Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Manipulasi Cinta (PART2)

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta (Part2) Dua minggu kemudian, sedang Ryan sibuk menyiapkan assignmentnya di meja kaca berdekatan ruang tamu. Dia terdengar engin kereta di hadapan rumah banglo dua tingkat milik ibunya. Siapalah pula, datang pagi-pagi ni. Dia tertanya. Beberapa minit kemudian, kedengaran loceng rumah bergema. Puan Rania turun dari tangga dan menuju ke arah pintu utama rumah. "Ryan kenapa tak buka pintu? " soal Puan Rania. Tapi, tiada sahutan oleh Ryan Iskandar. "Ehh abang. Awalnya datang. Ingat tengah hari nanti baru datang " soal Puan Rania dengan nada gembira. Abang? Ryan tertanya. Siapa Abang yang dimaksudkan mama. Setahu dia, adik-beradik mama semuanya perempuan. Takkanlah? Dia melihat ke arah pintu apabila tetamu mama masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya, apabila panggilan abang itu menjurus kepada bakal suami mama. Abang? Ya Allah, menyampahnya. Dia merenung lelaki itu tajam. Di belakang lelaki itu kelihatan seorang gadis berambut panjang. Wajahnya tidak kelihatan kerana terlindung oleh lelaki tersebut. "Ryan, mari sini mama kenalkan Uncle Hisham and his daughter" ajak Puan Rania. Ryan tidak berganjak. Dia terdiam sahaja melihat lelaki yang merampas mamanya. "Ryan.. " panggil mamanya lagi. Ryan merengus perlahan lalu bangun dan mengemaskan barangnya. Dia tidak langsung menyapa mereka. Malah anak kepada lelaki itu pun tidak dipandang. Hatinya sakit. Dia naik ke atas dan mengunci diri di dalam bilik. "Hrmm, maafkan Nia abang dengan sikap Ryan tu. Dia tak boleh terima lagi kenyataan." Ucap Puan Rania penuh bersalah. "Tak apa, Nia. Perkara ni makan masa sikit. Abang redha. Abang balik dululah. Kena cepat ni" ucap Encik Hisham. "Ya baik. Serahkan je anak abang pada Nia. Nanti Nia jaga dia macam anak Nia sendiri. " ujar Puan Rania kembali gembira. "Haha, ya baiklah. Abang pergi dulu. Assalamualaikum " "Waalaikumussalam, drive elok2" pintu ditutup. " Jom, mama tunjukkan bilik Nia" Dia melihat ke arah bakal anak tirinya. Ini kali pertama dia melihat anak kepada bakal suaminya. Cantik orangnya. Dengar kata, dia juga belajar di tempat yang sama dengan Ryan. "Ayrin Amani, bukan? "Soal Puan Rania ketika menghantar Ayrin ke bilik. Ayrin tersenyum. "Ya, Ayrin Amani. Panggil Rin je " ujar Ayrin lembut. "Umur berapa? "Soal Puan Rania ketika mereka menaiki tangga menuju ke bilik Ayrin. "18 " "Ouhh..muda lagi. Anak mama dah 23 . Tahun ni last year dia study " "Ouh.. dia belajar mana?" "UiTM Shah Alam. Sama dengan Rin. Dulu 3 tahun dia study di UK dlm jurusan business law. Balik Malaysia semula, terus sambung belajar lagi di UiTM. Nak jadi businessman macam arwah abah dia. " cerita Puan Rania. Puan Rania tersenyum lagi. "Rin rehatlah atau pergilah tengok sekitar rumah ni. Mama nak masak dulu. Nanti mama panggil, kita makan sekali dengan Ryan " Nia mengangguk. Puan Rania turun ke bawah. Ryan? Macam pernah dengar nama tu. Tapi siapa ya? Dia tertanya. Ayrin turun ke bawah. Dia berjalan ke belakang rumah. Kelihatan taman mini yang cantik dan kemas terbina di situ. Kelihatan sebuah kolam renang di sudut ruang itu. Dia kagum. Ruang laman yang luas itu dimanfaatkan dengan baik sekali. Dia berjalan sekitar kawasan itu. Sementara itu, Ryan yang masih berada di dalam biliknya berasa geram. Senang2 je mama suruh anak perempuan lelaki itu datang tidur di rumah. Dia berlalu ke arah balkoni bilik untuk menyenangkan fikirannya. Semasa berada di balkoni matanya terlihat seseorang yang amat dikenalinya. Ayrin Amani! Buat apa perempuan itu berada dirumahnya? Bibir diketap. Takkanlah anak lelaki itu adalah Ayrin Amani? "Woi perempuan!" panggilnya dari atas. Ayrin mendongak ke atas. Dia terkejut. Betullah nama Ryan seperti pernah didengari olehnya. Rupanya orang itu adalah seniornya. Mampuslah hidup aku kalau macam ni. "Kau pekak ke?!" Jerit Ryan bengang. "Tak..tak " jawab Ayrin ketakutan. "Naik atas sekarang! " arah Ryan. Ayrin mengangguk lalu masuk semula ke dalam rumah. Apala benda dia nak buat dekat aku kali ni. Ayrin kini berada di hadapan bilik Ryan. Dia teragak-agak ingin mengetuk. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam dan tubuhnya ditarik masuk oleh Ryan. Pintu ditutup dan dikunci oleh Ryan. Tubuh Ayrin dihempas ke tilamnya. Dia berdiri di hadapan Ayrin. "Kaulah anak perempuan lelaki tu? " soal Ryan sinis. Ayrin hanya diam ketakutan. Dia cuba untuk bangun tetapi sekali lagi tubuhnya ditolak jatuh ke tilam oleh Ryan. "Aku warning kau. Jangan sesekali anggap mama aku sebagai mama kau. Dan jangan panggil mama aku dengan panggilan mama. Aku tak suka. And one more thing, kau dan ayah kau bukan saudara tiri aku! Faham? Aku tak suka kau dan ayah kau tu!" Ucap Ryan keras sambil merenung tajam ke arah Ayrin. Benci. "Fa...faham "ucap Ayrin perlahan dan ketakutan. Arhhhh, baru sahaja berkenalan belum lagi papa dan Aunty Nia akan berkhawin. Macam manalah hidupnya nanti. "Satu lagi! Sepanjang kau ada dalam rumah ni. Jangan sesekali tunjuk muka depan aku! Aku tak suka! Aku benci. Faham? " ujar Ryan lagi. Ayrin mengangguk tanda setuju. Tidak tahu ingin bercakap apa di depan pembulinya. "Bangunlah dari katil aku. Buat kotor je dengan unsur-unsur perampas kau tu " arah Ryan sinis. Perlahan-lahan Ayrin bangun dari katil Ryan. Dia ingin berlalu ke pintu bilik. Tiba-tiba pintu bilik Ryan diketuk oleh Puan Rania. "Ryan..Ryan nampak Ayrin tak? "Soal Puan Rania dari luar. Ryan tersedar Ayrin berada dengannya. Dia menghampiri Ayrin dan mencekup mulut Ayrin dari belakang supaya gadis itu tidak mengeluarkan bunyi. "Manalah Ryan tahu. Ryan dalam bilik aje dari tadi." Tipunya. "Hrmm tak apalah. Ryan turun makan dulu. Mama nak cari Ayrin kejap " ujar Puan Rania dan berlalu pergi. "Hrmm! " Ryan melepaskan tangannya dari mulut Ayrin. Ayrin cepat-cepat menolak jauh tubuh Ryan yang secara tidak sengaja memeluknya. Nafasnya turun naik. Wajahnya sedikit pucat kerana ketakutan. Dia melihat Ryan yang jatuh di atas katil merenung ke arahnya dengan pandangan dingin bercampur marah kerana ditolak oleh dia. Tiba-tiba lelaki itu tersenyum sinis " takut aku buat sesuatu ke?" Soal lelaki itu. Ayrin mengangguk perlahan membuatkan Ryan tergelak besar. Polos gila minah ni. Dia bangun dan menuju ke arah Ayrin. Ayrin berundur ke belakang hingga tubuh terperangkap di muka pintu. "A..awak nak buat apa ni? "Ucap terketar-ketar. Dia diam dan melihat Ayrin. Pandangan redup itu menerpa matanya. Arhhhh, perasan apakah ni? Ryan diam. Hanya kedengaran hembusan nafas mereka berdua sahaja. " Aku takde nafsu pun dengan kau yang selekeh ni. keluarlah mama aku cari kau tu. " Pintu dibuka oleh Ryan. Ayrin mengangguk lagi dan berlalu keluar. Ryan menutup kembali pintu. Dadanya dipegang. Jantungnya berdegup kuat. Dia naik di atas tilamnya dan duduk bersila. Dia teringat semula Katanya tadi. " Aku takde nafsu pun dengan kau yang selekeh ni" Gila kau! Takada nafsu?? Nampak sangat menipu. Dia cuba menahan nafsu yang bermaharajalela di dalam dirinya aje tadi. Dia tidak tahan berada di dalam bilik berduaan dengan Ayrin. Sebab itu, dia menyuruh Ayrin keluar. Kalau tak, pasti gadis itu diterkam olehnya. Tambahan dengan wangian yang dipakai oleh gadis itu dan pandangan matanya . Oh my, Air liur yang ditelan terasa kasar seperti pasir. Dia sudah jatuh cinta dengan Ayrin. Di saat itu, dia hanya ingin memiliki Ayrin. Dia meraup wajahnya. Rambut dikuak ke belakang. Pipi ditampar beberapa kali. Cuba menghilangkan fikirannya yang nakal itu. Benar kata orang. Apabila lelaki dan perempuan duduk berduaan yang ketiganya ialah syaitan. SEWAKTU Ayrin menuruni tangga dia terserempak dengan Puan Rania yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. "Sayang pergi mana ? Mama cari merata tempat tadi "Soal Puan Rania risau. "Er.. Rin dalam bilik air tadi. Mungkin aunty tak dengar" tipunya. Ya Allah, aku tipu orang tua ni. "Ouhh.. dah, jum makan dulu. Rin pergi dulu. Mama nak panggil Ryan " ujar Puan Rania. "Takpayah panggil, Ryan dah turun ni. Jomlah, makan." Kata Ryan yang sedang menuruni tangga. Mereka bertiga duduk di ruang makan untuk menikmati makan tengah hari. Suasana ketika makan, senyap tidak berbunyi. "Rin belajar course apa di UiTM? " soal Puan Rania. Memulakan perbualan apabila Ryan dan Rin keduanya enggan membuka mulut. "Business Law" "Ouh, Samalah dengan Ryan. Nanti Rin boleh pergi kelas dengan Ryan " ujar Puan Rania melihat kedua-dua mereka. "Apesal, dia kena pergi dengan Ryan pulak? Selama ni boleh je pergi sendiri " Ryan membantah. Hanya ego untuk ditunjukkan kepada ibunya. "Why? Tak salahkan Ryan hantar Rin. Ryan tu dah jadi abang kepada Rin tau. Jagalah dia" balas Puan Rania. Ryan memberhentikan suapan. Dia melihat mamanya. "Sejak bila Ryan jadi abang kepada dia? Mama belum khawin lagikan dengan ayah dia. " balas Ryan tidak berpuas hati. "Walau macam manapun, Rin akan jadi adik kepada Ryan juga. Cuma tunggu masa aje. " balas Puan Rania tidak mahu mengalah dengan anak lelakinya. Ayrin yang sedari tadi diam melihat kedua beranak itu bertekak, akhirnya membuka suaranya. "Aunty jangan paksa Ryan kalau Ryan taknak anggap Rin sebagai adik dia. Err.. Rin boleh je pergi kelas dengan teksi nanti " ucap Rin lembut. Dia tidak mahu menjadi punca Puan Rania dan Ryan bergaduh. "Takpayah naik teksi! Kau pergi kelas dengan aku je. Buat habis duit je naik teksi. Dekat kawasan ni dah susah nak dapat teksi. Satu lagi, pemandu teksi tu bukan boleh harap sangat. Nanti kau jadi mangsa rogol dia orang pulak. "Bebel Ryan panjang. Entah kenapa dia rasa, tidak selamat melihat kekasih hati tak diiktiraf olehnya pergi ke kelas menaiki teksi seorang diri. Dia risau jika berlaku apa2 pada Rin dan dia tidak tahu kenapa dia boleh bercakap sebegitu kepada Rin. Mungkin kerana dia sudah angau akan Ayrin. "Ryan dah habis makan ni. Ryan naik dulu" katanya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Sesungguhnya dia malu bercakap sebegitu pada Ayrin. Ayrin melihat Puan Rania. Puan Rania melihat Ayrin. Seketika kemudian, mereka berdua tersenyum nipis melihat sikap Ryan yang sukar diduga. Sekejap lain, sekejap lain. "Ryan tu ego je. Otak kata taknak hantar Rin. Hati kata nak hantar Rin. Mungkin, dah timbul rasa nak protect Rin " ucap Puan Rania tenang. Rin hanya diam memikirkan apa yang diperkatakan oleh Puan Rania. Betul ke dia nak protect aku? Tapi kenapa tadi dia kata, dia benci aku? Arhh,,Peliklah dengan sikap Ryan ni. Pelik bin Ajaib. *** Selesai makan, Ayrin masuk ke dalam biliknya. Pintu dibiar terbuka. Dia melihat sekeliling bilik. Cantik. Hiasan bilik tersebut sangat simple. Dia bergerak ke bagasinya. Dia bersila di atas permaidani lembut berwarna ungu itu. Zip bagasi dibuka. Dia mengeluarkan pakaiannya untuk diletakkan di dalam almari. Tiba-tiba, Ryan datang menyapanya. " Kau duduk sini berapa lama? " soal Ryan dan mengambil tempat di atas katil Ayrin. Dia melihat gadis itu sibuk mengemaskan pakaian. "Selasa ni, saya balik " "Hrmm. Kau tak bangkang ke bila ayah kau nak khawin lagi " "Taklah. Saya gembira " balas Ayrin tersenyum kepada Ryan. Apabila lelaki itu menunjuk rasa tidak suka, segera dimatikan senyumannya. "Apesal gembira pulak?" "Sebab saya dilahirkan tapi kasih seorang ibu sejak bayi lagi. Jadi, bila papa nak khawin lagi saya suka sebab saya akan dapat kasih sayang seorang ibu " jawabnya lembut. Ryan terdiam dan melihat ke arah Ayrin dengan dalam. Ayrin berasa kekok apabila direnung sebegitu. "Tapi.. awak jangan risau, saya tak akan anggap mama awak sebagai ibu saya. Macam awak cakap. Jangan risau, okay? " ucapnya. Ryan dilanda rasa bersalah. "Kau ni memang macam ni hah? Selalu biar orang buli kau. Ambil kesempatan ke atas kau? "Ryan bertanya. Ayrin hanya diam. "Sesekali tu, pertahankanlah diri kau sikit. Jangan jadi mangsa buli macam sekarang. Beranikan diri tu. Ni tak, kolot jer memanjang. One more, panggillah mama aku guna panggilan yang sepatutnya. Aku benarkan." ucap Ryan. Dia bangun dari tilam dan keluar dari bilik. Sebelum dia keluar, dia sempat berpesan kepada Ayrin. " Hari Isnin nanti, jangan lambat sangat. Nanti aku tinggal kau " katanya seraya keluar. *** Suasana di dalam kereta pada hari Isnin itu sunyi. Mereka kelihatan kekok apabila keduanya tidak membuka suara. Hanya ditemani dengan lagu di corong radio sahaja. Apabila tiba di simpang jalan untuk masuk ke University. Aryin meminta Ryan memberhentikan kereta. "Kenapa?" Soal Ryan kehairanan. "Err.. saya takut orang lain salah faham tentang kita. Berhenti sini, saya boleh jalan masuk sediri " balas Ayrin. Lelaki tampan itu memandangnya tajam. Ayrin menunduk wajahnya apabila dipandang begitu. Suasana diam beberapa saat. Sebelum Aryrin bersuara. "Saya keluar dulu " dia ingin membuka pintu kereta, malangnya terkunci. "Err..Ryan boleh tolong unlock tak?" "Aku cakap apa hari tu dekat kau? " soal Ryan dingin. Ayrin berfikir " Err.. jadi berani? " "That right!. Okay listen here, lantaklah dekat orang nak salah faham or nak busybody pasal kita. Yang semestinya, kita tak buat apapun. Remember, be brave to yourself! "Ucap lelaki itu tegas merenung anak mata Ayrin. "By hook or by crook. I will send you until we reach to the university. "Tegasnya. Kakinya memekan pedal dan memulakan permanduan semula. Tiba sahaja di perkarangan University, ramai mata memandang ke arah mereka. Ada yang berbisik sesama mereka. Ada juga yang menjeling sinis ke arah Ayrin. "Ayrin remember apa yang aku kata tadi "pesan Ryan sebelum pergi dari situ. Meninggalkan Aryrin yang masih lagi kelihatan terpinga-pinga. Dia melihat ke arah pelajar yang masih melihat ke arahnya. Serta-merta wajahnya membahang menahan rasa. Dia menunduk kepalanya sedikit dan berjalan ke kelasnya. Perwatakannya yang kolot itu sudah datang semula. Dari jauh, Ryan melihat Ayrin hingga gadis itu hilang dari pandangannya. Kenapa aku rasa nak melindunginya? Dia tertanya. SELEPAS 2JAM, mendengar dan mempelajari pelajaran yang diajar oleh pensyarah Ayrin keluar dari kelas dan menuju ke Kafeteria. Setibanya disana, dia dipanggil oleh Syatilia seniornya. "Rin tolong aku boleh tak? " Soalnya. "Tolong apa? " "Tolong aku pergi ke Dewan Kuliah ambil beg aku " suruhnya dingin. "Dewan Kuliah ? Jauhlah. Lagipun lepas ni saya ada kelas lagi. Takut tak sempat makan " balasnya takut2. "Ishhh, nak suruh buat macam tu sikit pun tak boleh. " tempelak Syatilia tiba2. Tubuh Ayrin ditolak ke belakang dengan kuat hingga Ayrin terjatuh. Pelajar yang lalu-lalang disitu hanya membiarkan Ayrin dibuli. Bagi mereka, ia sudah menjadi kebiasaan. Ketika kumpulan Ryan lalu disitu, Ameer ternampak Ayrin dibuli. "Bro, minah kolot kena buli " ucap Ameer. Mereka bertiga melihat ke arah yang disebut. "Kau rasa apa yang akan terjadi lepas tu? "soal Meen penuh berminat. "Surelah, kena pukul or kena tarik rambut. Then, kita pergi keruhkan lagi keadaan." balas Yazz. "Yups betul! Biar Ryan nak buat apa kat dia " balas Ameer. Ryan diam melihat Ayrin dicaci oleh Syatilia. Ishh, minah ni. Aku dah pesan tadi. Tak buat juga macam yang aku suruh. Degil betullah. Hatinya berbisik. Apabila Syatilia ingin mengangkat tangan ke Ayrin. Ryan tersentak. Rahang diketap. Penumbuk digenggam. Ishh minah ni, Ayrin aku tu! Hatinya memberontak. Dengan pantas dia pergi ke arah mereka. Panggilan rakannya yang memanggil tidak disahut. Dia menahan tangan Syatilia daripada menampar Ayrin. Tangan itu dilepaskan dengan kasar. Ayrin ditarik ke belakangnya. Lengan gadis itu dipegang kejap tidak mahu dilepaskan. Dia mahu melindungi gadis yang mula bertatah di hatinya. "Kau nak tampar dia pehal?! " Soalnya kuat. "Ryan! Whats wrong with you? Why you want to protect her? "Soal Syatilia tidak puas hati. "Why? Sebab aku tak suka kau buat dia macam tu. Aku nengaku aku juga buat macam korang buat . Tapi sekarang, tak lagi. She totally mine!" Ucapnya keras. Ayrin yang berada di belakangnya, tergamam. Aku dia punya? Ingat barang ke apa?? Rakan2nya juga kelihatan terkejut. Tetapi tidak berani membantah. "And sesiapa yang berani sentuh dia walaupun seinci. Aku akan cari dia sampai dapat! " Ryan memberi amaran kepada semua pelajar disitu dengan suara yang kuat. Dia menarik Ayrin pergi dari situ dengan segera. ###### Terima kasih kerana membaca. Cerpen ni, tak best macam cerpen yg korang baca kat mana2 blog selama ini. Suka tak watak Ryan Iskandar ni?? Hehe.. Actually watak ni tercipta selepas shuhada ada ternampak seseorang jejaka ni time makan dengan member dekat kedai makan. Cara dia tengok people around him. Perghh, memukau!! Dengan pandangan yang sejuk beku yang mampu mencairkan hati perempuan tu mendorong shuhada tulis this cerpen. Cehhh. Plss support me okay! ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...