Langkau ke kandungan utama

ISTERIKU STUDENT PART 4 (LAST)

" Don't judge my choice without understand my reason " - shuhada By, Nurul Shuhada ISTERIKU STUDENTS. PART 4 [ LAST PART ] " OKAY, dah sampai. Cantikkan " Kata Tengku Ameerul gembira. Dia memberhentikan BMWnya di hadapan laut biru yg sangat indah. "Erkk..pantai? Ni tempat yg istimewa tu? " soal Rish hairan. "Ye laa, ni la tempat special tu. Kenapa? " Kata Tengku Ameerul sambil menunjuk jarinya kearah laut. "Hrmm.. ingat kita nak pergi Legoland ke apa. Awak bawa saya pergi pantai je. Nampak sangat gaya orang tua dating. Tak cool langsung. Ade apa kat sini? Pasir dengan laut je. Saya tak suka la " bebel Rish tidak suka tempat itu. "Legoland tu tempat budak2 5tahun main awak tahu tak. Tak payah buat perangai sangat. Jum keluar " ucap Tengku Ameerul tegas. Perangai kalah budak2 betul la isteri aku ni. "Ishh, yela2 " Rish akhirnya mengalah dan keluar dari kereta. " Awak dah solat asar belum " soal Tengku Ameerul "Dah, tadi kat sekolah " jawab Rish acuh tak acuh. "Hrmm, kalau macam tu baguslah. Nah ambil baju ni lepas tu salin kat tandas awam " kata Tengku Ameerul lalu menyerahkan beg kertas berisi pakaian Rish yg dibawa dari rumah. " untuk apa? " soal Rish blur. "Yelaa ,takkan la nak pakai baju sekolah kot. Nanti orang kata apa pulak. " jawab Tengku Ameerul. Kenapa la dengan isteri aku ni. "Hrmm, okay " Rish ambil beg kertas tersebut dan berlalu ke tandas awam. Setelah menukar baju di tandas awam, Rish menunggu Tengku Ameerul di keretanya. 10 minit kemudian. Tengku Ameerul datang kembali. " Awak pergi mana? , lama tau saya tunggu " marah Rish. " Saya pergi solat jap, lepastu pergi beli makanan ringan. Sorry ye buat awak tertunggu. " ucap Tengku Ameerul lalu mengusap kepala Rish. Rish tersenyum manis. Mereka kemudian bergerak ke arah pantai. *** RISH berdiri di atas pasir pantai sambil melihat permandangan laut di hadapannya. " Hrmm, pantai pun pantai la " kata Rish dan boleh didengari oleh Tengku Ameerul yg berada di belakangnya. Dia kemudian menanggal kasut Conversenya lalu berlari ke arah laut dengan riang . Jiwa masih muda wehh.. apa lagi nikmatilah. Tengku Ameerul tersenyum kecil melihat Rish. Comelnya dia. Getus Tengku Ameerul. Tengku Ameerul menarik tarik lehernya lalu menanggalkannya. Dia menyinting lengan baju kemejanya hingga ke siku. Kemudian menyinting seluar slacknya dan membuka kasutnya lalu berlari ke arah Rish yg seronok bermain air. Dia memeluk Rish dari belakang hingga gadis itu terjerit kecil. Mereka bermain air dengan riang. Adakala Tengku Ameerul mencurah air laut ke arah Rish kemudian Rish membalasnya kembali. Setelah setengah jam bermain bersama, mereka duduk berehat di atas sebatang pokok kelapa yg tumbang sambil melihat matahari terbenam. " Wahh , cantiknya matahari tu " puji Rish sambil melihat matahari yg hampir terbenam. "Hrmm, Tadi orang tu kata tak suka la apa la. Ada pasir dan laut je la. Bila dah rasa sendiri hrmm... " perli Tengku Ameerul. "Yelaa, saya tarik balik apa yang saya cakap tu" Rish berkata. Tengku Ameerul ketawa nipis. Suasana yg romantis itu hanya senyap sahaja. Tiba-tiba Rish merasa suatu cahaya. Dia melihat ke arah Tengku Ameerul, rupa- rupanya Tengku Ameerul sedang mengambil gambarnya. " Ishh, Janganlah " marah Rish manja. "HAHAHA, saya tak boleh berhenti dari snap picture awak la. Comel sangat " kata Tengku Ameerul ruang. " Ape la awak ni. Gambar tu elok tak? Kalau elok jangan padam tau " pinta Rish manja. "Awak tengok sini " kata Tengku Ameerul sambil menganggkat Iphone6snya cara seperti berselfie. Rish yg melihat kearah Tengku Ameerul kemudian dia cepat2 membuat simbol " V " sambil tersenyum. Aduhh dia pula lebih2. Klikk.. " Wahh cantiknya." Puji Rish sambil melihat gambarnya dengan Tengku Ameerul. Tengku Ameerul hanya tersenyum. Suasana kembali diam. Tiba-tiba Rish bersuara. "Terima Kasih, sebab layan saya sebaik mungkin walaupun saya ni sedikit nakal. Sekarang baru saya tahu yang cinta lepas nikah tu tak la menyakitkan malah ia sangat indah sebab kita boleh kenal hati budi masing-masing dengan lebih lagi " luah Rish ikhlas. Aku kena terima perkhawinan ni walau macam mana pun. Dendam yg ingin melihat Tengku Ameerul seksa itu aku tarik balik. Aku sudah jatuh cinta dengan suamiku sendiri . Aku tak nak kehilangan dia. Rish bernekad. " Yee.. sama2 kasih. " ucap Tengku Ameerul. "Tapi, kenapa awak bawa saya datang sini? " soal Rish. " Saya nak awak releasekan stress. Lagipun SPM lagi sebulankan " jawab Tengku Ameerul. " Hrmm macam tu, awak kita mula dari awal okay? " pinta Rish. Tengku Ameerul mengangguk. " Baiklah kita mula dari awal, janji? " "Yee, janji " ucap Rish sambil tersenyum. " Dah jum balik " kata Tengku Ameerul lalu bangun dari duduknya. " Jum " kata Rish lalu bangun dan pergi ke arah kereta seiring dengan Tengku Ameerul. *** 4 BULAN KEMUDIAN .. Setelah menjalani bahtera perkhawinan selama 4 bulan , kini Nur Farisha dan Tengku Ameerul dapat menerima antara satu sama lain. Mereka kini tinggal di Apartment milik Tengku Ameerul. "Abang turun makan " panggil Rish latang dari dapur. " Ye, tengah turun ni " jawab Tengku Ameerul. Tengku Ameerul yg melihat Rish sedang menyiapkan makanan datang menerpa dari belakang lalu memeluknya. "Abang ni, orang tengah sibukla " marah Rish manja. '' Nak manja2 sikit dengan syg tak boleh eh " kata Tengku Ameerul lalu meletakkn dagunya di atas kepala Rish. "Boleh la.. tapi jgn la bermanja masa syg tengah sibuk ni " ucap Rish. "Yela2.. syg masak apa hari ni? " tanya Tengku Ameerul lalu duduk di kerusinya. " Tomyam. Abg suka kan? " "Suka sangat syg. Dah jum mkn dengan abang " ajak Tengku Ameerul. Setelah mencedok nasi ke dalam pinggan Tengku Ameerul, Rish duduk disebelah suaminya. "Syg... esok tolong datang kat tasik yg kita selalu pergi tu boleh tak?. " suruh Tengku Ameerul sambil menyuap nasi ke dalam mulut. " Untuk apa? " soal Rish hairan. Selama ni tak pernah diajak tiba-tiba ajak aku pula. Buang tabiat ke suami aku ni. " Alaa.. datang jee. Datang pukul 6:30 mcm tu tau " kata Tengku Ameerul beria-ria. "Hrmm, okay " putus Rish. "Okay, good. Love u " ucap Tengku Ameerul. *** Tengku Ameerul mengemas sekali lagi Tuxedo hitamnya. Dia berasa sedikit gementar dan gugup kerana hari ini dia akan melamar Rish. Satu sejarah dalam hidupnya iaitu melamar seorang remaja. Walaupun mereka sudah bernikah dahulu tetapi itu tidak menghalangnya untuk melamar gadis itu kerana dulu mereka dinikah secara paksa jadi hari ini dia ingin melamar Rish menjadi isteri dalam erti kata sebenar. Tengku Ameerul mundar mandir menunggu Rish. Jam sudah menunjuk pukul 6:25. Mana dia ni. Ya Allah, gementarnya. " Tengku Ameerul.. " panggil suatu suara. Tengku Ameerul pusing ke belakang. Riak mukanya berubah apabila suara itu bukan milik Rish tetapi milik Sofea , rakannya. Pernah sekali wanita itu memintanya menjadi teman hidupnya tetapi dia menolak kerana wanita itu bukan tastenya. Suka sangat pakai baju ketat2 ,tak cukup kain. Sorry, not my taste. "Sofea, you buat apa disini? " soal Tengku Ameerul. "Hrmm, I just jogging kat sini jer.. tak sangka jumpa you kat sini. So, you pula buat ape kat sini? " soal Sofea manja lalu berjalan ke arah lelaki itu. " I tunggu wife I. " jawab Tengku Ameerul lalu bergerak ke belakang apabila Sofea mendekatinya. " wife? You are married?, nevermind. You know I still love u, right?. " ucap sofea lagi sambil mendekati Tengku Ameerul lalu memeluknya. "Please Sofea, tak elok la orang tengok nanti " kata Tengku Ameerul lalu ingin merungkaikan pelukan. " Abang? " panggil lagi satu suara. Tengku Ameerul dan Sofia melihat gerangan suara itu serentak. Tengku Ameerul terkejut , lalu dia menolak Sofia jauh darinya. " sayang, please biar abang explain. Ni salah faham . Please sayang " rayu Tengku Ameerul lalu memdekati Rish dan membiarkan Sofea terpinga-pinga. "No, you don't have to explain. Rish dah nampak sendiri dengan mata Rish. So, a both of you have fun. Bye " ucap Rish lalu pergi. Wajahnya sudah dibasahi air mata. "Sayang tunggu " panggil Tengku Ameerul lalu mengejar Rish. Sofea yg berada disitu ditinggalkan . *** " SAYANG tunggulah " panggil Tengku Ameerul sambil mengejar Rish yg sedang berlari itu. "Sayang wait " ishh budak ni merajuk macam budak2. Dia berhenti dari mengejar Rish. "Nur Farisha stops at there" jeritnya , membuatkan Rish terhenti. Rish pusing ke belakang melihat Tengku Ameerul yg berada 3 meter darinya. "Apa?! Pergilah kat perempuan tu " marah Rish kemudian dia mengalih pandangannya ke arah pohon2 yg rendang dibawah cahaya matahari yg hampir terbenam. Cantiknya pohon2 ni. Pujinya. Permandangan disitu sungguh tenang dan damai. " Abang minta maaf. Apa yang sayang tengok tu semua salah faham. Abang tunggu sayang tiba-tiba perempuan tak cukup kain tu datang kat abang pastu peluk abang. Abang tak sempat nak mengelak. Im sorry sayang " terang Tengku Ameerul dan ingin pergi ke arah Rish. " Jangan datang sini. Stop" kata yg dilontar oleh Rish membuat Tengku Ameerul terhenti langkahnya. " Rish tak percaya. Buat Rish percayakan dengan abang " ucap Rish. Tengku Ameerul tersenyum lalu melutut di atas jalan. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Would you stay with me and be mine forever " ucap Tengku Ameerul lalu membuka kotak baldu merah yg berisi sebutir cincin perak bertatah berlian kecil. Rish terkejut apabila melihat Tengku Ameerul berbuat sedemikian. Dia menutup mulutnya tanda terharu. Sebutir air mata miliknya jatuh membasahi pipinya. "Abang suruh sayang datang sini sebab abang nak melamar sayang. Abang akui yg abang memang dah cinta kat sayang selamanya. Sayang adalah segalanya bagi abang. Tanpa sayang, siapalah abang. I love you very much " ucap Tengku Ameerul sayu. Rish dengan segera berlari kearah Tengku Ameerul lalu memeluknya . " I love u too " ucap Rish. Tengku Ameerul membalas pelukan Rish. Fuhh, lega hati ni .. Tengku Ameerul merungkai pelukan, lalu dia menyarung cincin tersebut. "Jum balik buat anak " kata Tengku Ameerul bergurau. "Ishh, abang ni. Gatal tak kena tempat " marah Rish manja sambil menampar lengan Tengku Ameerul perlahan. Tengku Ameerul memegang tangan Rish lale mereka berjalan seiring ke kereta. Bercinta lepas khawin memang menyeronokkan.. dapat belajar pasal diri masing-masing. Dapat kenal hati masing-masing. Yang paling penting , kita akan bahagia.. ~TAMAT~ yeahh, habis dah.. hope semua readers enjoyed baca cerpen yg tk seberapa ni , segala salah silap dan typo saya mohon maaf.. ~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...