Karya ini adalah HAK MILIK NURUL SHUHADA ! ,
" Don't judge my choice without understand my reason " - shuhada
By, Nurul Shuhada
ISTERIKU STUDENTS. Part2
" berapa kali saya nak cakap betullah, saya dengan dia tak buad apa-apa pun. Dia masuk sebab nak pinjam tandas je, kami tak buad apa-apa pun " terang Rish. Sudah beberapa kali dia menerangkan benda yang sama.
Tapi tiada seorang pun yang percaya.
Abang-abangnya hanya diam sahaja. Umi sudah menangis. Keluarga sebelah lelaki itu hanya diam dan kelihatan tenang je. Mungkin diaorg terima kot. Lelaki tu pulak hanya diam dan menunduk wajahnya ke lantai. Boleh pulak, mamat haprak ni diam macam patung pulak. Biarkan aku je yg terang. Aku sepuk kepala kang. Aduhh.
"Woi, jangan diam je la, kau tolonglah cakap benda yg betul. Dahla ni semua salah kau ,cakaplah cepat ! " jerkah Rish kepada Tengku Ameerul. Lelaki itu hanya diam. Aku pun keliru jugaklah. Perempuan nilah.
"Adik sopanlah sikit "marah Fahmie, abang sulung Rish.
"Nak sopan apa lagi? Dia ni memang patut dipersalahkan " amuk Rish lalu pergi ke arah lelaki itu dan ingin memukulnya tapi sempat dihalang oleh abang chik.
"Adik, janganlah macam ni " ucap Farhan pulak, abang ngah Rish kemudian Fahrin, abang Chik kpd Rish bertindak memeluk adiknya yang sedang mengamuk itu. Dia faham perasaan Rish.
"Senang macam ni, kita nikahkan je diaorg berdua ni habis cerita " sampuk walid yg tadi kelihatan tenang. Semua yg berada dalam bilik tersebut terkejut termasuk lelaki itu.
"Apa?? , walid jangan macam ni la, Rish tak buad apa-apa pun. Walid tolong pertimbangkan " rayu Rish sambil menangis dia yg berada dalam pelukan Fahrin rebah ke lantai.
"Walid dah pertimbangkan , Nur Farisha akan bernikah dengan Tengku Ameerul malam ni jugak! . Macam mana Tuan Muazz setuju? " ucap Walid. Dia tidak sama sekali kecewa. Dia berasa inilah yg terbaik buat anaknya.
"Saya dan isteri setuju dengan keputusan Tuan Faizal. Inilah jalan yg terbaik. " ujar Tengku Muazz. Isterinya hanya mengangguk.
"Tak- tak , walid jangan macam ni " kata Rish tersedu-sedan. Tuan. Faizal tidak mengendahkn anaknya. Ini semua salah kau Tengku Ameerul. Aku akan buat hidup kau seksa bila khawin dengan aku. Nekad Rish.
Setelah setengah jam, memekak sama sendiri. Akhirnya, Farisha dan Tengku Ameerul bersetuju untuk bernikah.
" baiklah, kes ini di kira selesai " kata pengawai tersebut.
***
"Aku terima nikahnya Nur Farisha binti Faizal dengan mas khawinnya sebanyak RM80 tunai " Dengan sekali nafas Rish sah menjadi isteri kepada Tengku Ameerul. Jejaka yg tidak pernah dia kenali.
Selepas acara pembatalan air sembahyang. Farisha dengan segera masuk kebiliknya. Dia tidak peduli dengan semua orang yg ada disitu. Hatinya sungguh sedih mengenang nasib dirinya. Aku nak tidur esok sekolah, Malas nak masuk campur dengan semua orang ni. Tambah2, ada mamat haprak yg seronak melayan sanak saudara. Sedangkan aku? Haish, Geram tengok muka dia tu. Monolog Rish.
Tengku Ameerul yg sibuk berbual dengan Farhan tadi meminta ke bilik setelah melihat Farisha berlalu ke bilik.
Semasa dia ingin berlalu Farhan memegang tangan Tengku Ameerul.
" Adik aku tu memang keras kepala sikit, kau cakap la baik2 dgn dia. In Shaa Allah , lembutlah hati dia nanti. Dia maybe terkejut lagi kot fasal hal ni " terang Farhan. Dia tahu sangat fasal adik bongsunya itu. Kalau benda yg dia tak suka, memang dia akan benci sampai bila2.
"Hrmm, thanks bro. Aku janji , aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku" janji Tengku Ameerul.
"Hrmm2, bagus betul adik ipar aku ni. By the way, kita tetap kawan okay? "
Tengku Ameerul mengangguk.
***
Di dalam bilik....
Tak guna punya mamat haprak, kat pejabat agama petang tadi punyalah diam macam patung bernyawa. Lepas je akad nikah, terus jadi hypeactive. Tolong tu la ni la. Dia tak sedar ke yg kitaorang ni kahwin paksa ja. Ngomel Rish geram.
Dia mengambil botol perfume jenama Playboy di atas meja solek dengan niat ingin membalingnya tanda protes tiba-tiba pintu dikuak, terpacul wajah Tengku Ameerul di muka pintu. Lelaki itu masih lagi memakai baju melayu tetapi songkok dan samping sudah hilang entah kemana. Rish tidak jadi baling.
"Awak nak buat ape dengan perfume tu? Nak baling kat saya?" soal Tengku Ameerul.
" Erkk.. sa..saya, ehh a..aku.. Ishh, takde ape la " jawab Rish tergagap lalu meletakkan kembali perfume tersebut.
Tengku Ameerul tergelak kecil. Comel pulak isteri aku ni. Timbul satu akal jahat untuk mengena Farisha. Dia bergerak ke arah Rish hampir dan semakin hampir. Rish pelik dan ketakutan dia bergerak ke belakang hingga badannya tersentuh dinding.
" a..awak na..nak buat apa ni? " soal Rish takut.
"Hrmm..buat ape ye?, awak rasa saya nak buat ape? " soal Tengku Ameerul semula kepada Rish. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di dinding. Rish dikepung.
"Awak, saya budak sekolh lagi la. " rayu Rish.
"I don't care " bisik Tengku Ameerul di telinga Rish, dia semakin dekat dan dekat ke arah Rish sehingga hanya kedengaran nafas mereka sahaja.
Rish memejam matanya. Tiba-tiba. HAHAHAHA. Tengku Ameerul tergelak terbahak-bahak.
"You think I'm crazy? ,saya tak buat benda macam tu kat awaklah. Saya waras lagi " ucap Tengku Ameerul dan menjauhkan dirinya.
"Ishh. Saya bagi penampar jepun kang " marah Rish.
"Hahaha,awak dah mandi? "Soal Tengku Ameerul.
" Nak kata buta , tak buta pun. Awak dah tengok saya still pakai baju kurung ni ,maksudnya saya belum mandi lagi la " aduhh.. bodoh soalang bak kata Ustaz Adzhar Idrus.
"Kalau macam tu, saya mandi dulu " kata Tengku Ameerul lembut lalu mengambil tuala dan berlalu ke dalam bilik air sempat lagi Tengku Ameerul mengenyit matanya kepada Farisha.
Selepas Tengku Ameerul masuk ke dalam bilik air. Rish terduduk di sofa. Dia memegang dadanya.
Wehh.. kenapa berdebar-debar ni. Dia kenyit mata ja pun , kau dah cair. Nur Farisha sedarlah kau.
Dia bangun lalu ke meja solek. Dia ingin membuka lipatan tudung selendangnya. Tetapi tidak boleh.
"Umi la ni, letak pin banyak sangat sampai payah nak bawa keluar. Aduhh. Sampai bila nak buka ni " ngomel Rish.
Setelah 10 minit berlalu, tudung Rish masih lagi belum ditanggal. Dia geram. Rish mengetap gigi dan mengenggam tangannya. Aku tak boleh nak sabar dah. Dia memegang tudungnya dan ingin merentap tetapi tiba-tiba dia merasa sesuatu memegang tangannya. Rish kaku. Dia melihat ke arah cermin dihadapannya. Tengku Ameerul yg memegang tangannya. Dia terkaku lagi sekali apabila melihat Tengku Ameerul hanya bertuala sahaja.
"Awak ni la, tudung yg cantik ni awak nak rentap bagi terkoyak?. Kasar betullah isteri saya ni " ucap Tengku Ameerul lembut sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
Dia melepaskan tangan Rish lalu menanggalkan semua pin di tudung Rish.
" Dah siap pun." Kata Tengku Ameerul lagi. Dia kemudian berlalu ke begnya untuk mencari pakaian yg sesuai untuk dipakai.
" Ermm, terima kasih " ucap Rish lalu ke bilik air. Pintu ditutup. Dia menyandar badannya di pintu bilik air.
Ya Allah, kenapa la dia hensem plus macho sangat ni. Ishh kau ni Rish, sedarlah sikit, Kau tu benci dia la. Kau nak dia seksa sebab nikah dengan kau. Tapi.. kenapa aku asyik berdebar-debar je bila dekat dengan dia.. Ahh, kusutnya..
***
Selepas selesai mandi dan berpakaian. Rish keluar dari bilik air. Dia melihat Tengku Ameerul sedang terbaring dia atas katilnya.
Nak tidur kat mana ni. Bisik Rish.
"Awak kenapa tercegat kat situ. Taknak tidur ke? " soal Tengku Ameerul hairan.
"Hah? , yeye.. saya nak tidur la ni " jawab Rish tenang. Tapi di dalam hati macam nak meletup je. Dia bergerak ke arah katil dan merebahkan dirinya disebelah Tengku Ameerul.
"Awak jangan risau, saya takkan minta hak saya sebagai suami. Saya tahu awak muda lagi. So, don't worry okay " ucap Tengku Ameerul .
"Hrmm awak , saya nak minta maaf sebab diam je kat pejabat agama petang tadi. Thats time, saya masih keliru. Is it too late now to say sorry? " Sambung Tengku Ameerul. Cehhh, macam lagu Sorry justin bieber pulak.
Tetapi tiada respon dari Rish.
Aikk, dia tak nak maafkan aku lagi ke? . Kenapa dia diam je ni. Getus Tengku Ameerul.
Tiba-tiba, Tengku Ameerul terdengar bunyi dengkuran perlahan. Laa.. punya la lama aku cakap dia dah tidur. Aduhh, mesti penat sangat ni. Tengku Ameerul menarik gebar dan menyelimuti badan Rish.
"Sweet dream " ucap Tengku Ameerul perlahan.
##########
Tadaa... nantikan sambungannya nanti. Hope enjoyed read this.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan