By, Nurul Shuhada
MY LOVE, MR. INSPIRATION (PART3)
SEBULAN KEMUDIAN....
Sudah genap sebulan aku tidak berhubung dengan Mika dan abangnya. Selepas selesai event nyanyian tersebut terus sahaja aku memutus hubungan dengan mereka dua beradik. Aku hanya mendengar khabar berita tentang mereka daripada Along sahaja.
Penyakit "antisosial" aku semakin hilang kerana aku kini dapat berkomunikasi dengan sekeliling walaupun bukan sepenuhnya.
Cuti Sem sudah bermula 2 minggu yang lalu. Aku hanya akan menghabiskan cuti selama 2 bulan ini dengan bekerja di cafe Along sahaja.
Sedang aku mengelap gelas sambil membelakangi kaunter pesanan, ada satu suara menyapa gegendang telingaku.
"Ice Chocolate one" pesan suara itu. Seperti pernah didengari suara ini. Tetapi aku tidak endahkan. Mungkin hanya kebetulan.
"Minum sini or bawa balik? " Soalku sambil menaip pesanan di mesin pembayaran.
"Bawa balik. Saya nak bawa balik cik adik ni sekali, yer " ucap suara itu sehingga membuatkanku mengangkat kepala melihatnya. Aku terkelu seribu bahasa.
"Mika" kataku perlahan.
"Hai, long time no see you. Dah makin segak sekarang hingga buatkan aku nak bawa lari kau saja" Ucapnya sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya.
"Duduk dulu, nanti Anna hantar minuman ni" suruh aku.
"Okay, sayang "ucapnya sambil mengeyitkan matanya. Dia berlalu ke meja yang berdekatan dinding kaca yang membolehkan pelanggan melihat orang awam lalu lalang. Jantungku berdegup laju mendengar perkataan "sayang" yang terbit dari bibirnya.
Aku meletakkan pesanan dihadapannya. Aku mengambil tempat di hadapannya tanpa segan silu.
"Cantik cafe abang kau "katanya memulakan perbualan. Dia menghirup ice chocolate penuh selera. Barangkali terlalu haus.
"Thanks. Along yang decorate sendiri. Macam mana tahu tempat ni? " tanya aku.
"Aku call Along kau" ucapnya. Membuatkan aku terdiam. Dari Along? Kenapa tak tanya abang dia sahaja? Setahu aku, abang Haziq tahu cafe Along di mana. Pelik bin ajaib. Gaduh ke?
"Pentas itu untuk sesiapa aje yang nak nyanyi ke? "Soalnya mematikan andaian di benak fikiranku.
"Haah, sesiapa pun boleh. Pergilah" kataku.
"Hrmm, oklah. Kau tunggu sini"
Mika melangkah ke arah pentas tersebut. Aku tahu dia ingin menyanyi kerana sedari tadi matanya tak lekang dari memandang ke arah pentas.
"Hai, Saya Mika. Saya nak nyanyi sebuah lagi khas buat gadis berkemeja putih di hujung sana " ucap Mika sambil tersenyum padaku.
Kelihatan pelanggan yang lain turut melihat ke arah aku juga. Aku menunduk wajahku melihat lantai.
Seketika kemudian kedengaran alunan not dari gitar yang dipetik lembut dan syahdu. Segalanya dari Haqiem Rusli menjadi pilihannya. Selesai sahaja mendendangkan lagu tersebut, rata pelanggan memberi tepukan kepadanya.
"Macam mana? Merdu tak suara aku? Merdukan " ucapnya selepas kembali di tempat duduk.
"Takpayah tanya, kau sendiri tahukan" ucapku.
"Hehe.. saja nak angkat bakul sendiri. Sebenarnya aku datang sini sebab nak ajak kau keluar dengan aku pergi satu tempat ni. Ada satu geng aku ni, diaorang ni kawan aku di U. Diaorang ada buat makan2 kat Shah Alam. Jomlah, ikut" ajaknya.
"Taknaklah, aku tak biasa. Kau tahukan aku macam mana? " tolak aku lembut.
"Alahh, time ni lah kau nak keluar dari kepompong kau tu. Jomlah, Anna. Kau boleh sesuaikan diri dengan dunia luar nanti." Pujuknya.
"Hrmm, aku kena tanya Along dulu. Lagipun siapa yang nak jaga cafe ni " ucapku melihatnya.
"Mana along kau? Sekarang juga kita pergi minta kebenaran. " Aduhai lelaki ni, tak sabar betul.
"Kau ni gelojohlah, Along aku pergi pasar raya beli barang sikit. Nanti dia baliklah. Tak memyempat betul " kataku tersenyum melihat telatahnya.
Dia memegang pipi kiri dan kananku dengan kedua tangannya. Aku berdebar. Terasa hangat tapak tangannya menyapa kulit wajahku.
"Sebab aku nak sangat keluar dengan kau lah minah sebab tu aku kalut macam ni lagipun aku ni..." katanya terhenti. Aku angkat keningku seperti ziana zain.
"Kau apa?"soalku ingin tahu.
"Tak ada apalah." Ucapnya sambil melepaskan pegangan di pipiku. Dia melihat ke arah aku lama. Aku juga melihatnya. Ketinggianku yang hanya paras bahunya memerlukan aku mendongak melihatnya. Seketika kemudian, dia mengusap rambut aku dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Sikap Mika lain sekarang. Terlebih penyayang.. Dahulu semasa kami bersama ketika mengadakan event nyanyian, sikapnya tidak seperti ini. Kenapa dengan dia?
"Ehh, Mika? "Tegur satu suara. Aku melihat ke arah suara itu dilontarkan. Along.
"Ehh, Abang Izz. Lama tak jumpa. Apa khabar? " Mika segera menyalami Alongku. Jelas terpancar sikap hormat kepada orang lebih tua dalam dirinya.
"Abang baik-baik sahaja. Kenapa Mika tak bagitahu nak datang sini. Kalau tak dah lama abang sediakan coffee yang paling best buat Mika."ujar along senang.
"Lain kali bila saya datang cafe abang, abang mesti sediakan coffee the best abang untuk saya, okay? Saya sebenarnya nak ajak Anna keluar jumpa kawan-kawan saya, boleh tak saya bawa dia keluar sekejap? " pinta Mika. Aku hanya diam menanti jawapan dari Along.
"Ouhh, boleh ja. Tapi ingat jaga batas pergaulan tu, jangan berfoya-foya, kamu tu bukan muhrim dan jangan balik lewat sangat " pesan Alongku.
"Baik Captain! " Ucap Mika bersemangat.
Setelah kami berbual bersama seketika, Mika dan aku keluar bersama-sama menaiki keretanya.
Setelah 30 minit memandu, kami tiba di KLCC. "Kata kat Shah Alam. Kenapa datang sini?" Aku tanya dia. Ketika itu kami sudah memasuki KLCC.
"Kita tengok wayang dulu. Lepastu aku nak beli something. Event tu malam nanti. So, masa yang kita ada ni kita dating bersama-sama" dia kenyit mata padaku seraya menarik tanganku mengikutinya.
Kami menghabiskan masa bersama-sama di situ. Orang sekeliling yang melihat kami, mesti beranggapan bahawa kami ini adalah pasangan kekasih. Aku juga harap begitu. Hehe.. gedik yer Anna.
Sehingga hari ini, aku masih lagi belum meluah perasaan aku pada dia. Aku takut, aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Kami berdua melangkah masuk ke dalam sebuah kedai barang kemas. Aku berbisik kepadanya. "Buat apa kat sini? "
"Adalah, jom " Dia menarik tanganku.
"Selamat datang, boleh saya bantu? "Soal jurujual yang jelita dihadapan kami. Pandangan gatal jurujual itu kepada Mika membuat aku rimas.
Cemburu ke Anna? Iyerrlah, crush aku ni. Monolog aku dalam hati.
"Erm,saya nak ambil barang yang saya tempah minggu lepas " kata Mika tenang. Aku disebelahnya hanya diam.
"Boleh saya tahu nama Encik? " soal jurujual itu lagi.
"Mikael Rizqi "
"Ohh, baiklah sekejap. " jurujual tadi masuk ke dalam sebuah bilik dan beberapa saat kemudian dia keluar dengan sebuah kotak baldu merah ditangannya.
"Ini tempahan Encik "
"Okay,great! "
Sementara mereka berurus niaga aku meninjau sekeliling kedai tersebut. Mataku tertacap pada cincin emas putih yang bertatah sebutir belian kecil. Cantik dan simple. Aku suka. Aku leka melihat rekaan tersebut.
"Anna.." panggil suatu suara di telingaku. Hampir sangat hampir hingga terasa hembusan nafasnya yang menyapa lembut cuping telingaku.
Aku terkejut dan bergerak ke belakang hingga tersentuh badannya. "Oh mak kau "latahku.
Dia ketawa kecil hingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Aku terpaku melihat senyuman itu.
"Dah siap. Jom " pamitnya. Wajah aku yang sudah kemerahan seperti tomato hanya mengikuti langkahnya.
Setelah penat window shopping bersama Mika. Kami pergi ke destinasi kami.
############################
Kereta yang dipandu oleh Mika tiba di sebuah kawasan perumahan yang agak mewah.
Tiba-tiba perasaan risau dan takut menghantui jiwa aku masa ini.
Aku memegang lengannya yang berlapisi kemeja putih. Dia melihat aku. "Why? "Soalnya.
"Kita buat apa disini? Aku takutlah " luah aku gusar.
"Don't worry. Diaorang ini baik2 aje. Aku ada disisi kau walau apapun yang terjadi. Event ni just biasa-biasa saje. Taklah menari ke berfoya-foya tak ingat dunia tu. Kitaorang makan sama2, kongsi cerita sama2, rapatkan hubungan as a friend and muslim. Jangan risau, okay?" Katanya menenangkan aku. Dia mengambil jemari aku di lengannya lalu digenggam lembut.
Aku mengangguk dan sedikit tenang mendengar bicaranya.
"Thats my girl. Okay dah sampai " katanya seraya memberhentikan kereta di hadapan semua rumah banglo dua tingkat.
"Ni rumah my bestie, kitaorang selalu kumpul kat sini makan-makan. Mak ayah and his siblings ada sekali, jom " ajaknya.
Kami berjalan ke laman belakang rumah tersebut. Aku kagum melihat decoration yang dibuat.
Terdapat banyak belom helium berwarna putih dan hitam diikat di kerusi meja makan yang diletakkan di tengah-tengah laman. Di satu sudut terdapat sebuah meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan.
Ada juga sebuah kolam renang di sudut hujung laman tersebut. Di dalam kolam tersebut dipenuhi dengan belon berwarna warni.
"Nice "ucapku perlahan. Mika membawa aku ke arah sekumpulan orang yang berpakaian putih mungkin rakan-rakanya. Patutlah Mika menyuruh aku berpakaian putih. Rupanya tema mereka hari ini ialah putih dan hitam.
"Hai korang sorry lewat. " ucap Mika.
"No hal bro. Ehh, kau bawa peneman rupanya. Tak ku sangka sudah berpunya " usik kawannya. Aku hanya senyum malu.
.
Dia senyum sahaja tidak membalas usikan rakannya. Aku sedikit hairan melihat senyumannya. "Aku kenalkan Anna. Anna.. ni kawan aku, Shah anak tuan punya rumah, ni pulak Amri, Rizal, Liyana, Anis dan Kiara." dia beritahu aku. Aku hanya melemparkan senyuman kepada mereka dan disambut mesra.
"Dia bukan perempuan yang duet dengan kau masa event abang kau dulu? "Soal Kiara.
"Haah, dialah " balas Mika.
"Cehh, berkenalan lepas nyanyilah pula diaorang ni. Kuasa Melody of love " usik Shah pula.
Mereka ketawa. Aku juga. Diaorang ni happy go lucky. Ini buatkan aku selesa bersama mereka.
"Mana uncle dengan aunty? "Soal Mika mengubah topik.
"Mama aku dekat dapur siapkan makanan lagi, papa aku tengah tolong dia la tuu " ucap Shah.
"Dah jomlah makan. Dah lapar ni" sampuk Amri yang sedari diam sahaja.
"Haa, jom2 mamat tak makan sebulan." Liyana membalas. Dia agak kasar dari pandangan aku.
"Jom Anna, " ajak Kiara. Aku mengangguk dan tersenyum kepadanya. Aku,Kiara Anis berjalan bersama ke meja makan.
Mika sedang bercakap sesuatu dengan Rizal dan Shah. Aku hanya biarkan sahaja.
Kami makan dan berkongsi cerita bersama-sama. Selepas siap makan malam bersama, kami duduk dalam satu bulatan dan bergilir-gilir menyanyi. Malam itu merupakan malam yang amat memgembirakan aku.
Aku duduk di bangku. Termenung melihat malam yang kian menyusur ke pagi. Bintang-bintang yang berkelipan tampak indah di kornea mata aku. Aku tersenyum sendiri.
Mika dan rakan lelakinya yang lain sedang rancak berbual di kolam renang yang berhampiran. Anis dan Liyana pula masih lagi menghabiskan makanan yang tersedia di atas meja. Kiara tidak pulak kelihatan, barangkali dia di dalam rumah berbual dengan ibu bapa Shah ataupun ke tandas.
Sedang aku ralit menikmati ciptaan tuhan itu, terasa bahu aku disentuh seseorang. Aku kalih melihat gerangan tersebut. Kiara. Panjang umur. Dia senyum padaku dan aku membalas dengan senyuman yang ikhlas. Dia duduk di sisi aku.
"Kenapa duduk sini? Taknak join diaorang ke? "Soal Kiara.
"Seganlah " ucapku jujur. Aku selesa berbual dengan Kiara dari yang lain kerana dia amat mesra dengan aku.
"Diaorang okay aje. Ermm, dah berapa lama kenal Mika? "Soalnya lagi.
"Sejak saya jadi partner masa event Abang Haziq aje. Lepastu lost contact sebulan then, I meet him again "ucapku mesra.
"Hrmm, saya rasa dia suka awak. " Ayat Kiara membuatkan aku terkelu. Tak mungkin lelaki seperti Mika suka akan gadis pendiam seperti aku. Berlainan 360 darjah.
"Tak mungkinlah. Kami berdua kawan aje" balasku.
"Mungkinlah. Saya dapat rasa daripada cara pandangan mata dia pada awak. Dia jaga awak sepanjang event ni. Dan.. selama kitaorang gathering macam ni. Takpernah dia bawa other kawan perempuan. You are the first. Saya dan yang lain yakin, dia suka pada awak. Kitaorang suka kalau dia bersama awak sebab selama ni Mika tak pernah fall in love pada siapa2. Dalam buku hidupnya hanya menyanyi, rakan dan family. Love zero in his book life. So, I hope both of you together. " Kiara bercerita dan aku hanya diam mendengar.
"Awak suka Mika? "Soal Kiara apabila aku diam sahaja.
Aku terdiam. Ya, aku suka Mika. Bukan sebagai seorang rakan tapi sebagai seorang lelaki. "Hrmm, ya saya suka dia" ucapku jujur. Bagiku lagi bagus jikalau jujur pada Kiara kerana kami perempuan dan perempuan memgerti antara satu sama lain.
"Thats great! Kalau Mika tahu lagi baguskan" ucap Kiara teruja.
"Kiara awak janji dengan saya boleh? Tolong rahsiakan perkara ini. Saya taknak dia tahu " pintaku. Kiara diam melihatku seketika. Kemudian dia senyum.
"As your wish "ucapnya. Aku lega.
Seketika kemudian, tanpa disangka Abang Haziq tiba dan mengamuk.
"Mika!! Kau ni kenapa hah bawa anak dara orang hingga lewat malam! " jerkah Abang Haziq tiba-tiba dan menumbuk Mika. Shah dan Amri menahan Abang Haziq daripada memukul Mika. Kami terkejut dan seraya pergi mendapatkan Mika yang sudah rebah ke tanah.
Aku menghampiri Mika yang memegang pipinya. Aku sedikit terkejut melihat darah pekat mengalir di celah bibirnya.
"Mika.." aku menyebut namanya perlahan. Kesakitan yang dirasainya seperti aku dapat merasainya juga.
Dia melihat ke arah aku dan tersenyum. Mika dalam keadaan macam ni pun masih lagi boleh senyum. Aku melihat pula ke arah abang Haziq yang sedang berada dalam keadaan amarah.
"Abang ni kenapa?" Soal aku dingin dan sedikit tidak berpuas hati dengan tindakannya. Yang lain diam sahaja. Kiara sudah memegang lenganku supaya aku tidak bertindak lebih jauh.
"Kenapa? Malam2 macam ni tak reti pulang ke? Sejak bila suka keluar malam? Mesti Mika ajar, bukan? "Marahnya.
"Anna dah minta izin Along nak keluar dengan Mika dan Along izinkan." Aku membela diriku.
"Ya abang tahu. Tapi along kau dah pesankan jangan pulang lewat. Dia call abang tanya keadaan kau sebab dia call tidak dapat. Kenapa tak angkat call dia? " ujarnya lagi.
"phone Anna dalam rumah sedang dicaj sebab tu tak dapat angkat. Abang tak boleh datang tiba-tiba dan tumbuk adik abang macam tu aje." Ucap Kiara.
"Kau diam!" Abang Haziq berkata.
"Sudahlah abang. Mika hantar dia pulang. " ucap Mika pula yang sudah berdiri. Dia tidak kesah dengan tumbukan abangnya. Salah dia juga.
"Takpayah! Aku yang akan hantar dia! "Seraya itu lengan Anna dipaut kasar. Anna mengaduh kesakitan.
Rakan-rakan Mika sudah terkejut tambahan lagi Mika. Mereka tidak percaya dengan sikap Abang Haziq ketika itu.
Mika bertindak menarik Anna menjauh abangnya. "Mika yang bawa Mika yang hantar " ucap Mika keras.
"Mika! Kau jangan cari pasal dengan abang! " marah abang Haziq.
Yang lain diam tidak terkata melihat perbalahan dua beradik disebabkan seorang gadis.
"Abang yang cari pasal dengan Mika! Kenapa abang tiba-tiba datang sini dan nak ambil Anna? Anna bukan siapa2 pada abang!" Marah Mika sambil menolak kasar bahu abangnya.
"Mika sudahlah. " ucap Anna perlahan kepada Mika.
"Mika kita bincang perkara ni elok2. Tak baik bergaduh ni. Korang adik beradik " ucap Shah.
"Mika sudahlah " ucap Rizal pula.
"Korang diam! " kata Mika keras. Mika bertindak menolak lagi bahu abangnya apabila tiada jawapan dari abangnya.
"Cepatlah beritahu! Kenapa? " marahnya. Lengannya sudah dipegang kuat oleh Anna.
"Mika sudahlah. Jomlah pulang " kata Anna memujuk Mikael.
"Kenapa?? Sebab aku suka dia. Anna, aku jatuh cinta pada Anna. Sejak mula lagi. Sejak kali pertama aku jumpa dia di cafe. Tapi kau, Mika. Kau rampas dia. Aku tahan sahaja sebab kau adik aku. Kebahagian kau kebahagian aku. " luah Abang Haziq.
Kami disitu terkejut dengan pengakuan daripada Abang Haziq. Yang paling tidak terkata adalah Mika.
"Kau.." Belum sempat Abang Haziq berbicara lagi satu tumbukan hinggap diwajahnya oleh Mika.
Aku menahan Mika daripada melepaskan tumbukan kali kedua. "Mika sudah! " Shah menahan Mika yang berang tiba-tiba.
"Mika janganlah macam ni " jerit aku tapi tidak diendahkan. Abang Haziq mengesat darah dihujung bibir dan membalas tumbukan Mika tanpa sempat dihalang.
Kami cuba meleraikan pergaduhan antara mereka. Tiba-tiba ketika mereka bergaduh tanpa diduga ketika aku memegang lengan Mika tangannya tiba menepis aku dan aku terjatuh ke dalam kolam renang.
Aku tenggelam di dasar kolam. Air klorin yang masuk ke dalam mulutku membuatkan aku sukar bernafas. Seketika kemudian, duniaku gelap dancaku sudah tidak dapat mengingati apa-apa.
#######################
Ni part 3. Sorry utk typo dan broken english. Sorry jugak klau xbest dan xmenepati citarasa anda semua. Mianae. Nantikan part yang seterusnya.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan