"Just did what you want to do "-shuhada. By, Nurul Shuhada. Manipulasi Cinta [LAST PART] MALAM melabuh tirai. Semua tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing. Hanya tinggal sanak-saudara yang terdekat sahaja masih belum pulang. Ryan sibuk berbual dengan rakan-rakannya di laman belakang. Ayrin menyertai ahli keluarga lain berbual di ruang tamu. Setelah topik yang dibualkan agak membosankan dia meminta untuk naik ke atas bilik. DIA merebahkan dirinya di atas tilam katil setelah selasai bersolat. Mata dipejam seketika, akhirnya semuanya sudah tamat. Kali ini, dia perlu kuat dan tabah mengharungi rintangan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas tilam. Jarinya ditilik. Cincin perak yang dibeli oleh Ryan disarung kemas di jarinya hanya kosong tidak berinai. Dia yang mengambil keputusan tidak mahu memakai inai walaupun disuruh oleh Puan Rania. Pintu dibuka. "Boleh mama masuk? " soal Puan Rania di muka pintu. "Masuklah ma, semua tetamu sudah pulang ke? Diam aje." dia berbahasa. "Haah dah balik lagipun dan lewat malam. Rin tak masuk bilik Ryan ke? "Puan Rania menanya. "Bilik Ryan. Kenapa? Rin tidur sini aje,ma " tidak terfikir pula dia. Jika diikutkan dia memang harus pindah masuk ke dalam bilik Ryan . Tapi, dia takut. Dia belum bersedia. "Kenapa macam tu pula? Ayrin dah jadi isteri kepada Ryan. Tempat isteri di sisi suami " jelas Puan Rania. "Rin belum bersedia. Please ma, malam ni aje. " pohonnya. "Takboleh sayang, mana boleh sedia ke tak. Ingat, darjat suami lagi tinggi dari darjat isteri. So, mama nak Ayrin ambil barang Ayrin dan pindah masuk bilik Ryan, okay? " "Yer, baiklah." Ayrin akhirnya mengalah. AYRIN mengetuk pintu bilik Ryan. Dia membuka pintu bilik tersebut. "Boleh masuk tak? "Soalnya teragak-agak. "Masuklah "suara Ryan menjawab. Dia masuk ke dalam bilik. Dia melihat Ryan sedang menaip sesuatu di laptopnya. Bilik Ryan lebih besar dari biliknya. Jadi ruang itu, dimanfaat sepenuhnya iaitu sebelah kanan bilik itu dijadikan ruang kerja. Katil pula diletakkan di hujung bilik berhampiran tingkap kaca. Dia berjalan ke sofa di dalam bilik Ryan, dan meletakkan bantalnya di situ. Ryan mengangkat kepala melihat Ayrin, dia hairan dengan perbuatan gadis itu. "Kenapa tidur situ, katil ni punya la besar. Kenapa nak tidur dekat sofa tu juga? " Ryan mengangkat kening melihat Ayrin. "Tak sedia nak kongsi katil lagi "ucap Ayrin teragak-agak. Dia takut berdua-duaan dengan Ryan. Lelaki itu bukan boleh kira. Miangnya tak bertempat. "Hahaha, lawaklah kau ni. Aku takkan paksa kalau kau taknak. " ucapnya. Laptop ditutup. Kini yang menjadi tumpuannya ialah Ayrin. Dia merenung gadis itu yang sudah berbaring di sofa sambil melihat siling. Dia menelan air liur. Walaupun gadis itu memakai pakaian bersahaja saja namun di mata lelakinya, Ayrin tampak sungguh mengoda. Kalau lelaki memang tetap lelaki. Dia menahan rasa. "Baguslah kalau macam tu. Saya tidur dulu " jawab Ayrin berani padahal gementar tak sudah. Dia memusing badannya. Selimut ditarik hingga ke leher. Beberapa minit kemudian, terdengar dengkuran halus. Dia tertidur. "Hrmm, tidurlah" Ryan berkata perlahan. Suasana di dalam bilik diam. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa masuk melalui slide door yang dibuka sedikit di beranda. Ryan masih lagi merenung Ayrin yang sudah terlelap di sofa. Cepat betul dia tidur. Mesti penat. Dia bersandar di kerusinya sambil berpeluk tubuh. Merenung Ayrin yang berpaling darinya. Kasihan melihat Ayrin menendam rasa sakit di dalam hati disebabkankannya. Ego. Ego lelakinya yang memerangkap mereka berdua di dalam perkhawinan yang tiba2 ini. Namun, dia bersyukur Ayrin menjadi miliknya. Tiada siapa lelaki yang boleh memiliki Ayrin selainnya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke arah Ayrin tidak mahu mengejutkan gadis itu. Tubuh kecil Ayrin dianggkatnya lalu berjalan ke arah katil. Tubuh itu, diletakkan perlahan-lahan di atas tilamnya. Gebar ditarik menyelimuti kesayangannya. Suhu penghawa dingin diturunkan. Dia naik di atas katil dan berbaring disisi Ayrin. Kepala dipangku oleh tangan kirinya menilik segenap wajah putih mulus isterinya. Dia hanya ingin melihat Ayrin sebentar dan keluar dari bilik itu. Rambut yang menutup wajah Ayrin diselit di telinga, dia merenung lagi. Kini, perasaan cintanya membuak apabila melihat Ayrin. Argh, gadis itu seperti mempunyai satu kuasa mistik. Sekali lagi, dia dimanipulasi oleh Ayrin hanya kerana melihat wajah polos gadis itu. Aku cintakan kau. Mata yang sudah mengantuk perlahan-lahan terlelap. Dia tidur di sisi Ayrin. AYRIN terjaga dari tidurnya apabila mendengar azan subuh di di surau berdekatan rumah agam tersebut. Dia ingin bangun namun tersentak apabila terasa seperti sesuatu melingkari pinggangnya. Dia melihat di sebelah. Ryan! Suaminya tidur dengan nyenyaknya sambil memeluknya. Sebab itu, tidurnya semalam sungguh selesa. Rupanya, Ryan tidur disebelahnya. Dia memeriksa tubuh, nasib baik masih lengkap dengan pakaian semalam. Dia bangun dari pembaringan dan merungkaikan pelukan kejap Ryan. Apabila dia berjaya melepaskan diri tiba-tiba dia ditarik semula oleh Ryan. Dia jatuh di dalam pelukan Ryan sekali lagi. "Nak pergi mana? "Soal Ryan dengan suaranya yang serak-serak basah. Dia mengetatkan lagi pelukan. Ayrin mengetap bibirnya tanda geram. Ishh, lelaki ni. Miangnya. "Ryan bangunlah!" Marahnya. Tiada sahutan dari Ryan. Ayrin sudah kegeraman. Orang dahlah nak solat, bersiap pergi kelas. Dia merengus kasar. Dengan tenaga yang ada dia menolak kuat lelaki itu hingga jatuh dari katil. kedebukk! Ryan mengaduh kesakitan "aduh.." Ryan terbangun dari tidurnya. Dengan rambut yang serabut seperti selesai bergaduh dia melihat ke arah Ayrin. Belakangnya diusap perlahan. "Kenapa main tolak-tolak ni " ucapnya dalam nada geram. "Yang awak peluk saya tu apesal? Miang tak kena tempat "marah Ayrin semula. "Aku tak sengaja. Sorrylah. " Ryan bangun dan berjalan ke arah Ayrin. Dia menghadap Ayrin. Tangan runcingnya ingin memegang Ayrin. Namun pantas dielak oleh Ayrin. Dia tergamam. "Awak jangan ingat lepas kita nikah awak boleh buat apa saja. Saya takkan benarkan. Ryan, awak ingat perkara ni sampai bila-bila, I hate you!" Ayrin berlalu masuk ke dalam bilik air. Pintu dihempas kuat. Ryan terkaku ditempatnya. Gadis itu masih bencinya lagi. AYRIN sudah siap menyiapkan diri. Dia melihat dirinya dalam pantulan cermin. Setelah puas dengan penampilan diri. Dia mengambil beg sandangnya dan berlalu keluar dari bilik. Apabila pintu bilik ingin dibuka tiba-tiba Ryan yang baru keluar dari bilik pakaian pantas menarik pinggang Ayrin dekat dengannya. "Tolong pakai tie ni kejap." Pintanya dengan nada yang sayu. "Selama ni, boleh je pakai sendiri. Hari ini takkan tak boleh buat sendiri. Dah lupa? " Ayrin cuba merungkaikan pegangan tangan Ryan dipinggangnya tetapi hampa. "Haah dah lupa, sebab tengok kau cantik sangat sampai lupa cara nak pakai tie ni" usik Ryan. Dia menarik Ayrin dekat dengannya. Kepala Ayrin tersentuh dada Ryan. Ryan memeluk Ayrin kejap. Dagunya diletakkan di atas kepala Ayrin. Haruman wangian rambut Ayrin dihidu perlahan. Hatinya bergocak hebat. "Ikat dulu, baru aku lepaskan" ugut Ryan. "Ishh, cepatlah! " Ayrin mencebik. Ryan melepaskan pelukan dan menyerahkan tie warna hitam itu kepada Ayrin. Dia tersenyum. Ayrin meletakkan tie hitam itu dikolar kemeja putih Ryan. Selepas itu mengikat tie Ryan dengan kemas. Nasib baik dia tahu cara mengikat tie. Ketinggian Ayrin yang hanya paras bahu Ryan memerlukan dia mendongak ke atas. Dengan kesempatan yang ada, Ryan menilik segenap wajah putih mulus isterinya. Dari mata hingga ke bibir yang nipis itu. Rambut gadis itu diikat ekor kuda. Bajunya pula berbaju kurung moden. simple tetapi menarik hatinya. Ayrin yang merasa direnung oleh suaminya serta merta hilang tumpuan untuk mengikat tali leher. Dia terpaksa membuka semula ikatan dan memulakannya semula. Apabila tangan kasar itu memegang pinggangnya. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. "Kenapa sekarang baru aku tahu, yang kau ni sebenarnya cantik " ujar Ryan mengoda. Pipi Ayrin dielus perlahan. Ayrin terkaku ditempatnya. Dunia bagai terhenti. Ayrin berbalas pandangan dengan Ryan. Ryan perlahan mendekatkan wajahnya dengan wajah Ayrin. Semakin dekat dan dekat hingga bibir mereka bersatu. Ryan menarik pinggang Ayrin dekat dengannya. Ryan melepaskan pautan di bibir dan merenung Ayrin. "I love you. Please stay by my side forever."ucapnya penuh berharap. Dia memaut bibir Ayrin sekali lagi. Ayrin menolak tubuh Ryan apabila dia kelemasan dalam ciuman lelaki itu. Ryan terdorong ke belakang. Dia sedikit terkejut. "Why? " soalnya. Muka Ayrin kemerahan. Dia melihat lantai. "Maafkan saya, saya tak boleh. Hubungan ini, tak patut sebegini. Jangan cintakan saya. " Ayrin bergegas keluar dari bilik meninggalkan Ryan keseorangan. Ryan terkaku berdiri di tengah ruang biliknya. Kemudian, perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Jangan cintakan dia? Arhh, tolonglah. Aku akan buatkan kau jatuh cinta dengan aku walau bagaimanapun caranya. You belongs to me Ayrin Amani. *** AYRIN melangkah masuk ke dalam perpustakaan Universiti. Setelah selesai mencari buku rujukan. Dia duduk di tempat yang disediakan. Setelah beberapa minit menyiapkan assignmentnya. Dia termenung mengingati kejadian pagi tadi bersama Ryan. Dia menyentuh bibirnya. Benarkah Ryan mencintainya? Setiap sentuhan Ryan membuatkannya tenang dan selesa. Benarkah aku membencinya atau sebenarnya aku mencintainya. Dia mengeleng kepala. Iphone5nya berbunyi menandakan satu mesej telah diterima. Inbox ditekan. #Rin tolong Kimi, Kimi ada masalah ni. Please..# Ayrin terkejut. Hakiemi ada masalah. Hatinya berbelah bahagi. Pergi atau tak. Dia sudah berjanji dengan Ryan supaya tidak berjumpa Hakiemi lagi. Tapi, Hakiemi seperti memerlukan bantuannya. #Kimi dekat mana? Rin pergi sekarang.# #Dekat dengan bas stop hari tu.# #Baik, Rin pergi sekarang.# Ayrin mengemaskan barangnya. Mungkin benar Hakiemi memerlukan bantuannya sekarang. Dia bergegas ke bas stop yang dimaksudkan. Dia melihat sekeliling, tiada kelibat Hakiemi. Tadi, Hakiemi suruh dia tunggu di sini tapi tiada pun. Tiba-tiba seseorang menekup mukanya dari belakang, dia meronta-ronta melepaskan diri. Namun, bau kloroform yang dihidu membuatkan kepalanya terasa pening. Perlahan-lahan matanya terkatup. AYRIN terbangun. Dia melihat sekelilingnya. Tempat apa ni? Ruang bilik itu gelap hanya diterangi dengan lampu jalan sahaja. Dia diculik! Kedua tangannya serta kaki telah diikat. Mulutnya pula dilekat dengan pita lekat. Ketika itu, dia ketakutan. Tapi, siapakah yang menculiknya? Ketika itu, dia hanya mendoa supaya seseorang datang menyelamatkannya. Difikirannya hanya memikirkan Ryan. Harap Ryan sedar tentang kehilangannya. Pintu bilik dikuak dari luar. Terpacul wajah yang amat dia kenali. Hakiemi! Lelaki itu berpakaian serba hitam walaupun wajahnya ditutupi dengan cap warna hitam, dia masih dapat mengesan siapa gerangan yang menculiknya. "Kau dah bangun? "Hakiemi mendekati Ayrin dan mengelus rambutnya. "Kesiannya, tak boleh bercakap. Meh sini aku tolong bukakan" pita lekat ditarik kasar. Ayrin mengaduh sakit. "Kenapa awak buat macam ni pada saya? " luah Ayrin kesal. "Aku buat apa? Culik kau? Ohh, sebab..aku sayangkan kau! Aku cintakan kau. Tapi, lepas dapat tahu yang kau dah menikah. Buat aku sakit. Kau nikah dengan musuh aku! " pisau rambo diaju ke leher Ayrin dari belakang. "Tolong jangan macam ni Kimi " rayu Ayrin. "Aku sayangkan kau Ayrin.. "pisau ditekan hingga sedikit darah keluar dari leher Ayrin. "Tolong Kimi..." Ayrin merayu. Air matanya sudah berlinang di pipi. "Aku akan buatkan kau jadi milik aku selamanya " kata Hakiemi dalam nada yang tegas. "Langkah mayat aku dulu sebelum kau nak jadikan Ayrin milik kau" jerkah satu suara. Hakiemi dan Ayrin melihat ke arah suara tersebut. "Ryan .." ucap Ayrin penuh bersyukur. Allah dengar doanya. "Macam mana kau.." Hakiemi terkejut. "Macam mana aku boleh jumpa lokasi kau? Aku lagi pandai dari kaulah. Aku dah detect lokasi Ayrin melalui iphone dia." Jelas Ryan tersenyum sinis. "Arhh, kau jangan dekat kalau kau taknak dia mati!! "Ugut Hakiemi. Dia meletakkn pisau rambo tadi di leher Ayrin. "Ohh really? " Ryan berkata sinis. Serentak dengan itu, Ameer dan Meen muncul dari belakang dan menarik Hakiemi jauh dari Ayrin. Mereka membelasah Hakiemi hingga tubuh itu terkulai lemah. Ryan berlari ke arah Ayrin dan membuka ikatan di tangan dan kakinya. Ayrin memeluk tubuh Ryan kejap dan menangis di dada lelaki itu. "Ryan.. saya takut.." Ryan membalas pelukan Ayrin. "Its okay, you are safe now. I'm here for you " ubun kepala Ayrin dicium berkali-kali. Selang beberapa minit kemudian, Yazz dan pihak polis datang ke tempat kejadian dan membawa Hakiemi ke balai polis untuk disoal siasat. "TERIMA KASIH korang, sebab tolong selamatkan isteri aku " ucap Ryan sambil berjabat tangan dengan rakannya. Ketika itu, mereka sudah selesai urusan dibalai polis. Hakiemi dipenjara kerana melakukan cubaan menculik dan membunuh. "No hal bro, kau kawan kami. Pasti kami tolonglah" Ameer menepuk bahu Ryan. "Dahlah, dah lewat ni. Better kau bawa isteri kau balik and rest. Kesian dah aku tengok dia " ucap Meen. "Haah, aku pun ingat macam tu juga. Aku balik dulu. Thanks again guys" Ryan memimpin Ayrin ke keretanya. TUBUH Ayrin yang sedang lena diletakkan perlahan diatas tilam. Dia mengusap lembut kepala isterinya dan berlalu keluar dari bilik. "Dah tidur? " Soal Puan Rania yang berada di luar pintu bilik. "Sudah. Penat sangat kot " "Hrmm kesian mama tengok. Papa kamu dahlah outstation. Kalau dia tahu, pasti risau dengan keadaan Rin sekarang. Nasib ada kamu, Ryan " "I'm her husband, Ma.Mestilah Ryan akan jaga dia. Ryan sayang dia " "Ma tahu sayang" Puan Rania mengusap rambut anak lelakinya. "Mama nak salin baju Rin kejap. Kesian tengok dia pakai baju kurung tu, pasti rimas. Ryan turun makan dulu " suruh Puan Rania. Ryan hanya mengangguk dan turun ke bawah. *** "RYAN.. tolong saya.." ujar Ayrin takut. Ryan yang sedang menyiapkan kerja di ruang kerja menerpa ke arah Ayrin yang sedang mengigau. "Rin.. aku ada kat sini. Rin.." panggil Ryan. Ayrin membuka matanya dan terus memeluk Ryan. "Saya takut.." ujar Ayrin dalam pelukan Ryan. Ryan membalas pelukan Rin dan mengusap badan gadis itu. "Tak apa, aku ada di sisi kau. Kau selamat " menepuk belakang gadis itu. 10 minit kemudian, Ayrin lelap di dalam pelukannya. Ryan meletakkan Ayrin di kedudukan yang selesa dan menyelimuti tubuh kecil itu dengan gebar. Dia bangun untuk menyiapkan kerjanya tertunggak. Tiba-tiba tanpa diduga, Ayrin memegang tangannya. "Teman saya ..please " minta Ayrin lembut. Ryan menelan air liur. Takut-takut Ayrin pun, masih lagi mengodanya. Dia naik di atas tilam dan bersandar pada kepala katil. Kaki dibiar melunjur. Ayrin mendekati Ryan dan meletakkan kepalanya diatas paha Ryan yang sedang bersandar. Entah mengapa malam itu, dia memerlukan perhatian yang lebih dari Ryan. Malam itu, dia mahukan Ryan. "Jangan pergi mana-mana tau " ujarnya manja. Dia merenung Ryan. "Hah? Ouh, o..okay" Ryan berasa gugup. Takpernah Ayrin manja sebegini padanya. Suasana senyap seketika. Jari runcing Ryan bermain-main rambut lurus Ayrin. Ayrin hanya membiarkan sahaja. Mereka selesa begitu. "Macam mana awak tahu saya kena culik? " soal Ayrin setelah lama mereka diam. "Aku nak ambil kau kat bas stop, tapi tak ada. Kau walau macam mana pun tetap akan tunggu aku. Thats time, aku dah syak mesti something had been happen to you." Dia diam seketika. Sebelum meneruskan ceritanya. "Aku minta tolong member aku and find your location. Jumpa je location kau, terus kitaorang call polis and serbu that house " Ayrin tekun mendengar cerita dari Ryan. Ryan meneruskan ceritanya. "Aku bersyukur sangat sebab kau selamat. Aku ingat mesti aku akan kehilangan kau. " dia merenung Ayrin dengan penuh bermakna. "Thanks Ryan sebab selamatkan saya " "You are my wife and I love you " Ayrin diam. Dia melihat Ryan. Pipi lelaki itu dipegang. "I love you too " Ucapnya ikhlas. "Aikk.. bukan you hate me ke? " Usik Ryan. "Actually, saya sebenarnya cintakan awak tapi saya ego. You know, Saya jatuh cinta pada awak sejak awak jealous saya dengan Hakiemi di warung dulu. " "Yaa? Why? "Ryan mula teruja. Dia gembira, sekurang-kurangnya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Ayrin cintakannya. "You like my protector " jawabnya Ayrin malu-malu. Ryan ketawa kuat. "Hahaha, really? " "Hrmm. So, can you stay my side and love me well?" "I do, hunny bunny " Ryan menunduk kepalanya dan mencium Ayrin di bibir. Ayrin membalas ciuman dari Ryan. Setelah beberapa ketika, Ryan melepaskan pautan. Dia melihat Ayrin penuh makna. "Boleh kita ubah nama panggilan masing-masing? " soal Ryan. "Sure. Nak ubah panggilan apa? " Soal Ayrin. "You call me Abang and I call you sayang? " Ayrin diam berfikir sebelum mengangguk. "So, izinkan abang memulakan langkah pertama untuk menaburkan rasa cinta abang dekat sayang? " Ryan tersenyum mengoda. "Baiklah, sayang izinkan" Ayrin membalas manja. Malam itu akhirnya, mereka menjadi suami dan isteri dalam erti kata sebenarnya. KETIKA Ayrin sedang membancuh minuman untuk sarapan pagi mereka sekeluarga, Ryan datang dari belakang dan memeluknya. Dagunya diletakkan di atas ubun Ayrin. "Kenapa lepas subuh, tinggalkan abang? Sampai hati" Ryan berkata dalam nada merajuk. Dia memgetatkan lagi pelukan. "Mana ada tinggallah, mama panggil suruh tolong siapkan sarapan " "Ye ke? By the way, thanks for the last night. I am very happy "usik Ryan mencium rambut Ayrin yang wangi. "Ishh, senyaplah. Nanti mama dengarlah. " marah Ayrin. "Biarlah " balas Ryan berani. Mereka diam. Ryan mengikut gerakan Ayrin ke sinki dan melihat Ayrin membasuh sudu kotor. "Sayang .." panggil Ryan. "Yes? " "Abang, rasa nak berterus terang dengan mama dan papa pasal terlanjur tulah "ucap Ryan. "Hrmm, baguslah. Lagipun, Rin pun tak sanggup nak simpan lama-lama hal ni. Nanti kita kasi tahu, okay?" "Okay sayang " "Ish2, beradu kasih dekat dapur pula diaorang ni. Ryan jangan kacau isteri kamu tu. Pergi depan " marah Puan Rania. Dia menampar perlahan lengan anaknya. "Alaa, mama ni. Kacau linelah" Ryan melepaskan pelukan dan berlalu ke hadapan. MEREKA bersama-sama menikmati sarapan. Ayrin menyiku lengan Ryan yang berada disebelahnya. Ryan melihat Ayrin. Seketika kemudian, dia baru faham maksud Ayrin. "Mama, papa. Ryan ada something nak kasi tahu. " "Apa sayang? " Puan Rania melihat Ryan. "Sebenarnya..Ryan dan Ayrin tak pernah terlanjur. " katanya perlahan. "Apa?! Selama ini kamu berdua menipu kami semualah?! " Encik Hisham terkejut. "Haah, Ryan buat macam tu. Sebab takut Ayrin berubah hati dan putuskan pertunangan. " jelas Ryan lagi. Encik Hisham dan Puan Rania berpandangan. "Ayrin betul apa yang Ryan cakap? " soal Puan Rania kepada Ayrin yang sedari tadi diam. "Ye mama. Maafkan kami " pohon Ayrin. Encik Hisham melihat mereka berdua." Papa, maafkan. Lagipun kamu berdua dah berkhawin. " "Betul ke pa? "Soal Ryan ingin kepastian. "Betullah, takkan tak pula. Banyak soal betul " Mereka ketawa bersama-sama. "Mama kena bagitahu ,nenek kamu ni. Baru tenang hatinya nanti " ujar Puan Rania. Ryan memegang tangan Ayrin dibawah meja. Ayrin membalasnya. Dia bersyukur. RYAN sedang menyiapkan kerjanya yang tertunggak semalam. Tiba-tiba seseorang datang memeluknya dari belakang. Dia tersenyum. "Sayang.. kenapa ni? Abang nak buat kerjalah " soal Ryan. Dia mengambil tangan Ayrin lalu menciumnnya. "Jum keluar.. "ucap Ayrin. "Pergi mana sayang? " "IOI mall ke.. timesquare ke.. ikutlah" "Hrmm, bagi abang finish kerja ni dulu, okay? " "Okay. " Ayrin mencium pipi Ryan sebelum melangkah pergi untuk menyiapkan diri. MEREKA masuk ke dalam IOI Mall sambil berpegangan tangan. "Sayang nak pergi mana? " "Jom kita pergi makan dulu,nak? " beritahu Ayrin. "Ok. Tapi abang nak pergi somewhere jap. Sayang tunggu dekat sana, boleh hunny? " soal Ryan mengusap rambut Ayrin. "Yes sure. But jangan lama2 tau." Pesan Ayrin. "Sure sayang " Mereka pergi ke destinasi masing-masing. Ryan berlalu ke kedai yang menjual alat kemas. Dia mahu menghadiah sebentuk cincin buat kesayangannya. Siap memilih dan membayar harga cincin tersebut. Dia berlalu ke restoran tempat Ayrin menunggunya. Ketika perjalanan ke sana. Dia terlanggar seseorang. "Sorry" mohonnya. Dia melihat orang yang dilanggarnya. Dia terkejut. "Ryan kan? Ryan Iskandar?" Soal gadis yang berpakaian agak mencolok mata itu. "Yes, Atiqah kan? " soal Ryan pula. Dia kenal siapa gadis dihadapannya. Gadis ini yang tidak menjaga kehormatan dirinya. Sanggup menggadaikan maruahnya sebagai seorang perempuan. "Yes, ingat dah lupa I. You buat apa kat sini? Loners? " Atiqah bertanya. "No. I dengan wife I. Kitaorang jalan2 kat sini " jawab Ryan jujur. "Wife? You are married? Sad to hear that. Melepas I. Bila you nikah? Tak jemput pun " ujar Atiqah dengan nada gediknya. " about 3 months ago. Just jemput ahli keluarga terdekat je " jawab Ryan. Dia melihat jam pasti Ayrin sudah lama menunggunya. "Kenapa you nampak kalut je ni? Takut wife lari ke? " "Ehh, taklah. Okaylah, Atiqah got to go. " Ryan mahu pergi tetapi lengannya ditarik oleh Atiqah. Atiqah memeluknya. Ryan tergamam. Pantas dia merungkaikan pelukan. Wajahnya menahan amarah. Apesal minah ni? Peluk-peluk aku depan orang ramai ni? Nak makan penampar ke apa ni? "Kenapa dengan you ni?!" Suaranya naik seoktaf. Memarahi Atiqah yang tanpa diduga memeluknya. "Sorry, I'm just want to say goodbye to you." Ucap Atiqah tidak bersalah. Di dalam hatinya bersorak gembira kerana dapat memeluk Ryan. "Ryan..?" Tiba-tiba muncul satu suara mengejutkan mereka. Ryan melihat ke arah suara tersebut. Dia terkejut. Ayrin. Arhh, bala! Mesti dia sudah melihat adegan tak sepatutnya tadi. "Ayrin.." "Sampai hati awak, bukan? " Mata Ayrin sudah berkaca melihat suaminya memeluk gadis lain. Baru dia tahu, Ryan ingin pergi ke sesuatu tempat kerana ingin berjumpa perempuan lain. Tiba-tiba, dia tertanya betulkah Ryan cintakan dia? Atau dia hanya dipermainkan oleh lelaki itu? "Sayang, ni semua salah faham. I can explain it." Terang Ryan. "So, this is your wife Ryan? Not bad. Dia bukan junior kita ke dulu? Ayrin Amani. I'm right? " sampuk Atiqah. Dia juga terkejut melihat isteri kepada Ryan ialah perempuan yang dibuli oleh Ryan dulu. Ayrin mengangguk "Ohh, tak sangka pula. By the way, I nak kasi tahu yang Ryan memang the best man I had been seen... in bed " Dia tersenyum sinis. Sengaja menambah perasa dalam ceritanya. Biar Ayrin lebih marah kepada Ryan. Ryan hanya terlopong mendengarnya. Kenapalah dengan perempuan ni. Selalu kacau hidupnya. Getus Ryan geram. "You better go Atiqah! " ucap Ryan dalam nada geram. "Okaylah. I pergi dulu. Bye Ayrin ..bye Ryan " dia berlalu pergi dengan gayanya. Rasakan. Ryan mencapai tangan Ayrin."I can explain it, sayang " Ayrin menarik tangannya "no need. Apa yang saya dengar dan lihat dah cukup saya buat saya faham. Awak pergilah kepada dia." Tiada lagi panggilan abang lagi yang digunakan Ayrin. Dia melangkah pergi meninggalkan Ryan yang terkelu dengan ucapan Ayrin. Maafkan, abang sayang. DUA MINGGU sejak kejadian di mall itu, Ayrin dan Ryan tidak bertegur sapa lagi. Mereka hanya membuat hal masing-masing. Adakala, apabila Ryan cuba berbual dengan Ayrin, gadis itu saja menyibukkan diri dan mengelak daripada bertemu dengan Ryan. Malah, Ayrin juga sudah berpindah tempat tidurnya tanpa pengetahuan mama dan papanya. Sehinggalah sampai di satu tahap, Ryan tidak tahan dengan tindakan Ayrin yang menjauhkan diri darinya. Dia mahukan Ayrin disisinya dan tidak mahu hanya disebabkan hal yang remeh ini, dia dan Ayrin berpisah. Dia mengambil keputusan, masuk ke dalam bilik Ayrin lewat malam tersebut. Ayrin ketika itu sedang melepaskan giannya selepas tamat final exam iaitu membaca novel, dia terkejut apabila Ryan masuk ke dalam biliknya tiba-tiba. "Kenapa masuk? "Soalnya tenang. Padahal, dia sangat rindu untuk menatap wajah Ryan. "Abang nak selesaikan thats thing malam ni juga " tegas Ryan. Dia berjalan ke arah Ayrin dan duduk di birai katil. "Tak perlu sele.." "No sayang, listen to me " potong Ryan. Ryan menggapai tangan kecil Ayrin dan menggenggamnya lembut. Ayrin tidak menarik tangannya. Dia sebenarnya rindu dengan sentuhan Ryan. Cuma ego membataskan segalanya. "Masa tu, abang memang pergi somewhere. Lepas selesai semuanya, abang on the way to go to you. Tiba-tiba, abang terlanggar seseorang. That person is Atiqah. Kitaorang borak dan suddenly she hug me. I don't know why. Please sayang, maafkan abang " Ryan mencium tangan Ayrin. Ayrin diam. Kenapalah, Ryan ni seorang yang pandai memujuknya. Hatinya sedikit terpujuk mendengar penjelasan Ryan. "Bukti, abang pergi somewhere and bought something? " soal Ayrin acuh tak acuh. Ryan tersenyum. Rajuk Ayrin makin hilang. Dia sudah menggunakan panggilan abang semula. "Ni buktinya. Siap ada resit that date lagi " ujar Ryan sambil mengeluarkan sebutir cincin yang dibelinya dari kotak baldu merah lalu menyarungnya di jari manis Ayrin. Ayrin tersenyum senang. "Thanks, abang " "My pleasure sayang. Suka? " "Mestilah suka " Ayrin melihat cincin dijari manisnya. "Merajuk lagi? " Ayrin mengeleng kepalanya. "Tak" "Okay good. Can give me a warm hug? " aju Ryan. "Yes sir " Ayrin memeluk Ryan kejap. "Can give me a sweet kiss?" Aju Ryan lagi. Wajah Ayrin sudah kemerahan manahan malu. Dia mendekatkan wajahnya dengan Ryan lalu bibir lelaki itu dicium ringkas. Ryan tersenyum. "Abang tak minta sayang kiss mulut pun. Abang minta kiss aje " usik Ryan. Ayrin menampar bahu Ryan perlahan. Ryan ketawa kuat lalu menarik isterinya dalam pelukan. *** 4 TAHUN KEMUDIAN. "Amirul Iskandar jangan lari nanti jatuh " tegur Ayrin melihat anak sulungnya yang berlari di laman rumah mereka. Dia tersenyum melihat telatah anaknya yang seronok bermain di kawasan berumput di rumah dia dan Ryan. Sejuk hati melihat anaknya membesar dengan baik. Ryan tiba-tiba datang dari belakang lalu memeluk isterinya. "Sayang buat apa? " soalnya. Dia meletakkan dagunya di kepala Ayrin. "Tengok Amirul main. Seronok pula tengok dia" jawab Ayrin sambil memegang tangan Ryan yang memeluknya. "Hrmm, sayang... abang tengok macam kesian pula kat Amirul main seorang aje. Apa kata kita kasi dia kawan. Taklah sunyi sangat dia nanti, jom? "usik Ryan. "Ishh, abang ni. Ke situ pula " marah Ayrin manja. Mereka diam dan melihat hanya melihat Amirul bermain. Kini, keluarga mereka sudah lengkap. "Sayang .." panggil Ryan. "Yee " "Thanks sebab beri abang anugerah yang tak terhingga ni. Abang bahagia sangat. " ucap Ryan. "Sayang pun nak berterima kasih pada abang sebab terima sayang yang tak seberapa ni" ucap Ayrin pula. "No matter what. I will stay with you forever and ever. I love you sayang " Ryan memusing Aqila menghadapnya. Dahi gadis itu dicium lama kemudian memeluk Aqila. "I love you too " Aqila membalas pelukan Ryan. Dia... Hanya gadis biasa yang mampu memanipulasi cinta aku seadanya. “If I could choose only two times to be with you, it would be now and forever.”- Ryan Iskandar. -TAMAT- ######### Tadaa, the end!! Terima kasih kerana membaca cerpen ini sehingga penghujungnya. Maaf jika cerpen ini tidak memenuhi citarasa anda semua. Shuhada masih mentah lagi dalam dunia penulisan ini. Shuhada akan lebih berusaha untuk membawakan sebuah cerita yang lebih baik lagi. Tq guys. Plss Support me! Maaf jugak jika ada tertypo ka apa dan maaf jugak klau ada scene yang langgar hukum sikit. Ini hanya cerita semata-mata. Hanya imaginasi shu ja.. Nantikan cerpen terbaharu shu yg seterusnya yer, cerpen tu masih lgi dlm proses utk disiapkan.. plss support me!!
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Best Cerpen
BalasPadamMenarik
BalasPadam