Bab 12
Tubuh Erika di bawa masuk ke dalam keretanya dengan kasar.
"A-pa.. A-awak buat nih? " Erika disebelah masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi menyoal lelaki yang segak mengenakan kemeja putih serta kot navy blue dengan tali leher kupu-kupunya. Pintu kereta ingin dibuka, tetapi malangnya dari awal sejak lelaki itu masuk, sudah dilock oleh Noah.
Noah diam sambil membetulkan duduknya. Apabila sudah selesa, butang kot dibuka lalu menanggalkan kot tersebut dari tubuhnya, kot dicampak ke tempat duduk belakang.
Tali leher kupu-kupu yang merimaskan ditarik keluar lalu dicampak ke belakang juga.
Erika hanya diam memerhati tingkah laku lelaki itu dengan perasaan yang bercampur aduk. Kenapa dia berpakaian sebegini? Dia berada di dalam majlis itu jugakah? Tapi bagaimana dia masuk? Untuk masuk, tetamu perlu tunjukkan kad jemputan kepada pengawal yang menjaga pintu utama dewan.
He is something.
“M-macam mana awak ada di sini?” soal Erika melihat ke arah Noah dengan penuh tanda tanya.
Takkan lah..
“Awak ke yang rancang semua ini?!” soalnya terkejut.
Melihat lelaki itu masih diam, dia disapa perasaan marah.
“Jawablah!” suara Erika naik seoktaf. Nafas turun naik kerana cemas. Tangannya menggelentar. Dia gelisah selagi tidak mendapat jawapan yang diinginkan. Emosinya tidak stabil dengan apa yang sedang berlaku membuatkannya lebih cemas dan resah.
Tanpa menjawab pertanyaan Erika, kereta jenama Ford Mustang itu dipandu laju meninggalkan hotel 5 bintang yang masih lagi sibuk dengan orang ramai serta polis dan paramedik yang datang menyelamat mangsa yang tercedera.
Pasti kehilangan gadis itu, akan meriuhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah pun ribut. Dia tidak memperdulikan semua itu.
Noah tenang memandu keretanya tanpa menghiraukan Erika yang pasti menahan rasa dan tidak dapat duduk dengan diam kerana kelihatan gadis itu mengigit kuku jarinya.
"Hey, just breathe." suruh Noah mendatar.
Mata fokus kembali ke hadapan, kelajuan kereta ditingkatkan. Kereta yang dipandu memotong dan menyelit di antara kereta yang berada di hadapannya. Kemahiran memandunya cekap memandangkan dia merupakan seorang racer.
“Awak nak bawa saya kemana ni? " soal Erika kelihatan lebih tenang. Dia memerhati sekeliling, mereka sedang menuju masuk ke lebuh raya utama. Dia melihat ke arah Noah tanpa jemu kerana lelaki itu masih diam sedari tadi.
“Jawablah!” suara Erika naik seoktaf memenuhi ruangan di dalam kereta.
"Shut up, your fuckin’ mouth, lady" Balas Noah keras.
Dia menjeling sekilas Erika. Gaun yang dipakai wanita itu jelas kelihatan kesan darah. Wajahnya juga tercalit sedikit kesan darah kering.
Bibir tersenyum sinis. It's seems like his plans goes well.
Dia nampak dengan matanya sendiri bagaimana candelier itu menghempap gadis tidak bersalah dan dia juga dapat lihat bagaimana Erika menangis merintih memanggil nama gadis itu. Hatinya puas melihat tangisan air mata gadis itu.
“Apa yang awak dah buat ni?” suara Erika mengendur perlahan. Tubuh disandar lalu dia menunduk ke bawah melihat jari jemari yang menggelentar calitan darah yang sudah kering. Darah Sofea.
Perkara itu membuatkannya menjadi lebih pilih. Air mata jatuh lagi ke pipi.
Suara Erika yang perlahan tapi mampu Noah dengari membuatkan Noah berpaling ke arah gadis itu sesaat. Ada air mata yang jatuh mengenai jari gadis itu.
Dia diam, tidak bersuara hanya membiarkan gadis itu berada di dalam dunianya sendiri.
Minyak ditekan dan keretanya laju membelah lebuh raya yang masih lagi bernyawa dengan sebilangan kenderaan.
Satu jam kemudian, kenderaan mewah jenis Ford Mustang itu masuk ke dalam kawasan terpencil. Kelihatan sebuah cottage di tepi sebuah tasik yang sederhana besar.
Brek tangan ditarik, matanya memandang ke arah Erika yang sudah terlena sejak sejam yang lalu. Wajah Erika kelihatan pucat dan sembam setelah puas menangis.
Mata kembali memandang ke arah hadapan, mata dipejam seketika.
Kejamkah dia? Dia menyoal dirinya.
Tidak mahu perkara itu menganggu fikirannya, pantas seatbelt dicabut lalu dia keluar dari perut kereta.
Pintu kereta di bahagian tempat duduk Erika dibuka lalu gadis yang masih lagi diulit lena dicempung dengan hati-hati tidak mahu mengejutkan Erika.
Pergerakan kecil Erika membuatkannya terhenti seketika. Tanpa sedar Erika menaikkan tangannya lalu memaut leher Noah. Nafas yang dihembus perlahan di leher Noah membuatkan lelaki itu terkaku di tempatnya berdiri. Terasa nafsunya dijentik perlahan dengan perbuatan tidak sedar Erika.
Nafas yang sedikit tertahan di hembusnya lemah. Pantas sahaja tubuh genit Erika di bawa ke cottage. Wap dari mulutnya terpancul keluar ke udara menandakan kawasan itu sungguh sejuk. Cuaca yang sejuk dan dingin membuatkannya mempercepatkan langkah.
***
Pintu kayu sebuah bilik dibuka dengan penuh cermat. Tubuh Erika yang dicempung diletak di atas sebuah katil yang terdapat di dalam bilik sederhana kecil itu.
Pemanas dipasang untuk menghangatkan ruang bilik.
Noah berdiri di tengah bilik memerhati Erika lama. “Huh..” dia mengeluh. Sepatutnya dia hanya membiarkan sahaja gadis itu menguruskan semua yang berlaku dengan hati yang masih lagi berkecamuk. Biar dia sedar sikit.
Namun, melihat sahaja gadis itu hilang arah di dalam dewan, membuatkan dia mengambil keputusan sedrastik ini. Membawa Erika ke sini. Ke cottage peninggalan mendiang ibunya. Erika adalah perempuan yang pertama dia bawa ke situ.
Dia hanya ke situ apabila dirinya ingin lari dari dunia yang sebenar kerana dia tahu, Noah Adrian dimata orang luar adalah seorang ahli perniagaan yang gerun dan licik dengan tipu helah yang dia miliki. Tetapi hakikat yang sebenar, dia hanyalah seorang lelaki yang hilang identiti diri sendiri. Dia keseorangan di dalam dunia yang penuh tipu daya manusia. Dirinya yang sebenar dikaburi dengan sikap kosong dan dingin tanpa perasaan.
Tidak mahu berlama di situ, lengan kemeja putih disinsin hingga ke siku, sebuah laci di tepi katil di tarik keluar, sehelai kain tuala putih diambil. Dia bergerak ke bilik air di luar bilik, kain tadi dibasuh dengan air sederhana panas lalu diperah sehingga lembab.
Sebaik sahaja dia kembali, Noah melabuhkan duduk di birai katil. Wajah Erika yang tercalit dengan kesan darah kering dilap dengan perlahan menghilangkan kesan darah. Jari gadis itu juga turut di lap. Perbuatan itu dilakukan dengan hati-hati tidak mahu mengejutkan Erika yang terlena.
30 minit kemudian, dia selesai membersihkan Erika, dia keluar dari bilik lalu pintu ditutup rapat. Nafas dihembus lagi. Dia berdiri di hadapan pintu bilik, gaun di tangannya di renung lama.
Apa yang kau buat ni Noah? Selama ini mana pernah kau pedulikan semua orang. Kenapa tiba-tiba sahaja kau mengambil berat tentang gadis itu.
Sedari dia sudah sedar dari lamunannya, dia bergerak ke arah dapur. Gaun tadi dibawa ke laundry untuk dibasuh.
Sebaik selesai tugasnya, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Telefon di poket seluar slacknya diambil, nama pemanggil di lihat sekilas sebelum panggilan di jawab.
“Why Kevin?” dia menyambut.
“No, I’m not in town right now. Ada apa-apa hal penting ke?” dia menyoal Kevin yang berada di sebelah sana.
“Okay noted, I will sent that document via email. Sebelum tu, kau dah jumpa tempat persembunyian Edward?”
Noah kembali diam setelah menyoal Kevin, dia fokus mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh pembantunya. Mata merenung tajam ke arah pintu bilik Erika yang tertutup rapat. Setelah selesai sesi perbincangan mereka, dia meletakkan panggilan. Rambutnya yang sudah tidak rapi dikuak ke belakang.
Dia melangkah perlahan ke arah sofa di ruang tamu. Tubuh disandarkan sambil mata merenung jauh ke fire place yang dihidupkan sebentar tadi dengan kayu api. Suasana ruang tamu di cottage itu terasa hangat dan menenangkan.
Matanya dipejam lalu kepala di dongak ke atas sedikit. Please god, cepatlah akhiri semua ini supaya dia dapat berehat dengan tenang. Desis hatinya. Tidak lama kemudian, dia disapa lena yang panjang.
Two soul don't find each other by simple accident.
Bestnyeeee.... Update lagi please
BalasPadam