Langkau ke kandungan utama

You and Me (Bab 6)

Nah bab 6 kita dah siap tulis.  Comment tau ! Kalau ada typo ke apa bagitahu. Enjoy 😊😊



“Worlds change when eyes meet.”

 

 

Sudah dua hari Noah tidak pulang ke rumah mewah itu. Erika pula dibiarkan tinggal di situ seorang diri tanpa siapa yang menemani.

Peliknya, Erika tidak pernah cuba melarikan diri walaupun itu merupakan peluang keemasan untuk lari dari cengkaman Noah. Dia tidak tahu mengapa dia tidak keluar dari rumah itu. Perasaan ingin tahu tentang siapa lelaki itu dan apa kaitannya dengan Papa lebih menebal berbanding perasaan ingin melarikan diri.

Lagipun jika dia melarikan diri pun, sudah pasti akan di tangkap semula. Lelaki itu sudah semestinya menyuruh orang suruhan ataupun kawan-kawannya untuk memerhati dirinya dari jauh.

Walaupun selama dua hari kelibat Noah tidak kelihatan, lelaki itu tetap mengambil berat tentangnya. Setiap beberapa jam, akan ada orang perantaraan lelaki itu menghantar makanannya kepadanya.

Dia dilanda kebosanan di dalam rumah yang berada di tengah hutan itu. Banyak perkara yang dia lakukan semasa dua hari ini. 

Dia meneroka sekitar rumah, tetapi tiada apa yang menarik kerana setiap bilik yang terdapat di dalam rumah itu berkunci. Hanya bilik Noah sahaja tidak berkunci. Berani pula dia biarkan aku tidur dalam biliknya. Tak takut aku curi sesuatu ke? Bilik tidur adalah privasi seseorang.

Di dalam rumah itu ada sebuah gym tempat lelaki itu workout tetapi dia bukan jenis yang aktif bersenam. Memang taklah nak masuk. Ada juga terdapat ruang rehat di  rooftop rumah mewah itu. Ruang rehat yang didekorasi dengan tanaman hijau dan air terjun buatan. Kolam renang di luar bilik lelaki itu pula sungguh dalam dan tidak berani untuk berenang di dalamnya kerana dia tidak tahu berenang. Nanti tidak fasal-fasal ada yang ditemui mati lemas dalam kolam renang  itu.

Rumah mewah itu besar. Sangat besar. Tetapi sunyi dan menyeramkan tiap kali malam menjelma. Mana taknya, rumah tengah-tengah hutan. Jiran seorang pun tidak ada. Antisosial betul lelaki itu. Kenapa lah buat rumah di dalam hutan ini! Dah lah dia seorang yang penakut, kadang-kadang ada kedengaran bunyi serigala menyalak. Takut kot!

Dia juga sudah mencuba untuk masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu sekali lagi. Tetapi malangnya, tidak berjaya. Lelaki itu telah menguncinya pintu itu. Cis! Dia tahu, mesti aku akan cuba masuk semula ke dalam bilik itu.

Erika berjalan turun ke ruang tamu rumah. Tubuh dilabuhkan atas sofa empuk itu. Mata melihat sekelilingnya ruang tamu itu. Cantik dan tenang sahaja.

Matanya didongak ke atas melihat siling kaca yang membolehkannya melihat awan-awanan berlatar langit biru yang bergerak perlahan hingga tidak sedar akan waktu yang berlalu  pantas. Langit yang cerah diganti dengan langit senja yang mendamaikan. Perlahan-lahan matanya dilelapkan seketika. Tidak sampai beberapa minit dia sudah terlelap di situ. Mungkin sofa itu selasa dan empuk membuatkan dia mudah sahaja melelapkan mata.




ERIKA terjaga dari tidurnya apabila terkejut mendengar bunyi pintu utama dibuka dari arah luar. Dia terus bangun dari duduknya dan berdiri menghadap pintu utama itu, menanti gerangan siapa yang ingin memasuki ke dalam rumah dengan penuh debar.

Lelaki itu kah? Dia berteka teki. Haraplah bukan pencuri atau orang jahat. Beberapa ketika kemudian terpancul tubuh tegap Noah masuk ke dalam rumah. Pakaian lelaki itu lebih kasual dan bukan pakaian yang  dipakai ketika dia keluar dari rumah ini. Wajahnya kelihatan tenang, tidak lagi sekusut seperti dua hari lepas dan seperti biasa riak wajahnya dingin. Urusannya sudah selesaikah?

Dia kelihatan sedikit tergamam melihat Erika yang merenung ke arahnya. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

 

The art of eye contact.

 

Mata bertentangan mata. Erika kalah, dia mengalih pandangan ke arah lain kerana dia tidak mampu merenung lama mata coklat cair milik Noah. Jantung berdebar kencang bila merenung mata lelaki itu.

"Kau kenapa? Berdiri macam patung dekat situ? " soal Noah dingin setelah beberapa lama mendiamkan diri. Wajah gadis itu sudah tidak pucat seperti kali pertama Erika jatuh sakit. Cuma tubuh gadis itu kelihatan kurus dari sebelumnya. Mungkin kurang makan.

" Er..tak ada apa-apa. " Balas Erika. Kepala menunduk ke bawah melihat lantai kayu.

Noah menggeleng kepala, pelik. Dia tunggu aku balik ke? Soal hati Noah.

Nonsense. Pintu utama ditutup kembali.

Dia terus berjalan melepasi gadis itu dan naik ke atas rumah membiarkan Erika bersendirian di situ. Ingin membersihkan diri yang terasa melekit dan tidak selesa.

Erika pula tergamam. Kenapa dia terasa bila lihat Noah seperti tidak peduli dengan dia? Dua hari Noah meninggalkan dirinya keseorangan di rumah ini. Tak rindu ke? Tidak pun, tanya aku ni okay ke tak? Dah makin sembuh ke?  Ni tak! Jalan masuk macam tu aje. Bebel hati Erika.

Tetapi apabila difikirkan semula, mengapa lelaki itu perlu berbuat begitu sedangkan ada jarak yang tercipta di antara mereka. Lelaki itu membencinya. Dan ingin menyeksanya atas perbuatan Papa yang dia sendiri tidak tahu. Peritnya rasa ini. Kau expect apa Erika? Ambil berat fasal kau? Layan kau macam kau puteri? Dia benci kau, Erika. Ingat tu!

"Yang berdiri dekat situ lagi kenapa?" Soal suara dari belakangnya. Mematikan lamunan. Erika sedikit terkejut lalu memusingkan tubuhnya ke melihat Noah.

Noah sudah siap membersihkan diri dan pakaiannya sudah ditukar kepada tshirt hitam lengan pendek jenama Adidas dan berseluar pendek paras lutut berwarna coklat cair. Rambutnya agak berselerak dan masih lagi lembab. Tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambut disangkut dilehernya. Jantung Erika berdebar-debar.  Kenapa rasa seperti, aku seorang isteri kepada lelaki ini? Perasaan apakah ini. Tolong hilang dengan segera, sis taknak berharap.

"Hah? " Erika menyoal Noah kembali. Dia sibuk memerhati Noah sehingga tidak dengar apa yang Noah soalkan.

"Nothing. Lapar?" soal Noah malas. Dia sudah melabuh duduk di atas sofa yang dibeli di luar negara itu. Tangan disilang ke dada melihat ke arah Erika dengan renungan kosong dan beku.

"Tak." Erika juga duduk di atas sofa bertentangan dengan Noah.

"Siapa suruh duduk? " Noah memandang sinis ke arah Erika.

Erika termalu sendiri kemudian dia kembali berdiri. Haduh. Ingat ni rumah kau ke Erika. Kau tu mangsa culik dia je! Tak lebih!

"Siapa suruh berdiri? " Noah menyoal lagi. Suka pula dia mengusik gadis di hadapannya ini.

"Ehh? Hah? " Ehh dia ni! Kau nak apa sebenarnya? Erika bergetus geram di dalam hati. Namun dia tidak duduk semula.

Noah hanya memandang Erika. Dia diam menilik wajah yang berdiri di hadapannya.

Erika hanya diam. Dalam hati tertanya-tanya apakah ayat hinaan yang bakal lelaki ini lontarkan kepadanya.

"Kesian dengan kau ni. " Noah berjeda seketika.

"Lahir dari benih pembunuh" kasar ayat yang dilontarkan tanpa mempedulikan Erika yang sudah terkesima.

"Kenapa tiba-tiba cakap pasal Papa saya? Kenapa cakap dia pembunuh?" Erika terasa hati dengan ayat diperkatakan oleh Noah.

"Kadang-kadang aku terfikir. Kalau Neldia dia boleh buat teruk macam tu. Kenapa kau dia tak sentuh? Bukan semua perempuan hina je pada mata dia? Murah.. Huh?" sambung Noah tanpa mempedulikan soalan Erika.

Erika melihat wajah lelaki itu dengan riak tidak berpuas hati. " Apa yang Papa saya  dah buat pada Neldia awak tu hingga awak benci sangat dengan dia? Kita selesaikan perkara ini dengan cara yang baik. Simple. " luah Erika.

Dia tidak faham. Sungguh tidak faham. Apa maksud lelaki itu yang Papa buat teruk pada perempuan yang bernama Neldia itu. Apa yang Papa dia buat! Bentak hatinya ingin tahu kebenaran yang sebenar.

" Selesaikan dengan cara yang baik? Jantan tu yang mulakan dengan cara kotor dan aku pula perlu selesaikan dengan cara yang baik? Kau ingat aku sebaik macam tu ke bodoh?! " suara Noah sudah mula ditinggikan.

" Apa yang Papa saya buat?! " nada Erika naik seoktaf. Dia sudah tidak tahan dengan semua ini lagi. Dia perlu tahu apa yang Papa telah lakukan. Dan dia akan selesaikan semua ini.

"Yang kau nak tinggikan nada dengan aku ni asal? Kau cari je lah sendiri apa yang jantan tu buat. Dan bila kau tahu apa yang dia buat belakang keluarga kau.Aku pasti, kau akan terkejut besar.”

Or why not you ask him, hrmm?  Mana tahu dia boleh bagitahu kau. Ehh kejap, tak boleh! Nanti rosaklah perniagaan haram dia kalau kau tahu. Silap-silap kau dia ambil sekali jual. Aku tak rasa dia peduli dah dengan darah daging sendiri! He's insane. " sambung Noah sambil  tersengih sinis.

Dia puas melihat riak Erika yang sedang menahan amarah. Suka bermain dengan emosi gadis ini.

"Jangan sesekali sebut Papa saya gila kalau awak tak pernah hidup sebumbung dengan dia! Apa maksud dengan perniagaan haram? Jual? Dia jual apa?" Sungguh Erika tidak faham. Apa maksud lelaki ini?

"Woah-woah easy girl, Hidup sebumbung? Bukan kau pernah lari keluar dari rumah ke? Berapa kali je kau balik ke rumah tu? Kau tahu sangat ke apa yang Papa kau buat? Or lebih mudahnya kau tahu ke Papa kau kerja apa? Siapa dia, hah? "Noah bermain dengan emosi Erika.

" He is a businessman. " Jawab Erika teragak-agak. Dia semakin goyah dan tidak yakin.

" Yeah aku tahu tu. Perniagaan apa yang dia buat? Kau tahu? " desak Noah lagi. Dia sudah sengih sinis. Erika sudah terperangkap dengan soalannya kerana kelihatan gadis itu diam dan teragak-agak untuk menjawab.

" Kenapa diam? Kau tahu ke tak? " paksa Noah lagi.

Erika mengetap giginya. Apa yang Papa buat? Think Erika! Papa buat perniagaan apa? Arhh I hate this feeling!  Rasa bodoh dengan diri sendiri. Lelaki itu tahu tentang dia luar dan dalam. Dan dia? Dia tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu. Dia hanya memperbodohkan diri sendiri di hadapan lelaki ini. Air mata ditahan. Jangan nangis Erika. Jangan cepat beremosi.

"Kau tak tahu kan. Jangan act kau tahu semua benda sedangkan kau taktahu. Idiot." Noah ketawa.

"I'm not idiot! " ujar Erika keras.

Ya, kau seorang tak guna Erika! Getus hatinya. Shh.. Diam lah. Dia terasa dadanya sesak. Pedih.

"Yes,  you are. " Noah tersenyum sinis. Masih lagi bermain dengan emosi gadis itu. 

"No! "

"Yes."

" I said no! What’s wrong with you, sucker?! " air mata mengalir. Tidak tahan diperlakukan sebegitu.

Kau lemah Erika. Ya.. Aku lemah.

Noah tidak terkesan langsung dengan air mata yang mengalir laju di pipi Erika. Hanya pandangan kosong diberikan. Dingin. Itu Noah.

"Don't be too emotional. I hate it. And don't waste your tears crying over someone who won't cry over you. " Dalam ayat Noah membuatkan Erika terdiam.

"Jadi kau memang desperate sangat lah nak tahu lah apa yang jantan tu buat? " Noah menyoal lagi. Tubuhnya disandar di kepala sofa, kaki disilang dan mata lunak memandang ke arah Erika.

"Yes I am! "  keras suara Erika.

" Okay-okay. Aku bagitahu." Noah ketawa dan tersengih.

Dia menggigit  bibir bawahnya sambil membuat smirk. Dia membawa tubuhnya ke hadapan dan kaki sudah tidak disilang lagi. Dia diam seketika sebelum berkata.

"Aku teringin pula buat something pada kau. Dan aku rasa pasti kau dapat tangkap dengan apa yang aku nak bagitahu kau ni." Dia memandang Erika dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Erika terpinga-pinga. Buat apa nih? Mata memandang Noah pelik.

Tiba-tiba Noah bangun dan melangkah mendekati Erika. Erika tersentak dan berginjak ke belakang apabila Noahmula menghampirinya. Dia nak buat apa ni?

"Hey! Stop!  Jangan dekat"  Apa dia nak buat ini? Fikirannya sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

Erika jatuh ke atas sofa di belakangnya apabila tiada lagi ruang untuk melangkah ke belakang. Noah mengambil kesempatan itu mengunci tubuh Erika dengan kedua belah tangan diletakkan pada penyandar sofa. Erika berada di tengah.

Tubuh didekatkan lagi. Bau maskulin Noah menusuk masuk ke ruang rongga hidung Erika. Air liur ditelan terasa kasar apabila Noah menilik wajahnya atas bawah dengan penuh minat. Sisa air mata Erika diseka dengan jari telunjuknya memberi debaran halus dalam jantung Erika.

Mata Noah tertacap pada bibir mungil Erika. Bibir Noah terukir smirk.

"Aw..awak nak buat apa ni?" Dengan sedikit keberanian Erika membalas renungan Noah walaupun tidak lama kerana perasaan gementar lebih banyak menguasai diri.

Wajah lelaki itu begitu hampir dengan wajahnya. Hampir sahaja hidung mereka berlaga. Dan dengan jelas dia dapat lihat ukiran tatu yang terdapat di belakang telinga lelaki itu yang sebelum ini, dilihatnya samar-samar dan tidak jelas. Ukiran tatu dengan nama Neldia yang terukir secara tulisan berangkai tanpa warna. Halus dan cantik seni ukirannya. Wanita bernama Neldia itu sudah pasti seorang yang penting di dalam hidup lelaki ini sehingga dia sanggup mencacah tatu nama perempuan itu.

Teman wanita lelaki itukah? Atau isterinya? Kenapa timbul satu perasaan yang teramat sakit. Sangat sakit. Cemburukah dia?

"Kau rasa aku nak buat apa hrmm, little lamb?  " Soal Noah mendekatkan lagi wajahnya ke arah Erika. Dan hidung mereka bersentuhan.

Tangan Erika naik ke dada lelaki itu menahan Noah daripada mendekat. Jantung sudah mengepam darah gementar. Dia juga dapat merasakan degupan jantung lelaki itu sama sepertinya. Berdegup laju. Pandangan yang diberi lelaki itu, pandangan bernafsu. Mata Noah terpaku lama pada bibir Erika yang menarik perhatiannya sedari tadi.

" Saya tak.."

Bibir mungil Erika itu dipautnya kasar sebelum Erika habis bercakap. Bibir itu dicium lama. Tangan Erika yang menumbuk dadanya berkali-kali dibiarkan. Apalah sangat rasa sakitnya bila ditumbuk dengan tangan kecil itu. 

"Lepaskan.  Saya. " Erika masih berusaha menolak tubuh tegap Noah. Air matanya sudah merembes keluar dari tubir mata. Nafasnya tercungap-cungap menerima ciuman dari Noah.

 Shhh.. Just kiss me back" ujar Noah perlahan dan penuh sensual. Dadanya berombak perlahan menahan rasa. Dia mengambil nafas lalu mencium semula bibir Erika. Tangan dinaikkan memegang leher Erika dan mengusap lembut.

Noah mulai mendominasi ciuman mereka.

 

Seductive, Passionate and Possessively.

 

Dengan sekali gerakan tubuh Erika sudah dibaringkan ke atas sofa lalu dia naik menindihnya. Bibir dibawa ke leher jinjang gadis itu. Meninggalkan kesan di situ.

 

Intense.

 

Esakan Erika mula kedengaran, dia sudah tidak mampu menolak tubuh Noah kerana lelaki itu lebih tegap berbanding tubuhnya yang kecil.

Noah memberhentikan perbuatannya apabila terasa tubuh gadis itu mula menggeletar dan tangisan Erika yang  memenuhi ruang rumah itu, dia kembali menjarakkan tubuh. Wajah gadis itu merah dan penuh dengan sisa air mata.  Dia mengatur nafas yang tidak teratur.

Setelah diam beberapa ketika, dia berbicara. "You know what?  You will never understand the hell I feel inside my head.  It's all because your fucking father!" keras Noah meluah. Dia bangkit dari menindih tubuh Erika dan berlalu pergi meninggalkan Erika yang masih lagi terbaring di sofa dan hanya membiarkan air mata mengalir dari tubir mata. Dada yang berombak laju mula mengendur.

Mata memandang siling rumah yang diperbuat dari kaca itu. Malam semakin melabuh tirai dan tiada taburan bintang di dada langit. Kosong dan penuh kegelapan. Sama seperti dirinya yang penuh dengan kegelapan dan tiada di situ dibawa ke khayalan sendiri.

Kau kena kuat Erika. Ada banyak lagi benda yang perlu kau tempuh.

 

 

“The saddest sound ever is the crack in a person voice, when they’re

on the verge of tears.”

 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : I LOVE YOU, MY MAID

Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story.  All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas "  By, Nurul Shuhada.  I LOVE YOU, MY MAID  Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya.  Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....

CERPEN : Manipulasi Cinta ( PART 6) - Last Part

"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu...

CERPEN THRILLER : THE PSYCHOPATH ( FULL)

“ Always remember... Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots.˝—Anonymous. New cerpen here! Cerpen kali ni mengisahkan tentang "psychopath" iaitu seseorang yang menderita dari segi mental atau jiwa disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang itu trauma. Dalam cerpen kali ni shuhada wujudkan satu watak lelaki yang mempunyai satu penyakit jiwa akibat satu peristiwa hitam yg trjadi di dalam hidupnya. First nak kasi tahu, shuhada takreti nak buat cerita thriller dan bunuh2 ni.  Maaf jika ada yang terkurang dalam cerpen ni. Shuhada dpat idea nak hasilkan this story based on korean film berjudul "The Fives". So enjoy it.!   By, Nurul Shuhada.  Di sebalik lorong yang gelap, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindung dengan sarung hoodie berwarna hitam diatas kepalanya. Mulutnya pula ditutupi dengan mask hitam. Dia sedang bergelut dengan seorang remaja perempuan lingkungan 18 tahun. Apab...