BAB 9
"Love yourself the way you wish they did"
Rumah agam di kawasan perumahan elit itu di perhatikan lama. Dia masih lagi berada di dalam perut kereta. Masih lagi tidak punyai kekuatan untuk berhadapan kedua orang tuanya. Selepas sehari dilepaskan oleh lelaki itu, dia terus memandu kenderaannya ke sini kerana ingin melihat reaksi Mama dan Papa setelah beberapa hari dia hilang. Adakah mereka akan berasa lega setelah dia pulang hari ini?
Nafas ditarik lalu dihembus lembut. Okay Erika, pergilah keluar dan tunjukkan diri kau. Setelah mengambil tas tangannya. Kereta dibiarkan berparkir di halaman luar rumah kerana dia tidak mahu berlama disitu. Selain dari berjumpa Mama, dia ada sesuatu perkara yang perlu dia lakukan. Dia keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam halaman rumah yang agam itu.
Kelihatan pembantu rumah sedang menyiram pokok bunga Mama. Apabila melihat kelibat Erika, wanita seumur Mama terus menyapanya seperti biasa.
Erika kehairanan. Pelik. Mereka tidak tahukah, dia telah diculik? Tetapi dia tetap menghadiahkan senyuman kepada wanita itu “Mama mana?” tanya Erika.
“Madam ada di dalam, masuklah” balas wanita itu.
Tanpa menunggu lama, dia menapak masuk ke ruang rumah. Kaki melangkah ke arah dapur, kerana dia tahu pada waktu-waktu sebegini, Mamanya akan berada di dapur untuk memasak.
Betul tekaannya. Kelihatan Mama sedang menghiris bawang holand atau dipanggil bawang india untuk membuat sajian.
“Mama..” sapa Erika.
Olivia mengangkat kepala berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Dia terkejut seketika sebelum mengorak senyuman manis kepada Erika.
“Hai sayang, tak bagitau Mama pun nak datang. Macam mana cuti?” soal Olivia riang.
Erika terkesima. Cuti? Cuti apa? Kejap, Mama tidak tahu ke selama ini dia telah hilang kerana diculik?
Dia berdehem. Riak wajah dibuat selamba habis. “Erika pergi bercuti?” dia bertanya berhati-hati.
“Yerlah bercuti. Hari tu kan kamu mesej Mama kamu nak bercuti beberapa hari sebab penat bekerja. Kamu tidak mahu siapapun ganggu kamu” beritahu Olivia lagi. Spagetthi yang sudah siap ditoskan, terus diletakkan ke dalam mangkuk kaca. Dia ingin membuat spagetthi carbonara.
Okay ni pelik. Sejak bila dia beritahu Mama dia ingin bercuti?
“Kamu ni kenapa? Diam je. Ada masalah ke sayang?” soal Olivia sambil mengerling melihat Erika yang diam tiba-tiba.
“Nothing. Betul lah tu, Erika pergi bercuti” dia memberi senyuman tipis. Sambil itu, Iphone diambil lalu melihat semula mesej yang diberi kepada Mama. Dan betul. Dia beritahu Mama dia ke Sepanyol untuk merehatkan diri. Damn. Mesti lelaki itu yang mengambil telefonnya dan menciptakan penipuan ini supaya tiada seorang pun syak akan kehilangannya.
“Mana ole-ole Mama?” tanya Olivia tiba-tiba sambil menyuakan sebelah tangan ke arah Erika inginkan hadiah dari anak gadisnya.
“Hah? Ole-ole?” Erika yang masih lagi sibuk mengscroll Iphonenya, ingin melihat apa lagi lelaki itu telah buat pada telefonnya mengangkat wajah melihat ke arah Mamanya. Dia kelihatan terpinga-pinga.
“What’s wrong with you, sayang? Dari tadi macam tak senang duduk je?” soal Olivia pelik.
“Tak ada apa-apa lah Ma.. Okay je ni. Penat sikit. Ole-ole tu, sorry eh tak sempat nak beli” beritahunya.
“Mama okay je lah.” balas Olivia tidak mahu anaknya berasa bersalah.
Erika hanya mengangguk perlahan kepalanya. Mata memerhati sekeliling ruang dapur yang telah diubahsuai mengikut citarasa Olivia. Dia melihat wanita separuh umur tidak kekok memasak sajian. Mamanya memang rajin memasak. Kerja dapur memang diuruskan sendiri oleh Mama, tugas pembantu rumah hanya membersihkan rumah sahaja.
Olivia melihat ke arah anaknya yang kembali diam sedang melihat ke arahnya.
“Kenapa diam je nih? Selalu bising bila balik sini?” soalnya.
“Saje je. Penat sikit nak uruskan majlis lagi. Nanti Mama datangkan?” sungguh dia berharap Mamanya dapat hadir melihat hasil kerjanya.
Olivia hanya menggeleng kepala perlahan.”Sorry sayang. Mama memang nak pergi tapi Papa kamu..”
“It’s okaylah.. Erika tahu. Tak terkecil hati pun” pintas Erika sebelum Mamanya habis bercakap. Dia tahu walau apapun Papa akan tetap larang Mama dari menghadiri majlis yang dianjurnya. Jujur, dia sedikit kecil hati. Tetapi, tidak mengapalah.
“Makan sini eh? Kurus je Mama tengok kamu.” pinta Olivia lembut.
Erika mengangguk senang sambil tersenyum manis. “Papa, mana Ma?” soal Erika. Dari tadi, dia tidak melihat kelibat lelaki itu.
“Papa macam biasalah..outstation” balas Olivia lagi. Suaminya itu ada saja projek yang baharu dan sering kali tidak lekat dirumah. Projek apapun dia tidak tahu. Apabila ditanya. Dijawab bukan urusan dia untuk tahu semua itu.
“Outstation..ke mana?” Erika mulai mengorek cerita. Rasanya, sekarang dia perlu mengambil tahu tentang kerja Papanya kerana dia ingin tahu sebab lelaki itu sanggup memberi kata hinaan yang teruk terhadap Papa. Sekurang-kurangnya dia boleh bantu Papa sekiranya lelaki itu berniat jahat terhadap Papa. Dia masih lagi ingin membela Papa walaupun Papa tidak baik terhadapnya. Lelaki itu pasti ada niat yang jahat. Hatinya berkata sebegitu.
“Rasanya ke UK.”
“Rasanya? Mama tak sure ke Papa pergi kemana?” Erika disapa kehairanan.
“Bukan kamu tak tahu, Papa kamu selalu berahsia dengan kita”balas Olivia tenang. Pinggan yang berisi spagetthi carbonara itu diberi kepada Erika. Dia turut melabuh duduk di atas kerusi yang tersedia di island table itu untuk menikmati hidangan.
Erika diam menikmati hidanganya. Di fikirannya, ligat memikir apa yang dilakukan oleh Papa. Aktiviti haram apa yang disebut oleh lelaki itu. Seludup dadah ke? Penyelewengan wang syarikat? Minta dijauhkan semua tanggapan itu. Dia melihat ke arah Mama yang turut diam menikmati hidangan. Mama tidak perlu tahu tentang semua ini. Ini antara dia, Papa dan lelaki itu sahaja.
“Kenapa dengan tangan you tu, berbirat.” tegur Olivia. Dia sedari tadi asyik tertacap pada pergelangan tangan Erika yang kemerah-merahan berbirat. Dia juga sedar akan diri Erika yang seakan pucat dan semakin kurus.
“Muka you pun nampak cengkung dan pucat, why?”
Anak gadisnya itu mementingkan penampilan. Namun kini, gadis itu kelihatan tidak bermaya langsung. Pakaiannya juga biasa-biasa sahaja. Tiada make-up di wajahnya seperti selalu. Timbul perasaan gusar di hatinya melihat perubahan Erika.
Erika tersentak dengan soalan Mamanya, pantas membawa tangannya ke bawah meja. Dia tersenyum nipis ke arah Mama.
“Nothing. Erika demam lepas balik dari cuti hari tu, tangan ni sebab Erika pakai gelang tangan yang saiznya kecil sebab tu berbirat. No worries lah Ma” balasnya mencipta satu penipuan.
“Haih.. macam-macam lah you ni. Lepas ni, please take care of yourself. Mama tak selalu ada dengan you.” ucap Olivia kerisauan. Erika hanya mengangguk tanda mengerti.
Pintu bilik kerja Papanya dibuka perlahan. Bilik itu kelihatan kemas dan teratur. Dia menghampiri meja kerja lelaki itu. Dokumen mengenai syarikat Papa dibelek dan dibaca semunya. Dokumen saham syarikat turut dilihat dan dikaji. Semua rekod kewangan syarikat bersih dan untung bersih wang syarikat tiada kekurangan atau penambahan wang, seimbang. Nasib baik, dahulu semasa di sekolah tinggi dia merupakan pelajar cemerlang dalam subjek akuan. Jadi dia tahu serba sedikit tentang ilmu ini.
Semua tampak baik dan tiada unsur penyelewengan. Apa maksud lelaki itu dengan kerja haram? Dia tersandar lemah di kerusi empuk itu. Think Erika pasti ada sesuatu yang tidak kena mengenai perniagaan Papa. Mata dipejam seketika. Menenangkan diri supaya dia dapat berfikir dengan lebih terperinci.
Mata dibuka semula, serentak dengan itu matanya menyoroti sebuah file berwarna hitam yang tertindih dengan helaian kertas. Hatinya tergerak untuk mengambil file itu. File itu diambil dan dibuka perlahan. “Perjanjian Penarikan Balik Tender” dia membaca perlahan tajuk pada halaman depan isi file tersebut.
“Apa ni?” dia mula menyelak helaian surat perjanjian tersebut. Dan tiada satu pun dia fahami.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar membuatkan Erika tersentak. Dia kalut menyusun semula kertas dan dokumen yang diusik tadi.
“Erika buat apa dalam bilik Papa? Kenapa kunci pintu ni?” panggil Mamanya.
“Hah? Tak buat apa-apa pun. Saja nak tengok bilik kerja Papa macam mana je” boleh jadikan alasan ke tu? Arhh lantaklah. Dia cepat-cepat mengeluarkan Iphone dan menangkap segala helaian isi perjanjian yang terdapat di dalam file itu. Kemudian dengan pantas terus keluar dari bilik kerja Papa setelah dan hanya memberi senyuman seperti tiada apa-apa kepada Mama yang berada di hadapan pintu bilik.
“Kenapa peluh semacam je nih?” Mama menyoal pelik.
“Lupa pasang aircond tadi masa masuk. Hehe” balasnya bersahaja tidak mahu Mama tahu dia telah menyelongkar barang Papa.
“Ye-ye la tu. Kenapa nak tengok bilik Papa. Nak curi apa-apa ke?”Olivia sudah menyoal seperti polis pencen.
“Ish mana ada. Saja nak tengok je” balas Erika tanpa ragu.
“Jangan nak mengusik barang Papa. Papa tak suka. Dah tahukan kalau Papa tak suka Papa buat apa?” Mama memberi amaran.
“Tahu” jawab Erika perlahan. Jika ada sesiapa yang mengacau atau menyentuh barang kepunyaan lelaki itu akan terima akibat yang teruk.
Dahulu pada umurnya 9 tahun, dia telah memecahkan ship in the glass milik lelaki itu dan kesannya Papa mengamuk, dia ditampar dan dikurung di dalam bilik. Dia tidak dibenarkan untuk makan malam pada malam itu.
“Mama jangan beritahu Papa, Erika masuk dalam bilik kerja Papa eh.” pintanya.
“Ye, Mama tak beritahu dia. Tidur sini atau balik apartment Erika?” Mama menukar topik.
“Tidur sini. Erika teman Mama, bolehkan?”
“Itu yang Mama nak dengar” Olivia tersenyum senang lalu bahu Erika dipeluk rapat ke arahnya. Mereka bersama-sama turun ke tingkat bawah.
pendek je bab untuk hari ni. Sorry lama xupdate sy sibuk dengan fyp dan test. Hari ni xdak Noah dgn Erika. Nanti bab seterusnya ada mereka berdua. Stay tuned. Jangan lupa jugak tau, follow sy punya wattpad. ( @nshuhadaaa)
Ulasan
Catat Ulasan