Karya ini adalah HAK MILIK NURUL SHUHADA ! ,
" Don't judge my choice without understand my reason " - shuhada
By, Nurul Shuhada
ISTERIKU STUDENTS. Part3
Rish terjaga dari tidurnya setelah alarm Iphone6snya berdering. Dia merasa sesuatu sedang melingkari pinggangnya. Dia cuak. Dengan segera dia memusing badannya ke arah kanan katilnya. Dia terkejut seseorang tidur disebelahnya. Dia ingin menendang tubuh tersebut tetapi sesuatu terlintas, ini kan Tengku Ameerul. Suaminya. Aduh Rish , kau makan semut banyak sangat ke? Sampai lupa kau dah kahwin.
Dia ingin melepaskan pelukan. Tetapi pegangan itu semakin kejap. Ishh , mamat haprak ni lepaslah.
Dengan ilmu silat gayung yg dipelajari disekolah, dia segera menendang tubuh itu jatuh dari katil.
Kedebukk. Jatuh Tengku Ameerul seperti nangka busuk.
"Woi, sakitlah.Kau ni perempuan ke apa?. Aku tampar kang! "Marah Tengku Ameerul apabila tidurnya diganggu. Semua perkataan awak-saya sudah hilang dimulutnya.
" padan muka, siapa suruh peluk saya, tengok kan dah dapat ganjaran istimewa dari saya. " kata Rish smbil tergelak kecil.
Lama-kelamaan bibir Tengku Ameerul jugak tersenyum kecil. Salah aku jugak. Aduhh. Getus Tengku Ameerul.
" I'm sorry. Apapun thanks kejutkan saya. Nak solat berjemaah tak? " tanya Tengku Ameerul.
"Nak.. saya mandi dulu " kata Rish semangat lalu berlalu ke bilik air.
Tengku Ameerul hanya tersenyum manis. Seronok melihat Farisha yang ceria itu. Alangkah seronoknya bercinta selepas nikah. Kita dapat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Dia akui, dia sudah jatuh cinta dengan Farisha kerana sikap budak sekolahnya yang bersahaja. Sungguh menarik hati.
***
Usai solat subuh berjemaah. Rish menyiapkan dirinya untuk ke sekolah. Inilah rutin hariannya sebagai pelajar sekolah.
"Dah siap? " soal Tengku Ameerul. Dia sudah siap dengan pakaian kerjanya.
Rish mengangguk .Mereka turun ke ruang makan seiring. Semua ahli keluarga Rish sudah berada di ruang makan tersebut.
"Haa.. Meerul, Rish mari duduk kita makan sama2 " ajak Tuan Faizal .
Suasana diruang makan tersebut hanya senyap. Cuma kedengaran garpu dan susun berlaga.
" Hari ini, Meerul hantar Rish ke sekolah yer, umi ada hal sikit kat butik. " pinta Puan Fareeda memecah suasana yg senyap tadi.
"Baik Umi, tapi Rish okay tak? " soal Tengku Ameerul.
"Okay je " jawab Rish selamba kemudian meneruskan suapan.
"Baguslah kalau macam tu, senang sikit kerja umi " ucap Puan Fareeda tenang.
***
" Awak masuk dulu dalam kereta, nanti saya datang " ucap Tengku Ameerul.
Rish hanya mengangguk dan berlalu ke BMW 3 series Tengku Ameerul .
Semasa berada di dalam kereta BMW milik Tengku Ameerul, Rish hanya diam. Matanya meliar melihat bahagian2 kereta tersebut. Almaklumlah first time naik kereta grand ni, selalunya naik Myvi umi jer.
" Alright, lets go " kata Tengku Ameerul setelah masuk ke dalam perut kereta. Dia melihat Rish belum memakai tali pinggang keledar walaupun engin keretanya sudah di-start. Dia berdehem. Rish hanya diam. Ishh budak ni.
Dengan segera dia bergerak ke arah Rish dan menarik tali pinggang keledar di sisi Rish dan memakaikannya. Jarak mereka terlalu dekat. Tengku Ameerul seakan memeluk Rish. Rish terkejut dengan tindakan Tengku Ameerul.
"Saya bukan nak ambik kesempatan. Just saya taknak orang yang saya mula cintai ni cedera. So, don't forget to wear your seat-belt " ucap Tengku Ameerul sambil mencuit hidung Rish.
Muka Rish sudah merah-kemerahan. Dia cinta aku? Dia kata dia cinta aku ke? . Takkanlah.
Tengku Ameerul tergelak kecil dan memulakan pemanduannya.
***
"Okay dah sampai." Ucap Tengku Ameerul.
"Yee, thank you. Saya balik pukul 5 petang. Jangan lupa ambil saya tau " kata Rish kemudian menyalam Tengku Ameerul. Isteri solehah derr, mesti kena salam. Hehe..
Dia ingin membuka pintu kereta tiba2 Tengku Ameerul menarik tangannya lalu mencium dahi Rish. Rish sekali lagi terkaku.
"Study hard sayang " ucap Tengku Ameerul.
Rish hanya mengangguk kemudian cepat2 keluar dari kereta dan berlalu ke pagar sekolah.
Tengku Ameerul melihat Rish berlalu ke pintu pagar. Tetapi, matanya tiba-tiba terbeliak apabila melihat seorang pelajar lelaki meletakkan tangannya di atas bahu Rish. Rish pula seakan tidak marah dan hanya membiarkan. Malah Rish kelihatan rancak berbual dengan pelajar lelaki tersebut.
Dia dilanda cemburu. Bahu bini aku tu. Bisiknya. Tapi takkan nak pergi belasah kot nanti orang kata apa pulak.
Dia memecut BMW 3 series menyusur jalan raya dengan hati yang tidak menentu.
***
Tepat pukul 5 , Tengku Ameerul sudah menunggu Rish.
Rish yg baru sahaja keluar ternampak kereta Tengku Ameerul kemudian dia cepat2 berlalu ke arah kereta lelaki tersebut.
" Sorry late, kena tahan dengan Cikgu Math tadi " ucap Rish setelah masuk kedalam kereta.
" Hrmm.. "
"Awak okay tak ni? " soal Rish hairan.
" Hrmm "
"Awak ni kenapa?, ceritalah sikit. Ade masalah ke kat pejabat? "soal Rish lagi. Tadi pagi elok je. Siap senyum2 lagi.
Tengku Ameerul menghadap ke arah Rish. Mukanya nampak muram.
" siapa lelaki pagi tadi yg letak tangan kat bahu awak? " soal Tengku Ameerul direct.
Aduhai. Pasal tu ke. Haduhh suami aku ni la.
" Ouhh tu kawan saya. Kami memang rapat dari form1 lagi. Jap-jap, awak jealous ehh " duga Rish sambil tersenyum sinis.
" Ye laa,suami mana tak jealous isteri dia bermesra-mesra dengan lelaki lain " kata Tengku Ameerul jujur.
"HAHAHA, awak ni lawak la. Dia tu dah anggap saya macam adik dia sendiri la. Dia takkan jatuh cinta dengan saya pun. " jelas Rish sambil ketawa.
"Hrmm, okay " ucap Tengku Farhan perlahan. Lega hati ceq bakhang..
"Dah tua bangka pun, jealous tak kena tempat. " kata Rish sambil tergelak kecil.
"Tua bangka pun..still handsome macam Lee Dong Wook okay." Kata Tengok Ameerul sambil memulakan permanduan.
"HAHAHA, perasan betul la "
"Hrmm2, saya ni perasan. Awak lapar tak? "Soal Tengku Ameerul.
"Tak lapar lagi. Kenapa nak pergi makan ke? " soal Rish pula
"Klau tak lapar lagi. Baguslah. Saya nak bawa awak pergi tempat yg special " ucap Tengku Ameerul sambil tersenyum manis.
" Wahh, pergi mana? "
"Ade laa. " kata Tengku Ameerul. Tempat ni pasti kau suka. Bisiknya.
"Okay2" kata Rish teruja.
##########
Tadaa... nantikan sambungannya nanti. Hope enjoyed read this.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan