Hai semua, maaf sebab lambat update, sekarang saya tengah busy buat practical. Bab hari ni pendek je, maaf jugak! saya sempat tulis banyak ni je.
Bab 13
Sinaran pagi yang tidak berapa panas merobos masuk ke ruang bilik melalui tingkap kaca yang dibuka separuh. Kain langsir nipis berwarna putih jernih berkibar-kibar menandakan cuaca pada pagi itu berangin dan sejuk.
Erika terjaga daripada tidurnya apabila cahaya itu mengenai wajahnya. Dia sedikit tersentak apabila dia sedar, dia sudah berada di sebuah tempat yang asing. Dia pantas bangun daripada pembaringan. Mata melilau melihat sekeliling ruang sederhana kecil itu, matanya digosok perlahan supaya menyedarkan dirinya yang masih lagi mamai. Pakaian dikerling sekilas, dia hanya ditutupi dengan sehelai kemeja putih yang labuh sehingga lutut.
Dia berada di mana ni? Desisnya.
Dia cuba mengingati semula kejadian yang berlaku sebelum dia berakhiri di tempat yang kini dia duduki.
Tidak sampai beberapa minit mengingati, matanya terbuka sedikit luas. Semalam! Semalam adalah malam yang paling ngeri pernah terjadi di dalam hidupnya. Malam di mana semuanya hancur.
Tangannya menggelentar tiba-tiba. Dia masih mengingati segala yang telah terjadi, tiada satupun yang terlepas dari mindanya. Kejadian semalam berulang kali diputar di kotak fikirannya. Seperti pita rakam yang sudah rosak.
Tidak semena air mata jatuh mengalir di pipinya.
Dia perlu selesaikan semuanya dengan segera. Pasti ramai sedang mencarinya sekarang. Dia harus pergi dari sini. Air mata dikesat dengan kasar. Kain gebar yang menutup separuh dari tubuhnya ditolak ke tepi. Pantas dia melangkah keluar dari bilik itu.
Sebaik sahaja melangkah keluar, dia disajikan dengan sebuah ruang rehat yang agak besar dan kemas bertemakan english country.
Dia tidak punya idea tentang di mana dia berada ketika ini. Ruang luar dilihat melalui tingkap kaca yang tidak ditutupi dengan apa-apa langsir. Seperti dia berada di sebuah pendalaman. Setahunya semalam, lelaki itu yang menarik dirinya keluar dari dewan. Mungkin lelaki dingin itu yang membawanya ke sini.
Jam di dinding dikerling.
7:30 pagi.
Masih awal. Mungkin sempat dia larikan diri dan tiba di bandar sebelum tengahari. Kelibat lelaki itu juga tidak kelihatan, jadi mudah untuk dia lari keluar dari sini.
Semasa dia ‘diculik’ lelaki dia tidak membawa apa-apa barang. Cuma pakaiannya sahaja yang ditukar. lelaki itukah yang menukarkan pakaiannya semalam?
Arh, pedulikan semua itu. Sekarang, dia perlu keluar dari sini. Kaki melangkah pantas ke arah pintu rumah. Haraplah tidak berkunci. Pintanya.
Di saat dia ingin memulas tombol pintu, pintu di buka dari arah luar. Dia tersentak dan berganjak ke belakang.
Wajah dingin menyapa dirinya yang sudah terkaku berdiri. Lelaki itu kelihatan seperti baru pulang dari berjogging kerana melihat dari segi permakaian lelaki itu, dia berpakaian sukan dengan kepala ditutupi dengan cap hitam.
Noah mengangkat kening hairan melihat Erika terpacak di depan pintu rumah. Gadis itu menunggu dia pulang kah? Mustahil.
“Nak pergi mana?” soal Noah mendatar.
“Saya nak balik. Tepi” ucap Erika kasar dan cuba menolak tubuh tegap Noah yang masih lagi berdiri di hadapan pintu rumah.
Noah merenung ke arah Erika dengan pandangan yang dalam dan redup “In your dream, lady. Kau takkan ke mana selagi aku ada di sini” bisik Noah sinis. Tubuh genit separa dadanya ditolak ke belakang sehingga gadis itu hampir terjatuh.
“Clean yourself” suruhnya dingin. Tidak memperdulikan permintaan Erika.
“Saya taknak bersihkan diri atau buat apa-apa. Saya cuma nak pergi dari sini!” Erika berkata kasar. Mata dicerlung tajam ke arah Noah.
Noah tersenyum sinis. Degil. Desis Noah.
“You’re not going anywhere!” bisik Noah tegas. Kedua belah lengan Erika dicapai apabila Erika mula bertindak menolaknya ke tepi semula. Walaupun tindakan itu sia-sia kerana dia sedikitpun tidak berganjak.
Erika merentap lengannya apabila Noah memegang lengannya.
“Who you are to ask me to do that! Awak bawa saya ke tempat bodoh ini untuk apa?! Nak seksa saya lagi ke?! You fucking brat!” jerkah Erika kuat.
“Ke tepilah” suruh Erika dengan kasar sambil cuba menolak Noah yang menghalang jalannya.
“Awak nak apa dari saya!” jerit Erika kuat apabila lelaki itu hanya berpeluk tubuh.
Tubuh Noah ditolak lagi dan apabila berjaya, langkah di tuju ke arah pintu rumah tanpa memperdulikan mata tajam Noah yang tajam menikam ke arahnya.
Dan belum sempat, tombol pintu dicapai, lengannya ditarik dengan kasar sehingga dia berdesis sakit.
Noah mencengkam kuat lengan Erika. Tubuh kecil Erika ditolak kasar ke dinding rumah yang diperbuat dengan kayu sehingga menghasilkan dentuman yang kuat.
Erika mendesis sakit apabila kepalanya terhentak kuat di dinding. Mata dibuka menentang mata yang berwarna coklat cair milik Noah. Lelaki itu tajam merenungnya penuh amarah yang berhuni di dalam dirinya. Urat kehijauanya kelihatan di dahi Noah. Telinganya merah menahan amarah kepada Erika. Rahang diketap kuat.
Dia tidak suka sikap degil Erika dan dia tidak suka apabila arahannya dibuat main dengan gadis itu.
Apabila lelaki itu bertindak mengcekik lehernya dengan sebelah tangan dengan kuat sehingga urat tangannya turut kelihatan membuatkan Erika tidak boleh bernafas. Erika cuba menarik tangan Noah yang mengcekik lehernya walaupun semua itu hanya sia-sia.
“Kau jangan cuba nak lawan aku, bitch! Bila aku cakap kau ikut! Easy peasy. Melawan is not the option, you whore.” Noah berbisik keras di telinga Erika.
Air mata Erika jatuh buat sekian kalinya. Takut dan sakit, semua perasaannya bercampur aduk. Melihat sahaja perbuatan Noah terhadapnya, membuatkan dirinya lebih takut kepada lelaki itu.
Kenapa hidupnya sebegini? Dia tidak layak untuk bahagiakah?
“Ikut cakap aku dan kau akan selamat.” dia melepaskan pegangan di leher Erika apabila melihat gadis itu sudah tidak cukup nafas.
Tanpa memperdulikan Erika yang sudah jatuh terduduk dan sedang mencari nafas dengan matanya yang penuh air mata, dia bergerak ke arah dapur. Dia perlukan segelas air untuk menghilangkan amarahnya yang masih lagi tersisa.
Apabila melihat Erika yang berkemeja putih miliknya yang masih lagi terduduk di lantai kayu itu dengan wajah yang terduduk tersedu-sedan membuatkannya melangkah ke arah gadis itu. Dia bertinggung di hadapan Erika. Rambut yang jatuh menutupi wajah gadis itu diselak lalu diselit ke belakang telinga. Wajah Erika penuh dengan sisa air mata. Gadis polos itu kelihatan cantik walaupun sedang menangis.
Dia memaut dagu Erika lalu didongak supaya melihat ke arahnya. Mata mereka bertembung sebelum Erika bertindak mengalihkan mata ke arah lain.
Noah membuat smirk. Perempuan.
“Bersihkan diri, kalau kau nak balik” arah Noah dengan pandangan sedikitpun tidak beralih dari wajah Erika.
Tidak menunggu jawapan daripada Erika dia bangkit berdiri dan berlalu pergi ke sebuah bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Erika terdiam. Apa yang sudah terjadi ni? Lelaki itu berlembut dengannya.
Ulasan
Catat Ulasan