Bab 8
“Sometimes the worst place you can be
is in your own head.”
Mata yang cuba dilelapkan terasa sukar. Sudah beberapa kali dia memusing tubuh badannya ke kiri dan ke kanan. Tidak juga dapat melelapkan matanya. Penghawa dingin yang dipasang tidak mampu menyejukkan dirinya. Dia terasa bahang kepanasan walaupun baju tidur sudahpun ditanggalkan.
Mahu tidak mahu, mata dicelik memandang siling bilik. Sebelah lengan di letakkan di atas dahi. Memikirkan semua yang pernah berlaku pada keluarganya dan juga terhadap Neldia. Nafas dihela terasa berat. Sudah bertahun, dia tidak dapat melelapkan matanya dan tidak memperolehi tidur yang sempurna. Dia acap kali, dihantui dengan mimpi ngeri yang sering menerjah dan menganggu waktu tidurnya sehingga terpaksa mengambil pil tidur.
Mimpi ngeri yang lebih kepada kenangan lama yang menghancurkan kebahagiannya. Dan disebabkan hal itulah, membawanya kepada sebuah dendam yang harus dilunaskan untuk memperoleh semula kebahagian yang dihancur. Hanya dengan cara itu.
Neldia Adriana.
Sebaris nama yang sangat dia rindu. Terlalu rindu. Rindu yang tidak dapat diungkap melalui kata-kata. Tidak dapat disalurkan melalui perbuatan.
Satu-satunya adik perempuan yang pergi tidak akan kembali. Semua itu hanya disebabkan manusia yang tamak dan tidak pernah puas hidup dengan kemewahan yang hanya sementara!
Air mata lelakinya turun keluar dari tubir mata. Dia memejamkan matanya. Memikirkan adiknya tanpa sedar dia dibawa kenangan lalu..
13 tahun yang lalu..
Noah yang baru sahaja pulang ke rumah dikejutkan dengan suara jeritan dari tingkat atas rumah. Dia tahu jeritan siapa. Jeritan Neldia.
Beg sekolah di lempar sahaja ke atas sofa di ruang tamu dan dia berlari pantas ke aras atas.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka dari arah luar. Dia tersentak dengan keadaan bilik yang sudah dilanda badai. Bantal dan selimut sudah berselerak di bawah lantai bilik. Barangan aksesori berterabur sana sini dan ada yang botolnya sudah pecah kerana diperbuat daripada kaca.
Dia melihat ke arah Neldia yang meracau di lantai bilik. Rambutnya sudah tidak sekemas pagi tadi akibat ditarik dan diserabutkan oleh diri sendiri. Dia duduk memeluk lutut dan berbisik sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh telinganya. Tangisan dan esakannya memenuhi ruang bilik.
Noah sebak melihat keadaan adik perempuannya tak ubah seperti orang gila. Matanya yang mula berair pantas diseka tidak mahu menjadi abang yang lemah kerana dia sudah berjanji untuk menjaga Neldia walau apapun keadaan.
Pantas kaki melangkah ke arah Neldia yang tersedu sedan menahan tangis. Tubuh genit itu ditarik ke dalam pelukannya. . Memeluk kejap tubuh gadis kesayangannya. Walaupun si gadis meronta tidak mahu dipeluk mungkin kerana peristiwa yang menimpa tetap Noah teguhkan tubuhnya memeluk Neldia.
Dia melihat pada pergelangan tangan Neldia yang sudah dipenuhi darah kering mungkin terkena kaca pecah. Luka kecil yang semakin sembuh kembali terluka dan berdarah.
Sayu hatinya melihat keadaan Neldia. Lingkaran hitam di mata yang sangat jelas kelihatan kerana tidak mendapat tidur yang mencukupi. Berat badan yang makin hari makin susut. Tubuhnya yang semakin kurus. Matanya berair. Pantas diseka sebelum butir jernih itu mengalir keluar.
“Shhh.. abang ada. I’m here with you” dia memujuk. Sesekali ubun kepala Nedia dicium penuh kasih. Bahu gadis itu diusap lembut menyalurkan ketenangan. Neldia berhenti daripada meronta dan memeluk tubuh Noah.
“Adik hilang semuanya..” rintih Neldia sedih. Dia trauma dan tak dapat terima kenyataan bahawa dia sudah kotor dan menjijikkan.
“No.. adik ada abang. Abang ada dengan adik” Noah masih lagi memujuk. Mata terarah pada wajah pucat Neldia. Wajah itu tidak seceria seperti selalu. Hanya pucat seperti mayat hidup.
“That things keep playing in my head. Macam pita rosak. Keep playing and never stop” rintihnya dalam esakan.
“Its hurt so bad, abang” tangisannya semakin teresak.
Noah tahu apa yang dimaksudkan oleh Neldia. Adiknya acap kali bermimpi kejadian dia diculik, diseksa oleh penculik. Tidur adiknya terganggu dengan semua itu. Apabila dia melelapkan matanya, kejadian itu menyinggah tidak memberi sedikitpun peluang untuk dia melupakan semuanya.
Disebabkan itu juga, Neldia meracau seperti orang gila kerana peristiwa hitam itu. Tidak dapat menerima kenyataan dia sudah kotor. Tubuhnya diperlaku seperti patung yang tiada perasaan.
“Abang akan bantu adik lupakan semua tu. Setiap satu. I will help you” janjinya.
“No.. you can’t. Semua orang takboleh tolong. It’s was ellipsism.” air mata mengalir lagi dengan lebih lebat. Dan Noah hanya terdiam.
Tak kira apa yang terjadi, dia akan mencari manusia yang sanggup memperlakukan adiknya sebegini. Dia nekad. Dia akan mencari hingga ke lubang cacing sekalipun.
Selepas Neldia tertidur dalam pelukannya ketika dia menenangkan gadis itu. Terus sahaja dia mencempung tubuh genit adiknya ke katilnya.
Bilik yang tunggang langgang dibersihkan dengan segera tidak mahu Uncle Joshua dan Aunt Mary tahu adiknya meracau tak tentu arah. Dia sudah banyak menyusahkan pasangan suami isteri itu. Sudah banyak wang dilabur demi mencari Neldia. Dia berjanji selepas ini, dia tidak akan melibatkan mereka dalam semua ini lagi.
Disaat itu, seorang Noah Adrian akan berubah menjadi seorang yang tidak lemah dan tidak akan mengharapkan bantuan orang lain. Semua perlu dilakukan dengan sendiri. Tekadnya. Lupakan sahaja zaman remajanya, dia perlu menjadi lebih matang.
Pergelangan tangan Neldia yang terluka terkena serpihan kaca dicuci dengan iodin yang diambil dari peti first aid. Kain kapas diambil lalu diletakkan dengan penuh berhati-hati pada luka dan dilekatkan dengan pita selofan.
Wajah Neldia direnung penuh kasih. Rambutnya yang dahulunya panjang paras pinggang kini dipotong paras leher diusap lembut. Dahi adiknya dicium penuh syahdu. “Abang sayang adik” bisiknya perlahan. Gebar ditarik menyelimuti adiknya. Ubun adiknya dicium sekali lagi.
Dan tanpa sangka, malam itu adalah malam terakhir adiknya lena dengan tenang. Tiada lagi malam yang seterusnya…
Mata kembali terbuka dan serentak dengan itu tubir mata mengalirkan butir jernih. Dia segera bangkit dari pembaringan. Air mata diseka. Nafas yang tercungap-cungap, diatur semula supaya lebih tenang. Keringat yang mengalir keluar dari dahinya turut disapu.
Dia diam seketika dan mata merenung kolam air dihadapannya. Merenung suasana pagi yang masih lagi gelap. Mimpi itu kembali menerjah, bukan mimpi tetapi lebih terarah pada kenangan lalu. Kenangan yang tidak dapat dilupuskan dari fikirannya buat selama-lamanya walau sebanyak mana dia cuba untuk lupakan.
Parut di lengannya dilihat dan disentuh. Parut disebabkan peristiwa lalu. Dia menghela nafas.
Some memories never leaves your bones. Like salt in the sea;
Become part of you - and you carry them.
Sekali lagi, tidurnya terganggu. Jam yang terletak di atas meja kecil tepi katil dikerling.
03:05 am.
Wajah diraup dengan kedua belah tangan. “Bila semua ini akan berakhir?” bisiknya perlahan.
Tidak betah apabila perkara itu menganggu fikirannya, pantas gebar diselak lalu kaki mengorak langkah ke arah kamar mandi.
Dia berdiri di bawah pancuran. Butang on ditekan lalu air pancuran yang suam itu berebut-rebut mencurah ke tubuh tegapnya. Dia diam seketika menikmati air pancuran yang memberi ketenangan padanya walaupun hanya seketika.
Kedua belah tangan ditekap pada dinding kamar mandi. Kepala ditunduk. Fikirannya cuba dikosongkan.
Dia keluar dari kamar mandi setelah siap berpakaian sukan dan menyarung jumper hitamnya.Kepala ditutupi dengan cap berwarna hitam. Menjadi rutinnya apabila dia tidak dapat melelapkan mata, dia akan berjogging.
Jam digital di pergelangan kanan ditilik.
03:39 am.
Waktu yang tepat seperti selalu apabila dia selesai menyiapkan diri. Dia turun ke aras bawah dan menuju ke arah dapur. Sebotol air mineral diambil dari peti sejuk lalu diteguk rakus. Tabiatnya sebelum keluar berjogging.
Dia melangkah ke arah halaman rumah mewahnya. Nafas yang dihela mengeluarkan asap dari mulutnya menandakan cuaca pagi itu sangat sejuk. Suasana pagi yang sejuk tidak menjadi halangan untuknya berjogging. Jam digital sekali ditilik. Jam ditekan untuk setkan masa untuk berjogging, serentak dengan itu dia memulakan lariannya keluar dari kawasan rumah yang agak curam dan berbukit, dia masuk ke dalam kawasan hutan.
Dia tidak akan tersesat kerana dia sudah tahu selok belok hutan itu. Sudah menghafal setiap inci laluan hutan. Laluan yang menjadi litar untuknya berjogging sudah siap dipasang lampu. Cahaya oren dari lampu jalan dan suasana pada pagi yang sunyi tidak merisaukan dirinya malah memberi ketenangan dalam diri Noah. Dia tenang dengan keadaan sebegitu. Membuatkannya melupakan seketika masalah yang melanda.
04:15 am..
Ellipsism; A sadness that you’ll never able to know
how history will turn out.
Ulasan
Catat Ulasan