Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Manipulasi Cinta (PART3)

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta (Part 3) Ayrin dibawa ke belakang bangunan fakulti. "Aku cakap apa tadi? Kenapa kau tak pertahankan diri kau? Kenapa kolot sangat biar orang lain buli kau?! " marah Ryan sambil bercekak pinggang. Matanya mencerlung Ayrin yang diam tak terkutik. Dia tahu Ayrin ketakutan. Tapi, dia harus mengajar Ayrin supaya menjadi lebih berani. "Aku tanya ni kenapa tak jawab? " marah Ryan kuat hingga bahu gadis itu terangkat. "Sa..saya takut " jawab Ayrin perlahan tetapi masih lagi boleh didengari. "Takut je memanjang. Minah kolot" Ryan bercakap sinis. Suasana diam seketika. Ryan melihat Ayrin, Ayrin diam menunduk kepala. Tiba-tiba, Ayrin bersuara. "Aw..awak bukan sesiapa bagi saya. Saya boleh buat semua ni dengan sendiri. Jangan kacau life saya. My your own business " Ucapnya berani walaupun sebenarnya dia ketakutan. Ryan Iskandar diam. Dia tidak marah apabila Ayrin berkata sebegitu kepadanya. Malah dia gembira kerana ada perubahan dari gadis ini walaupun sedikit. Ryan menarik Ayrin ke dalam pelukannya. "You did better just now " ucap Ryan sambil mengusap rambut bakal adik tirinya itu. Ayrin hanya diam. Dia nampak sisi baru daripada Ryan. Ryan seorang yang sweet dan romantik dalam memujuk. Tiada lagi sikap panas baran dan suka memarahi orang. Hatinya tenang. "Jadi berani! Faham?" Kata Ryan. Ayrin menganggukkan kepalanya. Pelukan dileraikan. "Nanti balik tunggu aku di kereta jangan balik seorang diri"pesan Ryan. Dia menggosok rambut Ayrin persis seperti adik dengan abang. Dia berlalu pergi. Kini dalam hatinya, tersemai nama Ayrin Amani. Sesungguhnya, dia cinta akan gadis itu. *** Sebulan berlalu, kini tibalah masanya Puan Rania dan Encik Hisham diijabkabulkan. Setelah selesai akad nikah di rumah nenek Ryan di Kedah. Mereka mengadakan sedikit jamuan ringkas yang dihadiri oleh sanak-saudara. Ayrin duduk berehat di bangku taman mini kediaman agam nenek tirinya. Keluarga sebelah Ryan memang dari orang ternama. Itu boleh dilihat melalui penampilan Ryan sahaja. Sedang melayani menungnya, tiba2 dia rasa seperti seseorang duduk di sebelahnya. Kepala dikalihkan. Ryan Iskandar. "Curi tulang eh?" Soal Ryan melihat Ayrin. "Takdelah. Duduk berehat sekejap" Ayrin berkata. "Seronok tak , dah jadi ahli keluarga aku? Dah dapat mama baru?" Soal Ryan ingin tahu. "Seronok!" Ayrin tersenyum manis. "Kolotlah kau!" Dahi Ayrin ditunjal perlahan. Hubungannya dengan Ayrin makin erat selepas kejadian bulan lepas. Kini, tiada siapa berani mengacau Ayrin disebabkan adanya Ryan disisi Ayrin. Dan hingga kini, dia masih lagi belum meluahkan rasa cintanya kepada Ayrin. Suasana kembali diam. Hanya kedengaran air terjun buatan nenek Aryan berbunyi. "Aku takkan anggap kau sebagai adik tiri aku. "Ucap Ryan perlahan. Dia tunduk bermain jemarinya. "Kenapa?" Sebab aku akan anggap kau sebagai gadis aku. Kau milik aku jer. Kata-kata itu hanya diucapkan di dalam hatinya sahaja. Belum tiba masanya lagi. "Kenapa Ryan? " soal Ayrin lagi apabila Ryan tidak menjawab soalannya. "Dah! Aku nak masuk pergi makan. Jom teman aku makan." Ajak Ryan. "Takpa. Makan dulu" tolak Ayrin lembut. Ryan membuat muka tidak berpuas hati. Dia menarik tangan Ayrin. "Jomlah Rin..." ajaknya manja. Dia memegang tangan Ayrin supaya bangun. Ayrin tersentak. Hatinya tercuit. Comel juga Ryan buat2 manja. Akhirnya, dia mengalah juga. Kepala diangguk lalu mereka beriringan masuk ke dalam rumah bersama. Dari jauh kelihatan Nek Sofiah melihat kedua mereka. Hatinya tersenyum senang. Teringat kenangan bersama arwah suaminya ketika mereka muda-muda dahulu. Sama seperti Ryan dan Ayrin. Tika itu, hatinya meronta-ronta ingin menyatukan mereka. Otaknya ligat merangka strategi. "Mak.. buat apa tu? " sergah Puan Rania. "Ehh, kamu Nia. Tak buat apa pun. Saja layankan diri ni kejap. Kat dalam semua okay? " "Semua okay, mak. Tetamu pun dah makin kurang " ujar Puan Rania. Nek Sofiah hanya mengangguk. Dia gembira melihat anaknya sudah bahagia dengan pilihan hati. Walaupun ini kali kedua, dia melangsungkan pernikahan. Tiba-tiba dia teringat mengenai Ryan dan Ayrin. "Nia, mak nak tanya sesuatu ni " kata Nek Sofiah separuh berbisik. "Tanya apa mak? Macam penting aje" Nek Sofiah menarik Puan Rania pergi ke bangku taman mini. "Mak nak tanya.. Ryan dengan Ayrin masing-masing dah berpunya ke? " "Ryan dengan Ayrin? Rasanya tak ada kot..sebab Ryan tu sibuk dengan Jamming. Ayrin pula selama sebulan bersama dia, tak pernah nampak dia dengan lelaki lain. Selalu dengan Ryan je. " jelas Puan Rania kepada Nek Sofiah yang tekun mendengar. "Hrmm..baguslah kalau macam tu." Nek Sofiah berkata perlahan. "Ada apa sebenarnya ni mak?" Puan Rania semakin kehairanan. "Sebenarnya ..mak ingat nak satukan mereka berdua. Sebab mak, tengok mereka tu macam dah ada jodoh bersama. " terang Nek Sofiah. "Satukan mereka? Khawin? Mak.. diaorang tu masing-masing muda lagi lah. Ayrin baru 18 tahun. Kenduri Nia ni pun, xhabis lagi. Sudahlah, mereka tu tak tahu apa2 pasal rumah tangga lagi. Tak sampai seminggu berkhawin sudah bercerai" Puan Rania berkata penuh risau. "Mak tahulah apa yang mak buat. Lagipun, mak memang berkenan dengan mereka berdua tu. Lepas ni, mesti kamu semua tinggal bersama. Tak manislah, nanti bila Ryan dan Ayrin tinggal bersama bila kamu berdua pergi kerja. Lelaki berdua-duaan serumah? Kamu rasa? " Terang Nek Sofiah panjang lebar. "Mak.." "Dengar dulu mak tak habis bercakap lagi ni. Okay, pasal umur pula. Tak salahkan, kalau kita khawin awal. Malah digalakkan untuk elakkan zina dan maksiat. " "Saya risaulah mak " luah Puan Rania lagi. "Memanglah bagus cadangan mak. Masalahnya, mereka tu nak ke? " Sambungnya. "Nak ke tak nak ke. Diaorg mesti ikut arahan mak. Diaorang tu dah jadi cucu mak. Mak tahu, Ryan dan Rin pasti takkan membantah. " ujar Nek Sofiah yakin. "Nanti saya cakap dengan Hisham" balas Puan Rania. Dia tidak boleh membantah jikalau maknya sudah membuat keputusan. "Lagi satu, pastikan lepas Ryan graduate. Syarikat kita, Ryan yang handle " ucap Nek Sofiah lagi. "Baik mak. Nia masuk dalam dulu" setelah menyalami ibunya, Puan Rania berlalu pergi. *** SEMINGGU KEMUDIAN.. Setelah semua majlis pernikahan antara Puan Rania dan Encik Hisham selesai mereka pulang semula ke Selangor. Kini, Ryan dan Puan Rania sudah berpindah masuk ke rumah banglo Encik Hisham Walaupun ketika itu, Ryan bantah sekerasnya. Tetapi dia akur juga dengan perintah mamanya. Malam itu, ketika mereka sekeluarga menikmati makan malam. Puan Rania bersuara. "Ryan, Ayrin. Mama nak bagitahu kamu sesuatu ni. Amanat dari nenek kamu" ucap Puan Rania memulakan bicara. Suaminya hanya diam. Tahu, agenda sebenar si isteri. Dia menyokong cadangan mak mentuanya itu. Ryan adalah calon terbaik untuk menjaga Ayrin. Puteri kesayangannya. "Nek amanat apa ma? "Soal Ryan. Dia berhenti dari suapannya dan melihat kearah mamanya. Ayrin juga begitu. Amanat apa la Nek Sofiah beritahu. "Macam ni.. nenek kamu ingin jodohkan kamu berdua "ucap Puan Nia. "Apa?!" Soal Ryan dan Ayrin serentak. "Jodohkan? Mean nikah? Dengan Rin? No..no taknak! Ryan taknak " Ryan membantah. Please Jangan suruh aku kahwin. Aku tak bersedia lagi. "Mama betul ke? Rin taknak. Papa please.." bantah Ayrin pulak. Dia taknak kahwin dengan Ryan. Tolonglah seseorang selamatkan dia. Dia masih muda. "Betul sayang. Nenek kamu suruh sampaikan hasratnya kepada kamu. Setuju ke tak, kamu tetap perlu nikah. Tiada bantahan" jelas Puan Rania. "Mama.. please jangan buat macam ni. Kitaorang tak naklah. Ryan still muda lagi. Tak tahu pasal selok belok rumah tangga lagi. Ayrin pun baru 18 tahun. Muda lagi" Tempelaknya. Dia tak nak! Nikah dengan Rin. Itu memang dia inginkan. Siapa taknak nikah dengan buah hati. Peluang keemasan tu. Tapi, untuk bernikah pada masa sekarang . Bukan prinsipnya. Dia belum selesai meneroka dunia lagi. "Rin macam mana? " soal Encik Hisham. "Rin..tak nak. Rin still belajar. Rin tak boleh tunaikan amanat dari nenek kalau macam ni. " bantahnya. Ryan merengus kasar. Bencinya jika dipaksa begini. Ini bukan zaman tuk kaduk lagi. Nak kahwin still kena ikut pilihan keluarga. Ini sudah abad ke-21! "By hook or by crook. Ryan taknak kahwin dengan dia! Full stop! " Ryan bangun dari kerusi dan berlalu ke kamarnya. Pintu kamar dihempas kuat. "Ryan.. kejap ..Ryan!" Panggil Puan Rania tetapi tidak disahut. Dia melihat Ayrin yang diam tetapi jelas tidak suka dengan permintaan nenek mereka. "Rin tolong .."ucap Puan Rania sayu. "Maaf. Rin taknak kahwin juga. " Ayrin juga bangun dan berlalu pergi. "Abang macam mana ni. Mak nak keputusan dengan segera " soal Puan Rania gelisah. "Kita cari jalan yang lain. Ikhtibar dulu. Beritahu mak yang diaorang tak setuju. Lepastu, kita tengok apa kata mak " Puan Rania menggangguk. HUJUNG MINGGU itu, Ryan keluar bersama dengan rakannya. Mereka melepak di Starbuck Cafe, Mid Valley. Dia masih lagi memikirkan akan permintaan neneknya. Arhhhh, kusut. Tapi, ada baiknya jugak kalau dia nikah dengan Rin. Gadis itu, akan jadi miliknya selamanya. Tapi, perasaan gadis itu macam mana? Sudahlah ,ini tahun pertamanya belajar. Jikalau dia, tak apalah juga kerana ini tahun terakhirnya. Macam mana ingin uruskan rumah tangga dan pada masa yang sama perlu fokus dalam pembelajaran. "Woii, Ryan apesal diam je? Air tu, tak terusik pun. Ada prob?" soal Meen pelik. "Hrmm.. ada sikitlah" katanya. "Apa? Ceciter. Maybe, kitaorang boleh tolong kau " soal Ameer pulak. "Pasal Ayrin ke? " soal Yazz. "Hrmm, yups ada kena mengena dengan dia jugak "katanya. "Macam ni.. korang tahukan, aku dengan Ayrin adik beradik tiri." Mereka bertiga mengangguk. Mereka memang sudah dimaklum awal lagi. Hanya mereka sahaja tahu mengenai perkara itu. "Nenek aku.. suruh aku kahwin dengan Ayrin" ucapnya lemah. "Apa?!" Mereka bertiga terkejut. "Kau biar betul?!"soal Yazz. "Betul... tapi aku memang dah bantah. Aku takkan kahwin dengan Ayrin " dia berkata. "Hrmm, aku bukannya apa. Cuma.. kau sendiri cakap that you love her. So, this is your chance to make her be your mines. Ambil je laa peluang ni " nasihat Meen. Yazz dan Ameer mengangguk tanda setuju. "Aku memang nak dekat dia. Tapi, aku still tak habis enjoy lagi " ucap Ryan. "Hrmm, ikut kau lah. Aku dah bagi kau nasihat. Keputusan atas kau "ujar Meen selaku rakan karib yang selalu bersama Ryan dimana saja. "Kau kahwin dengan dia pun. Boleh enjoy laa.. Dalam bilik, tiap2 malam. Perghh kau akan rasa, dunia ini kau yang punya" ucap Ameer galak. Ryan mengetuk kepala Ameer " otak kuning kau ni. Orang kahwin bukan sebab nafsu tahu. Orang kahwin sebab menghalalkan yang haram dan untuk saling melengkapi" ucap Ryan. Hatinya terasa sedikit tenang apabila meluahkan masalah kepada kawan-kawannya. Tiba-tiba iphone5snya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia melihat nama diskrin. Ayrin. Segera di tekan butang hijau. "Hello. Kenapa call aku? " Soal Ryan. Rakannya hanya diam melihat ke arahnya. "Nenek balik and tengah cari awak" balas Ayrin. "Hah, cari aku? Kenapa? " "Mana la saya tahu. Tanya saya pulak " marah Ayrin. Ayrin sudah berani melawan kata dengan Ryan dan tidak lagi gentar untuk bercakap dengan lelaki itu. Dia sudah melepasi tahap ketakutannya. "Hrmm,yelarhh. Aku otw " ucap Ryan. Panggilan dimatikan. "Nenek aku ada rumah ni. Aku gerak dulu, apa2 rojer " Ryan mengambil kunci keretanya dan dompet di atas meja. Selepas berjabat tangan dengan rakannya. Dia memecut pulang ke rumah. KEPULANGANNYA, disambut mesra oleh neneknya. Mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbincang sesuatu. "Baiklah, semua dah ada di sini. Nenek datang sini sebab mahu berbincang mengenai pernikahan Ayrin dan Ryan. " jelas tujuan Nek Sofiah ke sini. "Nenek tak jadi kan? "Soal Ryan berani. "Siapa kata tak jadi. Majlis itu akan berlangsung. Kamu setuju atau tak,keputusan nenek muktamad. Ryan Iskandar akan menikahi Ayrin Amani " putus Nek Sofiah. Disaat itu,janganlah sesiapa menbangkang keputusan Nek Sofiah. "Nenek tolong kami nek. Kami masih lagi muda "rayu Ayrin sayu. "Betul nek.. kami muda lagi " tambah Ryan pulak. "Mak.. jangan paksa mereka sangat. Nanti stress " ucap Puan Rania. "Betul apa mereka kata. Mereka still muda lagi " kata Encik Hisham pulak. "Stress ke muda ke, kamu berdua harus bernikah juga! Jangan bangkang keputusan nenek. Nenek pantang bila orang bangkang apa yang nenek suruh." Marah Nek Sofiah hingga membuat mereka empat beranak terdiam. "Kamu tak kesian ke dekat nenek. Nenek nak tengok cucu nenek menikah sebelum mata tua nenek ini terkatup. Itu aje. Pasal muda ke tua ke letak tepi dulu. Kamu boleh belajar mengenali rumah tangga nanti." Ucap Nek Sofiah sayu. "Nenek sudah rancang kesemuanya . Kamu hanya ikut sahaja. Everything, just let me handle. Ryan akan bertunang dengan Ayrin hujung bulan ini" "Hujung bulan ni? " soal Ayrin agak terkejut. "Yes, selepas 3 tahun iaitu selepas Ayrin graduate. Kamu akan menikah." Jelas Nek Sofiah. "Maksud nenek, masa Ryan 26 and Rin 21 tahun, kitaorang baru kahwin?" Ucap Ryan. Lamanya. Kena tunggu minah ni graduate pulak. Aipp, Ryan tak sabar nak khawin ke? "Syarikat mama akan diserahkan pada Ryan after you graduate this years " ucap Encik Hisham. "Ryan handle Syarikat? Betul ni ma? " Ryan teruja. "Ya, dengan syarat jangan putus tunang " kata Nek Sofiah. "Yes, I will! "Tiba2 sahaja bersetuju untuk kahwin dengannya. Dia memang dari dahulu ingin menjadi sebahagian daripada syarikat. "Ayrin okay tak sayang? Diam je " soal Puan Rania. "Okay .. Rin cuba "katanya perlahan. "Baguslah macam tu" seraya. Nek Sofiah memeluk tubuh Ayrin. Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk bertunang. Apakah yang akan terjadi selepas ini? #### Part seterusnya akan dipost secepatnya. Terima kasih kerana membaca. Suka tak ? Best tak? .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...