Jam sudah berginjak ke angka 3 pagi. Kereta sport milik Noah menderu masuk ke dalam halaman depan rumah agam yang berada di atas bukit. Jauh dari bingit kota.
Dia keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama rumah. Pintu ditutup setelah dia selamat masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam ruang rumah itu automatik kesemua lampu menyala, memberi kecerahan pada rumah agam yang separuhnya diperbuat daripada cermin. Jadi penghuni di dalam dapat melihat kawasan luar rumah yang hanya dikelilingi dengan pokok-pokok hutan dan bukit bakau yang memukau pandangan.
Kaki diatur melangkah naik ke tingkat atas rumah tersebut. Sewaktu melalui bilik kecil yang menempatkan Erika, Noah berhenti melangkah. Bilik kecil yang dahulunya adalah sebuah stor itu sengaja dikosongkan dan dia juga sengaja membiarkan tingkap bilik dibuka separuh. Cuaca di atas bukit itu sejuk dan akan lebih sejuk pada waktu malam. Biar perempuan itu merasai kesakitan yang pernah Neldia alami. Gadis kesayangannya itu berada di tempat yang dingin berminggu-minggu.
Kunci dimasukkan ke dalam lubang yang terdapat ditombol pintu.
Klik!
Tombol pintu dibuka perlahan ingin melihat keadaan perempuan itu. Jika diikutkan rasa mengantuk yang teramat sangat ini, ingin sahaja dia biarkan perempuan itu. Tetapi entah kenapa dia tergerak hati untuk memeriksa keadaan Erika.
Mata menyoroti sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas lantai. Takkan dari pukul 8 malam tadi perempuan ini tidak sedarkan diri?
Deruan angin yang kuat menyapa kulitnya. Sejuknya. Dia melangkah ke arah tingkap lalu menutupnya. Dia bergerak semula ke arah perempuan itu. Dia duduk bercangkung. Wajah yang pucat seperti mayat hidup ditatap lama, tangan menampar perlahan pipi gadis itu.
Holy shit! Sejuk gila pipi.
Diri disapa rasa cemas. Air liur ditelan dan jantung berdegup laju. "Hey.. Bangun.. Kau dengar tak ni?"
"Erika.. Bangunlah" pipi gadis itu ditampar perlahan.
Tiada respon. Dia diserang rasa cemas. Kenapa aku cemas ni? Takkan mati? Getus hatinya. Tangan mencapai tangan gadis itu lalu mencari nadinya. Ada tapi lemah! Dengan segera dia mencempung tubuh gadis itu lalu dibawa keluar dari bilik yang kosong dan kecil itu.
Erika di bawa ke biliknya yang jauh lebih panas. Tubuh gadis itu diletakkan di atas katil bersaiz king lalu diselimutkan. Ikatan di tangan dan kaki sudah pun dibuka.
Okay tenang Noah. Tak perlu gelabah semacam. Dia menenangkan diri dan fikirannya. Rasa mengantuk tadi terus hilang apabila melihat keadaan gadis itu yang semakin lemah.
Damn. Dah kenapa dengan aku ni? Degupan jantung masih lagi berdegup laju. Tidak tahu kenapa dengan dirinya. Tetapi yang pasti, dia tidak suka perasaan ini.
IPhone dari kocek seluar dikeluarkan lalu nombor doktor peribadinya didial. Beberapa deringan, panggilannya diangkat.
"Hello.." kedengaran suara serak-serak basah seperti baru terjaga dari tidur.
"Daniel kau datang rumah aku sekarang!" arahnya dengan segera.
"Hah? Apa kau ni? " Daniel yang masih lagi mamai merespon arahan dari Noah.
" Kau datang sekarang cepat! Emergency!" arahnya lagi. Perkataan emergency ditekan keras.
" Kau agak-agak lah pukul 3 pagi ni! Gila ke apa bodoh? " Daniel membentak tidak puas hati.
"Kau datang je lah sial! Kau nak apa yang aku buat pada... "
" Haa ya-ya! aku on the way ni! Tak payah nak ugut-ugut bagai sial! 15 minutes. " panggilan diputuskan.
Tahu pun takut dengan aku! Huh! IPhone disimpan. Dia kembali memeriksa keadaan Erika. Tanpa berfikir panjang, baju tshirt hitam yang dipakai ditarik ke atas dan keluar dari badan. Dia melangkah ke arah Erika. Air liur ditelan. Tangan kekarnya memegang hujung pakaian yang dipakai Erika. Dengan berhati-hati dia menarik baju itu ke atas dan menanggalkannya. Nasib baik Erika memakai singlet di dalam.
Dia masuk ke dalam gebar yang menyelimuti gadis itu. Tubuh Erika ditarik ke dalam pelukannya. Wajah gadis itu disembam ke dada bidangnya dan tangan erat memeluk gadis itu. Jantung sudah berdegup kencang. Bukan kerana menahan nafsu. Tetapi berdegup kuat kerana gadis itu kemungkinan akan mati tanpa belum sempat dia diseksa.
Buat seketika, nafas dihembus terasa lemah. Kenapa aku buat semua ini?Patutnya kau perlu sorak gembira melihat dia tengah terseksa sekarang! Tapi dia tidak mampu berbuat demikian. Dia tidak tahu mengapa!
Erghh, I hate this feeling! Bentak hatinya.
Bukan simpati, jauh sekali rasa sayang. Dia langsung tidak merasai perasaan sebegitu terhadap Erika. Sungguh! Dia cuma tidak mampu lihat gadis ini sebegini. Mungkin sebab dia masih lagi mempunyai sifat berperikemanusiaan. Mungkin dia juga bukan sejahat, sekeji seperti yang disangka?
Dia mengusap perlahan kepala gadis itu serta belakang badan gadis itu beberapa kali bagi menyalurkan haba kepada Erika. Perbuatan itu berlanjutan sehingga Daniel tiba ke rumah mewah itu.
"BADAN dia tak cukup air and she totally weak! Kau tak patut tinggalkan dia dekat tempat sejuk macam tu je! Dia boleh mati, kau tahu tak! Kau nak jadi pembunuh ke?!" marah Daniel kepada Noah sebaik sahaja dia selesai merawat Erika.
Noah hanya mendiamkan diri dan menayangkan muka tenang dan tidak bersalah. Dia berdiri memeluk tubuh menghadap Erika yang sedang menyarung night dress berwarna putih milik Neldia dan terbaring kaku di atas katilnya. Jemari Erika dicucuk jarum untuk memasukkan air ke dalam badan melalui iv drip. Daniel hanya menggeleng kepala melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Noah. Lelaki ini memang tiada perasaan!
Cold like aisberg.
"Nah, ni ubat yang perlu dia makan. Make sure sebaik je dia bangun bagi dia makan sebab aku rasa perut dia tu kosong, lepastu suruh dia makan ubat. Aku dah tulis description kat ubat tu, faham tak aku cakap ni? " beritahu Daniel sambil menyerahkan ubat kepada Noah.
Noah hanya menyambut pemberian Daniel tanpa sebarang balasan, mata masih lagi setia menatap Erika. "Thanks, " ujar Noah perlahan. Bahu Daniel ditepuk perlahan.
"Ermm yeah no hal. Ni aku nak tanya... Siapa ni? " soal Daniel. Setahu dia sejak dia berkawan dengan Noah, dia tidak pernah melihat lelaki itu membawa balik perempuan ke rumah walau seteruk mana perangainya. Noah seorang yang misteri dan sibuk. Siang dia sibuk dengan kerjanya di syarikat, malam dia menjadi racer di litar.... yang haram.. Hrmmm.
"Kau tahu dia siapa" balas Noah tidak beriak. Daniel sudah sedia maklum tentang rancangan yang selama ini dia rancang.
"Seriouslah? Cantik wei. Kau betul-betul tekad lah ni? Tak menyesal? Kalau kau jatuh cinta dekat dia, macam mana? Kau mampu tahan ke perasaan kau tu? " provok Daniel. Noah menjeling tajam ke arah Daniel.
Daniel tersengih." Aku tanya je. "
" Aku tahu apa yang aku buat. Dahlah lewat dah ni. Pergilah balik. Thanks again " Dia menepuk bahu Daniel sekali.
" Amboi terus halau aku! "Daniel mencebik.
" Aku dah cakap elok-elok dengan kau ni. Jangan sampai hamster kau yang lagi satu tu aku... "
" Ya-ya aku tahu lah sial. " Daniel mengalah. Noah acap kali mengugutnya dengan cara ingin membunuh haiwan peliharaan kesayangannya itu. Dulu dia dah bunuh seekor. Semua hanya disebabkan dia menaruh perasaan terhadap Neldia. Manusia tidak berhati perut!
Hrmm Neldia. Gadis itu dahulunya seorang yang periang dan nakal dengan dia. Senyumannya manis pasti akan terukir di wajahnya pada setiap masa. Dia suka melihat senyuman gadis itu. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Gadis itu mati dibunuh dengan kejam. Dialah yang berada di samping Noah sepanjang proses pengebumian Neldia. Sungguh dia rindu gadis itu.
Sikap Noah yang berubah 350 darjah ini hanyalah disebabkan oleh perbuatan terkutuk papa Erika terhadap Neldia. Dia juga tidak salahkan lelaki itu kerana berubah sebegini rupa. Dia bersama lelaki itu sedari sekolah menengah dan dia sudah menyaksikan pelbagai perkara dan perubahan yang terjadi pada lelaki itu. Dia faham.
Tetapi apa yang dilakukan Noah ini amatlah dia tidak suka. Dia pernah menasihati Noah biar perkara sebegini polis yang selesaikan tetapi apa yang Noah balas... " Huh? That brats, semua dah jadi balaci jantan keparat tu. Bila ditabur dengan duit, semua diam. Duit boleh beli segalanya Niel! I don't believe them! " itulah ayat yang diberitahu oleh Noah. World nowadays.
Noah menghantar pemergian Daniel sehingga pintu utama. Selepas kelibat kereta lelaki itu menghilang dia masuk ke dalam rumah semula.
Lot of Love, Nurul Shuhada :)
Ulasan
Catat Ulasan