“Curiosity killed the cat..
-but satisfaction brought it back”
19:00 pm.
Laluan rahsia mebawa Erika ke arah sebuah pintu kayu yang berukiran. Dengan perlahan dia memegang tombol pintu kayu itu. Dia memejam matanya dan memulas tombol pintu.
Klik!
Mata terbuka. Pintu tidak dikuncilah. Taklah hebat mana lelaki itu, pintu pun tak dikunci. Dengan hati yang riang dan perasaan ingin tahu yang membuak, dia menapak masuk ke dalam bilik dan berdiri di hadapan muka pintu. Pintu ditutup kembali. Apa yang dia lihat adalah ruangan seperti bilik kerja lelaki itu. Ruang yang besar. Sangat besar.
Namun bilik itu gelap dan suram kerana ditutupi dengan langsir berwarna biru gelap yang menghalang cahaya mentari daripada masuk. Bilik itu disimbahi cahaya dari lampu dinding yang ada di setiap sudut bilik. Dia berjalan perlahan ke arah langsir yang agak tebal hingga mencecah lantai. Langsir di selak, dan dengan jelasnya dia dapat melihat satu permandangan yang sangat mengaggumkan.
Terdapat gunung-ganang yang memukau permandangannya. Apa yang lebih menarik adalah air terjun yang airnya keluar dari salah satu gunung. Air terjun semula jadi. Dia juga dapat lihat dengan jelas jalan raya yang tiada penghujungnya berlingkar dari bawah gunung hingga ke atas gunung. Jelas kelihatan beberapa buah kenderaan yang lalu lalang naik dan turun. Lampu jalan yang dipasang disepanjang jalan raya mencantikkan lagi pemandangan. Rumah mewah lelaki itu sebenarnya berada di atas bukit? Kemana jalan itu berakhir? Ada apa di sebalik gunung semua itu? Kenapa dia baru tahu ada tempat secantik ini wujud?
Tidak mahu semua itu menganggu fikirannya diberpaling semula ke ruangan bilik. Terdapat lagi rak buku di sudut kiri ruang bilik dengan sofa dan meja kopi menjadi pelengkap ruang bacaan itu. Meja kerja lelaki itu terdapat di ruang tengah bilik. Helaian kertas dan dokumen-dokumen disusun dengan rapi. Terdapat juga MacBook terletak elok di meja tersebut.
Tanpa membuang masa di menapak ke arah meja kerja. Dia mengelilingi meja dan menarik laci meja tersebut. Hanya terdapat dokumen-dokuman insurans syarikat. Laci ditutup kembali.
Anak mata Erika menyoroti sebuah sampul coklat di atas meja kerja, dia mengambil sampul surat tersebut tanpa aba-aba. Dengan perasaan ingin tahu yang menebal di dalam hati di menarik helaian kertas dari sampul coklat itu.
Terkaku. Biodata dirinya. Dari photocopy sijil lahir hinggalah segala sijil dari dia bersekolah hingga ke zaman universiti. Lengkap. Tiada satu pun yang tertinggal. Semua tentangnya ada di dalam itu. Jantung berdegup kencang.
Siapa lelaki itu? Bagaimana dia dapat semua maklumat ini. Tangannya terketar-ketar melihat setiap helaian kertas mengenai dirinya.
Jikalau dokumen mengenainya ada dengan lelaki ini, tak mustahil jikalau semua mengenai kegiatan Papanya juga ada? Dia ligat mencari lagi. Tiada. Dia mengeluh perlahan.
Mata menyoroti lagi segenap bilik itu. Peti besi di hujung rak dilihat. Dia pergi ke arah peti besi. Peti besi itu berkunci dan memerlukan nombor pin untuk membukanya. Dia hanya memutarkan secara rawak pemutar di tengah peti besi dengan harapan nombor pin itu mengena dan seterusnya peti besi akan terbuka.
Sedang dia ligat memutar. Kedengaran seperti tombol pintu dibuka dari luar. Dia dapat melihat bayangan seseorang dari celahan bawah pintu. Dia sudah gelabah. Ke mana harus dia menyembunyikan diri?
Jalan terakhir yang berada di fikirannya adalah menyorok di sebalik langsir berwarna biru gelap itu. Hanya beberapa saat sahaja dia berjaya menyembunyikan diri serentak dengan itu pintu dibuka oleh Noah. Jantung sudah mengepam darah gemuruh. Kelenjar adrenalin sedang memainkan peranannya. Kedua tangan menekup mulut supaya dia tidak mengeluarkan sebarang suara. Mesti lelaki itu mencarinya apabila dapat tahu dia menghilangkan diri. Perasaan takut mula menerjah.
Erika mengintai di sebalik langsir apa yang lelaki itu sedang lakukan. Lelaki itu segak berpakaian kasual berjalan dengan bersahaja ke arah meja kerja. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Macbook dihidupkan. Tangan kekarnya pantas menaip di keyboard tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Kenapa dia beriak biasa? Tidak cemaskah apabila aku tiada di dalam biliknya? Monolog Erika.
Beberapa minit dia berkeadaan sebegitu. Bilakah lelaki ini akan keluar? Takkan aku perlu duduk di sini hingga malam menjelma kot? Getus Erika.
Noah menyandarkan tubuhnya untuk merehatkan badan yang tegak kerana asyik menaip dan memeriksa saham syarikat. Kepala mendongak ke atas melihat lampu chandelier. Mata dipejam seketika. Dia diam mungkin menenangkan fikiran yang kusut.
"Berapa lama lagi kau sorok dekat situ?" matanya masih lagi terpejam rapat dan kepala juga masih lagi mendongak ke atas.
Glup! Erika menelan air liur. Dia tahu aku ada dekat sini ke? Tapi macam mana? Aku dah sembunyi elok-elok dah ni. Dia diam tidak menyahut.
"Erika... " Noah menyebut namanya. Mata dicelik.
" Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak keluar juga. Kau tahu nasib kau" Noah mengugut. Noah sudah mengetahui Erika menyembunyikan diri di sebalik langsir sejak dari dia masuk ke dalam bilik itu lagi.
Rumahnya mewah dan sudah semestinya mempunyai sistem keselamatan yang ketat bagi menjamin keselamatan rumah agam itu. Setiap sistem keselamatan disambungkan ke dalam telefon pintarnya. Dia sudah tahu apa yang Erika lakukan dari Erika keluar daripada biliknya hinggalah dia menjumpai laluan rahsia ini. Sengaja dia membuka lock pintu bilik rahsia ini yang dapat diakses melalui telefonnya. Ingin lihat apa yang Erika ingin lakukan.
"Satu.."
Erika masih lagi mendiamkan diri. Jantung berdegup kencang. Air mata sudah bergenang di tubir mata.
"Dua.."
Masih lagi diam. Air jernih sudah jatuh menuruni lekuk pipinya.
"Tiga.."
"Don't be stupid Erika" kain langsir diselak serentak dengan itu tangan kekar mencengkam kuat rahang Erika dan ditolak tubuh Erika rapat ke tingkap bilik itu. Pandangannya tajam menikam anak mata Erika. Tangisan Erika tidak dipedulikan. Hatinya kosong.
"Siapa suruh kau masuk dalam bilik ni! " suara Noah naik seoktaf.
"Sa..saya.."
"Apa yang kau jumpa ?! Bagitahu aku sekarang! "
"Kau tak pernah belajar adab eh dekat sekolah dulu? Bila masuk dalam rumah orang jangan memandai kacau privacy tuan rumah!" cengkaman dikuatkan lagi.
Erika merintih kesakitan. Dia disoal bertalu-talu oleh Noah. Namun tidak diberi peluang untuk menjawab. Melihat wajah bengis Noah, dia pasti.. Dia tidak akan terlepas daripada Noah lagi.
"Aku tanya jawab lah sial! " jerkah Noah keras.
" Saya.. Minta maaf... " dalam suara tersekat-sekat Erika memohon maaf. Air mata sudah banyak mengalir dari tubir mata.
" Aku tak suruh kau minta maaf lah sial! Aku tanya apa yang kau buat dalam bilik ni! " jerkah Noah keras.
Air mata Erika mengalir laju. Sungguh dia takut berhadapan dengan lelaki di hadapannya ini.
"Tahu pula nak nangis bagai .. Kau ni memang tak serik kan? Kau ikut aku! Biar aku ajar kau sikit!" Noah menarik lengan Erika kasar dan menariknya keluar dari bilik itu. Erika hanya mampu membuka langkah mengikut Noah.
Noah membawa Erika ke bilik dimana dia mengurung Erika pada hari pertama gadis itu dibawa ke rumah agamnya. Tubuh Erika ditolak jatuh ke lantai. Erika merintih kesakitan dan cuba untuk bangun, namun tidak diperdulikan oleh Noah.
"Kau duduk di sini dan kau fikir apa salah kau! Perempuan macam kau ni memang layak dihukum sebegini! Sial! Fuck!" tengking Noah dan pintu ditutup dengan kasar oleh Noah. Dia mengunci Erika dari luar.
Erika hanya mampu menangis. Tubuh disandarkan di dinding bilik. Suhu di dalam bilik kecil itu terlalu rendah dan tiada alat pemanas bilik. Bibirnya sudah terketar-ketar walaupun baru sahaja berada di dalam bilik itu. Di saat itu dia hanya memikirkan.. Lebih baik dia pergi dari dunia ini daripada menanggung semua kesalahan orang lain.
Dia menangis lagi mengenangkan nasibnya.
LEWAT malam itu, Noah kembali ke bilik itu. Dia melihat Erika yang memeluk lutut. Bibirnya sedikit merekah dan terketar-ketar. Di bibirnya yang merekah itu terdapat kesan darah yang sudah kering. Dengan pandangan yang dingin dan tidak berperasaan dia mengatur langkah ke arah Erika.
Erika mendongak kepalanya sedikit melihat ke arah wajah kacak Noah. Dia tersenyum tipis. Ingat nak bagi aku mati dalam ni.
"Awak.." Erika memanggil walaupun kedengaran sedikit perlahan.
"Tutup mulut kau."
Noah mencempung tubuh genit Erika dan dibawa keluar. Erika dibawa ke bawah rumah dan diletakkan di hadapan fireplace yang telah dihidupkan apinya supaya dapat memberi kehangatan pada tubuh gadis itu. Erika hanya diam tanpa berbicara.
"Nanti naik atas bersihkan diri dan turun semula in 30 minutes " arah Noah dan berlalu pergi.
Erika tersentuh dengan sikap Noah walau teruk mana pun Noah menghukumnya, lelaki itu tetap mengambil peduli tentang dirinya.
"Nama awak apa? " dia ucap dengan suara yang perlahan sambil melihat tubuh tegap itu hilang dari pandangannya.
Setelah selesai membersihkan diri Erika turun ke bawah dan mencari kelibat Noah. Tiada. Kemudian telinganya mendengar sesuatu dari arah dapur lalu kaki diatur melangkah ke arah dapur.
Dia dapat melihat Noah sedang mengeluarkan bungkusan makanan yang dibelinya di island table dan dihidangkan ke pinggan. Nak masak? Memang tak lah. Boleh terbakar rumah ini nanti.
Noah yang seakan mendengar sesuatu lantas memangku kepalanya sedikit. "Duduk makan" Dengan wajah yang dingin dia mengarah Erika duduk apabila melihat gadis itu berada di hadapannya.
Dia sendiri seperti tidak percaya akan dirinya ini. Dengan mudah, gadis itu mendapat perhatiannya, dan dengan mudah dia melayan gadis itu dengan baik dan tidak mengikut rancangannya yang telah dirancang sebelum ini.
What’s wrong with you Noah? Kau nampak diri Neldia dalam Erika kah?
Please don’t, fucker! Cause’ you just ruin the entire plan.
Noah diam memerhati Erika tanpa suara dan riak. Erika pula hanya menuruti sahaja arahan daripada Noah.
Pinggan putih yang berisi daging stik ditolak ke arah Erika. Daging itu sudah dipotong menjadi ketulan yang kecil. Dia sudah terbiasa memotong daging stik menjadi ketulan kecil kerana Neldia dahulu suka stiknya dipotong menjadi ketulan kecil sebelum menikmatinya.
Arhh shit! Memikirkan semua itu menjadikan dia lebih sebak. Dia rindukan Neldia.
Tanpa banyak bicara Erika menikmati makan malamnya dengan senyap. Noah pula melabuh duduk bertentangan dengan Erika dan juga menikmati hidangannya.
Erika semakin hairan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Noah. Lelaki itu tidak lagi memukulnya tetapi cuma melayan dirinya dengan dingin sahaja.
Erika mencuri pandang Noah yang sesekali menyuap daging ke dalam mulut dan sesekali melihat ke screen iPadnya. Mungkin membalas email yang dihantar oleh klien.
Suasana di meja makan itu sunyi tanpa bicara oleh kedua mereka. Hanya kedengaran sudu dan garfu yang berbunyi. Seketika kemudian Iphone milik Noah kedengaran menandakan panggilan masuk.
IPad diletakkan di tepi dan Iphone dicapai lalu dislide. Erika hanya memerhatikan sahaja perbuatan Noah dengan diam.
"Wait, what? " suara Noah berubah nada. Seperti ada sesuatu yang terjadi. Riak wajah lelaki itu yang sedari tadi tenang berubah kusut .
"Hrmm okay. I will be there. Just wait for me"
Dengan pantas Noah bangkit dari duduknya dan meninggalkan meja makan itu sempat dia pesan kepada Erika supaya membersihkan pinggannya sekali setelah selesai makan. Erika mengangguk tanda mengerti.
Namun belum sempat Noah keluar dari ruang dapur. Erika memanggilnya.
"Nak pergi mana? " Entah apa yang merasuki dirinya untuk menanyakan soalan itu kepada Noah. Spontan sahaja keluar daripada mulut. Erika menelan air liur.
Noah berhenti dari melangkah dan melihat ke arah Erika dengan keningnya diangkat sebelah. Hairan dengan soalan yang diberikan oleh Erika. Dia senyum sinis melihat ke arah gadis itu.
" Mind your own business young girl. "
Dia menjeling Erika dan melangkah keluar dari rumah mewah itu. Erika terkelu dan tidak terkata.
Ulasan
Catat Ulasan