Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

CERPEN : SECOND CHANCE (FULL)

Cerpen ini didedikasikan untuk sorang rafik (sahabat) shuhada yang menghidap kancer ovari seusia 9tahun. Ketabahan dan kecekalannya hingga kini pada usia 17 tahun, dia masih dapat meneruskan kehidupannya. Walaupun ketika ini, dia masih lagi berjuang untuk sebelah lagi ovarinya. Pada 16/10/17 , kwn shuhada ni akan jalani rawatan radioaktif di hospital di Pulau Pinang. Marilah kita berdoa akan kesihatan beliau agar lebih baik^^. Berkat doa anda amat dihargai. Back to story, Shuhada jd kagum lihat bertapa tabahnya dia hadapi kesakitan yg org lain tak pernah rasa dan shuhada terfikir " kalau aku duk tmpat dia, mesti tak tahan dgn dugaan tu " . Jadi, shuhada putuskan utk buat cerita ni utk dia. khas untuk dia. "Watak berbeza, cerita berbeza, namun kesakitan yang dirasai adalah sama." Dedicated to Nurfatinazirah bt Mohd Yusri, 17 tahun. By, Nurul Shuhada. SECOND CHANCE (full) Pagi itu.. pagi yang hening dan damai. sayup-sayup azan subuh berkumandang dari surau b...

CERPEN : MY LOVE, MR INSPIRATION (LAST)

"Don't judge people before you know the truth story of them" By, Nurul Shuhada. My love, Mr. Inspiration. (last) Aku membuka perlahan mata yang terasa pijar. Aku melihat sekeliling putih dan sejuk. Bau ubatan-ubatan menusuk masuk ke dalam rongga hidung aku membuatkan aku tahu, aku kini berada di hospital. Pakaian aku sudah bertukar ke pakaian pesakit. Aku melihat siling merenung mengingati kejadian yang berlaku. Sejurus dengan itu, kotak fikiran aku mula menayang semula kejadian yang terjadi pada diriku. Sedang aku termenung sendirian kelihatan seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat masuk menghampiri aku. "Baguslah kamu sudah sedar. Kamu rasa sakit dimana-mana? " ujar Doktor lelaki itu. Aku menggeleng kepala. "Baiklah, saya nak periksa kamu dulu yer " sejurus berkata sedemikian, Doktor tersebut mula memeriksa diriku. Setelah selesai, memeriksa dan memastikan diriku sudah baik mereka keluar untuk mengkhabarkan berita ini kepada keluarg...

CERPEN : MY LOVE, MR. INSPIRATION 3

By, Nurul Shuhada MY LOVE, MR. INSPIRATION (PART3) SEBULAN KEMUDIAN.... Sudah genap sebulan aku tidak berhubung dengan Mika dan abangnya. Selepas selesai event nyanyian tersebut terus sahaja aku memutus hubungan dengan mereka dua beradik. Aku hanya mendengar khabar berita tentang mereka daripada Along sahaja. Penyakit "antisosial" aku semakin hilang kerana aku kini dapat berkomunikasi dengan sekeliling walaupun bukan sepenuhnya. Cuti Sem sudah bermula 2 minggu yang lalu. Aku hanya akan menghabiskan cuti selama 2 bulan ini dengan bekerja di cafe Along sahaja. Sedang aku mengelap gelas sambil membelakangi kaunter pesanan, ada satu suara menyapa gegendang telingaku. "Ice Chocolate one" pesan suara itu. Seperti pernah didengari suara ini. Tetapi aku tidak endahkan. Mungkin hanya kebetulan. "Minum sini or bawa balik? " Soalku sambil menaip pesanan di mesin pembayaran. "Bawa balik. Saya nak bawa balik cik adik ni sekali, yer " ucap suara ...

CERPEN : MY LOVE, MR. INSPIRATION 2

By, Nurul Shuhada. MY LOVE,MR.INSPIRATION(PART2) SEPERTI YANG DIJANJIKAN, petang itu aku ke studio milik Abang Haziq. Rupa-rupanya Abang Haziq ini adalah pengurus syarikat muzik. Aku melangkah masuk ke dalam studionya. Hrmm, besarnya. Terpegun aku seketika. Aku menghampiri kaunter pertanyaan. "Err.. maafkan saya, saya nak jumpa Abang.. Ehh tak, saya nak jumpa Encik Mikael Haziq." Ujar aku. Tersasul pula panggil abang. Nanti tak pasal-pasal dituduh ada skandal sebab berabang segala. "Ada buat appointment? "Soal wanita dihadapannya. Aku menggeleng. "Cik kena buat appointment dulu, baru boleh berjumpa dengan tuan Haziq. " Wanita itu berkata lagi. "Tapi.. dia yang suruh saya datang petang ini " aku membalas katanya. "Hmm, kejap yer " wanita itu mengambil gagang telefon dan mendail. "Tuan ada budak perempuan ingin berjumpa dengan tuan. Katanya, tuan yang suruh datang " "Haah, pucat " jawab wanita itu. Aku ...

CERPEN : MY LOVE, MR. INSPIRATION 1

“ Most haters are stuck in a poisonous mental prison of jealousy and self-doubt that blinds them to their own potentiality.” Hye!! Lama betul shuhada tak post new cerpen kann.. maklumlah busy Sampai tak ada masa nak buat cerpen baru. Baru hari ni free sikit. So, shuhada belanja korang satu cerpen ni iye. Cerita ni pelik sikit sebab tiba-tiba ja muncul dalam imaginasi shuhada. Sorry kalau tak best dan hambar. tapi enjoylah baca! Plss support me and enjoy read it. By, Nurul Shuhada. My love, Mr. Inspiration. -part1- Nama aku Mariana bt Mohd. Simple aje nama aku. Tak perlu susah-susah nak sebut. Ramai kawan aku, ehh tak! Beberapa kawan aku panggil aku Anna saja. Kenapa beberapa aje? Sebab tak ada siapa yang ingin berkawan dengan budak perempuan yang pucat macam pontianak dan bila berjalan aje kalau tak tengok lantai memang tak sah. Sebenarnya aku ni ada masalah nak berkomunikasi dengan orang lain. Lebih-lebih lagi, kaum adam. Kalau lebih tepat lagi aku ni antisosial. Aku tak ke...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...