Karya ini adalah HAK MILIK Nurul Shuhada bt Abd Hadi, shuhada buat sendiri guna akal dn idea yg dianugerahkn, sesiapa yg copy karya ni akn diambil tindakn ( Im serious!! )
By, Nurul Shuhada.
ISTERIKU STUDENTS. Part1
NAMA aku Nur Farisha ,Masih lagi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman. Tahun ni, aku ambik SPM.. and my character kasar sikit. Sebab ape kasar?. Sebab semua adk beradik aku lelaki. Aku seorang je perempuan. Bongsu lak tu. Okay, nak dijadikan ceritalah, suatu hari, semua ahli keluargaku keluar sebab ada majlis kesyukuran di rumah maksuku. Jadi tinggallah aku keseorgn. Entah la kenapa, rasa macam taknak pergi pulak selalunya aku yg paling heboh kalau nak pergi rumah maksu.
" Rish betul ke taknak pergi?. Umi risaulah nanti kamu tinggal seorang. "Soal Umi risau.
"Betul.. Rish boleh jaga dirilah. Lagipun rumah maksu dekatkn, tk jauh pun. " seloroh Rish
"Laa, umi biarkn je la. Jgn dipaksa Rish tu, diakan dh besar " sampuk Abang Ngah.
"Hrmm betul tu umi, jumlah kita gerak nanti lewat pulak sampai" kata Abang Long pulak.
"Hrmm..Baiklah, kalau macam tu. Kalau ada apa2 rojer umi. Ni mana walid dengan abang chik? " soal ibu lgi.
"Dah dalam kereta umi oii " jawab Abg Long.
" Hrmm..Rish take care tau. Jaga rumah. Pintu kunci , lepastu jgn bagi org yg tak kenal masuk rumah, faham? " pesan Abg Ngah sambil mengusap kepalaku. Aduhh , tak jadi dah rambut aku ni. aku hanya mengangguk.
Abang Ngah dengan aku memang rapat. Dialah selalu back up aku kalau umi marah aku sebab aku ni suka buad benda pelik2 hehe.. love u Ngah. Walaupun umur dah 25 tahun tapi still tak ade awek. Aduhh Ngah ,jatuh saham kau.
Selepas semua pergi, Rish masuk ke dalam rumah dan kunci semua pintu dan tingkap. Seram dohh duduk seorang ni. Takpa Rish , Allah ada disisiku . Ayat kau Rish, power.
Semasa Rish sibuk mengulangkaji pelajaran tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Sapa pulak yang datang petang2 ni ,dahlah nk magrib.
Rish mencapai tudung akspressnya lalu menyarung ke kepala. Walaupun kasar, aurat kena jaga babe. Dia berlalu ke pintu utama. Dia buka pintu. Dia terkejut. Hensem bakhang, sapa pulak dah ni siap dengan motor Megelli 250 RR warna hitam pulak tu. Jodoh aku ke. Amboi Rish SPM pun tak lepas, galak nak khawin noh.
" Assalamualaikum, maafkan saya ,ini rumah Mohd Farhan ke? "Soal Tengku Ameerul sopan.
"Waalaikumussalam.. Ermm,Mohd Farhan yg mana eh? " nama abg ngah tu. Tapi dlm malaysia ni kan ada banyak orang nama Mohd Farhan.
Sebagai contoh, Mohd Farhan Roslan, pemain bola sepak kedah yg paling muda tu. Hensem bak hang nak cakap kat hampa ni. Muka hitam manis dohh..
"Mohd Farhan bin Faizal " jawab Tengku Ameerul.
"Ouhh, tu abang ngah saya, tapi sekarang dia tak ada " kata Rish.
"Dia pergi mana? "Soal Tengku Ameerul lagi.
" Dia pergi rumah maksu saya ada majlis kesyukuran. Awak datang esok je la. Bye. " kata Rish lalu berlalu pergi. Bukan nak halau tapi dia tu lelaki aku ni perempuan. Kalau orang nampak kan tak sedap nanti. Jatuh maruah Encik Faizal dan sekeluarga.
"Ermm..awak boleh pinjam tandas sekejap " pinta Tengku Ameerul tergesa-gesa. Langkah Rish terhenti. Dia pusing ke belakang melihat lelaki itu .
"Apa? " soal Rish terkejut, dia melihat lelaki itu, seakan tidak tahan untuk melepaskan hajatnya.
Nak bagi masuk ke tak ni.?
Alahh bagi jelaa kesian lelaki tu, tak tahan dah. Lagipun sekejap je..
Ehhh jangan, kau tak ingat ke ape abang ngah pesan, jangan bagi orang tak kenali masuk.
Bagi je la , tu kan kawan abang ngah kau. Mesti dia baik, bagi jelaa
Woii..dah la korang ni pergi main jauh2 . Monolog Rish apabila berasa seakan suara hatinya bercakap dengannya.
"Awak?? , boleh tak? " Rish tersedar.
"Hah? Ape2. Ouh masuk jela " jawab Rish kalut. Ehh jap, aku suruh dia masuk ke tadi? Tidakk.
"Terima kasih " ucap lelaki itu lalu masuk kedalam rumah.
Rish tak sempat menghalang, lelaki itu sudah masuk. Biarlah, dia sekejap je tu. Bisik hati Rish.
Dia membuka pintu supaya orang tidak salah sangka nanti.
Sudah 15minit berlalu, lelaki itu, tak keluar dari tandas lagi. Rish geram.
"Woii, kau buat ape dalam tu, cepatlah keluar pastu blahh! ," marah Rish lalu mengetuk pintu itu kuat.
"Jap2, saya sakit perut ni " seloroh Tengok Ameerul. Aduhh, jatuh saham ceq.. malu bakhang, bisik hati Tengku Ameerul.
"Ishhh, " Rish mengeluh.
"Assalamualaikum," panggil Seseorang.
Rish bergegas ke pintu, Dia hairan apabila melihat dua orang memakai serban dan seorang pegawai polis. Takkanlah, jabatan agama Islam kot. Janganlah, aku muda lagi.
"Iyee,kenapa? " soal Rish .
"Kami dari jabatan Agama Islam, kami telah mendapat aduan tentang ada sesuatu berlaku disini "kata lelaki berjubah putih itu.
"Ehh, silap rumah kot " ucap Rish.
"Awak, saya dah selesai. Terima kasih sebab .."kata Tengku Ameerul terhenti.
" Astaghfirullah-halazim, " jawab mereka bertiga serentak.
Rish pusing ke belakang melihat Tengku Ameerul. Mampuslah aku.
***
Tadaa... nantikan sambungannya nanti. Hope enjoyed read this.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan