THE FLASH BACK BY NURUL SHUHADA.(PART3)
"Maafkan mummy Lia,menyusahkan kamu. Datang ke sini jauh jauh. Jatuh tangga sikit sahaja ni" ucap Datin Seri bersalah.
"Mana ada menyusahkan lah mummy. Perkara kecil ja ni. Kalau bukan Lia siapa lagi yang nak tengokkan mummy. Haq ada meeting penting dengan pelabur dari New York. It's okay lah. " Dia mengusap bahu wanita separuh umur itu lembut.
"Hrmm baiklah. Haq lambat lagi ke? Mummy dah boleh balik dah ni." soal Datin Seri.
"Hrmm, Lia pun tak pasti. Lia hantar mummy je lah ke rumah,boleh? "putus Atilia. Dia tidak mahu mummynyaa tunggu lama di situ. Mesti wanita tua itu kepenatan.
" Boleh juga. " Datin Seri setuju dengan cadangan Atilia. Dapatlah dia meluangkan masa dengan Atilia lagi.
***
Tepat jam 3 petang, Haq tiba di rumah setelah mendapat mesej daripada Atilia menyatakan dia sudah membawa mummy balik ke rumah.
Haq bergegas masuk ke rumah untuk mendapatkan mummynya. Dia mencari di ruang tamu tiada, di ruang bacaan jugak tiada, seterusnya dia ke bilik mummynya pula. Pintu bilik dibuka, dia melihat wanita itu sedang berbual dengan Atilia di katil. Hatinya lega. Nasib baik ada Atilia.
"mummy?"panggilnya, mengejutkan dua wanita yang sedang berbual rancak itu.
"Eh Haq, bila balik?" Datin Seri terkejut melihat kehadiran anak lelakinya begitu juga Atilia.
"Baru sampai. Kaki macam mana? " Dia bergerak ke arah Datin Seri dan Atilia. Dia duduk di sisi mummynya.
" Alhamdulillah, terseliuh sikit aje. Nasib baik ada Lia tolong urutkan" ujar Datin Seri.
"Baguslah. Sorry sebab tak ada masa untuk mummy. Meeting tu memang tak dapat di elakkan. " beritahu Haq, kesal.
" It's okay Haq. Mummy faham. " balas Datin Seri.
" Hrmm, kalau tak ada apa apa Lia balik dulu lah. Haq dah ada kat sini" sampuk Atilia yang sedari tadi diam.
"Ehh awal lagi ni. Apa kata kamu bincang pasal perkahwinan kamu berdua. Asyik tertangguh aje. " balas Datin Seri tidak mahu Atilia pulang ke rumah lagi.
"Haah, dah awak ada kat sini. Kita berbincang lah sekarang." tambah Haq. Dia juga ingin bersama Atilia dengan lebih lama lagi.
"Hrmm, baiklah kalau macam tu. " Atilia mengiakan.
Mereka bergerak ke taman mini di belakang rumah.
"So, awak nak satukan sekali ke? Akad nikah sekalikan dengan resepsi ? Akad pagi, resepsi petang? " Atilia mengutarakan pendapatnya.
" Tak kesah yang mana mudah, kita buat " balas Haq mendatar sambil melihat Atilia yang sibuk membelek majalah perkahwinan itu.
"Okay lah kalau macam itu. Baju akad nikah kita sudah setuju dengan mummykan warna putih. And for the baju kahwin, saya nak buat warna pic. Mesti cantikkan." ucap Atilia lagi. Dia teruja melihat baju kahwin di majalah itu.
"Atau awak nak buat warna lain? " soalnya lagi.
Semestinya, Haq dan dia akan menjadi pasangan bagai pinang di belah dua di majlis perkahwinan mereka berdua nanti.
Haq diam sambil melihat Atilia berceloteh itu dan ini. Kenapa Atilia berubah secara drastik? Seriuskah gadis itu tentang perkahwinan ini? Dapatkah Atilia menerima dirinya? Setelah apa yang dia lakukan di masa lalu? Fikiran Haq melayang jauh memikirkan semua itu.
"Haq awak dengar tak saya cakap ni?" soal Atilia lagi.
"Lia.. Awak betul terima diri saya seadanya ke?" Soalan itu terpancul dari mulut Haq.
"Kenapa awak ni? Kita tengah bincang pasal perkahwinan kan. "
"Babe, answer my question please?" pinta Haq, jari jemari Atilia diraih lalu digenggam lembut.
Atilia menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan Haq "Awak nak tahu? Baiklah, saya masih lagi tak dapat nak terima awak seadanya sejak kandungan saya gugur. Its hurt me a lots. Separuh nyawa saya bagai dah hilang"
Dan jawapan itu terus membuatkan Haq terdiam dan kelu. Air matanya jatuh menitis melalui lekuk pipinya.
4 tahun lalu...
Pagi itu, Atilia sedang membantu mummynya berkebun di taman mini belakang rumah agam.
Sewaktu itu, Haq baru sahaja bangun dari tidurnya. Niatnya untuk ke dapur terbantut apabila dia melihat Atilia dan Datin Seri sedang berkebun di taman mini.
Dia mulai risau melihat Atilia. Gadis itu sedang mengangkat pasu bunga. Dia dengan segera bergegas ke arah Atilia.
"Hey, hey, let me help you. " Haq mengambil pasu bunga itu dari tangan Atilia.
" Apa ni? Aku boleh buatlah" Atilia ingin merampas kembali pasu bunga itu.
"No! Awak tu sedang mengandung. Tak boleh buat kerja kerja berat lah "marah Haq sedikit berbisik tidak mahu Datin Seri mendengarnya.
" Aku tahulah, apa yang aku buat" marah Atilia. Dia merampas pasu bunga yang dipegang Haq.
Haq bertindak menariknya kembali dan tanpa diduga, Atilia terjatuh ke belakang hasil tarikan kuat oleh Haq.
Dia rebah. Haq terkejut lalu cepat mendapatkan Atilia. Apa yang kau dah buat ni Haq Hakiemi. Datin Seri juga berlari anak ke arah Atilia yang sudah jatuh rebah.
Haq memangku Atilia yang kesakitan. Tangannya bergetar kuat. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia takut. Dia takut kehilangan Atilia dan kandungan gadis itu.
"Lia... Lia.. aw.. awak boleh bangun tak? " panggilnya cemas.
" Ya Allah atilia, boleh bangun tak? " Datin Seri turut cemas melihat keadaan Atilia.
Atilia memegang bawah perutnya. "Sa..sakit mummy" dia merintih kesakitan. Air mata jatuh jua. Sakit sangat...sangat sakit. Dia merasai suatu mengalir di celah kelangkang nya. Darah.
"Mummy... Darahh" dia merintih lagi dan memegang kejap tangan mummynya. Pandangannya mulai kabur.
"Ya Allah, Haq cepat bawa Atilia ke hospital. Teruk ni! Cepat!" jerit Datin Seri.
Haq dengan segera mencempung tubuh kecil Atilia ke kereta. Pakaian yang dipakai sudah lagi tidak dipedulikan. Nyawa Atilia lebih penting.
***
"Maaf, kandungan Puan Atilia tidak dapat kami selamatkan. Semasa Encik membawa dia ke sini sudah pun lewat. Insyallah, encik boleh cuba lagi. Lagipun kamu berdua masih lagi muda. Mungkin bukan rezeki lagi" nasihat doktor yang merawat Atilia tanpa mengetahui Atilia dan Haq tidak mempunyai hubungan suami isteri.
Haq hanya mengangguk mengiakan kenyataan doktor lelaki itu.
"Buat masa sekarang saya terpaksa menahan pesakit dalam dua tiga hari untuk pemeriksaan. Kamu dah boleh melawat pesakit di biliknya. Saya minta diri dulu." ucap doktor itu dan berlalu pergi.
"Haq... Boleh mummy tahu apa maksud doktor tadi? " soal Datin Seri yang berada di belakang Haq sedari tadi.
Haq memejamkan matanya, mengumpulkan kekuatan untuk memberitahu segalanya kepada mummynyaa. Dia menghadap mummy. Tangan Datin Seri diraih." Maafkan Haq mummy. Ini semua salah Haq. Haq.. Haq..Haq telah meniduri Lia tanpa kerelaannya. Lia tak bersalah. Haq yang salah mummy maafkan Haq. Haq bertindak mengikut nafsu" dia menangis. Menyesali perbuatannya.
"Allah.."Datin Seri rebah. Dia gagal mendidik Haq dengan sebaiknya. Apa nak jadi dengan anak lelaki tunggalnya itu. Apa salah dia selama ini.
Haq memeluk tubuh Datin Seri erat. "Haq akan bertanggungjawab. Haq janji pada mummy" ucapnya tulus.
"Mohon taubat dengan Allah dulu Haq.. Kemudian jalankan tanggungjawab Haq pada Lia. Untuk mummy maafkan Haq, sungguh sukar. Mummy akan cuba" belakang Haq diusap lembut.
Apabila Atilia mendapat tahu bahawa kandungannya tidak dapat diselamatkan, dia menyalahkan Haq atas apa yang terjadi.
"Aku benci kau! Pergi! Pembunuh, kau pembunuh "Jerit Atilia kuat apabila melihat Haq masuk ke dalam bilik sakitnya.
Tanpa hiraukan amarah Atilia, Haq mendekati Atilia lalu memeluk gadis itu kuat. Tangannya bergetar. Dia tahan tangis melihat keadaan gadis itu.
" Jangan sentuh aku! Pergi! "
Atilia memukul tubuh Haq dengan kuat dan tangisannya bertambah kuat. "Kau bunuh anak aku. Kenapa kau benci dia. Aku benci kau Haq!" jerit nya seperti orang yang tidak waras.
"Aku tak benci anak itu, anak itu anak aku juga. Aku minta maaf Lia. Ini semua suratan takdir. Please accept the fate. Jangan nangis Lia. I'm very sorry. " Haq memeluk Atilia dengan lebih erat lagi. Tangisannya juga pecah. Tak sanggup melihat keadaan Atilia seperti itu.
Keadaan Atilia lebih teruk apabila dia melemparkan barang di sisinya. Jururawat yang bertugas terpaksa mencucuk ubat penenang pada Atilia untuk tenangkan dia.
***
Beberapa hari selepas itu, Atilia dibenarkan untuk keluar dari hospital. Sepanjang tempoh pantang, Dia dijaga rapi oleh Datin Seri dan Haq.
Atilia lebih banyak diam daripada berbicara. Dia kurang makan dan hanya kerap berada di dalam bilik. Dia masih lagi tak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya sudah tiada.
Hari demi hari, dia makin benci akan Haq. Dia benci melihat wajah Haq di hadapannya.
"Atilia... Bangun nak.. Kita makan.. " panggil Datin Seri. Gebar yang menutupi tubuh Atilia ditarik. Atilia menurut.
Datin Seri menyuap sedikit demi sedikit bubur nasi kepada Atilia. Tanpa disedari Haq berada di balik pintu. Melihat wajah Atilia dari jauh sudah memadai. Dia rindu ingin melihat wajah ceria Atilia kembali.
" Lia.. Macam mana hari ini? Better?" Soal Datin Seri.
"Okay. Lia okay sikit." balasnya.
"Baguslah kalau macam itu. Lega hati mummy. Lia kena selalu makan ubat, makan bubur. Baru Lia sihat. " nasihat Datin Seri.
Atilia hanya mengangguk." Mummy.. Lia.. Liaa..rasa Lia dah boleh terima semua ini" air matanya jatuh mengalir lekuk pipinya yang pucat itu.
"Betulkah Lia? Lia jangan tipu mummy " tanya Datin Seri lagi inginkan kepastian.
Dia mengelap air matanya. " Iya mummy. Allah dah tetapkan semua ini. Lia yang tak dapat terima. Mungkin ada sebab anak itu pergi, lagipun hasilnya juga daripada sesuatu yang tidak baik. Lia.. Lia redha. " ucapnya lagi tangisannya memenuhi ruang bilik yang suram itu.
Datin Seri turut menangis, tubuh gadis itu ditarik di dalam perlukannya. Akhirnya Atilia dapat menerima takdir yang tertulis.
Haq di balik pintu rebah. Dia menyesal akan perbuatannya terhadap Atilia. Dia bangun lalu berlalu pergi. Tidak boleh melihat Atilia yang menangis kerana dia. Dia lemah.
"Lia.. Nak pergi dari rumah ini, pergi dari Haq.. Lia nak tenangkan diri. Boleh yer mummy? Tolong... Lia minta sangat dari mummy. Biar Lia pergi.. Cukup masa Lia kembali" pinta gadis itu.
Datin Seri berdiam lama. Sebelum membenarkan Lia pergi dari rumah agam itu. "Boleh..tapi satu syarat. Lia perlu bertunang dengan Haq dahulu demi mummy, demi kamu berdua. Itu sahaja permintaan terakhir mummy dari Lia. Belajar terima Haq semula. Tolong yer Setelah Lia kembali kahwini lah dia."pinta Datin Seri mengharap Atilia menerima permintaan darinya.
Atilia diam.. Memikirkannya kemudian mengangguk. Dia akan cuba menerima Haq kembali dan terima takdir.
Haq tersedar daripada renungan panjangnya apabila ada sentuhan di wajahnya. Mengelap air mata di wajahnya.. Tangan Haq diraih dan digenggam.
"Tapi, saya belajar menerima awak semula sejak saya pergi tinggalkan rumah itu. 4 tahun saya belajar terima awak. Sebab itu, selepas hari pertunangan kita saya pergi hilangkan diri. Saya ingin tenangkan diri. Dan akhirnya terima awak." ucap Atilia lagi. Dia berfikir ini ada waktu yang sesuai untuk menyelesaikan semua masalah. Dia perlu menerima hakikat yang sebenarnya. Dan melangkah keluar dari masa silam nya.
"Saya tak faham, apa maksud awak Lia?" soal Haq keliru.
"Saya sayang awak Haq. Saya maafkan awak atas kesilapan lalu awak. Let bygones be bygones. Kita perlu bergerak pergi dari masa lalu Haq, 4 tahun itulah yang mengajar saya supaya melangkah keluar dari masa lalu saya. Setiap yang berlaku pastu ada hikmahnya. Saya terima awak bukan kerana mummy, tapi kerana awak Haq. Saya sayang awak, Haq. Saya sayang hubungan kita. " Atilia kemudian memeluk tubuh Haq erat.
Haq terkaku di tempatnya. Benarkah ini? Atilia sudah memaafkan dirinya Dia segera membalas pelukan gadis itu.
" Ini semua bukan prank ke kan? Awak bukan nak balas dendam kan atas perbuatan saya dulu? " soal Haq inginkan kepastian.
" Tak lah, awak ingat ini drama ke? " Atilia menampar perlahan bahu Haq.
Haq tersengih dan menggosok belakang tengkuknya. Kemudian memeluk Atilia sekali lagi.
" I love you, Atilia."
"I love you more, Haq"
If you don't leave your past in the past, it will destroy your future. Love for what today has to offer, not what yesterday has taken away ~❤️
- The End -
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan