang kalau nak berjumpa dengan tuan punya syarikat ini memang kena buat temu janji semua tu. Kau ingat senang2 ke nak jumpa orang atasan, Anna? Bengaplah kau ni. Aku mengutuk diri aku sendiri.
"Kalau macam tu, takapalah. Terima Kasih " aku melangkah pergi. Bukan rezeki aku lagi untuk bertemunya.
Di saat aku ingin membuka pintu kaca syarikat tersebut. Namaku dipanggil. Aku pusing ke belakang dan tubuh aku kini berada di dalam pelukannya. Aku tergamam.
"Anna, abang rindu Anna. " Dia mengetatkan lagi pelukan. Aku berasa sedikit terkejut. Rata orang disitu melihat ke arah kami.
"Abang orang tengoklah. Tak manis." Aku menolak tubuhnya lembut.
Dia senyum ke arahku. Tangannya masih lagi memegang kedua-dua belah tanganku. Aku sendikit terkejut melihat penampilannya yang agak kurus tidak seperti sebelum ini. Sebab akukah?
"Kenapa Anna datang sini? " soalnya.
"Anna nak bincang sesuatu dengan abang. Abang free? "Ucapku.
"Untuk Anna, abang always free. Jum naik atas. " suruhnya.
"Kita bincang tempat lain, Boleh? "
'Ha Alright. " Aku keluar bersamanya.
DESTINASI kami adalah di Nusantara Cafe. Aku duduk berhadapan dengan Abang Haziq. Baiklah Anna. Let start!
"Anna nak bincang tentang kita. " ujarku setenang-tenangnya. Dia mengerut, namun mengangguk untuk pernyataanku.
"Anna dan Mika, kami dah bersama. Anna harap sangat abang terima semua ni. Anna taknak abang harapkan Anna untuk datang pada Abang " aku berjeda.
Aku melihat ke arahnya, dia kelihatan tergamam. Aku mencapai jemarinya di atas meja dan mengenggam lembut.
"Anna hanya anggap Abang sebagai abang Anna saja. Untuk Anna cintakan abang, Anna tak mampu lakukan. Hati Anna ada pada orang lain iaitu Mika. "Aku mengelap airmatanya yang menitis keluar.
"Sedikit pun, tak ada rasa tu pada diri Anna untuk abang? "Dia menyoal padaku sambil mengeratkan lagi genggaman tangan.
Aku hanya mengangguk untuk pertanyaan. "Baiklah, buat apa harapkan pada yang tidak sudi, bukan? "Dia senyum walaupun agak sukar. Aku fahaminya.
"Abang, maafkan Anna. " ucapku.
Dia menggeleng kepalanya. "Its okay, kebahagian Mika kebahagian Abang "seraya dengan itu, dia bangun dan melangkah pergi.
Aku statik di tempat duduk aku. Aku menunduk wajahku melihat lantai. Menangis dalam diam.
Terasa seseorang memeluk aku dari belakang. Aku pangku kepala dan melihat gerangan tersebut. Mika. Dia senyum padaku.
"Hey, stop crying. Tak comellah nanti" Dia mengambil tempat disebelah aku. Dan mengesat air jernih yang mengalir keluar dari tubir mata.
"Anna jangan rasa bersalah pada diri Anna atas apa yang Anna lakukan. You did so well. "Dia menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku membalas tidak peduli dengan mata yang memandang kerana ketika ini aku memerlukan seseorang untuk menenangkan aku.
"Anna takut, Abang Haziq tidak boleh terima kita bersama "luahku perlahan.
"Its okay. Dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan diri Anna." Dia tenangkan aku.
#########################
6 tahun kemudian ..
Aku melihat permandangan bangunan pencakar langit dari atas bukit. Angin yang menyapa wajahku terasa damai dan harmoni. Tiba-tiba, seseorang memeluk aku dari belakang. Aku tahu siapa.
"Meroyan apa seorang diri kat sini, sayang? " soal Mika.
"Sampai hati kata Anna meroyan." Rajuk aku.
"Hahaha, gurau ajelah. Janganlah merajuk. Esok lusa Mika naik pelamin seorang nanti. " dia memujuk aku.
Aku ketawa kecil.
Aku menariknya duduk dia atas rumput. "Tahupun takut .." ujar aku. Aku dan dia sah sebagai suami isteri seminggu lalu dan tiga hari lagi adalah walimaturus kami berdua.
"Mana ada takutlah sebab Mika tahu Anna tak akan tinggalkan Mr, inspiration dia seorang diri atas pelamin tu " ujar Mikael Rizqi seraya menarik isterinya rapat.
"Kalau Anna buat juga? " soal aku mencabarnya.
"Kalau Anna buat juga. Mika akan buat ni.. pada Anna!" serentak dengan itu dia mula menggeletek pinggang aku.
Aku menjerit kegelian dan menepis tangannya yang menggeletek pinggangku. Aku sudah terbaring di atas rumput. Dia masih lagi dalam keaadan duduk.
"Mika sudahlah " aku menyuruhnya berhenti walaupun dia tidak menunjukkan tanda ingin berhenti.
Seketika kemudian. Dia berhenti. Mika merenung aku yang kini terbaring di atas rumput. Merenung aku sedalamnya. Dia merenung mataku. Kami membalas renungan sesama kami berdua. Jemarinya menguis rambut aku yang sudah tidak terurus. Dia memegang pipiku dengan tangannya yang kekar itu. Lama.
"Anna nak tahu tak, the only reason that I know what love is, is because of you." Seraya dengan itu dia mengucup bibirku lembut. Aku membalasnya. Kami hilang di dunia kami sendiri.
"Woii, pengatin baru. Nak buat tu pergi masuk bilik. Ini tempat awam "jerit Abang Haziq.
Perbuatan kami terhenti. Mika senyum padaku. Dia membantu aku bangkit dari pembaringan.
"Kacau line aje. Kau ni abang " marah Mika dan menolak bahu abangnya.
"Aksi tak senonoh korang tu pergi buat dalam bilik. Lebih privacy. "
"Eleh, jealous la tu." Ujar Mika tidak berpuas hati lagi. Aku menampar bahunya menyuruh supaya hentikan perbualan songsang tersebut.
Wajahku juga membahang kerana malu dengan apa yang dilakukan tadi.
Abang Haziq hanya tersenyum melihat telatah kami. Sejak aku meluahkan apa yang aku ingin luahkan di cafe 6 tahun lalu. Abang Haziq membawa diri ke Britain iaitu tempat tinggal keluarga mereka beradik. Dia menenangkan diri di sana.
Pulang sahaja ke Malaysia dia sudah membawa seorang isteri cantik yang dikahwini di sana dan kini isterinya sedang sarat mengandung anak sulung. Aku gembira melihatnya yang sudah bahagia bersama wanita yang dicintainya.
Kami melangkah ke arah keluarga kami semua yang sedang duduk dia bawah pohon bersama-sama menikmati makanan yang dibawa dari rumah.
Mika memegang tanganku erat. Aku melihat ke arahnya. "I love you very much Anna. " ucapnya.
"I love you triple much My Inspiration " aku senyum. Kami berjalan berpimpin tangan ke arah mereka yang menanti...
“My love is never-ending. Like the universe it continues to expand. It’s depths are impossible to truly know.˝—Anna.
*TAMAT*
####################
THE END.!! Best tak?? Sorry utk ending yang tak seberapa, idea tak mencurah. >< Sorry juga klau cerita ni xbest sbb idea ni mai tiba2 jaa.. klau pelik tu sorry sngat2.. >< Please comments. I need your comments to improve my skill on writing. Sorry utk typo dan broken english. Sy akn memperbaiki lgi penulisan saya.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan