"Just did what you want to do "-shuhada.
By, Nurul Shuhada.
Manipulasi Cinta (Part 4)
DUA TAHUN KEMUDIAN ..
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kereta Honda milik Ryan berhenti di garaj rumah. Dia keluar dengan membawa beg bimbitnya.
"Assalamualaikum," salam diberi lalu dia masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam, sayang " sambut Puan Rania.
"Hai ma " jawabnya.
"Yaa.. are you okay? Kenapa lemah je ni " soal Puan Nia. Salam yang dihulur Ryan disambut mesra.
"Just little bit tired but I'm okay. Ryan yang pilih this way. So, I have to face it. " ucapnya.
"Mama tahu, you can do it. Dah naik atas rehat. Solat ke belum ni?"
"Dah kat office tadi. Ma, Ryan naik dulu " ucapnya. Kemudian dia berlalu ke atas.
Semasa tiba di pintu bilik, dia menjeling ke arah pintu bilik Ayrin yang berada di hadapan pintu biliknya.
Buat apalah, minah tu. Kalau diikutkan, dia sudah balik dari Universiti. Ryan tahu, Ayrin bukan jenis yang suka melencong ke tempat lain seusai kelas. Dia tahu.
Dia masuk kedalam biliknya. Beg bimbit dan kot hitamnya dilempar sahaja di sofa warna krim yang berada di sudut bilik. Destinasi yang dituju adalah katil!!
Tanpa membuka kemeja putihnya, dia merebahkan diri di atas tilam yang empuk. Wahh ,heaven!
Mata dipejam seketika.
Fikirannya melayang mengingati hubungan dia dan Ayrin. Sudah genap dua tahun dia dan Ayrin mengikat tali pertunangan. Selama dua tahun juga, dia manahan rasa gelora yang ada di dalam diri setiap kali mereka berduaan di dalam rumah apabila ibu dan ayah tirinya tiada. Dia hanya menelan sahaja keinginannya yang satu itu.
Bercakap mengenai ayah tirinya pula. Hubungan mereka dua baranak semakin erat. Acap kali, dia bertanya tentang strategi untuk mengembang syarikat yang dipegang olehnya. Ayah tirinya, tidak segan silu mengajarnya selok belok tentang dunia perniagaan. Kini, dia sudah menjadi ahli peniagaan muda yang berjaya di Malaysia atas berkat tunjuk ajar ayah tirinya.
Walaubagaimanapun, dia begitu penat memegang jawatan CEO muda dalam dunia perniagaan yang sarat dengan masalah dan kesibukan itu. Hingga dia tiada masa bersama rakannya. Tetapi, dia tidak pernah mengeluh kerana dia yang memilih jalan ini iaitu menjadi businessman yang berjaya seperti abahnya. Kini dia sudah mengecapi impiannya.
Minatnya dalam perniagaan mendorongnya untuk lebih bekerja keras menbangunkan syarikat milik ayahnya iaitu Ridhuan Iskandar setanding dengan syarikat besar yang lain.
Bahu yang terasa sakit dipicit perlahan. Duduk di dalam pejabat sambil menghadap kerja-kerja yang menggunung membuatkan bahunya terasa lenguh.
Dia memerlukan seseorang untuk mengurut bahunya. Pantas mata dicelik. Dia tahu siapa yang boleh membantunya. Senyuman terukir di bibir yang kemerahan. Dengan segera, dia bangun dari pembaringan dan berlalu ke bilik tunangnya.
Pintu berwarna pink muda itu dibuka perlahan. Dia melihat kelibat Ayrin yang khusyuk menaip sesuatu di komputer ribanya.
Ayrin masih lagi tidak perasan, Ryan berada di dalam biliknya kerana kedudukan meja belajarnya yang membelangkangi pintu masuk.
Sementara itu, Ryan berjalan perlahan-lahan ke arah gadis itu, tidak mahu mengejutknnya.
Apabila berada betul-betul di belakang gadis itu, tangannya perlahan-lahan mengelus rambut panjang yang lurus itu. Air liur ditelan. Terasa satu perasaan meresap ke dalam dirinya. Mata dikatup seketika menikmati momen-momen terindah.
Ayrin berasa sesuatu berada di belakangnya. Jantung berdebar. Jangan kata, itu ialah hantu. Segera dia pusing ke belakang.
"Ryan! " jeritnya perlahan.
Ryan tersedar. Ya Allah, apa aku buat ni? Dia berikhstifar panjang.
"I'm Sorry .." ucapnya.
"Awak buat apa dalam bilik saya? " Soal Ayrin ingin tahu.
"Err... aku" dia kehilangan kata. Nak cakap macam mana dekat dia?
Dia duduk di katil gadis itu "tolong urut bahu aku. Serious sakit ni" pintanya.
"Urut bahu? Taknak la. Awak buang tabiat ehh? " tolak Ayrin.
"Tolonglah, sakit ni. Lagipun ni sebagai latihan sebab nanti bila kau kahwin dengan aku. Kau kena buat juga. Taklah kekok sangat. Tolonglah Rin.." pinta Ryan persis anak kecil meminta sesuatu daripada ibunya.
"Latihan ke apa ke. Saya tak boleh. Pergilah minta tolong mama "
"Mama busylah. " kepala ditunduk.
"Saya pun busy buat assignment ni " balas Ayrin.
"Hrmm, takapa la. Continue your work " ucap Ryan lemah. Entah kenapa dia menjadi sensitive tiba-tiba. Dia hanya mahukan layanan seseorang ketika ini.
Dia bangun dari katil Ayrin dan berlalu ke pintu.
Ayrin berasa kasihan melihat Ryan. Penat lepas pulang dari kerja yang banyak di pejabat. Baju kemeja pun belum sempat buka lagi. Pasti dia memerlukan seseorang. Rasa bersalah bertandang di hati.
"Ryan.." panggilnya.
"Apa? " Ryan pusing ke belakang.
"Mari sini, saya urut bahu awak " katanya.
"Betul ke? "Wajahnya bertukar gembira.
"Haah. "
"Really?" Soal Ryan ingin kepastian.
"Jangan banyak tanya boleh tak. Saya ubah fikiran nanti " ugut Ayrin.
"Baiklah Cik Ayrin " kata Ryan manja.
Dia duduk bersila di atas sofa di dalam bilik Ayrin. Bersedia untuk diurut.
"Kenapa duduk sini. Di luarlah " suruh Ayrin.
"Taknak! Nak duduk sini "pinta Ryan seperti budak2.
Ayrin mengalah. Dia duduk di sisi kiri Ryan. "Pusing depanlah. Takkan saya nak urut dari depan kot " suruh Ayrin lagi.
"Boleh juga. Boleh tengok muka kau " seloroh Ryan.
Ayrin memusing bebola mata ke atas. "Jangan mengada-gada boleh tak. Saya tolong ni, dah cukup bertuah. Pusing sana " arahnya sambil memusingkan tubuh Ryan menghadap ke sebelah kanan.
"Sekejap. Aku taknak duduklah. Nak baring atas sofa ni "katanya tiba-tiba. Dia menyuruh Ayrin bangun dan kemudian dia meniarap di atas sofa.
"Ishh, mengadanya " rungut Ayrin.
"Cepatlah Ayrin.." gesa Ryan.
"Iye2" tangan Ayrin mencengkam lembut bahu Ryan lalu mengurut bahu tunangnya itu perlahan-lahan. Jantung berdegup dengan kencang. Ini kali pertama dia mengurut bahu lelaki.
Ryan hanya senyap dan menikmati urutan daripada Ayrin. Mata dipejam. Nikmatnya urutan gadis ini. Hilang kesakitan dan kepenatan yang dirasai tadi.
Beberapa minit kemudian, Ryan terlelap di sofa Ayrin. Ayrin berhenti dari mengurut bahu Ryan. Dia kehadapan sedikit dan melihat lelaki itu sudah tertidur.
Hrmm,penat sangat ni. Dia keluar dari biliknya. Membiarkan lelaki itu "menumpang" tidur di dalam biliknya.
RIN turun ke bawah dan menuju ke dapur melihat apa yang dibuat mama tirinya.
"Mama..masak apa? "Sapa Ayrin.
"Spaghetti carbonara. Favorite Ryan. Ryan tu hantu spaghetti. Setiap hari, mesti suruh mama masak untuk dia. Kalau bukan, mama dia akan keluar and makan di luar." Cerita Puan Rania.
"Ouhh, jadi mama kena ajar Rin masak this dishes laa. Nanti Rin boleh Rin masak untuk dia " ujar Ayrin.
"Sure. Sekarang pun boleh mama ajarkan. Rin potong bahan ini dulu"
Ayrin mengangguk dan menolong Puan Rania masak untuk makanan malam mereka.
RYAN terjaga dari tidurnya setelah terdengar azan berkumandang.
Ya Allah, lamanya aku tertidur. Nasib sudah solat Asar tadi.
Dia melihat sekelilingnya. Aikk,
Aku dimana ni? Dia cuba mengingati semula apa yang terjadi. Kemudian dia baru sahaja teringat yang dia terlelap di dalam bilik Ayrin selepas gadis itu mengurut bahunya.
"Penangan urutan Ayrin memang terbaiklah. Hilang rasa penat dan sakit "Gumamnya perlahan.
Dia bangun dan melihat sekeliling bilik gadis itu. Cantik. Pandai budak tu decorate. Warna yang digunakan di dinding bilik adalah pink cair membuatkan bilik gadis itu tampak lebih besar.
Di dinding dilekatkan dengan poster artis korea. Peminat kpop tegar minah ni. EXO, NCT, BigBang BTS. Arhhhh, nama group apakah ini? Tak kenal pulak. Cadarnya pula terdapat gambar hello kitty. Kebudakanlah minah ni. Umur dah 20 tahun. Still macam budak-budak.
Matanya tertacap pada sekeping gambar pastport tersemat elok di bahagian cermin. Gambar itu diambil.
"Ayrin .." dia tersenyum. Dia mengambil gambar gadis itu dan diletakkan di dalam dompetnya.
Tiba-tiba, pintu dibuka. Terpancul wajah Ayrin. "Dah bangun pun. Ingat esok baru nak bangun. Tak malu tidur dalam bilik orang" sindir Ayrin.
Ryan mencebik "lantaklah. Bilik tunang sendiri. " Ryan membalas semula.
"Whatever. Ni, mama suruh bersiap pastu turun bawah makan" beritahu Ayrin.
"Hrmm. Orite. " Ryan berjalan keluar. Apabila berselisih dengan Ayrin. Dia berbisik kepada Ayrin.
"Thanks urut aku. Nanti buat lagi tau " bisik Ryan di telinga Ayrin.
Ayrin tunduk kepalanya. " sama-sama" dia berkata malu.
Ryan tersenyum manis seraya itu dia masuk semula ke dalam biliknya untuk membersihkan diri.
TEPAT jam 8 malam, Ryan turun ke bawah menyertai yang lain untuk makam malam.
Tiba sahaja di meja makan, matanya terpegun.
"Wahh, mama masak spaghetti favorite Ryan. " ujar Ryan teruja.
"Bukan mama yang buat. Tapi, cik Ayrin Amani ni yang buat " balas Puan Rania.
"Ouh, boleh makan ke tak ni? " ujarnya melawak. Kemudian duduk dikurusi tepi Ayrin.
"Mestilah boleh. Bukan saya letak racun pun" Ayrin berkata.
Encik Hashim dan Puan Rania ketawa melihat telatah mereka berdua.
Ryan menyuap satu sudu spaghetti ke dalam mulut. Hrmm sedap la. Pandai minah ni masak.
Puji Ryan.
"Sedap tak? " Tanya Ayrin.
"Hrmm, boleh la " jawab Ryan.
"Hrmm, ye laa. Mama, papa makan laa " ajak Ayrin.
Mereka menikmati makanan malam itu dengan penuh meriah dan gelak ketawa seperti keluarga yang bahagia.
****
RYAN masuk ke dalam biliknya. Gitar diambil lalu memetiknya penuh irama. Bibirnya menyanyikan lagu.
" Bayang Mekar di dalam jiwaku Bersebelahan tanganku
Tak mungkin aku terlupa "
Ayrin yang kebetulan lalu di hadapan bilik Ryan, mendengar lelaki itu menyanyi. Sedap juga Ryan menyanyi. Tanpa diduga dia masuk ke dalam bilik lelaki itu tanpa mengetuknya.
"Awak menyanyi? "Soalnya sejurus masuk ke dalam bilik Ryan.
Ryan tergamam seketika apabila gadis itu masuk ke dalam biliknya.
"Haah, kenapa? " soalnya gusar. Dia melihat pakaian gadis itu yang agak seksi baginya. Hanya memakai tshirt putih lengan pendek berserta seluar hitam paras lutut dan rambut disanggul tinggi menampakkan lehernya yang jinjang itu membuatkan hati lelakinya bergetar hebat. Ayrin tolonglah keluar.
"Ouhh, saya nak request lagu boleh? "Soal Ayrin berjalan ke arah Ryan.
"Stop! "Jerit Ryan. Ayrin berhenti melangkah.
"Kenapa? "
"Kau tak malu ke masuk bilik lelaki? "Soalnya sinis.
Ayrin tersentak. Baru tersedar dia sedang berada di dalam bilik Ryan. Berduaan dengan lelaki itu. Dia juga sedar dengan pandangan mata lelaki itu agak liar apabila melihat bajunya. Jantung berdegup kencang.
"Maaf saya tak sengaja. Saya keluar dulu " dia pusing ke belakang dan barlalu ke pintu bilik.
"Wait! "
"Kau dah masuk bilik aku without permission. So, aku kena denda kau " ujar Ryan. Dia bangun dan melangkah ke arah Ayrin.
Dia berdiri di hadapan gadis itu. Merenung gadis itu. Nafasnya sudah tidak keruan. Ayrin statistik di situ. Kakinya ingin melangkah pergi tetapi entah kenapa dia tidak mahu berganjak.
Ryan merenung segenap wajah Ayrin. Dari mata yang berwarna coklat itu turun ke mulutnya yang merah-kemerahan itu. Dia memegang pipi Ayrin yang putih itu dan mengelusnya lembut.
Dia mendekatkan wajahnya dengan Ayrin. Ayrin yang seakan merelakan perbuatan Ryan itu membuatkan Ryan benar-benar ingin memiliki Ayrin.
Dekat dan dekat...
"Astaghfirullah-halazim. Apa aku buat ni " Ryan tersedar.
"Aku minta maaf " ucapnya. Dia berganjak ke belakang. Aryin terdiam, dia jugak rasa bersalah.
"Saya juga salah. Maaf " Ayrin cepat-cepat keluar dari bilik Ryan dan masuk ke dalam biliknya.
Ryan menguak rambutnya. Apa yang aku buat tadi. Nak denda dia? Cium? Kau terdesak gila Ryan! What the hell. Ryan kau ni dah kenapa? Dia menampar pipinya berkali-kali. Dia kembali merebahkan dirinya ke atas tilam empuk.
Mata dipejam cuba membuang rasa bersalah di dalam dirinya. Tak lama kemudian, dia terlelap.
***
AYRIN selesai menyiapkan dirinya dan bersedia untuk ke kelas. Dia ke kelas menaiki LRT. Memang menjadi rutinnya untuk ke kelas menaiki LRT kerana tidak cekap membawa kereta. Bukan tidak cekap tetapi tidak pandai langsung!
Dia mengambil beg sandangnya dan keluar dari bilik. Hari ini pakaian yang dipakai ialah baju kurung cotton moden berbunga kecil warna pink. Dia memang peminat tegar warna pink.
Rambut lurusnya dibiar dilepaskan. Wajahnya hanya ditempek dengan bedak compact sahaja dan bibirnya dicalit dengan pelembab bibir. Cukup manis dan cantik seperti gadis melayu terakhir. Perasan!
"Mama, Rin pergi dulu " katanya dan mengambil kasut converse hitamnya.
"Taknak makan dulu ke? "Soal
Puan Rania yang sedang menikmati sarapan pagi bersama Ryan.
Lelaki itu diam dan hanya menumpukan perhatian dengan iphone5snya sahaja.
Encik Hisham sudah bertolak ke pejabat kerana ada meeting penting dengan klient dari Indonesia.
"Takpa. Nanti Rin breakfast dekat Kafeteria je. Dah lmbat ni. Nanti kena tinggal dengan LRT pula "
"Makanlah dulu. Nanti aku hantar kau ke kelas" sampuk Ryan yang dari tadi hanya diam.
"Takpa " tolak Ayrin lembut. Dia melangkah pergi selepas bersalam dengan Puan Rania.
"Ishh, degil betul minah ni " bisik Ryan perlahan. Dia bangun dari kerusinya. Kot hitam dicapai lalu memakainya.
"Ehh, Ryan nak pergi dah?" Puan Rania.
"Haah, Ryan keluar dulu " Selepas menyalami mamanya, dia mengambil beg bimbitnya dan berlalu kereta Hondanya.
APABILA keretanya tiba persimpangan jalan, dia melihat Rin sedang berjalan menuju ke Stesen LRT. Tak penat ke,jalan kaki pergi stesen LRT? Dia tertanya. Jarak rumah Encik Hisham dengan Stesen LRT agak jauh. Kesiannya tunang aku ni.
Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan dan sebaik keluar dari perut kereta dia mengejar Ayrin. Lengan Ayrin disambar.
Gadis itu terkejut lalu dengan pantas menarik semula lengannya.
"Aku la "
"Ehh, awak. Buat apa kat sini? "
"Ikut aku. Aku hantarkan. " Belum sempat Ayrin menjawab, lengannya ditariknya menuju ke kereta Ryan.
Tubuh gadis itu ditolak lembut masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu ke Universiti.
"Lain kali, pergi kelas dengan aku je " Ryan berkata tanpa menoleh ke arah Ayrin yang diam sahaja.
"Nanti awak lewat pula "
"Kau lupa? Aku kan CEO " Ryan melihat Ayrin sekilas.
Suasana di dalam kereta kembali diam. Ryan fokus dengan permanduannya manakala Ayrin pula termenung melihat ke luar tingkap kereta.
"Sorry about last night " Ryan berkata.
"Its okay. Thats my fault too"
Ryan hanya mengangguk, mengiakan sahaja jawapan dari mulut Ayrin. Setelah 10 minit permanduan kereta Honda Ryan memasuki perkarangan Universiti.
"Habis kelas pukul berapa? "
"2 petang " jawab Ayrin sambil membuka tali pinggang.
"Okay good. Wait for me. I will pick up you. " Ryan berkata.
"Takpa saya ba.."
"No excuse. Wait for me! Full stop! " potong Ryan.
"Baik.." Ayrin mengalah. " Good girl, study hard "
Ayrin keluar dari kereta dan menghantar pemergian Ryan dengan ekor matanya.
Kenapa perangai dia selalu berubah. Sekejap baran tak kena tempat. Sekejap romantik dan sweet. Sekejap baik hati. Sekejap suka sensitive. Dia suka aku ke? Takkanlah. Angan kau aje. Tapi, kenapa cara dia layan aku seperti dia suka aku? Kenapa aku rasa selasa bila berada dengan dia? Aku suka dia ke?
***
Kelas Business Law Ayrin tamat 30 minit awal. Ryan sudah berpesan supaya tunggu dia ambil. Untuk tidak membuang masa dia mengambil keputusan pergi ke makan dahulu di warung berdekatan Universiti.
SELESAI membuat pesanan, dia,mengambil iphonenya dan membelek akuan Instagramnya.
"Ayrin? " panggil satu suara. Ayrin mengangkat wajahnya melihat gerangan orang tersebut.
Dia terkejut tetapi pantas senyuman manis dihulurkan kepada pemuda yang amat dia kenali. Hakiemi. Seniornya dahulu. Dia yang menolong Ayrin daripada dibuli oleh Ryan dahulu.
"Lama tak nampak Ayrin. May I join you?" ujar Hakiemi.
"Yes sure. Duduklah."
"Kimi buat apa sekarang? "
"Well busy dengan kerja " balas Hakiemi melihat gadis pujaan hatinya itu. Selepas graduate 2tahun lepas terus dia tidak menemui Ayrin.
"Kimi kerja apa? " soal Ayrin sambil menghirup sirap bandung yang baru sahaja dihantar oleh pelayan.
"Peguam di syarikat guaman ayah Kimi. Ayrin habis study this year, I'm right? "
"Haah, this year. Kimi dengan siapa sekarang?" Soal Ayrin tiba-tiba. Lelaki dihadapannya ini semakin kacak selepas dua tahun tidak bertemu. Tapi, Ryan pada pandangannya lebih handsome. Amboi puji tunang nampak.
"Still single mingle lagi. " ujar Kimi lagi.
"Takkan la. Kacak macam ni, takkan tak ada siapa yang berkenan? " Ayrin berkata lancar.
Hakiemi ketawa sahaja. Gembira dapat bertemu dengan gadis yang ada di hatinya. Ayrin yang hanya dari tadi tersenyum turut ketawa.
"Ayrin, Kimi sebenarnya .."
"Ehem.." dehem seseorang yang tiba-tiba muncul.
Kedua-dua mereka tersentak. Mereka melihat gerangan yang berdehem itu. Hakiemi terkejut begitu juga dengan Ayrin yang terlebih terkejut. Dia menunduk kepalanya.
"Buat apa kat sini? Reunion?" Soal Ryan sinis kepada Ayrin.
Hatinya sakit melihat adegan mesra Ayrin dengan Hakiemi. Timbul rasa cemburu yang teramat sangat apabila kedua mereka bergelak-ketawa seperti pasangan kekasih.
"Kenapa diam?"soalnya lagi.
Wajahnya tegang merenung Ayrin yang masih lagi tidak menjawab pertanyaannya dan hanya mendiamkan diri. Dia bertambah bengang hingga wajah putihnya kemerahan. Dengan segera, dia menarik tangan Ayrin kasar supaya bangun mengikutinya. Ayrin terjerit kecil akibat ditarik kasar oleh Ryan.
Hakiemi bangun. "Bro, kau pehal? Kau siapa nak kacau dia? " marah Hakiemi sedikit kuat . Dia menolak tubuh Ryan. Ryan mengetap bibirnya menahan amarah.
Sebahagian pelanggan di restoran itu melihat ke arah mereka.
"Ryan sudahlah. " pinta Ayrin apabila banyak mata melihat ke arah mereka.
"Shut up your mouth! " Ryan berkata keras.
Dia kembali melihat ke arah Hakiemi. "Kau tanya aku siapa? Aku tunang dia! She my finance! " ucap Ryan dengan keras.
Dia menarik Ayrin pergi dari situ meninggalkan Hakiemi yang terpinga-pinga.
####
Part seterusnya akan dipost secepat mungkin. Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan