Hey! Sorry sebab dah lama tak update! Buat yg tunggu cerita kita. Ini untuk awak semua! Enjoy!
BAB 7
Noah melangkah turun dari biliknya yang berada di tingkat atas. Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Waktu yang terlalu awalnya untuk bangun. Sudahlah semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan gadis itu. Perasaannya berkecamuk. Memikirkan tindakannya kepada gadis itu.
Dia dapat lihat dengan jelas keadaan gadis itu mengatur nafas laju dan wajahnya dipenuhi dengan sisa air mata. Mungkin Erika tidak menyangka dia boleh bertindak sebegitu. Dia pun tidak tahu mengapa dia boleh bertindak sebegitu. Dia menyesal bertindak melulu kepada Erika. Dia tidak ubah seperti Edward, mencabuli wanita tanpa kerelaan mereka.
Arrhh, shit betul!
Dia berjalan mencari Erika. Dia tahu semalam gadis itu tidak naik ke atas. Dia terbaring tidur di sofa itu setelah Noah meninggalkan bersendirian.
Kaki berhenti di ruang tamu rumah. Figura Erika tidak kelihatan. Mata meliar mencari kelibat gadis itu. Takkan dia melarikan diri? Tak mungkin, gadis itu tidak boleh lari darinya!
Seketika kemudian matanya tertacap pada figura seseorang yang duduk memeluk lutut berpakaian dress putih berhampiran dengan kolam air di luar rumah. Dia merenung kosong ke arah kolam itu. Melayan perasaannya.
“Tak sejuk ke?” Noah berbisik perlahan apabila melihat Erika hanya memeluk lutut tanpa sebarang kain selimut menutupi badannya. Suhu di atas bukit pada waktu pagi sebegini teramat sejuk. Erika pula kelihatan tenang sahaja duduk di luar tanpa sebarang kain menutupi badannya hanya dress putih semata-mata.
Tanpa menunggu lama, dia berlalu ke arah almari kecil yang terletak berhampiran fire place di ruang tamu lalu menarik keluar sehelai blanket baldu yang tebal berwarna hijau lumut.
Dia mengatur langkah ke arah Erika yang berada di kolam air. Tanpa aba-aba dia meletak blanket tersebut di bahu Erika. Gadis itu kelihatan tersentak dan terkejut. Dia mendongak melihat ke atas, Noah hanya berdiri melihat ke arahnya dengan pandangan yang kosong sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Erika kelihatan terpinga-pinga melihat Noah. “Kenapa..”
Belum sempat dia bertanya, Noah sudah memintas soalannya dengan berkata “Lepas ni naik atas bersihkan diri dan bersiap. Faster! Aku tak suka perempuan yang bersiap lambat. 15 minutes.” selepas memberi arahan dia berlalu pergi meninggalkan Erika yang masih lagi tertanya-tanya.
Erika bangun dari duduknya dan menarik jatuh blanket yang disangkut di bahunya tadi lalu berlalu masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Dia tidak mahu membuat Noah menunggunya dengan lama. Kejadian malam tadi terlayar semula di mindanya. Dia tidak mahu kejadian itu berulang kembali. Serik. Kini dia sudah nampak sisi lain yang dimiliki oleh Noah.
Lelaki itu dalam diam ada tegasnya, ada barannya, ada lembutnya. Lelaki itu sebenarnya tidak diduga. Penuh misteri dan hatinya terdetik ingin menyelami lebih lagi tentang lelaki itu walaupun ada bahayanya.
Selepas siap membersihkan diri dan menyalin pakaian yang diberi Noah, Erika turun ke bawah. Kelihatan lelaki itu masih lagi sibuk dengan ipadnya. Tangan kanan memegang ipad dan sebelah lagi mengscroll skrin. Dia duduk bersandar di atas sofa menghadap fire place. Dengan kaki disilangkan dan hanya memakai pakaian kasual berwarna gelap, menampakkan aura maskulin dan dominan yang selama ini dimiliki lelaki itu.
Apabila Noah merasai seperti dirinya diperhatikan, dia mengangkat wajahnya melihat ke arah tangga. Dia terpaku seketika melihat ke arah Erika. Gadis itu kelihatan cantik dan ayu walaupun hanya mengenakan dress biru laut milik Neldia. Dia terpegun melihat kecantikan Erika.
Gadis itu cantik walaupun tanpa makeup, cantik semula jadi. Apabila dia menyedari akan silapnya, cepat-cepat dia mengembalikan semula ke sikapnya yang lama iaitu kosong tanpa perasaan. Dia bangkit dari duduknya. Wajah tanpa senyuman diberikan kepada gadis itu.
“Jom” pamitnya. Dompet di atas meja kopi diambil lalu dimasukkan ke dalam poket seluar, kunci yang terdapat di atas meja itu juga diambil. Noah berlalu keluar dari rumah.
Noah membawa Erika ke porch yang dikhaskan untuk meletakkan kenderaan. Sekali lagi mata Erika terpukau dengan apa yang dilihatnya. Beberapa jenis kereta sport berjenama dari luar negara menjamu matanya. Lelaki ini terlalu kaya untuk memiliki semua ini. Ada lebih 7 buah kereta sport. Belum termasuk lagi dengan kereta biasa yang dimilikinya. Siapa sebenarnya lelaki ini? Kenapa selama ini dia tidak tahu akan kewujudan lelaki ini langsung.
“Are you done yet?” soal Noah yang sudah berada di Mustang hitamnya. Pintu tempat duduk pemandu sudah dibuka cuma menunggu pemandu untuk masuk sahaja.
“Hah?”
“Dah puas tengok semua kereta aku? Kalau dah puas.. dipersilakan masuk dalam kereta cepat. Aku bukan driver kau, nak kena tunggu cik muda masuk” herdik Noah lalu masuk ke dalam perut kereta.
Tanpa banyak bicara Erika berlari anak masuk ke dalam perut kereta.
“Buckle your seatbelt ” arah Noah dan kereta sport itu laju mengaum keluar dari porch dan menuju ke destinasi yang ingin ditujui.
Perjalanan yang memakan masa lebih 3 jam itu tiba di tempat yang ingin dituju. Erika berkerut dahinya apabila tempat yang mereka tujui itu seakan dia kenali.
Ini bukankah lokasi dia diculik oleh Noah? Kenapa lelaki itu membawa dia semula ke sini? Dia mengalihkan kepala melihat ke arah Noah yang masih lagi tekun memandu masuk ke parking basement bangunan penyiasiatan itu. Parking basement itu kelihatan penuh dengan kenderaan pekerja tetapi tiada seorang pun berada di situ. Mungkin mereka berada di dalam bangunan, sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Kereta Mustang Noah berhenti betul-betul di sebelah kereta Erika. Suasana di dalam kereta diam tanpa suara dari kedua-duanya.
“Taknak keluar ke?” soal Noah melihat ke arah Erika yang diam tidak terkutik sedari tadi
“Aw..awak lepaskan saya?” soalan dibalas dengan soalan.
Noah mengalihkan sedikit tubuhnya menghadap ke arah Erika. Sebelah tangan memegang stereng kereta, sebelah lagi diletakkan di atas pehanya “Kenapa? Tak boleh ke aku lepaskan kau?” Noah membalas soalan Erika dengan soalan lagi.
“Kenapa awak lepaskan saya?” Erika kehairanan. Pasti ada sesuatu yang Noah sembunyikan darinya. Apa pula rancangan Noah kali ini.
“Kau taknak bebas ke? Aku dah lepaskan kau ni. Lagipun ini apa yang kau nakkan?” beritahu Noah memandang ke arah Erika dengan riak yang bersahaja.
Noah menculik Erika beberapa hari lepas hanya bertujuan untuk bertemu dan bersemuka dua mata dengan Erika dan ingin Erika tahu dialah lelaki yang bakal hancurkan ayah Erika dengan tangannya sendiri.
Erika diam. Betul tu. Inilah yang selama ini dia impikan. Bebas dari taklukan Noah. Selepas ini dia akan mulakan hidupnya seperti sedia kala. Bibir mengorak senyuman tipis. Tapi dalam masa yang sama dia masih lagi ragu-ragu kerana sesenang itu sahaja lelaki itu melepaskannya pergi.
Arhh.. pedulikan apa yang kau fikir Erika. Kau sudah bebas sekarang. Lelaki itu tidak akan mengganggu kau lagi.
“Terima kasih” ucap Erika perlahan. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap pintu kereta. Tangan perlahan-lahan mencapai pembuka pintu. Noah setia melihat kelakuan gadis itu tanpa bicara.
Belum sempat Erika membuka pintu, dia memusing kembali tubuhnya menghadap Noah. Noah menjungkit keningnya sebelah.
“Barang saya?” Erika bertanya.
“Don’t worry. Orang aku dah letakkan semua dalam kereta kau” jawab Noah.
Erika mengangguk kepalanya. Dia kembali membuka pintu kereta untuk melangkah keluar. Pintu sudah dibuka tetapi dia masih lagi tidak berginjak dari tempat duduknya.
“Kau ni kenapa, hah? Aku tak suka tunggu-tunggu orang ni. Keluar je la!” marah Noah.
“Er.. boleh saya tahu nama awak?” soal Erika takut-takut.
Noah mengeluh kasar, rambut dikuak ke belakang. Mata tajam melihat ke arah gadis kecil itu. “Layakkah kau untuk tahu nama aku?” balas lelaki itu merenung tajam ke arah Erika.
Erika diam sebelum dia mengangguk perlahan. Dirinya agak tersentap dengan kata-kata lelakii di hadapannya. Siapalah dia untuk tahu lebih tentang lelaki ini. Walaupun dia pereka fesyen ternama sekali pun, lelaki ini membenci dirinya atas sebab yang dia sendiri tidak tahu.
“Er.. selamat tinggal” ucap Erika perlahan sebelum dia turun dari kereta sport Noah.
Namun tiba-tiba lengannya ditarik kasar oleh Noah. Erika ditarik masuk semula lalu pintu kereta ditutup kembali. Lelaki itu mendekati Erika lalu berbisik. “Don’t say goodbye..say see you soon. Itu lebih baik sebab ini bukan perjumpaan terakhir antara aku dan kau.”
Erika terdiam sebelum mengangguk perlahan tanda mengerti. Pasti akan ada sesuatu yang bakal terjadi selepas ni. Lelaki itu merancang sesuatu. Dia harus berhati-hati.
“Dah. Go back home and rest well.” tubuh Erika dijauhi. Tangan diangkat lalu dia menggosok perlahan kepala gadis itu sehingga rambut Erika berselerak sedikit kemudian dia membetulkan semula rambut Erika. Erika semakin hairan dengan perbuatan lelaki itu terhadapnya. Tiba-tiba sahaja baik dan lembutnya kepadanya.
Noah mendekatkan tubuh ke arah Erika semula sehingga wangian maskulin yang selalu dipakai menusuk masuk ke ruang rongga hidung gadis itu. Erika menahan nafas. Berada terlalu dekat dengan Noah membuat jantungnya berdegup dengan sangat laju.
Aura alfa male Noah terlalu kuat. Mana-mana wanita diluar sana pasti merasakan perkara yang sama apabila berada dekat dengan Noah. Dia beranggapan Noah akan mengapakan dia lagi tetapi rupa-rupanya lelaki itu cuma hanya membuka pintu disebelah tempat duduknya.
“Dah pergi, jangan sampai aku ubah fikiran pula” Noah berkata seraya mengerakkan anak mata coklatnya menghantar isyarat supaya gadis cantik itu cepat keluar dari keretanya.
Buat masa ini, aku biarkan kau bebas dulu. Sebelum semua kebebasan kau aku rampas dan kau akan terseksa seperti mana yang aku inginkan. Getus hati Noah.
“Nothing scare me anymore”
Suka baca, cara penceritaannya mudah difahami.... Excited menunggu sambungan cerita.
BalasPadamThank you sudi baca ❤️
Padam