Sorry lambat update bab baru. laptop kita rosak haritu 😢 hantar dekat kedai sebulan yg lalu kelmarin baru siap dibaiki. Alhamdulillah. Okaylah, enjoy! Bab kali ni biasa je.
Bab 10
Seminggu kemudian..
Matanya memerhati suasana yang sibuk dengan pekerja-pekerja yang lalu lalang mengangkat meja, ada yang mengangkat kerusi untuk disusun di tepi pentas, ada yang sedang menguruskansound system, tidak kurang juga yang sedang menghias pentas peragaan.
Pekerja-pekerja hotel juga sibuk menyediakan bufet makanan untuk para tetamu yang bakal hadir memeriahkan acara pada malam ini.
Dia hanya berdiri tegak sambil memeluk tubuh berhadapan dengan pentas yang dicantikkan lagi dengan lampu candelier. Bibir mengorak tersenyum nipis. Akhirnya usaha untuk mengadakan fashion show yang dahulunya tergendala disebabkan kejadian lepas, kini berhasil dengan jayanya.
Sudah seminggu kejadian dia diculik oleh lelaki misteri yang dia sendiri tidak kenali. Apabila difikirkan semula, semua itu mengarut dan berlaku dengan sekelip mata. Dia sendiri terkejut dengan apa yang terjadi kepada dirinya.
Tidak mahu perkara itu menganggu dirinya, dia cuba untuk lupakan walaupun agak sukar kerana bukan mudah untuk menghapuskan setiap detik perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu kepadanya.
Berita tentang kehilangan dirinya tidak mendapat riputan dari wartawan diluar sana. Dia adalah orang yang dikenali ramai dan mustahil kehilangannya selama beberapa hari itu tidak diketahui dan tidak mendapat perhatian orang ramai. Tetapi semua tanggapan itu hilang begitu sahaja, setelah dia tahu lelaki itu yang melakukan segalanya. Mendiamkan para media tentang ‘kehilangannya’.
Setelah dia kembali semula ke butik. Apa yang mengejutkan adalah Sofea memberitahu bahawa semua kerja yang perlu disiapkan sudah siap dan hanya perlu dirinya memberi arahan untuk memulakan projek mereka.
Pekerja-pekerja dia juga sudah sedia maklum bahawa dia sebenarnya pergi "bercuti" kerana ingin merehatkan diri setelah bertungkus lumus menyiapkan proposal untuk projek fashion show yang telah dirancang.
Dia tersenyum tipis mengingatkan perkara itu. Hebat betul lelaki itu mengaburi mata semua orang dengan cara halusnya dan menyiapkan kerjanya yang terbengkalai. Bagaimana dia lakukan? Erika sendiri tidak tahu. Tetapi dia memuji lelaki itu kerana tiada langsung cacat cela yang dapat ditemui dalam hasil kerja yang dilakukan.
Bagaimana dia tahu lelaki itu yang melakukan semuanya? Tiada siapa pun tahu dia hilang sebab apa, dan hanya satu-satunya lelaki itu yang tahu dia hilang kerana apa. Jadi tanggapan dia adalah betul. Lelaki itu yang lakukan semua kerjanya.
"Cik Erika"
Erika kembali tersedar daripada lamunan kejadian lama apabila Sofea memanggilnya.
"Yes, Sofea. Kenapa? " dia melihat ke arah gadis comel itu.
"Bunga hiasan dari The Heights dah sampai, perlukan tanda tangan Cik untuk pengesahan" ujar Sofea sambil memegang file yang berisi surat pengesahan untuk ditandatangani.
"Ouhh okay baik. " Erika tersenyum nipis. Pen bertukar tangan.
"Ada apa-apa lagi yang perlu di touch up tak? Atau any masalah ke?" Setelah siap menuruni tanda tangan, Erika menyoal Sofea inginkan kepastian supaya tidak timbul masalah apabila acara malam ini berlangsung kelak.
Dia sangat berterima kasih kepada gadis kecil molek keturunan Itali itu kerana selalu berada di sampingnya dari dia tidak punya apa-apa hingga dia berjaya sehingga kini. Dia tidak tahu ingin membalas apa diatas jasa yang ditaburkan oleh Sofea. Nanti aku belanja dia makan di restoran eksklusif. Getus hatinya.
"Buat masa ni. Semua baik-baik je. Model-model semua sudah ada di belakang pentas sedang bersiap. Pentas pun dah ready. Catering is done. Sound system is good. Paper gift pun dah siap tersusun di kerusi. Everything is going well and under control. "Terang Sofea tenang.
Erika mengangguk mendengar setiap maklumat yang diberitahu oleh Sofea.
"Okay good. Kalau semua dah okay, saya gerak dulu. Around 8 o'clock, saya datang semula dan saya nak semua dah siap sedia, faham? "
Tanpa menunggu jawapan dari Sofea, Erika melangkah keluar dari dewan hotel itu. Belum beberapa langkah dia pergi, dia berpaling ke arah Sofea semula.
"Err Sofea.. Papa datang tak?” soalnya perlahan. Dia ada hantar kad jemputan kepada Papanya dengan harapan lelaki itu hadir ke acara malam ini. Dan dia juga ingin bertemu dengan Mama kerana selama seminggu ini dia sibuk uruskan acara ini dan tiada masa untuk melawat wanita kesayangannya.
Gelengan daripada Sofea membuat Erika terkesima seketika. As always, Papa tak akan datang untuk lihat kejayaan anaknya. Kalau Papa tak hadir, begitu juga Mama. Memang dia sudah sedia maklum, Papa hanya membenarkan Mama keluar rumah bersamanya dan tidak boleh keluar rumah sesuka hati. Di situ boleh lihat sikap mengongkong Papa.
Apabila ditanya kepada Mama, Mama okay ke Papa buat macam tu? Dan apa yang dibalas, Papa tidak mahu jadi perkara buruk pada Mama jika Mama keluar dari rumah, sebab itu Papa mengurung Mama di dalam rumah. Itu semua tipu. Dia tahu itu. Papa memang tak pernah suka pada mereka berdua. Hanya dia seorang sahaja berani melawan cakap Papa.
Mungkin sebab itu, Papa dingin padanya? Sudahlah Erika jangan berharap sangat, memang selalu kan Papa tidak akan hadir pada acara yang kau anjurkan. Dia sibuk. Dia menenangkan dirinya yang disapa hiba.
“Cik Erika okay?” Sofea menyoal. Dia tahu wanita ini menahan rasa dengan sikap tak endah Sir James terhadap Erika. Timbul perasaan simpati terhadap Erika.
Erika memberi senyum tipis dan menangguk tanda dia okay. “Saya pergi dulu” pamitnya dan kembali melangkah keluar dari dewan hotel dengan hati yang bercampur-aduk.
Tiba sahaja di parking lot Erika cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan. Kepala diletakkan di stereng kereta dan wajah ditundukkan menghadap ke bawah. Tangannya yang menggeletar dibiarkan sahaja. Mata cuba dipejamkan.
Everything gonna be okay Erika. Don't worry. Dia mengingatkan dirinya. Dia diam. Dan suasana sunyi. Parking lot itu lengang tanpa orang dan hanya terdapat beberapa buah kenderaan sahaja. Sunyi di dalam kenderaan Erika. Hanya kedengaran bunyi angin sejuk yang keluar dari penghawa dingin kenderaan itu.
Dan.. Dirinya hanyut pada peristiwa di mana setiap bibit kata hinaan dilontarkan kepada dirinya oleh lelaki yang menculik dia beberapa hari lalu kedengaran di halwa telinga..
"Hrmm.. Pandai dia jaga kau kan? Cantik dan... Flertar (mengoda)"
"Siapa? Takkan kau tak tahu kot? Macam mana agaknya kalau perempuan yang dia jaga dengan baik selama ni, dirosakkan oleh aku macam dia buat pada orang yang aku sayang? Hrmm? "
"Kalau aku sentuh kau.. Rasa-rasa jantan tu marah tak?"
Dahh cukup.. Enough.. Suara hatinya menjerit supaya semua itu berhenti.
"Sekarang.. Aku nak kau rasa terseksa macam mana orang yang aku sayang pernah rasa disebabkan perbuatan terkutuk Papa kau tu!"
"Kesian dengan kau ni."
"Sudah.. cukuplah... " Erika berbisik perlahan. Air mata sudah mengalir di lekuk pipi. Menyuruh semua kata-kata itu berhenti. Mata dipejam kejap.
"Lahir dari benih pembunuh"
"Sudah!! Berhenti!! " Erika menjerit kuat. Mata kembali terbuka. Nafasnya laju. Dia sudah diserang panik. Air mata dibiarkan mengalir laju. Kedua belah tangan yang masih lagi menggeletar sudah tidak dipedulikan.
Dia tidak dapat mengatur nafas dengan baik. Jantung berdegup kencang. Nafasnya tidak teratur. Dia sudah berpeluh dan dadanya sakit. Dengan tergesa-gesa, dia mengambil tas tangannya di tempat duduk sebelah pemandu dan menyelongkar mencari ubat penenang yang diberikan oleh pakar psikiatrinya.
Habis semua barangan di dalam tas tangan tersebut dibuang. Apabila menemui apa yang ingin dicarinya, segera dia membuka penutup botol ubat itu dan mengeluarkan dua biji ubat penenang. Segera ditelan, walaupun dia tidak boleh menelan langsung ubat itu. Dipaksakan juga. Botol air yang memang sudah sedia dibawa ke mana sahaja dicapai lalu diteguk rakus.
Dia kembali menyandar pada penyandar tempat duduk. Dia menenangkan fikiran dan dirinya. Nafas diatur perlahan.
Inlah apa yang dia tidak suka. Setelah kejadian diculik oleh lelaki misteri, dirinya tidak boleh berada di tempat yang sunyi dan dia tidak boleh berada keseorangan. Fikirannya akan memikirkan kejadian yang tidak disukainya sehingga mendatangkan rasa cemas. Dia mempunyainya anxiety apabila suasana menjadi sunyi. Dalam erti kata lain dia menghidapi Autophobia iaitu fobia apabila keseorangan.
Bagaimana dia tahu dia mempunyai fobia itu? Seminggu selepas diculik dia berasa tidak tenang apabila dirinya keseorangan. Dia menjadi takut apabila keadaan menjadi sunyi dan selalu mendengar seseorang berbisik kepadanya tentang sesuatu yang dia takutkan.
Perkara itu berlanjutan sehingga dia tidak dapat tidur pada waktu malam. Tidak tunggu lama terus sahaja dia pergi ke hospital dan memeriksa dan dia disahkan mempunyai Autophobia. Fobia itu sebenarnya sudah lama dia punyai sebelum dia diculik lagi. Cuma kali ini, ia menjadi lebih teruk. Mungkin disebabkan tekanan yang dirasai oleh dirinya.
Tiada siapa yang tahu dia mempunyai fobia itu, hanya dirinya dan pakar psikiatri yang merawatnya sahaja. Dia tidak mahu semua orang tahu kelemahannya. Dia takut ditinggalkan.
Dia takut. Dia takut sangat. Tetapi pada siapa ingin dia luahkan? Dia tiada siapa. Apabila lelaki itu melontarkan kenyataan tentang Papanya. Dia menjadi lebih takut jika semua itu adalah benar. Dia takut dia akan ditinggalkan keseorangan. Kerana bagaimana senang pun hidupnya, dia akan kembali semula kepada keluarganya jika dia mempunyai masalah. Jika Papa Mama tiada? Dimana perlu dia bergantung hidup?
Dia tiada kawan baik. Semua yang berkawan dengan hanya dianggap kawan biasa dan tiada istilah kawan baik di dalam kamsus hidupnya, dia beranggapan semua yang rapat dengannya akan beransur pergi kerana tidak semua perkara kekal selamanya. Sebab itu dia terlalu workaholic dan mengejar kerjaya kerana tidak mahu terikat dengan sesiapa. Berkawan bila perlu, setelah selesai pergi berlalu.
Esakan kecil memenuhi ruang di dalam kenderaan itu. Dia hanya mampu tersedu-sedan dan menangis hiba.
Dia mengeluh dan menghembuskan nafas yang terasa lemah. Semua akan okay Erika. Jangan risau. Apabila dia sudah kembali tenang, gear ditukar dan padel minyak ditekan dan berlalu keluar dari parking lot itu. Sudah dimaklumkan kepada Sofea, dia tiba di acara agak lewat sedikit.
Nodus Tollens; The realization that the plot of your life
doesn’t make sense to you anymore.
Ulasan
Catat Ulasan