Langkau ke kandungan utama

You And Me (Bab 11)

Hey! Nah double update! Enjoy.


Bab 11


Dia melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah siap di hias mengikut tema yang diinginkan Iaitu Flower in the Garden. Tema bunga menjadi pilihannya seiring dengan rekaan terkini yang telah dia hasilkan. Erika tersenyum puas melihat pentas yang cantik terhias. Pada malam ini, dia mengenakan gaun dusty pink bercorakkan floral iaitu bunga daisi dan terdapat simpulan renda-renda halus di bahagian bawah gaun. Rekaannya yang simple dan menepati citarasanya.

Dewan yang mampu memuatkan 600 orang dalam satu masa itu meriah dengan orang ramai yang sedang berbual sesama merek. Ada juga yang sedang menikmati makanan yang disediakan di meja bufet serta ada sekumpulan tetamu sudahpun mengambil tempat duduk masing- masing berhampiran dengan pentas peragaan. Alunan muzik jazz daripada band tempatan membuatkan suasana majlis tampak elegan dan mewah.

Tetamu yang dijemput pada malam itu terdiri daripada pereka fesyen terkenal dari dalam dan luar negara, wartawan dari syarikat penerbitan juga turut dijemput untuk memberi liputan mengenai acara malam ini di sosial media atau di majalah fesyen. Tak kurang juga, artis yang ingin mengetahui tentang perkembangan fesyen terkini turut hadir dan peminatnya yang bertuah mendapat jemputan untuk menghadiri acara malam itu turut kelihatan.

Dia berpuas hati dengan hasil titik peluh pekerja-pekerjanya yang berjaya menghasilkan acara yang gah ini. Tetapi kalau Papa dan Mama ada pun bagus juga. Arhh, sudahlah semua itu tidak akan terjadi.

“Cik Erika,” panggil satu suara.

 Dia berpaling ke arah itu, kelihatan Sofea cantik dengan gaunnya. Cantik dan kelihatan comel dimatanya. Sesuai dengan perwatakan gadis itu yang sentiada ceria dan periang.

“Ini tentatif pada malam ini. Semua dan ready, cuma perlu menunggu ketibaan VVIP dan ahli korporat sahaja.” beritahu gadis itu sambil menyerahkan helaian

“Ermm, selalu lambat as usual.” ngomel Erika tidak suka sikap orang korporat seperti mereka. Walaupun mereka orang ternama tetapi membiarkan orang lain menunggu mereka adalah sesuatu yang Erika tidak suka. Tunjuklah sikap profesional sikit.

Sofea hanya tergelak kecil “Cik ada lagi 15 minit sebelum ketibaan mereka. Cik nak tengok model dulu tak?” soalnya.

“Okay bagus juga tu. Jomlah” mereka berdua bergerak ke arah bilik persalinan yang menempatkan model-model yang akan mempersembahkan rekaannya nanti.

Kehadirannya mereka berdua disambut meriah oleh para model disitu.”Eh Cik Erika datanglah” beritahu Irine, gadis kelahiran Canada yang berkerja separuh masa menjadi model. Dia merupakan seorang pelajar di universiti yang terdapat di kawasan itu.

Model-model lain turut melangkah ke arah Erika yang tersenyum melihat mereka yang sudahpun siap dengan cantik. Selain tenaga pengajar yang lain, Erika juga merupakan salah seorang pengajar di situ. Selain daripada mereka pakaian, dia juga telah menubuhkan satu kelas modeling dan siapa yang belajar di kelas tersebut akan diserap dan dijadikan model bagi rekaan bajunya.

“Cantiknya Cik malam ni” puji salah seorang daripada mereka.

“Mana adalah, kamu semua lagi cantik dari saya.” balas Erika sambil tersenyum manis. Sofea yang setia berdiri di belakangnya tergelak kecil.

Mereka berbual seketika sebelum Erika meminta diri untuk ke hadapan semula.

“Okaylah saya tak boleh lama-lama di sini. Saya nak kamu buat sehabis baik nanti, okay?” Erika memberi nasihat.

Mereka semua mengangguk. Setelah berpelukan sesama mereka, Erika dan Sofea kembali ke hadapan.

 

 

****

 

Acara pertunjukan fesyen itu berakhir dengan jayanya.

“Di kesempatan ini, saya menjemput Cik Erika James selaku orang terpenting bagi acara pada malam ini untuk naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata kerana telah berjaya melangsungkan acara fashion show yang begitu gah ini”  pengerusi majlis yang bertugas pada malam ini menjemput Erika naik ke atas pentas.

Dengan tepukan orang ramai, Erika bangun dari tempat duduknya dan sambil tersenyum naik ke atas pentas. “Terima kasih kepada pengerusi majlis pada malam ini, Mr Henry. Saya..”

 

Bang!

 

Belum sempat Erika berucap, Kedengaran kuat tembakan dari arah yang tidak diketahui puncanya. Tetamu yang berada di dalam dewan hotel turut menjerit kuat impak dari tembakan itu. Erika terduduk di atas pentas kesan dari tembakan mengejut. Kedua belah tamgam menutup telinganya.

“Arhh, Ada orang ditembak!” jeritan dari salah seorang tetamu mengundang lagi suasana riuh di dalam dewan.

Orang ramai yang terkjut dengan situasi panik itu berlari ke sana sini kerana cemas dan ingin cepat-cepat keluar dari dewan menyelamatkan diri dari menjadi mangsa tembakan. Wartawan tidak kurang juga, mengambil kesempatan merakam detik cemas yang berlaku di dalam dewan. Nampaknya ada cerita tergempar pada malam itu yang akan tersebar dengan pantas di media sosial.

Erika terkaku di tempat duduknya. Tidak tahu, apa tindakan perlu diambil. Suasana di dalam dewan sangat riuh. Teriakan pengawal yang cuba mengawal keadaan dewan tidak berhasil. Tetamu di dalam dewan semuanya ingin berpusu-pusu keluar menimbulkan suasana yang lebih kecoh.

Dia menunduk melihat kedua tangannya, menggeletar hebat. Kakinya terasa menjadi jeli dan tidak semena dia jatuh terduduk tidak mampu menampung dirinya.

 

Bang!

 

Tembakan kedua meributkan lagi keadaan. Tembakan yang masih lagi tidak diketahui dari mana arah puncanya. Orang ramai menjerit lagi. Tanpa mereka sedar tembakan tersebut sebenarnya menarget ke arah Erika yang sedang berada di atas pentas. Tembakan yang dituju ke arah candelier yang berada di atas Erika. Candelier ini bergoyang ke kiri dan ke kanan. Besi yang menyambungkan candeliar dengan siling dewan itu hampir melurut perlahan ke bawah dan bakal jatuh pada bila-bila masa.

Tubuhnya menggelentar hebat. Matanya dipejam rapat. Kedua belah tangan menekup telinga kerana tidak mahu mendengar tembakan dan suara orang ramai yang menyesakkan dadanya. Nafasnya kencang.

Apa sudah terjadi ni? Ini bukan yang dia inginkan selama ini. Mama.. dia merintih perlahan. Dia perlukan Mamanya suasana yang bising tidak dihiraukan. Dia berharap semua ini hanyalah mimpi semata-mata.

 

Bang!

 

Tembakan kali ketiga tepat mengenai batang besi penyambung candalier itu. Serpihan kecil kaca candalier yang turut terkena tembakan jatuh mengenai kepala Erika. Erika tersedar, kepala didongak ke atas. Seakan terpegun. Dia tidak dapat bergerak, terkaku melihat candalier yang bakal jatuh menghempap dirinya. Tubuhnya tidak memberi gerak balas hanya kaku ditempatnya.

Beberapa orang yang melihat ke arah pentas turut menjerit tetapi statik, tidak berganjak dari tempat mereka, mungkin tidak menjangka perkara itu akan berlaku.

Candalier yang tidak lagi mampu menampung bebannya akhirnya terjatuh ke bawah, Erika memejam mata serentak dengan itu jeritan kuat seseorang memaksa Erika membuka mata semula.

“Cik Erika!!”

Terasa lengannya ditarik kuat oleh seseorang..

 

Bam!


Dan akhirnya..

 

Percikan darah mengenai wajah serta gaun yang dipakai. Mata terbutang luas. Dia tergamam, dengan tangan yang menggelentar menekup mulutnya. Tubir mata sudah mulai berkaca dan akhirnya kaca itu pecah menjadi butiran air jernih meneruni lekuk pipinya.

“S-Sofea...” dia menyebut perlahan nama itu.

Dunianya seakaan terhenti. Jeritan orang ramai sudah tidak lagi kedengaran. Segalanya berlaku dengan sangat pantas.

Sofea menariknya ke tepi dan mengorbankan dirinya. Sofea pergi dengan sia-sia. Gadis muda yang tiada pertalian darah dengannya menyelamatkannya dari dihempap candalier. Gadis yang tidak bersalah.

Tersedu-sedan dia ditempatnya sambil menatap tubuh tidak bernyawa gadis itu.

Sofea..No..” dia merintih.

“A..apa dah jadi ni?” dia mengumam perlahan. Air mata yang mengalir laju tidak diendahkan.

Suasana yang masih lagi bising sudah tidak dihiraukan lagi. Kini perasaannya berkecamuk dengan pelbagai rasa. Silens dari kereta polis dan ambulans mulai kedengaran.  Suasana keriuhan di dalam dewan mulai tenang dengan bantuan para polis dan penyelemat bertugas.

Sedang petugas sedang sibuk menguruskan orang ramai, tanpa dia sedar ada seseorang sedang memerhatinya dari arah belakang. Memerhati Erika yang diam tidak terkutik dengan pandangan yang kosong dan tidak berperasaan.

Figura itu bergerak perlahan ke arah Erika yang masih lagi berada di tempatnya tidak berganjak walaupun serpihan candeliar telah dialihkan dan mayat Sofea telah dibawa pergi oleh pihak hospital.

Dia hanya duduk menunduk sambil jari jemari yang dilekati dengan darah kering dimain perlahan.

Hampir dan hampir ..

Kemudian mulut Erika  dicekup dari arah belakang. Menarik tubuh itu rapat dengannya.

Dia terkejut tetapi tidak meronta, hanya membiarkan figura yang diyakini adalah seorang lelaki menarik dirinya. Haruman wangian lelaki  ini menusuk masuk ke rongga hidungnya membuatkannya tersedar.

Erika kenal haruman maskulin milik si dia.

Woody Floral.

Sungguh dia kenal.

Tubuhnya dibawa ke belakang pentas dan menariknya pergi meninggalkan dewan tanpa disedari orang ramai. 

 



Yondery ; (adj.) mentally or emotionally distant; absent-minded.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...