“ Most haters are stuck in a poisonous mental prison of jealousy and self-doubt that blinds them to their own potentiality.”
Hye!! Lama betul shuhada tak post new cerpen kann.. maklumlah busy Sampai tak ada masa nak buat cerpen baru. Baru hari ni free sikit. So, shuhada belanja korang satu cerpen ni iye. Cerita ni pelik sikit sebab tiba-tiba ja muncul dalam imaginasi shuhada. Sorry kalau tak best dan hambar. tapi enjoylah baca! Plss support me and enjoy read it.
By, Nurul Shuhada.
My love, Mr. Inspiration. -part1-
Nama aku Mariana bt Mohd. Simple aje nama aku. Tak perlu susah-susah nak sebut. Ramai kawan aku, ehh tak! Beberapa kawan aku panggil aku Anna saja. Kenapa beberapa aje? Sebab tak ada siapa yang ingin berkawan dengan budak perempuan yang
pucat macam pontianak dan bila berjalan aje kalau tak tengok lantai memang tak sah. Sebenarnya aku ni ada masalah nak berkomunikasi dengan orang lain. Lebih-lebih lagi, kaum adam. Kalau lebih tepat lagi aku ni antisosial.
Aku tak kerap keluar rumah, kalau nak keluar pun dengan abang aku, Muizzudin atau aku panggil dia along je. Kami dua beradik je, jadi aku ni adik kesayangan alonglah. Aku dengan along aku ni berbeza tahap petala lapanlah sebab abang aku ni serius aku katakan memang sosial gila. Kalau hujung minggu mesti dia akan keluar pagi balik malam, keluar malam balik pagi, takpun dua tiga hari takbalik. Abah dengan mama buat takkesah dengan along aku seorang ni sebab umur dia dah 27 tahun, so dah boleh pandai jaga diri sendiri. Tapi dia ni tak reti2 lagi nak cari suri hati. Aku pula baru 20 tahun Hehe..muda tak? Kalau nak keluar malam-malam memang akan kena backhand dengan mama aku. Anak dara seorang ni aje yang mama ada. Tapi kalau mama kasi greenlight suruh keluar pun, memang aku takkan keluar sebab aku tak suka dunia luar yang penuh kesesakan tu. Aku lebih suka pergi cafe Along ataupun berperap dalam bilik gubah lagu dan menyanyi. Hah! Mesti korang pelikkan. Budak yang antisosial macam aku ni penggubah lagu dan menyanyi? Aku sebenarnya budak muzik. Aku suka menggubah lagu tapi takut untuk menyanyi di hadapan khalayak ramai. Gerun. Tpi, ini saja sudah cukup memuaskan hati aku. Hanya diriku sahaja.
Aku berminat dalam bidang ini selepas Along membawa aku ke satu event kawannya semasa umurku 13 tahun. Aku terpaku melihat seorang budak lelaki yang tua daripada aku beberapa tahun saja menyanyi di atas pentas bersama gitar. Along kata, dia merupakan adik kepada kawan Along. Jadi saat itulah, aku berminat untuk bernyanyi dan menyuruh Along menghantar aku ke kelas nyanyian. Dan sehingga hari ini, aku menjadi student muzik disebabkan lelaki 8 tahun dahulu.
Berbalik pada cerita aku tadi, aku seorang antisosial yang tak pernah ada kawan sepanjang 20 tahun hidup. Adapun masa buat kerja berkumpulan. Kami tak rapat sangat. Disebabkan itulah, aku ni mudah dibuli dan diambil kesempatan.
Memang nasib akukan. Entah aku ikut perangai siapalah ni, semua family aku tak macam aku pun. Abah dan mama merupakan orang yang agak terpengaruh dengan orang sekeliling. Maklumlah, abah seorang CEO syarikat perabot antarabangsa dan mama pula pemilik butik busana pengantin yang terkenal. Along, hanya membuka cafe baristanya sendiri di ibu kota dan cafenya agak maju dan dikenali ramai.
Semasa aku berjalan sambil menceritakan perihal aku kepada korang tiba-tiba bahu aku dirempuh oleh seseorang dari arah hadapan. Aku apa lagi, jatuh tersembamlah. Buku berterabur.
“malaun manalah pula rempuh aku ni, dahlah tak minta maaf lepas tu blahh macam tu aje” bisik hatiku. Aku mengutip buku aku yang berterabur. Student yang lalu lalang di kawasan universiti itu hanya melihatku sebelah mata sahaja. Hrmm, siapalah nak tolong "budak pale" macam aku ni. Aku pun tak faham kenapalah, aku pucat. Ciptaan tuhan Anna, terimalah sebaiknya. Tahu merungut aje.
Apabila aku ingin mengambil buku yang terakhir, tiba-tiba ada tangan yang mengambilnya dahulu. Hrmm, bau minyak wangi ni macam aku kenal. Aku angkat kepala.
"Along! " ucapku separuh teruja. Wajah along yang tampan dan matang itu menghadiahkan aku sebuah senyuman yang ikhlas dari hatinya. Along tulus dan ikhlas dalam segala yang dilakukannya. Buku yang dipegangnya diserahkan kepadaku. Pelik, hari ini along masuk ke kawasan universiti kalau mahu mengambil aku pulang. Dia selalunya menungguku di pintu masuk sahaja.
"Kenapa masuk? Bukan along suka tunggu diluar ke? "Soalku. Kami berjalan ke arah keretanya.
"Saja, nak imbau kembali zaman along dulu-dulu di sini." balas Along. Tangan kanannya diletakkan dia bahu aku lalu menarikku rapat ke arahnya. Sarung gitarku juga diambil olehnya.
"Kenapa tak marah budak tadi? " Soal Along.
Aku lihat wajah lelaki yang amat aku sayangi dan cintai itu. Dia juga memandangku. "Along nampak? "
Dia hanya mengangguk. Aku diam. Tak tahu ingin berkata apa. "Biarkan aje. Lagipun, Anna yang bersalah juga. Jalan tunduk tak tengok orang." Balasku tenang.
"Hrmm, itulah. Cubalah pandang hadapan. Berjalan dengan yakin. Ni tak, tunduk je tahu. Macamlah muka dia tu ada emas taknak kasi orang ambil" ujar along dalam sindiran.
Aku hanya diam mendengar ˝ceramah˝ free dari along. Kereta yang dinaiki kami, keluar dari kawasan universiti.
Di dalam kereta, hanya kedengaran suara penyampai radio bercoleteh. Aku hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Melayani perasaanku sendiri.
"Kita singgah cafe jap tau. Kawan along nak jumpa di sana. Ada hal urgent nak bincang kejap. Lepastu, along hantar balik rumah, are you okay with that? "
"Okay. Boleh je. Boleh nyanyi kat sana" ujarku melihatnya. Aku memang acap kali menyanyi di cafe Along. Di cafenya, along menyediakan pentas kecil yang lengkap dengan peralatan muzik untuk siapa sahaja ingin berakustik di situ. Kata Along, nak tarik ramai pelanggan termasuklah aku. Along ingin aku berhadapan dengan orang ramai.
"Ada saja idea dia ." Ucap along tersenyum lalu kembali fokus pada pemanduannya.
#############################
SETIBANYA KAMI KE IZ' CAFE, along dan aku terus ke masuk ke dalam selepas memarkir kereta.
Aku mengikuti along seperti biasa aku jalan lihat lantai. Pelanggan di cafe along sungguh ramai. Ini menyesakkan aku. Rasa gemuruh pula ingin menyanyi di atas pentas. Aku membatalkan saja niat aku.
"Along, Anna pergi dapur ehh? Tak jadi nyanyi, ramai sangat orang. " Pinta aku. Along menggeleng kepalanya. Aku terpana. Along tak benarkan? Pelik.
"Ikut along sekejap je" Along menarik tanganku. Along kemudiannya membawaku ke ruang VIP di cafe along.
Apabila masuk sahaja ke dalam bilik tersebut kelihatan dua orang lelaki sedang berbual sesuatu. Aku lagilah tunduk ke bawah. Darah gemuruhku kini datang. Dapatku rasa wajahku semakin pucat. Aku gementar seketika.
"Sorry lewat sikit. " kata along. Kami berdua duduk di kerusi yang disediakan.
"Ni aku kenalkan satu-satunya adik kesayangan aku di dunia ini. Mariana. Tapi family aku,panggil dia Anna aje." Along memperkenalkan aku kepada mereka.
"Ni kawan along, yang kemeja biru ni, Asyraff, Anna panggil abang Ash je. And this is Mikael Haziq. Just call him as abang Haziq. " Ujar along.
Aku hanya mengangguk tanpa melihat mereka berdua. Hujung baju along aku pegang kejap dibawah meja. Along hanya membiarkan sahaja. Aku takut sebenarnya. Kenapa along membawa aku ke sini? Berhadapan dengan dua lelaki asing yang aku tak pernah kenali.
"Kenapa muka adik kau pucat aje? " Soal abang Ash tiba-tiba.
Ya Allah, janganlah tanya soalan cepumas tu. Aku kini lagi kejap memegang baju along. Lelaki yang bernama Mikael Haziq itu yang dari tadi melihat iphonenya mengangkat wajahnya merenung aku. Di saat ini, aku ingin mati sahaja. Tak sanggup berhadapan dengan mereka berdua. Berdebar-debar rasa di hatiku yang luhur ini apabila menjadi tumpuan mereka berdua.
"Err.. adik aku memang macam ni. Dia memang pucat dari dulu lagi. Tapi dia okay aje. Sihat walafiat. Cuma bila dengan orang yang dia takkenal lagilah muka dia bertambah pucat. Its okay, it normal for her " ucap along. Aku hanya diam.
Wajahku melihat ke lantai. Bilalah nak selesai ni. Hatiku meronta-ronta ingin pulang.
"Normal for her. Not for us. Tak pergi check up ke? Takut ada apa-apa ke? " ujar abang Haziq.
"Err.. tak perlu rasanya sebab dia bukan ada penyakit just dia cuma fobia dengan orang sekeliling dia aje. Tapi aku dengan family kitaorang dia ok je " terang Alongku lagi.
"Haha..antisosial rupanya " dia ketawa sinis. Along dan Abang Ash terdiam. Aku terus mengangkat wajah melihat dia dengan geram. Aku menjelingnya. Dia tersentak. Padam muka. Ketawa sinis lagi pada aku.
"Hrmm.. hrmm.." Along berdeham menghapuskan suasana kekok tadi.
"Aku straight to the point aje lah. Ziq untuk selesaikan masalah kau tu. Aku dah jumpa jalan penyelesaiannya " Along berkata. Aku diam taktahu topik yang mereka bualkan ketika ini.
Abang Haziq mengangguk." So, macam mana? Apa plan kau? " Soalnya.
"Adik aku. Dia boleh join kau punya event " ujar Along memegang bahuku.
Aku terkejut. Aku? Join event apa ni? "Event apa ni along?" Bisikku kepada Along.
"Abang Haziq ada satu event nyanyian dekat ioi mall, 2 minggu yang akan datang. Salah seorang dia punya singer tarik diri. So, dia tengah buntu sekarang ni. Nak cari orang last minute. Anna masuk lah, ye? " along berkata.
Aku diam. "Taknak" ujar aku.
"Anna! Tolonglah along kali ini aje. Nilah, masanya Anna tunjukkan bakat Anna tu. Takkan nak jadi silent singer aje sepanjang hayat. " pujuk Along.
"Adik kau boleh ke Izz? Dengan sikap dia yang taknak bergaul dengan orang. Pucat macam hantu hilang anak lagi. Dia boleh nyanyi ke??. I am curious " ujar Abang Haziq. Aku hanya diamkan diri aje. Kalau boleh aku nak aje sound mulut puaka dia tu. Tapi disebabkan, dia tua dari aku jadi aku hanya telan sahaja kata-katanya.
"Dia boleh aje. Cuma dia malu nak nyanyi depan orang aje" Along membela aku.
"Kita test dia nyanyi kat depan tu. Lepastu, terpulang pada kau, Ziq. Sama ada nak pilih dia atau cari orang lain dalam masa terdekat ini " sampuk Abang Ash.
"Taknak. Carilah orang lain " aku berkata dengan berani membuatkan mereka bertiga terdiam.
"Wow adik. I am impress." alongku berkata. Iyerlahh. Kali pertama aku kuatkan suara emas aku ni.
"See, dia pun taknak. Aku tahu niat kau baik Izz. Tapi, kita takboleh paksa dia. Its okay, I will find the other ones " buat kali pertama aku setuju dengan pendapat Abang Haziq.
Tapi, kenapa wajah along macam kecewa je. Arhh, macam mana ni. Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.
"Err.. baiklah Anna cuba " aku bersuara. Wajah Along kembali ceria. Abang Haziq dan Abang Ash terkejut. Tapi, aku tahu mereka juga suka.
"Kau betul boleh nyanyi ke? Abang taknak event abang hancur nanti " Abang Haziq menyuarakan kerisauannya.
"Saya student muziklah." Ujarku perlahan. Dia mengangguk.
"Baiklah pergi depan nyanyi. Abang nak test kau " ujar dia bersahaja.
Wajahku kembali pucat. Tiba-tiba aku rasa satu sentuhan di bahuku. Aku menoleh. Along tersenyum padaku." Along tahu, Anna boleh " nasihat dia. Aku sebak. Baiklah! Demi Along.
Aku mengambil gitar dari sarungnya lalu melangkah ke pentas di ruang hadapan cafe. Aku duduk di kerusi yang disediakan.
Aku melihat ke arah Along, Abang Haziq dan Abang Ash di penjuru cafe, memerhati aku. Kemudian mataku melihat pula ke arah pelanggan yang kini memandang ke arah aku. Tanganku menggigil. Aku memejam mata seketika kemudian membuka mata dan menghadiahkan senyuman kepada mereka.
"Assalamualaikum, saya.. err Anna. Ingin menyampaikan sebuah lagu buat anda semua " ujarku perlahan.
Aku membetulkan tali gitar pemberian along 7 tahun yang lalu. "Terimalah, Sakit dari Iamneeta"
"Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup disini
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini
Putih bersih
Cintaku
Kau racuni
Hingga mati
Cinta yang kau
Berikan
Cukup disini
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini
Siksanya hati ini
Kau selalu sakiti
Kau membukakan pintu ini Namun engkau menusuk ke dalam
Hingga
Dasar hati
Kau mencabut nadi
Cinta ini
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini
Sakit yang ku rasakan"
Selesai nyanyian aku. Tepukan gemuruh diberikan kepadaku oleh mereka. Aku tersenyum senang. Kali pertama aku dapat menyanyi di khalayak ramai.
Aku turun dari pentas dan berlalu ke arah Along dan rakannya.
"Macam mana?" Soal Along kepada Abang Haziq.
Abang Haziq memandang ke arah aku lama. Wajahku kemerahan malu dipandang lama olehnya.
"Suara dia bagus. Aku tak sangka. Aku ingat dia main-main tadi. Iyerlahh, budak pemalu macam dia boleh nyanyi." Ulas Abang Haziq. Dia melihat ke arah aku penuh makna.
"Tengoklah adik siapa?" Along berkata dengan bangga.
"Eleh, adik kau yang pandai nyanyi bukannya kau. Takpayah, nak bangga sangat " ucap Abang Ash.
"Baiklah, Izz. Aku ambil dia."
Along mengangguk "okay, nice "
"Kau budak, esok petang datang studio abang. Jumpa my younger brother. Kau akan pilih lagu dan duet dengan dia, ada faham? " terangnya.
"Faham "
"Kalau macam Izz. Kitaorang blahh dulu. Thanks to you sebab tolong aku. Make sure esok petang kau hantar dia datang studio aku. " ujar Abang Haziq lagi.
"Okay bro!"
Mereka berdua melangkah keluar dari cafe Along.
"Macam mana? Best? Dapat rasa tak, macam mana nikmatnya nyanyi di atas pentas? "Soal Along.
"Bolehlah, tapikan Along. Adik Abang Haziq tu siapa eh? Penyanyi ke? "
"Your sumber inspirasilah" ujar Along membuatkan jantung aku berdegup kuat. Betulkah lelaki lapan tahun yang lalu. Aku akan berjumpa dengannya semula?
##############################
Okay ni part 1 .Nantikan part yang seterusnya. Sorry kalau ada typo kat mana2 sbb tergesa-gesa buat ni. Sorry juga klau xbest sbb idea ni mai tiba2 jaa.. klau pelik tu sorry sngat2.. >< Please comments. I need your comments to improve my skill on writing.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan