Hai everyone! huhu. Bab hari ni xdak Erika dgn Noah. Dan bab hari ni juga agak heavy. Tapi rasanya senang kot nk hadam, bgi shuhada mcm senang ( dah shuhada yg tulis kan) klau bca bab ni mungkin persoalan kenapa Noah benci sgt kat ayah Erika terjawab. Latar masa, adalah malam kejadian berlakunya kematian Sofea dan pengakhiran karier Erika. (Acewahh) Jgn konfius tau. :')
Enjo
Bab 14
Unknown location.
Current time: March 09
01:37:20 am
Sebaik keluar dari susur St. Johnson Road, sebuah kereta mewah berwarna hitam kilat menderu laju membelok masuk ke satu persimpangan dan menunju ke satu jalan gelap yakni tersembunyi dari pandangan orang ramai. Jalan kecil yang tidak ramai tahu kewujudannya.
Rintikan hujan lebat yang membasahi bumi tidak menganggu perjalanan menuju ke destinasi mereka. Sepanjang perjalanan di jalan itu, tiada kelihatan lampu jalan hanya berbekalkan lampu kereta semata-mata. Jalan itu dikelilingi dengan hutan tebal yang ditutupi dengan kabus tebal dan tiada penghujungnya. Kereta itu laju dipandu tidak mengendahkan keadaan jalan yang agak curam dan berselekoh tajam.
Kereta jenama BMW X7 keluaran terbaru itu memasuki sebuah terowong lama yang sudah terbengkalai dan tidak disiapkan sepenuhnya. Tiba di pertengahan terowang kereta itu berhenti. Terdapat dua orang lelaki sedang menunggu ketibaan mereka. Berpakaian serba hitam dan tubuh badan mereka dipenuhi dengan tatu.
Seorang lelaki bertubuh tegap lengkap berpakaian suit keluar dari tempat pemandu. Pintu di bahagian penumpang dibuka penuh hormat. Serentak dengan itu, sekujur tubuh lelaki yang juga berpakaian sut serta berkaca mata hitam keluar dari perut kereta mewah. Aura yang dibawa lelaki itu sangat berbahaya.
Full of delusion. Aggresive and dangerous.
“Semua sudah sedia.” beritahu salah seorang daripada lelaki bertatu.
Lelaki tadi hanya mengangguk dan mengikut langkah dua orang lelaki itu menuju ke satu pintu besi yang terdapat di dalam terowong itu. Pintu besi diselaputi dengan lumut hijau tebal serta dedaun liar. Pintu besi itu kelihatan berkarat apabila dibuka ia akan menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga dan sukar untuk ditolak dari arah luar.
Mereka masuk ke dalam tanpa teragak-agak. Apabila masuk ke dalam mereka perlu melalui satu laluan yang gelap-gelita tanpa sebarang lampu. Di lantai ruang itu berair kotor dan berlecak. Kedengaran bunyi percikan air dipijak sebaik sahaja mereka mula berjalan. Terdapat juga air kotor yakni dari loji takungan mengalir keluar dari cerkahan-cerkahan dinding, menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Bunyi yang terhasil dari air mangalir tidak menganggu perjalanan mereka.
Hanya berbekalkan dengan lampu suluh yang dipegang oleh orang suruhannya, mereka menyusuri laluan yang gelap yang tiada penghujungnya. Tanpa mereka sedar semakin mereka melangkah, mereka semakin ke dalam hingga pintu masuk sudah tidak lagi kelihatan dan hanya meninggalkan kegelapan di belakang.
Tiba di satu bilik. Tombol pintu ditolak dan terpampar satu ruang bilik yang besar seperti gudang. Bilik itu berbau busuk darah lama yang bercampur dengan bau air dari loji takungan.
Apabila suis lampu kalimatang ditekan, kelihatan lebih berpuluh orang gadis yang rata daripada mereka adalah dari kalangan remaja yang ketakutan sedang duduk berhimpit sambil memeluk lutut. Ada juga daripada mereka memeluk antara satu sama lain. Pakaian yang koyak rabak ditubuh mereka jelas terdapat kotoran dan berbau. Riak wajah mereka yang jelas ketakutan apabila melihat lelaki-lelaki bertubuh sasa dan menggerunkan yang sedang memerhati mereka seperti mereka adalah mangsa yang bakal dibunuh.
Lelaki berpakaian sut itu menanggalkan kaca hitamnya. Mata tajam itu memerhati setiap gadis yang berada disitu. Senyuman sinis dan penuh makna terukir menampakkan sedikit giginya yang tersusun elok. Melihat setiap wajah gadis yang malang dihadapannya, bagai melihat wang jutaan ringgit yang bakal dia perolehi apabila mereka semua akan dijual pada pembekal mereka nanti.
“Dah suntik?” soalnya senada.
“Belum. Kami tunggu arahan Tuan”
Lelaki itu berdecit dan memandang lelaki tadi penuh tajam. “Tak payah tunggu arahan akulah bodoh! Lambat suntik lambat benda tu nak membiak. Lambat membiak, duit pun lambat masuk! Bodoh!” nadanya berubah menjadi tinggi.
Serentak dengan itu, orang suruhannya itu menganggukkan kepala kepada rakannya yang lain untuk cepat bertindak. Tiga orang lelaki yang sedari tadi diam di penjuru bilik mengambil satu beg case berwarna hitam lalu mengambil satu dadah jenis Clomifine Citrate dalam bentuk cecair. Dadah ini merupakan dadah yang merangsang ovari supaya membebaskan telur matang (ovum).
Dadah jenis cecair ini akan disuntik ke dalam tubuh badan gadis-gadis ini. Dalam masa 5 hari ovum yang banyak akan dapat dihasilkan apabila dos yang diberi melebihi 50mg. Ovum itu akan dikeluarkan melalui pembedahan oleh doktor yang terpilih dan akan dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap. Ovum itu akan dijual pada doktor-doktor di klinik swasta atau hospital di luar dan dalam negara secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Mereka ada cara tersendiri untuk menutup mulut pihak berkuasa daripada membocorkan aktiviti perniagaan haram meraka.
Ovum yang dijual selalunya dijual semula kepada pasangan suami isteri elit dan ternama yang mandul yang terdesak menginginkan anak dengan harga yang lebih tinggi. Mereka akan mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Itulah mereka.
Mangsa culik yang menghasilkan ovum yang sedikit atau tidak subur akan dibunuh dengan kejam dan identiti mereka akan dihilangkan dan dilupuskan. Jika mereka bernasib baik, mereka akan dijual di kelab-kelab terkemuka dan dijadikan sebagai pelacur.
Kejam? Itulah realiti kehidupan yang sebenar, yang terselindung dan tidak ramai ketahui.
Picagari dikeluarkan. Lalu dimasukkan ke dalam cecair dadah itu. Ditarik hujung picagari supaya cecair itu masuk ke dalamnya . Lelaki itu menuju ke arah salah seorang gadis yang sudah mulai ketakutan apabila dirinya didekati.
“T-tolong Encik.. saya tak nak.. Tolong Encik..” rayu si gadis. Dia sudah berginjak ke belakang. Kepala digeleng beberapa kali. Dia sudah menangis tersedu-sedan.
Dia tidak mahu nasibnya dijadikan sebegini. Salahnya mempercayai seorang rakan lelaki yang dikenali di media sosial. Rakan lelaki menawarkan satu pekerjaan yang lumayan kepadanya. Memandangkan dia memerlukan wang, dia menerima tawaran itu. Akhirnya dia telah ditipu. Dan di culik lalu dibawa ke sini menaiki sebuah kapal kontena bersama- sama gadis yang lain. Di kini jauh dari tempat tinggalnya. Dia rindukan ibu dan ayah.
“Ehh perempuan sial ni. Mari sini kau!” nadanya tinggi memarahi si gadis. Kaki gadis itu ditarik sehingga terbaring di lantai kotor itu.
“Tak nak Encik! Saya tak nak” rayu gadis itu kuat sambil meronta untuk dilepaskan. Namun tidak diendahkan malah pipinya di tampar kuat beberapa kali oleh si lelaki sehingga dia keletihan.
Lelaki itu menindihnya, lututnya ditekan kuat diperut gadis itu menghalang dirinya daripada bergerak. Rakan leaki yang lain memegang kedua belah tangan gadis itu. Walaupun si gadis meraung kuat, mereka diendahkannya.
Kejam. Itu biasa bagi mereka.
Gadis lain yang diculik hanya mampu mendiamkan diri dan menangis dengan senyap. Takut kerana selepas ini mereka pula menjadi mangsa ketamakan orang lain.
Entah daripada mana, salah seorang gadis yang melihat gadis yang ditindih itu meluru ke arah lelaki tadi. Dia menolak lelaki dari ditindih. “Lepaskan dia!” jeritnya bersama tolakan yang kuat.
“Ehh, bodohlah sial!” lelaki yang ditolak ke tepi bangun lalu menarik rambut gadis yang berani melawannya. Belum sempat dia melayangkan penamparnya satu suara memberhentikan perbuatannya.
“Wait” lelaki bersut tadi bersuara.
“Sini” suruhnya. Dia mengamit lelaki itu supaya gadis itu dibawa ke arahnya.
Gadis itu ditarik pergi ke arah lelaki bersuit. Ditolaknya si gadis itu hingga dia duduk melutut berhadapan lelaki bersut. Dagunya ditarik mendongak melihat si lelaki bersut. “Kau nak kawan kau selamat?” soalnya.
Si gadis itu merenungnya tajam tidak gentar dengan lelaki di hadapannya. “Iyaa. Saya nak semua yang ada disini dibebaskan” pintanya berani sambil tajam menatap si lelaki.
Lelaki bersut tadi terdiam seketika. Mata helangnya berliar ke rata wajah gadis itu. Menatap dengan pandangan tidak percaya. Tidak percaya gadis yang lemah ini berani menentangnya.
Tak lama kemudian, lelaki bersuit ketawa kuat beberapa ketika.
“What’s your name, pretty girl?” Soalnya.
“Hannah” jawab si gadis.
“What a nice name. So Hannah, you nak selamatkan kawan you, bukan?” dia duduk mencangkung dan bahu gadis itu dipegang.
Si dia hanya mengangguk walaupun diri disapa kehairanan.
“Jadi.. kau perlu berkorban demi mereka. Kau masih nak teruskan?”
Hannah kelihatan teragak-agak. Namun demi menyelamatkan rakannya yang dikenali di dalam sebuah kontena kapal yang telah membawa mereka ke sini, dia sanggup walaupun tidak tahu akibat yang mendatang. Dia mengangguk kepalanya.
Lelaki bersut tersenyum sinis. “ You’ll be favourite.” ujarnya penuh makna.
“Rocky.” dia memanggil orang suruhannya.
Lelaki yang diberi nama Rocky itu melangkah dengan senyuman penuh muslihat, mengerti arahan ketuanya. Hannah ditarik ke keluar dari bilik itu. Dia kelihatan terpinga-pinga.
“Kemana awak nak bawa saya? Awak cakap nak lepaskan kawan saya” dia bersuara kuat.
Lelaki bersuit itu diam tidak menunjuk riak. Mata diisyaratkan kepada Rocky membawa gadis itu pergi.
“Tak.. bukan ini yang saya mahukan. Lepaskan saya” jeritan Hannah tidak diendahkan. Dia cuba meronta untuk dilepaskan walaupun dia tahu usahanya tidak akan mendatangkan hasil.
Sama seperti yang lain apabila berlaku pemberontakan mereka perlu bersedia dengan hukuman yang diberi.
“Jason teruskan kerja kau.” suruhnya.
Jeritan dan tangisan gadis yang diculik disuntik dengan kasar dan tanpa belas tidak diperdulikan. Apabila mereka memberontak, tamparan dan sepak terajang menjadi habuan. Hanya bertuhankan wang jutaan ringgit dan kekayaan, mereka yang malang ini menjadi mangsa kerakusan dan ketamakkan mereka.
Dunia sekarang penuh dengan kekejaman. Hanya kerana wang, mereka menjadi kejam, tidak perikemanusian.
“Lepas ni, jangan tunggu lama. Terus sahaja proceed dekat klinik, hospital macam biasa. Bayaran aku nak on time. Yang lain dari lain, macam biasa hantar ke gudang utama.” tanpa menuggu balasan dia berpaling melangkah keluar dari ruang itu.
Memasuki sahaja kereta mewah, rokok berjenama dikeluarkan. Setelah dinyalakan rokok tersebut, disedupnya penuh nikmat. Asap dihembus keluar dan dia duduk bersandar sambil membuang pandang ke arah luar tingkap kereta yang sudahpun bergerak saat dia masuk ke dalam perut kereta.
“Something happend to Erika, Sir”
“Aku tak nak ambil tahu pasal perempuan tu.” ucapnya mendatar. Rokok dihisap kembali.
Pemandunya hanya diam apabila Tuannya sudah berkata sebegitu. Tidak berani membalas kata-kata daripada lelaki itu. Jadi, diam adalah lebih baik.
Siapa sahaja yang tak kenal Edward James, seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dalam dunia perniagaan. Ahli perniagaan yang terlindung dengan sikapnya yang pemurah dan baik hati. Seorang yang suka berderma di rumah anak-anak yatim. Tanpa mereka ketahui, lelaki yang sedang berdiri tinggi di puncak kerjayaannya itu adalah ketua penjualan haram ovum yang terbesar di negara itu. Bersembunyi di sebalik kebaikan yang dia lakukan. The devil under the guise of a human.
“Nothing is permanent in this wicked world. No even our troubles.”
Ulasan
Catat Ulasan