Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Manipulasi Cinta (PART1)

"Just did what you want to do "-shuhada. Okay! This is my new cerpen. Bertajuk Manipulasi Cinta seperti biasa cerpen ni klise dan hanya imaginasi penulis. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika ada, ia hanya kebetulan. Sedikit pengenalan mengenai cerpen ini. Okay, this cerpen mengisahkan seorang lelaki yang tidak pernah bercinta dan hidupnya hanya dipenuhi dengan family, friends, study, dan work . Sehinggalah, seorang gadis muncul mengubah kehidupannya dengan memanipulasi perasaan dalam dirinya. Nak tahu kesudahan cerita ini? Jadi bacalah hingga the end okay. Enjoy it. ^^ By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta (part 1) Suasana waktu pagi di UiTM Shah Alam kecoh dengan satu kejadian dimana sekumpulan pelajar lelaki sedang membuli seorang pelajar junior perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam University itu. Mereka hanya dikenali sebagai The ARMY . Singkatan kepada Ameer, Ryan, Meen, dan Yazz. Keempat-empat mereka adalah senior tahun akhir. "Tolong pulangkan balik beg saya. Tolonglah " pinta Ayrin Amani. Matanya sudah berair menahan tangis. Tak sangka hari pertamanya sudah dibuli. "Ambillah sendiri " ujar Ryan. Ayrin menjinjat kakinya ingin mengambil beg yang diangkat tinggi oleh Ryan. Ketinggiannya yang serendah bahu Ryan itu menyukarkannya untuk mengambil beg yang dipegang oleh pelajar lelaki yang berketinggian 180cm itu. "Tinggi ni pun tak sampai nak ambil. Poor you. " kata Ryan sambil ketawa. Dia suka mengenakan Ayrin. Seronok tengok budak nerd itu dibuli. Rakannya yang lain hanya ketawa melihat Ryan membuli Ayrin Amani.memang menjadi tradisi mereka akan membuli pelajar junior yang baru masuk. "Tolonglah pulangkan balik " pintanya lagi. "Boleh.. tapi satu syarat. Kau kena menari depan kitaorang " "Hah? Saya tak pandailah" luah gadis itu. "Semua yang ada kat sini, nak tengok kau menari. Betul tak semua?? " ujar Ryan sedikit kuat. "Betul!! " semua pelajar yang berada disitu menjerit mengiakan apa yang dikatakan Ryan. Ryan Iskandar.. lelaki yang paling famous di University , kacak dan berpenampilan sudah pasti disukai ramai terutama pelajar perempuan. Ryan tersenyum senang. Baginya dengan membuli dan memalukan pelajar nerd seperti gadis dihadapannya dapat menghilangkan rasa bosannya untuk menghabiskan sem disini. "Cepatlah aku nak tengok " gesa Ryan. "Saya tak pandai .." jawabnya dalam tangis. Kenapa dia yang dibuli? Takkanlah semua pelajar yang baru masuk akan dibuli? "Kau nak tak beg kau ni? Nak kan. So menarilah, no dance, no beg " dia berkata. Ayrin melihat ke arah lelaki kacak itu dengan pandangan simpati tetapi apa yang dia terima hanyalah jelingan daripada lelaki itu. "Ba..baiklah "dia berkata perlahan. Semakin lebar senyuman Ryan. Tak sabar melihat junior itu menari. Hatinya mula berasa minat terhadap si gadis dihadapannya. Minat akan tingkahnya yang polos dan renungan matanya yang redup itu. Nama dia apa? Nama di kad pelajar itu dilihat sekilas. Ouh, Ayrin Amani. Tetapi, belum sempat Ayrin ingin menari tiba-tiba, Hakiemi pelajar Undang-undang datang kepada mereka. "Kenapa semua ada disini!? Tak ada kelas ke?! "Jerkahnya. Semua pelajar mencebik lalu meninggal mereka yang berada di ruang legar tersebut. "Ryan bagi beg dia! " suruh Hakiemi. "Kalau aku tak nak bagi kau nak buat apa?" ujarnya sinis. Kacau je mamat ni. "Nahas kau aku kerjakan!" "Kesah pula aku " kata Ryan mencebik. "Ryan Iskandar! Kau jangan cabar aku! "Marah Hakiemi. "Bro kau pehal? " ujar Meen apabila Hakiemi meninggikan suaranya. "Kau diam kalau taknak dapat masalah! " jari telunjuk dituju ke arah Meen. "Aku warning kau Ryan. Pulangkan beg dia semula. Apa salah dia yang kau orang nak buli dia sangat? Semua budak junior korang nak buli. Dah kenapa?? " kata Hakiemi. Ayrin Amani hanya diam tidak terkutik. Takut gementar semua bercampur aduk. Pergaduhan antara senior dengan senior ni. Hanya disebabkan oleh dia! Hakiemi sudah hilang kesabarannya. Sejak tadi, dia dari jauh hanya melihat Ayrin dibuli oleh kumpulan yang menjadi taiko di University. Dia hanya menahan sabar walaupun tinggi keinginannya untuk menyelamatkan gadis yang sudah mengambil hatinya. Ya! Dia sudah jatuh cinta pada gadis itu sejak pandangan pertama. Dengan pantas, Dia merampas beg Ayrin yang berada di tangan Ryan. Ryan tersentak. Penumbuk digenggam kemudian dengan sekelip mata, Hakiemi ditumbuk olehnya hingga terjatuh. "Kau siapa nak rampas beg dia dari tangan aku!" jerkah Ryan. Ayrin tergamam, dia melihat lelaki itu dengan renungan yang dingin. Ryan juga melihat ke arahnya. Pandangan mata mereka bersatu. Bagai ada satu kuasa yang merasuk ke dalam fikiran Ryan. Zapp! Dengan tiba-tiba jantungnya berdegup dengan kencang. Ya Allah, Kenapa dengan aku ni? Cepat Ryan mengalih pandangannya. Dia melihat Ayrin berlari ke arah Hakiemi yang sudah rebah di lantai. "Awak..okay? " katanya bersalah. Dia cuba membantu lelaki itu bangun. Ryan tersentak, tiba2 timbul rasa sakit hati. Kenapa Ayrin menolong Hakiemi. Dia geram melihat Ayrin dengan selambanya menolong Hakiemi tanpa mempedulikannya. Tak sedarkah dia juga ada disitu. Terbit rasa cemburu di dalam hatinya. Nafasnya turun naik. Aryin hanya untuk dia! Mangsa buli dia! Permainan dia! Dia bengang, pantas dia ke arah Ayrin dan mencengkam lengan Ayrin kuat dan menarik gadis itu jauh dari Hakiemi. Dadanya berombak menahan rasa sakit yang bersarang di hatinya. "Apesal kau tolong dia?! " Jerkah Ryan kepada Ayrin. Ayrin terkejut dengan tindakan seniornya itu. Dia cuba melepaskan pegangan tetapi hampa, seniornya mencengkam lengannya kuat. Mata lelaki itu tajam menikam anak matanya. "Kenapa dengan Ryan? Tiba-tiba je angin?" Soal Meen kepada Ameer ketika mereka melihat Ryan dari jauh. "Entah. Jarang dia nak marah junior tanpa sebab " ujar Ameer. "Entah2 dia terjatuh cinta dekat junior tu. " ujar Yazz. Ameer dan Meen melihat ke arah Yazz dengan dahi yang berkerut. "Rasanyalah. Selama ni takpernah aku tengok dia dengan perempuan macam tu "Jelas Yazz. "Aku rasa tak. Sebab, si Ryan tu tengok perempuan seksi lalu pun tak ade selera. Inikan pulak, budak junior yang kolot macam tu, sebelah mata pun tak pandang. " ujar Meen. "Hahaha, betul-betul. " Ameer tergelak. Tiba-tiba, matanya terpandang Prof Ramli sedang berjalan ke arah mereka. "Wehh, Prof Ramli datang " ujar Ameer tergesa. "Haah laa. Jom blahh. "Kata Yazz. "Weii Ryan, Prof Ramli. Jom blahh " panggil Meen. "Ryan! Ryan! "Jerit Ameer. "Ishh pekak la leader kita seorang ni " ujar Ameer lagi "Jom kita pergi dulu. Nanti tak pasal kena sekali " kata Yazz. Mereka bertiga meninggalkan Ryan keseorangan. "Ryan Iskandar! ikut saya sekarang!" Jerkah Prof Ramli. Ryan melihat ke arah suara tersebut. Prof Ramli. Prof penyibuk dekat university ni tiba-tiba datang pulak. Monolognya. Dia melihat ke belakang. Semua rakannya sudah pergi. Kurang asam keping betullah. *** Setelah 10 minit dimarahi oleh Dekan. Mereka bertiga keluar dari bilik tersebut. Ryan diberi amaran, jika dia melakukannya lagi, ibunya akan dipanggil dan dia tidak akan mendapat sijil graduatenya. Semasa mereka bertiga di luar bilik dekan mereka hanya berdiam diri. Ayrin mengambil beg galasnya dan ingin ke kelas. Tiba-tiba Hakiemi menegurnya. "Lain kali, kalau ada problem. Bagitahu saya tau." kata Hakiemi. Ryan yang berada jauh daripada mereka melihat ke arah Hakiemi dengan pandangan yang tajam. Buat baik konon. Puii.. Aryin mengangguk lalu tunduk ke bawah. Dia ingin berlalu tetapi Hakiemi menghalangnya. "Saya Hakiemi, pelajar tahun akhir. Jurusan Undang-Undang." Perkenal Hakiemi. "Ayrin Amani, business law " katanya perlahan dan berlalu pergi. Tidak betah duduk dengan mereka berdua. Ryan juga berjalan ke arah laluan yang sama dengan Ayrin. Semasa dia melintas Hakiemi, dia berhenti. "Kau jangan tunjuk baik sangatlah." kata Ryan sinis. "Kau rasa terancam ke? " soal Hakiemi. "Terancam? Excuse me. Aku rasa bukan aku tapi kau! Kau takkan ada peluang nak dapatkan dia. " Kata Ryan dan pergi. "Dia bukan milik kau pun. Aku ada banyak peluang untuk dapat Ayrin" getus Hakiemi setelah Ryan pergi. Ryan dan Ayrin berjalan satu haluan ke kelas mereka yang laluannya adalah sama. Ryan berjalan di belakang manakala Ayrin berjalan di hadapan. Tiba di persimpangan koridor Ayrin belok ke arah kiri bukan ke arah kanan. Ryan hairan jika ingin ke Dewan Kuliah Business Ayrin perlu membelok ke arah kanan. "Kau pergi mana? Dewan Kuliah sebelah ni "ujarnya. "Tandas. Kenapa?" Soal Ayrin ingin tahu. "Tak ada apalah" ujar Ryan dia berlalu pergi ke kelas. Selepas beberapa ketika, Ayrin masuk semula ke kelas. Prof yang akan mengajar masih belum tiba. Selamat. Dia berjalan mencari tempat duduknya. " kenapa Prof tak masuk lagi? " soal Ayrin kepada gadis yang sibuk bermain handphonenya. "Entah. " jawab gadis itu. Dia diam dan selepas itu mengeluarkan iphone5nya dan meng"sroll" akuan instagramnya. Sementara itu, Ryan duduk bersama rakannya di dalam Dewan Kuliah yang lain. Pensyarah masih belum masuk lagi. Dia memetik gitarnya perlahan, sesekali kedengaran sayup-sayup lirik lagu Titanium dibibirnya. Ryan berhenti dari memetik gitar. Fikirannya melayang mengenang kembali kejadian di ruang legar tadi. Hatinya mula berasa minat untuk mengenali Ayrin. Minat akan tingkahnya yang polos dan..dan.. renungan matanya yang redup itu. Seperti mengubah dirinya. Dia hairan kenapa dia geram melihat Ayrin lebih mengambil berat tentang Hakiemi dan dia benci melihat pelajar lelaki yang lain hampir dengan Ayrin. Dia tidak mahu sesiapa mendekati gadis itu. Hanya dia sahaja. Adakah dia sudah jatuh cinta kepada Ayrin? "Woii jauh termenung. Ingat siapa? " sergah Ameer. "Tak ada siapalah." Nafi Ryan. Dia meneruskan memetik gitarnya. *** "ASSALAMUALAIKUM, mama " ucap Ryan setelah masuk ke rumah. "Waalaikumussalam my boy, how your study? " soal Puan Rania. yang baru sahaja keluar dari dapur. "Semua okay " balas Ryan. Nak cerita ke pasal tadi di University. Takpayahlah, tak penting pun. "Good. Ryan naik atas mandi dan solat. Then, turun bawah. Mama ada sesuatu nak kasi tahu " ujar Puan Rania teruja. "Pasal apa?" "Nanti mama bagitahu. Naik atas mandi dan solat dulu " Puan Rania menolak lembut anaknya supaya naik ke atas. Ryan akur. Setelah bersiap, Ryan turun ke bawah dan menuju ke arah dapur. Dia melihat, ibunya sedang menyediakan makanan tengah hari. "Hai my son, come. " panggil Puan Rania lembut. Ryan hanya tersenyum dan duduk di atas kerusi. Puan Rania mencedok nasi dan menyerahkan kepada Ryan. "So, mama nak bagitahu apa? " soal Ryan sambil menyambut huluran pinggan. "Okay.." Puan Rania tersenyum hingga membuat rasa ingin tahu Ryan bercambah. "I will married" ucap Puan Rania gembira. Namun, riak wajah Ryan berubah menjadi tegang bukan gembira seperti Puan Rania. "Khawin? Kenapa nak khawin lagi? Tak suka ke kita berdua je dalam rumah ni?" Ucap Ryan dalam keadaan terkejut. "Why Ryan? Sayang tak suka ke? " tanya Puan Rania lembut. Dia tidak menyangka reaksi anaknya begitu. "Yes! I don't like it. Mama sedar tak sekarang ni mama sedang gantikan abah. Lagipun tahun ni, Ryan graduate. Ryan taknak kusut dengan semua ni. Please ma.." ujar Ryan. Mama senang2 je nak gantikan arwah Abah. Mama tak sayang Abah ke? Dia tertanya. "No.. sayang. Mama tak gantikan Abah. Sampai bila Ryan nak jaga mama. Ryan juga perlu cari kebahagian Ryan same like me and I know, Ryan.." "No, you don't know! " cantas Ryan. "Mama, Ryan boleh jaga mama sampai bila-bila. Kebahagian Ryan ialah mama. Please don't marry. I don't like it. Its like, mama sedang lupakan abah " sambung Ryan hampa dia melihat Puan Rania di hadapannya. "Nanti Ryan akan berkhawin dan happy with your family. And mama? Duduk rumah sendirian. Macam tu? Please, sayang think about it " ujar Puan Rania sayu. Ryan mengetap bibir. "Think about it? Okay! khawinlah dengan lelaki tu. Tapi ingat, Ryan tak akan anggap lelaki tu as my dad. Ayah Ryan hanya ada satu dalam dunia ni! " bentak Ryan. Dia bangun dari kerusinya dan berlalu ke bilik tanpa sempat menjamah makanannya. Pintu bilik dihempas kuat. Puan Rania tergamam. TEPAT jam 10 malam, Ryan keluar dari biliknya dengan memakai t-shirt hitam berserta skinny jeans hitam . Gitar kesayangannya diletakkan di dalam sarung gitar hitam dan mengalasnya di belakang. Ketika melalui ruang tamu, Puan Rania menegurnya. "Ryan nak keluar ke? Jamming? " soal Puan Rania. Tiada sahutan dari Ryan yang khusyuk mengikat tali kasut converse merahnya di muka pintu. Puan Rania hampa. "Ryan taknak makan ke? Dari siang tak makan lagi ni" cuba Puan Rania lagi. "I'm okay " Jawab Ryan dingin lalu bangun dari duduknya. Dia baru sahaja ingin menuju ke kereta tetapi dipanggil Puan Rania. Dia mengalih melihat Puan Rania. "Err.. tomorrow uncle Hisham akan datang with his daughter. Datang kejap. Just hantar his daughter here for a while. Mama suruh, sebab nak berkenalan with his daughter." ucap Puan Rania. "Huh, like I'm care" Dia berlalu ke keretanya dan pergi meninggalkan Puan Rania di rumah bersendirian. "Ryan.." panggil Puan Rania tetapi tetap tidak diendahkan oleh Ryan. **** Honda milik Ryan berhenti di hadapan studionya. Setiap malam minggu, Ryan dan rakannya akan berjamming di studio milik Ryan hasil makan gajinya disebuah restoran sebagai pelayan dan sedikit wang ibunya yang merupakan pengurus syarikat makanan antarabangsa. Di studio itu adalah tempat wajib mereka sekumpulan untuk melepak. Walaupun dia mengambil course Business Law tetapi dia juga pakar dalam nyanyian. Menyanyi adalah satu salah minatnya selepas perniagaan undang-undang. Dia keluar dari keretanya dan berlalu masuk ke dalam studio. Ketika pintu ditolak, kelihatan Ameer, Meen, dan Yazz sedang berbual dengan beberapa orang gadis. Dia menuju ke arah mereka. "Whats up bro! apa cerita lambat sampai? " soal Meen. "Jalan jammed " ucapnya seraya duduk di sofa. "Ni aku kenalkan, Atilia my girls. Katrina Meen girls, Emilia Yazz girl and this adorable girl Atiqah. She single " beritahu Ameer kepada Ryan. Atiqah melihat Ryan dengan pandangan yang sukar Ryan mengerti. Dia hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Atiqah. Selepas berbual sesama mereka. Dia meminta diri untuk ke bilik muziknya kerana tidak tahan dengan perangai rakannya yang sering kali mengusiknya agar bersama dengan Atiqah. Dia tidak suka perempuan sebegitu. Tambah dengan bajunya yang tak cukup kain tu. Sedarlah diri sikit. "Relaxlah bro, kau nak pergi mana ni? " panggil Meen. "Aku okaylah. Nak masuk bilik jap." Jawabnya. "Nak jamming tak?" Soal Ameer. "Korang jamming dulu. Nanti aku follow " ucapnya dan masuk ke dalam bilik muzik peribadinya. Pintu bilik muzik dibiarkan tidak berkunci. Dia merebahkan dirinya di atas sofa empuk yang terletak di hujung bilik. Matanya dipejam seketika memikirkan tentang perancangan ibunya untuk berkhawin lagi. Perlu ke nak khawin lagi. Selama ini, abah setia dengan mama tapi mama pula boleh fikir nak khawin lain. Tidak kesiankah kepada abah yang sudah meninggal akibat kancer hati. Tapi, perlukah mama khawin lagi? Malah, lelaki tu sudah mempunyai anak perempuan. Lagilah dia tak suka. Dia terfikir adakah anak perempuan kepada lelaki itu tua atau muda darinya? Kalau tua daripadanya dia harus memanggil kakak, Ishh bencinya. Kalau muda darinya pula, perempuan itu harus memanggilnya dengan panggilan abang. Eee gelinya. Pokoknya, dia tak akan benarkan benda itu terjadi. Arhhh, serabutnya. Jerit hatinya. Dia bangun dari pembaringan lalu mengambil gitarnya yang disandar di tepi sofa. Gitar dikeluarkan dari sarungnya. Dia membetulkan kedudukan tali gitarnya seterusnya, jari yang runcing itu mula memetik not-not lagu menjadi satu irama merdu. Bibirnya mula menutur lirik lagu mengikut tempo. Mata dipejam menghayati lagu yang dinyanyikan #Hariku yang pergi, hilang kumencari Gelora cinta kau bawa datang kembali Rinduku tak sudah, kelam dalam sedar Mungkinku menanti sepi hangat yang hadir Kenangan bagai mengejar mentari Terbakar debunga kasturi Apakah tandanya yang tersembunyi Dibalik rahsia semalam Hadir dirimu memulihkanku Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku Namun rasa ini,dalam mencari erti Yakinku kekalmu disisi takkan per.. Nyanyiannya terhenti setelah mendengar pintu bilik dibuka oleh seseorang. Matanya dicelik. "Hai, ganggu ke? " soal Atiqah. "Hah? Taklah. " gitar diletakkan di sofa. Dia bangun melihat Atiqah. "Hrmm, cantik dekorasi bilik ni. sendiri? " soal Atiqah sambil melawati bilik muzik Ryan yang penuh dengan alatan muzik yang canggih. "Yes sendiri. Kenapa masuk sini?" Ryan bertanya. Dia tidak suka Atiqah masuk ke biliknya. Hatinya mula terasa seperti sesuatu akan berlaku. "Saja ..bising sangat kat luar " Ujar Atiqah penuh manja. Dia berjalan ke arah Ryan. "Ouh.. " Ryan mula tak selesa apabila Atiqah mula mendekatinya. "Apa yang you nak buat ni? I tak sukalah "Soal Ryan penuh gusar. "Alaa you ni. You know I actually, like you very much, Ryan " ucap Atiqah manja. Dia mula menyentuh lengan Ryan. "Please.. I tak suka " Ryan menolak tangan Atiqah. Atiqah tergamam. Seketika kemudian, dia tersenyum lalu menolak tubuh Ryan ke sofa. Ryan bengang. Ni dah apasal pula ni. Nak goda aku pulak . Ingat aku suka ke. Haduhh perempuan ni. Dia bangun. "Kau ni kenapa perempuan?! Nak goda aku ke? Tolonglah cermin diri sikit " marahnya. "Ryan! How could you! I nak bagi apa yang semua lelaki nak. Tapi, you tolak I. " ucap Atiqah geram. "Aku bukan lelaki yang nak benda terkutuk tu. Kau carilah orang lain. Aku just minat pada perempuan yang suci. Bukan macam kau. Sampah. Boleh jumpa kat tepi jalan je. Jagalah maruah kau as a woman! " ucap Ryan keras. Dia mengambil gitarnya dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Atiqah ditinggalkan terpinga-pinga dalam bilik tersebut. "Ryan kau nak pergi mana? "Soal Meen apabila melihat Ryan berlalu ke arah pintu utama. "Balik. Aku penat " ucapnya dan keluar dari studio. Rakan2nya kehairanan. *** Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Dia menjatuhkan kepalanya di stereng kereta. Penat sungguh hari ni. Penat dengan mama yang nak khawin dengan lelaki yang siapa entah dan penat dengan minah gedik dalam studio lagi. Dia mengangkat kepalanya untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba matanya menyoroti seseorang yang berada di stesen bas di sebelah jalan bertentangan dengannya. "Ayrin Amani.." mulutnya mengucap perlahan. Kenapa dia berada di stesen bas malam2 macam ni. Tak takut kena culik ke? Ryan tertanya. Comel pula perempuan ni. Dia memerhati Ayrin dari dalam keretanya. Gadis itu seperti menanti seseorang. Penat yang dirasanya tadi hilang setelah melihat wajah gadis itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Seketika kemudian, sebuah kereta berhenti di stesen bas tersebut. Ayrin masuk ke dalam kereta tersebut. Pemandunya adalah lelaki. Siapa lelaki itu? Ayah dia kot. Lantaklahlah. Dia memasukkan gear, pedal ditekan dan berlalu pergi. ##### Terima kasih kerana membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...