Mini novel yang baru shuhada buat. mengisahkan tentang kisah di antara Noah Adrian dan juga Erika James. Genre dia adalah romance/action. kisah ini amat berat sedikit untuk hadam. tapi insyaallah, bila dah sampai tengah bab baru boleh faham sedikit demi sedikit. cerita ni dah lama terperuk dalam draft. cuma kali ini, rasa macam lebih baik post je daripada terperap dalam draft jadi perkasam. cerita ini belum habis ditulis lagi. masih panjang perjalanan dia. harap semua beri support :)
YOU AND ME ( BAB 1)
by, Nurul Shuhada
Jari jemari lincah menari di atas papan kekunci. Mata tidak dialih sedikit pun dari skrin di hadapannya. Fokusnya hanya tertumpu pada kerjanya hingga diabaikan keadaan sekeliling.
Setelah beberapa minit, butang simpan akhirnya ditekan selepas siap menilik hasil yang ditaip supaya tiada kesilapan dibuat. Siap kerja menaip nya, dia menolak sedikit kerusi yang diduduki dan merenggangkan badannya. Dua jam menghadap komputer riba jenama Apple itu membuat dirinya hanyut dalam dunianya sendiri.
Bibir mengorak senyuman kepuasan. Akhirnya kertas kerja bagi project fashion show yang dipegang akhirnya siap dibuat. Usaha selama dua bulan untuk persiapan fashion show diharapkan membuahkan hasil. Project fashion show kali ini memakan bajet yang sangat besar. Dia tidak mahu usahanya sia-sia. Right now, I need a cup of coffee. Getusnya.
Intercom di sebelah meja kerjanya ditekan. "Sofea, masuk bilik saya sekarang." arahnya.
Beberapa minit kemudian Sofea masuk dengan buku nota yang dipegang. Tugasnya sebagai penolong peribadi Erika memerlukannya untuk membawa buku nota kemana sahaja dia pergi bagi mencatatkan perkara yang penting yang diberitahu oleh Erika.
"Tolong ambik pendrive ni dan semak jika ada kesalahan, lepastu tolong printkan yer. Siapkan sekali kertas hitam putih untuk saya sign nanti. Siap, awak letak atas meja saya esok. " arahnya sambil mata tertumpu pada gadis yang sedang berdiri di hadapannya.
Pendrive berwarna merah itu bertukar tangan. "Baik Cik. Anything yang Cik perlukan lagi?" soal Sofea semula.
"Ermm, hari ni saya kerja halfday je. Saya perlu selesaikan sesuatu. Any meeting untuk petang nanti tolong cari tarikh yang sesuai diganti next week." ujarnya ramah.
"Baik Cik. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. " ucap Sofea kemudian berlalu keluar.
Erika mengeluh perlahan. Dia yang memilih bidang ini jadi dia perlu menghadapinya dengan tabah. Minat dia dalam melukis mendorongnya hingga berjaya membuka sebuah butik pakaian yang berdiri gah seperti butik pereka fashion yang terkenal yang lain.
Tamat sahaja pengajian Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen) di sebuah universiti terus sahaja dia menyambung lagi pada peringkat lebih tinggi dalam bidang yang sama.
Walaupun Papanya bantah kerana memilih bidang yang lain dari bidang yang Papanya inginkan iaitu perniagaan. Dia degil. Dia tetap dengan pendirian yang keras seperti batu itu. Walaupun Papanya pernah juga mengugut untuk tidak akan membiayai pelajarannya langsung jika memilih bidang itu. Dia tetap degil hingga dia sanggup lari dari rumah selama 1 tahun.
Dan akhirnya mereka tidak mampu membantah lagi dan membenarkannya juga untuk memilih bidang tersebut. Keinginan Papanya untuk dia mewarisi syarikat terbantut dan dibiarkan begitu sahaja.
Lagi pula, dia tidak tahu apa kegiatan perniagaan yang Papanya kerjakan selama ini. Dan tidak akan mengambil tahu langsung akan perkara itu. Tidak minat.
Hubungannya dengan Papa tidak pernah rapat kerana Papanya seorang yang sibuk dengan kerja di syarikat. Kerja apa pun dia tidak tahu tetapi kerjanya itu kira cukup berjaya sehingga setiap bulan mendapat keuntungan yang tinggi dan lumayan.
Hubungannya dengan Papa bukan seperti hubungan bapa dan anak seperti yang lain. Dia dengan Papa seakan orang asing walaupun sebenarnya mereka mempunyai ikatan.
Mereka hanya bersua muka pada waktu pagi sahaja kerana Papanya akan pulang dari kerja pada lewat malam dan ketika itu dia sudah beradu tidur di dalam bilik. Dia tidak banyak berbual dengan lelaki separuh umur itu. Setiap yang dia lakukan dibuat sendiri tanpa mengharapkan pertolongan dari Papa.
Dia hanya rapat dengan Mama kerana Mama suri rumah sepenuh masa dan sentiasa ada di rumah untuknya , Papa yang tak benarkan Mama berkerja dengan alasan perlu menjaga makan minum dia dan Papa. Baginya Papa sebenarnya seorang yang suka mengongkong.
Dia yang tidak tahan dengan semua ini, mengambil keputusan untuk keluar dari rumah selepas tamat pengajian di peringkat diploma dan tinggal sendiri di apartment yang dibeli hasil titik peluh sendiri. Hanya beberapa kali sahaja dia akan pulang ke rumah Papa apabila terdapat hal yang mustahak sahaja dan kerana ingin menjenguk Mama.
Disebabkan minatnya juga, akhirnya pada usia 27 tahun dia sudah memiliki butik sendiri dan pernah menyertai acara fashion show peringkat antarabangsa sebagai pereka fesyen untuk model-model di luar negara. Sebut sahaja Erika James sudah pasti ada yang mengenalinya.
Apabila menyedari dia terlalu asyik dengan lamunan tentang masa lalu, dia bergegas mengemas meja kerjanya dan keluar ke parking lot. Ada urusan yang perlu diselesaikan.
****
Pintu bilik kayu itu ditolak perlahan dan dia melangkah masuk. Senyuman diberikan kepada gerangan yang sedang duduk di atas kerusi kerjanya. Lelaki itu hanya memberi senyuman tipis. "Jemput duduk, Cik Erika." tangan ditunjuk di sebuah kerusi berhadapannya.
"Terima Kasih, Mr John. Macam mana perkembangan siasatan awak? "tanya Erika ke topik yang ingin dibincangkan.
"Mengikut segala siasatan dari pihak kami. Ternyata Cik Erika sedang diekori oleh seseorang. Ini beberapa bukti yang penyiasat kami perlu perolehi ." Mr John menolak sampul berwarna coklat ke arah Erika.
Erika mengambil sampul tersebut dan dibuka dengan debaran yang kian terasa. Isi di dalam sampul itu mendebarkan jantungnya. Gambarnya yang diambil senyap. Dari dia memasuki pejabat hinggalah dia pulang ke rumahnya.
Setiap saat gambar nya telah diambil dari sudut yang tersembunyi. Apa motif mereka menangkap gambarnya senyap-senyap? Musuh? Setahu dia, dia tiada pesaing yang sanggup membuat sebegini. Pesaingnya lebih kepada bersaing secara sihat. Bila ada masa mereka akan bertemu dan bertukar pendapat. Musuh papanyakah? Tak mungkin.
Dia diam berfikir. Siapa yang sanggup buat begitu. Jantung kuat berdegup. Pandangan dialihkan semula ke arah Mr John. "Awak tahu siapa dalang di sebalik semua ini?"
Mr John hanya menggeleng kepalanya "Kami tidak tahu. Maaf Cik Erika "
"Mustahil awak tidak tahu! Habis tu macam mana awak dapat semua gambar ini? "soalnya tidak puas hati. Timbul rasa sangsi terhadap Mr John.
" Err.. Sumber gambar ini, kami perolehi dari orang dalam. Ia amat sulit untuk diberitahu pada klien. " Mr John beritahu.
Erika diam. Mencerna semula kata-kata dari Mr John . Tapi dia berhak tahu semua itu kerana ia melibatkan dirinya. Entah kenapa dia ragu-ragu dengan lelaki di hadapannya ini.
Mr John merupakan penyiasat yang diupah olehnya kerana sejak baru-baru ini dia merasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan dirinya.
Terdapat juga beberapa eksiden di mana, sewaktu dia ingin membuka butiknya, dia dikejutkan dengan seekor bangkai kucing yang busuk di hadapan pintu masuk butiknya. Oleh itu, dia mengupah Mr John untuk menolong mencari siapa dalang di sebalik semua ini. Namun kini dia hairan dengan perubahan sikap Mr John sejak akhir ini, lelaki itu seperti acuh tidak acuh menyiasat tentang apa yang berlaku.
Kerana tidak mahu memikirkan perkara itu sangat dia hanya buat bolayan sahaja dengan sikap Mr John. Mungkin lelaki ini mempunyai masalah yang lain. Dia membuat andaian.
Dia mengeluh perlahan. " Baiklah kalau macam tu. Teruskan siasatan ini hingga tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Saya berharap sangat awak cari dalangnya. " putus Erika.
Dia bangun dari duduknya. "Kalau tiada apa lagi saya pergi dahulu lah." Erika menamatkan perbincangan singkat itu. Hati nya sedikit gusar berada di situ. Seperti Mr John menyembunyikan sesuatu darinya.
"Ehh? Cik Erika tak mahu minum dulu ke? Saya boleh suruh setiausaha saya buatkan air. " pelawa Mr John. Kelihatan si lelaki ini sendikit mendesak.
" No need. Saya ada meeting dengan klien " tipu Erika. Dia menunjukkan riak yang tenang sambil melihat jam tangan. Walhal, hatinya berdegup laju ingin keluar ruang yang terasa semakin sempit. Nafasnya terasa seakan tersekat apabila berada di dalam ruangan itu. Pelik. Selama dia berurusan dengan Mr John, lelaki ini tidak pernah mempelawa dia minum. Hari ini sungguh pelik.
" Saya pergi dulu. " pamitnya. Lalu bangkit dan melangkah keluar. Mr John hanya mengangguk dan membiarkan gadis itu pergi.
Setelah kelibat Erika hilang dari pandangan. Telefonnya diambil dan mendial nombor seseorang."Proceed plan B. " ujarnya lalu menamatkan panggilan. Rancangan untuk menyuruh Erika minum minuman yang telah dimasukkan ubat tidur telah gagal.
Mr John mengeluh perlahan. Tugasnya sudah berakhir. Maafkan saya Cik Erika. Saya terpaksa. Getus hatinya. Demi menyelamatkan diri dan keluarga nya dia terpaksa melakukan perkara ini terhadap Erika.
****
Butang G ditekan sewaktu dia melangkah masuk ke dalam lif bangunan itu. Entah kenapa, dia tidak sedap hati seperti akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Namun dia hanya menghiraukan sahaja perkara itu. Perasaan je ni. Getus hatinya.
Sewaktu pintu lif terbuka menandakan dia sudah tiba di tingkat ground yang menempatkan parking lot di bawah tanah itu. Dia melangkah laju dengan high heels 4 incinya ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari tempatnya berada.
Parking lot itu tampak sunyi dan gelap. Hanya tinggal beberapa buah kenderaan sahaja berada di situ kerana waktu kerja telah berakhir sejam yang lalu. Jadi kebanyakan pekerja sudah pun pulang ke rumah masing-masing.
Erika mempercepatkan lagi langkah menuju ke keretanya kerana merasakan dirinya seperti diperhatikan. Teringat gambar yang dia lihat tadi menambah lagi rasa takut di dalam diri. Dia kalut menyelongkar beg tangan untuk mengambil kunci. Haduhh time-time macam nilah kunci sukar untuk dicapai. Dia berkata di dalam hati nya.
Apabila kunci sudah dicapai. Dia menarik keluar kunci itu , namun kunci tersebut tiba-tiba sahaja terjatuh ke lantai. Ah shit , jatuh pula.
Terus dia tunduk mencapai kunci kereta yang telah jatuh. Sewaktu dia bangun tiba-tiba tubuhnya menjadi kaku. Tidak bergerak. Nafas terasa tersekat. Air liur ditelan terasa sukar. Dia hanya diam melihat satu figura berwarna hitam berpantul di cermin pintu keretanya.
Figura itu adalah seorang lelaki yang sedang memakai hoodie berwarna hitam. Kepala ditundukkan sedikit ke bawah. Mulutnya ditutupi dengan mask hitam supaya wajahnya tidak dapat dikenal pasti . Haruman maskulin dari tubuh tegap dan bidang itu menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya menambahkan lagi getaran di hati.
Belum sempat dia menjerit meminta pertolongan, tubuhnya ditarik rapat dalam pelukan figura itu. Mulutnya ditekup dengan kain berwarna putih. Dia meronta kuat untuk melepaskan diri namun hanya sia-sia kerana tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.
Bau kloroform yang kuat membuatkan dia sukar bernafas. Beberapa saat kemudian, matanya kian layu dan akhirnya matanya tertutup rapat, tidak sedarkan diri.
Tubuhnya kemudian dicempung oleh lelaki itu memasuki sebuah kereta Ford Mustang Shelby GT350 berwarna hitam pekat yang terletak tidak jauh dari tempat kereta Erika berada.
Clutch ditekan rapat serentak itu gear ditukar dan minyak ditekan, lalu kereta sport mewah itu mengaum dan dipandu laju membelah jalan raya.
30.05.2020
Ulasan
Catat Ulasan