Hey! Nah double update! Enjoy. Bab 11 Dia melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah siap di hias mengikut tema yang diinginkan Iaitu Flower in the Garden . Tema bunga menjadi pilihannya seiring dengan rekaan terkini yang telah dia hasilkan. Erika tersenyum puas melihat pentas yang cantik terhias. Pada malam ini, dia mengenakan gaun dusty pink bercorakkan floral iaitu bunga daisi dan terdapat simpulan renda-renda halus di bahagian bawah gaun. Rekaannya yang simple dan menepati citarasanya. Dewan yang mampu memuatkan 600 orang dalam satu masa itu meriah dengan orang ramai yang sedang berbual sesama merek. Ada juga yang sedang menikmati makanan yang disediakan di meja bufet serta ada sekumpulan tetamu sudahpun mengambil tempat duduk masing- masing berhampiran dengan pentas peragaan. Alunan muzik jazz daripada band tempatan membuatkan suasana majlis tampak elegan dan mewah. Tetamu yang dijemput pada malam itu terdiri daripada pereka fesyen terkenal dari dalam dan lu...
And like the moon she had a side of her so dark, that even the stars couldn't shine on it; she had a side of her so cold, that even sun couldn't burn on it. - Abigail.J