Matanya yang cuba dicelik terasa sukar disebabkan oleh lampu kalimatang yang agak terang di ruang bilik itu. Tekaknya kering dan dia kehausan. Tubuh yang terbaring di lantai simen tanpa alas di sapa kesejukan. Tubuhnya sedikit menggigil.
Kesejukan yang mencengkam sehingga ke tulang hitam mungkin disebabkan oleh pakaiannya yang agak nipis dan terdedah itu. Mata cuba dibuka lebih luas untuk memastikan dimana dia berada. Rambut yang terlepas dari ikatan sudah pun berserabai. Make up di wajahnya juga terasa sudah comot. Tas tangannya, telefon dan kasut tumit tinggi sudah hilang entah ke mana.
Dia cuba untuk bangkit namun begitu sukar. Ikatan di kaki dan tangannya menyukarkan dirinya untuk bangun dari perbaringan. Dia rebah semula. Pergelangan tangan terasa pedih kerana diikat ketat oleh tali. Dimanakah dia berada? Kenapa dia diculik? Adakah ini semua disebabkan oleh musuh yang sedang disiasat oleh penyiasatnya? Dia kehabisan idea memikirkan apa yang berlaku ketika ini. Kenapa nasibnya begini?
Memikirkan kerja-kerja yang masih lagi bertimbun di butik. Memikirkan tentang kerjayanya membuatkan dia berasa sebak. Air jernih akhirnya jatuh menuruni lekuk pipinya.
Siapa yang sanggup menculiknya? Dia lemah dan tak sanggup menghadapi semua ini lagi.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar dan ditutup semula lalu dikunci. Mata menyoroti sepasang kasut jenama Vans yang sedang menghampiri dirinya yang terbaring lemah di lantai. Tubuh itu mencangkung di hadapannya. Haruman maskulin dari tubuh lelaki itu amat dikenali oleh Erika. 'Lelaki berhoodie hitam'. Terasa wajahnya ditarik kasar supaya melihat ke arah lelaki itu. Rahangnya terasa teramat sakit akibat dicengkam kuat oleh lelaki itu tanpa belas kasihan. Dia cuba melihat ke arah lelaki itu. Mata bertentangan mata.
Kacak. Tanggapan pertama dari Erika. Kini tiada lagi mask menutup wajahnya. Hanya wajah yang sedang tersengih sinis ke arahnya bagaikan pemangsa dan mangsa. Wajah itu tampak bersih dan tiada cacat cela. Jerawat satu pun tiada. Hidung yang elok terletak. Apa yang memukau matanya kini ialah alis mata lelaki itu sangat yang menawan. Damn, his eyes. Iris mata yang berwarna coklat. Light brown.
His eyes stole all my words away.
And it's not surprise that I got lost in his brown eyes.
Dan bibirnya yang.. Seksi, mungkin? Dia kacak! Tapi kenapa dia culik aku!
"Dah habis tilik muka aku? Kenapa handsome sangat ke? Jatuh cinta dah dengan aku? " Noah angkat bakul sendiri membuatkan Erika termalu sendiri .
"Hrmm.. Pandai dia jaga kau kan? Cantik dan... Flertar (mengoda)" anak mata coklat milik Noah itu memerhati seluruh wajah Erika atas bawah, bibir bawahnya dijilat. Perbuatan itu membuat diri Erika berasa tidak senang. Kenapa lelaki ini sungguh menggoda!
Wajah Erika terasa bahang malu. Tapi kejap siapa yang jaga aku?
"Ap.. Apa maksud awak? Siapa jaga saya?" dia mengeluarkan suara dengan agak sukar. Lemah sekali di pendengaran Noah.
"Siapa? Takkan kau tak tahu kot? Macam mana agaknya kalau betina yang dia jaga dengan baik selama ni, dirosakkan oleh aku macam dia buat pada orang yang aku sayang? Hrmm? " Dagu Erika dipegang dan pipi Erika ditampar perlahan beberapa kali. Keudian kepala Erika ditunjal perlahan.
Wajah pucat gadis itu direnung olehnya seperti ingin makan sahaja. Dia akui walaupun gadis itu kelihatan selekeh namun ada kecantikan yang tersembunyi di sebalik wajah itu. Lelaki, bukan? Siapa je tak bernafsu tengok perempuan cantik!
" Di.. Dirosakkan? Aw..awak nak buat apa pada saya? Apa yang saya dah buat pada awak?!" Erika memohon penjelasan.
Noah ketawa bebas. Kemudian dengan kasarnya rambut Erika ditarik kuat, mendongak melihat ke arahnya. Wajah gadis itu didekati. Dia berbisik di telinga Erika. "Kalau aku sentuh kau.. Rasa-rasa Papa kau marah tak?" bisiknya perlahan. Cuping telinga Erika disentuh dengan hidungnya dan ditiup perlahan kemudian dia menjauh dirinya dari wajah Erika. Perbuatan itu mengetarkan lagi hati Erika.
"Okay, macam ni la senang.. " bibir bawah digosok perlahan dengan ibu jari, mata dilarikan di segenap ruang bilik yang kosong dan sejuk itu kemudian kembali melihat Erika.
"Aku nak kau hadam kata aku ni baik-baik! Aku akan hancurkan kau sedikit demi sedikit hingga kau tahu apa itu derita yang sebenar. Aku takkan biarkan kau rasai sekecil zarah pun kebahagiaan! Biar kau tak mengerti lagi apa itu erti kebahagiaan! " bisiknya perlahan tetapi tegas, memaksudkan segala bait kata yang diucapnya.
"Kau akan tahu kenapa aku heret kau dalam penjara yang aku cipta! Kau akan tahu kenapa aku gari kau dalam penjara ciptaan aku. Kau akan tahu! Tapi bukan sekarang. Sekarang.. Aku nak kau rasa terseksa macam mana orang yang aku sayang pernah rasa disebabkan perbuatan terkutuk Papa kau tu! " suara Noah yang perlahan mulai tinggi menjerkah Erika yang dilanda pelbagai persoalan di fikiran.
Noah seakan hilang kawalan. Rambut Erika ditarik sekali lagi dengan kasarnya. Wajah putih mulus itu ditampar kuat!
Pang!
Kiri dan kanan wajah Erika ditampar tanpa belas kasihan. Bibir Erika berdarah kerana tergigit dinding pipi. Dia lemah. Dia tidak tahu salah dia apa. Sungguh dia kebingungan. Kenapa salah orang lain tetapi dia yang perlu menanggungnya? Lelaki itu ada menyebut tentang perbuatan terkutuk Papa. Apa yang Papa telah lakukan hingga dia yang digari dalam penjara lelaki itu?
Salah dia kerana tidak ambil peduli apa aktiviti yang Papa lakukan. Papanya sibuk mencari wang untuk keluarga mereka. Lelaki itu tampak baik di mata orang ramai walaupun Papanya suka mengongkong dia dan Mama. Tetapi apa yang dimaksudkan lelaki ini tentang perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh Papa?
Dia terlintas sesuatu. Gambar-gambarnya dan juga bangkai kucing di hadapan pintu butik nya mungkin angkara lelaki ini sebagai tanda amaran. Apa yang Papa telah lakukan ni?
"Aku nak kau fikir apa yang Papa kau buat pada keluarga aku!" sayup kedengaran suara Noah. Keadaan Noah sudah kembali seperti biasa. Tiada lagi amukan yang mengganas seperti tadi. Rambutnya diruap ke belakang. Wajah diraup.
Erika yang berada dalam keadaan yang separa sedar kembali menutup matanya. Darah mengalir keluar dari mulutnya dibiarkan. Tubuhnya lemah kerana dia tidak menjamah sebarang makanan pun sedari tengah hari tadi. Dia rebah tidak sedarkan diri.
Wajah Erika yang pucat dan bibirnya yang pecah serta berdarah diperhatikan oleh lelaki itu dengan pandangan yang kosong. Simpati? Tiada langsung di dalam dirinya. Hanya lelaki yang tidak mempunyai perasaan. Dia tidak rasa apa-apa.
Biar dia rasa bagaimana sakitnya diseksa, dikurung, dipukul, dirogol oleh lelaki yang tidak berhati perut. Dia akan menutut bela diatas kematian Neldia. Biar perempuan ini rasa apa yang Neldia rasai selama ini.
Biar jantan keparat itu terkedu melihat anak perempuannya diseksa begini! Dia memandang sinis wajah itu sekali dan mengatur langkah keluar dari bilik itu.
Sewaktu menuruni tangga dari bilik yang menempatkan Erika kelibat pembantu merangkap kawan baiknya yang sudah menunggu di ruang tamu itu dituju.
"Macam mana dengan lelaki tu?" soal Noah kepada Kevin yang segak memakai pakaian kasual. Tubuh badannya yang tinggi dan tegap sudah pasti menarik perhatian gadis-gadis untuk mendekati dirinya.
"Settle. Aku dah bagi payment yang kita janjikan tu" balas Kevin bersahaja.
"Bagus. Pastikan dia tak buka mulut. Kalau dia buka mulut jugak kau bunuh je dia sekali dengan keluarga dia. Aku tak kesah. " Noah memberi arahan. Lelaki yang diperkatakan oleh Noah adalah Mr John. Dia yang mengugut lelaki itu supaya mengikut arahannya untuk menculik Erika. Dia punya kuasa untuk melakukan semua itu. Duit boleh beli segalanya. It's all about the money!
Dia mencapai kunci kereta sportnya di atas meja. "Jom tempat biasa. " ujar Noah.
"Err..Perempuan tu macam mana? "soal Kevin. Takkan nak biar macam tu je. Dalam rumah ni bukan ada siapa pun untuk tengok-tengokkan dia.
" Dia pengsan. Lama lagi agaknya baru bangun. Jom lah. Tak payah peduli fasal dia" balas Noah malas.
Kevin hanya mengikuti langkah Noah tanpa sebarang soalan lagi. Big boss dah keluarkan arahan jadi ikutkan je la.
hope semua suka! silent readers plss comment something! i need your support!
lot of love,
Nurul Shuhada.
Ulasan
Catat Ulasan