THE FLASH BACK BY NURUL SHUHADA (PART2)
PINTU pagar Villa yang pernah dia duduki itu dipandang lama. Sudah 5 minit dia termelangu di situ, benarkah keputusan untuk masuk kembali ke dalam rumah agam itu setelah sekian lama tidak menjejak kaki. Nak masuk ke ni? Tapi, kau dah buat keputusan untuk bincang dengan Haq kan malam ni. Masuklah. Tapi, Kalau peristiwa tu berulang macam mana? Arhh, sudah Atilia buang cepat semua kejadian malam gelap itu. Desis hati kecilnya.
"Ehemm. Nak jadi pengawal keselamatan ke? Tercegat kat situ? " soal satu suara garau. Atilia terkejut. Dia melihat gerangan lelaki itu. Haq Hakiemi. Segak dengan tshirt hitam di badannya yang bidang itu.
"Jom, mummy dah tunggu" seraya dengan itu dia melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan Atilia di belakangnya.
"Liaa..Ya Allah rindunya mummy. "Seraya itu Datin Seri Haqilah memeluk tubuh Atilia dengan erat.
Atilia sebak. Rindunya kepada mummynya itu. Haq hanya melihat kemesraan dua orang wanita dengan diam sambil memeluk tubuh.
" Mari kita makan dulu, lepastu kamu berdua berbincang lah, Yer. " Datin Seri menarik Atilia ke ruang makan diikuti Haq yang diam sedari tadi.
" Banyaknya, mummy masak. Tak habis nanti " ucap Atilia.
" Sebaik sahaja Haq beritahu Mummy yang kamu akan datang, terus Mummy masak semua ni. Excited nak jumpa kamu." ucap Datin Seri.
Atilia hanya senyum hambar.
"Dah2, jom makan. Haq duduk" suruh Datin Seri.
Suasana di ruang makan senyap hanya kedengaran sudu dan garfu yang berdenting dengan pinggan makan.
"Macam mana dengan kerja Lisa, everything okay? " Datin Seri memulakan perbualan.
" Okay. Semua rakan kerja baik. Majikan Lia pun okay." balas Atilia. Haq hanya setia mendengar perbualan mereka sambil itu matanya melihat ke arah Atilia.
Ya, dia mengaku Atilia memang cantik, sangat cantik. Pakaian wanita di hadapannya hanya simple tapi tetap manis di matanya. Wajahnya tanpa sebarang makeup menampakkan lagi wajah yang semula jadi tanpa cacat cela. Budi bahasa gadis itu telah memikat hatinya. Ya, dia jatuh cinta akan gadis itu sejak peristiwa gelap gadis itu lagi.
"Hah! How about your apartment yang Lia tinggal sekarang ? Okay?" soal Datin seri.
Atilia diam. Alamak mummy ni. Kenapa terlepas cakap pasal Apartment ni. Sudahlah dia ingin merahsiakan perkara itu dari Haq. Apa yang aku nak cakap ni. Atilia sudah ketakutan.
Tiba tiba, sudu dan garfu Haq dihempas ke pinggan. "Wait? What? Apartment?" matanya tajam menikam ke arah Atilia, inginkan penjelasan. Setahu dia, Atilia tinggal di rumah sewa dengan rakan kerjanya. Kenapa tiada siapa beritahu dia, Atilia sudah berpindah ke Apartment.
"Haq tak tahu ke hal ni? "soal Datin Seri.
" Tak! Haq tak tahu!"jawabnya pantas sambil melihat ke arah Atilia yang sudah diam menikus.
"Sa..saya nak beritahu awak.. Tapi.."
"Tapi apa?! "suara Haq naik seoktaf tanpa menghiraukan mummy di hadapannya.
" Haq slow down your voice. Control your anger. Bincang elok elok . Jangan keruhkan keadaan. Atilia baru sahaja kembali ke rumah ini, kamu dah tunjuk baran kamu itu. " tegur Datin seri.
Haq diam begitu jugak dengan Atilia. Haq mengambil keputusan untuk bangun dari tempat makan dan berlalu ke bilik kerjanya. Dia tidak boleh berlama di situ, dia takut kemarahannya meletus jikalau terus berada di situ. Dia inginkan ketenangan dan dia tidak mahu bertindak melulu. Kejadian dulu telah memberikan dia pengajaran.
"Lia.. Slow talk dengan Haq yer "ucap Datin Seri dan Atilia mengangguk lemah.
Dia berdiri di pintu bilik kerja Haq. Bilik yang pernah menyaksikan kejadian hitam yang pernah Haq lakukan kepadanya. Bilik ini sekali lagi bakal dia melangkah masuk buat sekian kalinya. Nafas ditarik lalu daun pintu itu diketuk perlahan.
Kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk. Dengan perlahan Atilia melangkah masuk. Dia terkejut. Dekorasi bilik itu sudah berubah. Lain, sangat lain. Tidak seperti bilik kerja yang dahulu. Kenapa Haq ubah dekorasi bilik itu? Disebabkan oleh dirinyakah? Tak mungkin. Haq tidak suka akan dirinya.
"Aw.. Awak sibuk ke sekarang?"soalnya takut takut.
Haq berhenti menaip di komputer riba nya. Matanya memandang ke arah Atilia. Tajam. Cantiknya kau Atilia. Hampir buat dia kalah dengan egonya. Namun ditepis perasaan itu jauh jauh.
"Lock the door." suruh Haq mendatar tanpa mempedulikan soalan atilia tadi.
Alahai nak suruh kunci pintu pula. Dia menelan air liur. Badan dipusingkan arah pintu bilik. Setelah dikunci dia kembali ke arah Haq.
"So sebelum, kita start our discussion, let's we start about an apartment issue first. " ujar Haq sambil melihat wajah Atilia dengan perasaan yang sedang menahan amarah itu.
" Kenapa Haq tak tahu yang Lia dah pindah? Apartment? Siapa yang belikan untuk Lia? Dengan gaji Lia sebagai seorang accountant di syarikat yang kecil tu, Haq tak rasa Lia mampu nak beli apartment ataupun nak sewakannya"
Atilia diam lagi. "Cepat! cakap dengan Haq siapa yang suruh Lia tinggal di Apartments tu?!" suara Haq semakin menaik. Dia sudah bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke arah Atilia yang masih menunduk ke bawah.
Wajah yang sudah dibasahi dengan air jernih itu ditatapnya. Timbul perasaan kasihan melihat wajah itu.
"Just tell me, Atilia " suaranya sudah mula lembut. Dia mengelap air mata di wajah itu.
"Babe.."
"Mum... mummy yang belikan sebab dekat dengan tempat kerja sa... saya" jawab Atilia perlahan.
"Kenapa Haq tak tahu tentang hal ini?" soal Haq lagi.
"Saya nak bagitahu awak tapi saya asyik lupa, ada hal lain jugak yang saya perlu selesaikan" Harap-haraplah dia terima alasan aku ni.
"Hal apa? " kening haq terangkat sebelah ingin tahu.
"ke.. Kerja, perkahwinan kita lagi"
Haq diam, alasan gadis itu diterima olehnya, "Bagi alamat rumah awak, jangan nak cuba lari dari saya" ucap Haq sambil itu tangannya bermain di leher gadis itu. Mengusap lehernya.. Matanya tidak berganjak langsung melihat ke dalam anak mata milik Atilia. Dia rindu Atilia, jujur.
Atilia kegelian tetapi dia tidak mengelak seakan selesa dengan perbuatan Haq. Matanya menatap milik Haq. Dia hanyut dengan sentuhan lembut itu. Mereka diam dan hanya kedengaran hembusan nafas masing2. Atilia seakan ingin berada bersama Haq dan kekal berada disitu.
Seperti ada satu aura untuk dia terus kekal di situ. Haq cuba menghampiri wajah mulus itu, hampir dan hampir.. Lalu bibir Atilia dipagut lembut, Atilia diam tidak menolak ciuman itu malah membalasnya. Dia seakan terpukau dengan renungan Haq. Perlahan lahan memejamkan matanya.
Ciuman itu agak lama sehingga bibir Haq kini beralih ke leher Atilia pula, Atilia seakan tersedar dari mimpi lalu menolak tubuh Haq menjauh dari nya.
"Can we just turn the time back? And give me one more chance untuk ubah semula kisah lalu? " ucap Haq perlahan. Dia menyesal. Sangat menyesal dengan perbuatannya yang lalu.
Atilia hanya menggeleng perlahan kepalanya. Haq hanya tersenyum kecil sambil itu mengelap bibirnya. Kemudian bertindak menyentuh bibir Atilia pula dan mengelap bibir itu dengan sentuhan yang lembut.
"Saya.. Saya rasa buat masa sekarang tak perlu lagi bincang mengenai perkahwinan kita, bincang dengan mummy jelah. Err.. I got to go. Dah lewat sangat dah ni. " Dia mengubah topik supaya suasana tidak menjadi janggal. Dia bergerak ke pintu bilik dengan segera.
" Wait, Atilia. Jangan lupa kasi alamat rumah awak nanti "ujar Haq. Atilia hanya mengangguk dan berlalu keluar.
Atilia keluar dari bilik kerja Haq dan sewaktu itu Datin Seri baru sahaja keluar dari ruang dapur.
" Dah habis bincang? Macam mana okay ke tak? " soal Datin Seri lembut kepada Atilia.
Atilia senyum hambar sebelum mengangguk mengiakan soalan Datin Seri tadi. " Alhamdulillah mummy, semua okay cuma hal perkahwinan kami belum dibincangkan lagi. Lebih baik bincang dengan mummy je lah. Mummy kan yang nak uruskannya jugak nanti."
Datin Seri hanya mengangguk tanda mengerti. "Bagus juga macam tu. Ni, kamu nak balik Shah Alam malam ni jugak ke? Lewat dah ni"
"Haah mummy, esok Lia masuk kerja pagi." ujar Atilia.
"Lewat sangat nih, Atilia. Tidur je lah sini. Esok lepas subuh bergerak pergi tempat kerja. Baju kamu ada lagi di sini" putus Datin Seri. Dia risau jika berlaku sesuatu kepada bakal menantu dia nanti. Kajang dan Shah Alam bukannya dekat. Jauh.
"Taknak lah, mummy. Lia tak selesa."Atilia menolak ajakkan itu.
"Apa yang tak selesanya. Kamu dah tinggal di rumah ini dari kecil lagi kan. Kamu tak selesa dengan Mummy dah ke?" Datin Seri memaparkan riak sedihnya.
"Bu... Bukan maksud Lia macam itulah. Cuma, tak lama lagi kan Lia dengan Haq akan nikah. Lia tak selesa dengan Haq. Lagipun kami bukan mahramkan "Atilia mencipta alasan.
"Dulu boleh aje" Datin Seri masih lagi memujuk.
Alamak. "Mummy.. Itu dulu.. Mummy pun tahukan Lia dan Haq macam mana dulu.. sekarang ni... "
" Mummy, dia taknak tu. Jangan lah paksa dia" satu suara mendatar menyampuk perbualan mereka. Haq kini berada di belakang Atilia.
" Haq tak rasa, Haq boleh bertahan kalau Atilia tidur sini malam ni. " Ucap Haq terus tanpa berlapis.
Kata kata Haq itu lantas membuatkan kedua dua wanita itu diam, kelu. Atilia menggenggam kuat tali beg silangnya. Takut gementar bercampur aduk.
Apa yang Haq nak, Haq dapat. Apa yang Haq ucap , Haq buat. Ayat itu bermain di fikiran Atilia kini. Dan peristiwa lalu terlintas dia kotak fikirannya.
"Haq tolong, tolong jangan buat Lia macam ni.. " Atilia meronta kuat sambil menolak tubuh Haq dengan sedaya upaya.
"Apa yang Haq nak, Haq dapat dan apa yang Haq katakan Haq buat" lalu dibenamkan sekali lagi wajahnya ke leher Atilia.
Jeritan dan suara Atilia meminta untuk Haq hentikan perbuatannya tidak dihiraukan.. Kini hanya nafsu yang bermaharajalela di dalam diri Haq Hakiemi.
Setitik air mata jatuh di pipi Atilia tanpa sedar. "Lia..Lia.. Okay ke ni?" tegur Datin Seri apabila Atilia cuma diam menunduk sedari tadi.
Atilia tersedar dari kenangan lalu. Dia senyum hambar, air mata di lap supaya tidak diketahui oleh Datin.
"Okay, Lia okay. Atilia minta diri dululah. Maaf mummy, Lia tak boleh tidur sini, penuhi permintaan mummy " dia berasa bersalah tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu peristiwa berlalu berulang.
Cukuplah dia masih lagi kekal bersama dengan Haq dalam tempoh masa yang cukup lama walaupun perbuatan lelaki itu tidak dapat dia lupakan.
" Haq hantar Lia yer, boleh? Mummy risau. "pinta Datin Seri. Sekurang kurangnya dapatlah hilang kerisauan yang membelenggu dirinya.
Atilia diam. Begitu juga Haq. Dia berfikir sejenak kemudian melihat Haq. Lelaki itu cuma memandangnya dengan riak kau nak hampakan permintaan mummy yang ini jugak ke? Atilia mengeluh perlahan. Demi mummy.
"Baiklah" putusnya. Datin Seri senyum lagi. Beruntung mendapat anak dan bakal menantu seperti Atilia yang mendengar kata.
***
Perjalanan ke apartment Atilia hanya sunyi tanpa sebarang perbualan daripada mereka berdua. Haq fokus memandu keretanya. Beberapa ketika, dia melihat ke arah Atilia yang hanya melihat suasana malam di luar.
"Can I ask you something babe?" Soal Haq memulakan perbualan.
Atilia menoleh ke arah Haq yang sedang memandu. "Apa?" tanya Atilia.
"Kenapa selama ini, apa yang saya dah buat pada awak. Awak tetap kekal berada dengan saya? Banyak peluang untuk awak pergi tinggalkan saya. Tapi awak memilih untuk berada di samping saya. And I'm so surprised bila awak setuju dengan permintaan mummy untuk nikah dengan saya " Soal Haq sambil melihat ke arah Atilia.
Atilia diam seketika. "Entah. Tak ada jawapan untuk soalan tu. " Jawabnya tidak mahu memberitahu niatnya yang sebenarnya.
Kenapa dia masih berada di samping Haq? Belum tiba masanya lagi untuk memberitahu Haq.
"Sebab mummy ke? I think this is because of mummy, right? Even atas apa yang saya buat pada awak dulu, awak terima saya sebab mummy? " Haq membuat kesimpulan sendiri.
"No. Tak. Bukan sebab mummy! Saya just tak tahu. Mungkin sebab umur saya dah sesuai untuk kahwin. Jadi saya terima awak. " balas Atilia acuh tak acuh.
"Itu bukan jawapan yang saya nak Atilia. Saya dah buat awak mengandung hasil perbuatan saya. Tapi awak still pilih.. "
"Can you please stop Haq!" Suara Atilia naik seoktaf sehingga percakapan Haq terhenti.
"Please stop.. Saya tak nak dengar awak cakap pasal kisah lalu. Saya tak suka. I hate it. Can we just end the conversation? Saya penat" Atilia memusingkan kepalanya ke sisi tingkap kereta. Air mata jatuh setitis, segera dia mengelapnya. Tidak mahu menangis di hadapan Haq.
Haq diam. Bodohlah kau Haq. Kenapa terlepas cakap pasal isu itu lagi. Sekarang kau tengok. She in bad mood now.
"Lia... Saya tak bermaksud untuk cakap semua tu" Tangan Atilia diraih namun segera ditarik oleh Atilia.
"it's okay. Dahlah. Better kita diam saja." ujar Atilia. Haq cuma mengangguk lemah lalu meneruskan perjalanan ke Shah Alam.
Kenangan lalu..
Beberapa bulan selepas kejadian itu. Atilia dan Haq tidak bertegur langsung. Hanya bertegur pada perkara yang penting sahaja. Haq sudah tidak lagi seperti dahulu, dia hanya lebih banyak diam dan melakukan kerja kerja nya sahaja. Satu perubahan yang baik.
Mungkin pada mata Datin Seri, Atilia sudah berjaya membuat Haq berubah. Tapi tidak bagi Atilia, Haq diam disebabkan olehnya.
Selepas malam itu, Haq meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan tapi Atilia tidak mudah untuk memaafkan lelaki itu. Kesucian yang dijaga sudah tiada. Bagaimana tidak hancur hatinya, separuh dari nyawanya sudah tiada.
Mereka bergaduh teruk. Malah Atilia bersumpah dia tidak akan lagi anggap Haq sebagai abang angkatnya. Haq hanyalah orang asing di dalam hidupnya. Setiap kali Haq ingin berbicara dengan Atilia. Ingin bertanggungjawab atas apa yang dilakukan, Atilia akan menidakkan.
Atilia akan mencari alasan untuk mengelak.
Sejak dari itu, Haq berubah. Tidak lagi bersama perempuan lain. Hanya pulang ke rumah apabila habis waktu kerja. Masanya lebih banyak habis di rumah bersama mummynya. Dalam tempoh itu Atilia telah mencuri hati dan jiwanya. Dia jatuh cinta akan gadis itu. Sikap gadis itu. Dia terpikat.
Tetapi tidak bagi Atilia, Haq bagai mati dalam hidupnya. Atilia sangat benci kepada Haq. Apabila dia bertembung dengan Haq, dia akan mencari jalan untuk tidak terus bersama lelaki itu.
Tapi ternyata itu sungguh sukar dan perit. Atilia bagai menyeksa dirinya. Sering kali, dia menyendiri, apabila ditanya oleh Datin Seri dia hanya mencipta alasan supaya menutupi semua luka di dalam hatinya.
"Atilia kenapa pucat semacam ni? Demam ke? " soal Datin Seri risau melihat perubahan pada diri Atilia.
" Taklah mummy, Lia okay. Penat sikit dengan assignment dan projek tahun akhir" beritahu Atilia tidak mahu mummynya risau.
Haq hanya melihat ke arah Atilia. Something wrong with that girl. Desis hati lelakinya. Sesuatu yang buat dirinya takut. Takkan lah? Takkanlah ada benihnya di dalam rahim Atilia.
Kemungkinan itu mungkin, kerana sejak akhir ini, Atilia tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun sudah tiba waktu dia datang bulan. Dia perlu siasat.
Seketika kemudian, Atilia tiba tiba berlari ke dapur. Dia pergi ke arah singki dapur lalu memuntahkan segala isi makanan pagi tadi. Datin Seri yang mengikuti Atilia tadi mengusap perlahan belakang Atilia.
"Ya Allah, sayang. Atilia okay tak ni? Kita pergi klinik yerr. Takut something happen." Ucap Datin Seri penuh kerisauan.
"No mummy, Atilia okay. Tak perlu pergi klinik. Stress sikit aje ni." balasnya seusai membasuh mulutnya.
"Atilia naik atas dululah. Nak baring kejap. I'm okay mummy" Dia menyedapkan hati mummynya.
"Ha, baiklah. Hati-hati. Kalau perlukan apa-apa panggil mummy tak pun panggil Haq je" Atilia mengangguk perlahan lalu berlalu menaiki tangga ke biliknya.
Pintu bilik Atilia diketuk perlahan beberapa kali. "Masuklah mummy" balas Atilia dari dalam.
"No bukan mummy, aku ni" Haq menjawab.
"Kau buat apa dalam bilik aku. Keluar sekarang. " suruh Atilia keras.
" Mummy suruh kasi ubat ni " balas Haq lembut tidak terkesan dengan kata kata Atilia.
" Letak je lah situ. Nanti aku makan." balas Atilia acuh tak acuh. Kemudian gebar ditarik menutupi badannya. Sejuk.
"No, you need to eat now "ujar Haq dia duduk di sisi Atilia. Gebar ditarik oleh lelaki itu.
" Nah, ubat. Makan."suruh Haq.
Mahu tak mahu, Atilia mengambil ubat yang diberikan oleh Haq lalu ditelan olehnya. Air putih diteguk sekali.
" Dah boleh keluar kot. Benci aku tengok kau " suruh Atilia meluat.
Haq senyum hambar "Takboleh ke? , sekali ni sahaja kau hargai apa yang aku dah buat pada kau" tangan Atilia diraih tapi ditarik pantas oleh Atilia.
"Kesalahan kau tu terlalu besar berbanding apa yang kau buat pada aku sekarang" sebaknya ditahan. Tidak mahu nampak lemah di hadapan Haq.
"Forgive me please, " pinta Haq. Dia menyesal.
"Aku nak maruah aku balik. Baru aku boleh maafkan kau. Dah pergi." suruh Atilia menolak bahu Haq.
Haq tunduk. Bagaimana ingin beri semula maruah Atilia yang dirampas. Air mata lelakinya jatuh. Dia sungguh menyesal.
"Kau..kau mengandungkan. Anak aku kan" ujar Haq perlahan kemudian melihat Atilia. Dia tahu, Atilia cuba sembunyikan kebenaran itu.
"Kalau aku mengandung pun. Kau tak ada hak. Kau bukan siapa siapa bagi aku! Aku takkan gugurkan kandungan ni! " marah Atilia dia menolak Haq lagi
" Pergilah! "
Haq mencapai kedua belah tangan Atilia yang menolaknya." Aku akan bertanggungjawab. Please. Itu anak aku juga" pinta Haq. Dia menarik Atilia di dalam perlukannya.
"Tak, tak perlu. Aku benci kau Haq. Lepaskan aku" tangisan Atilia pecah jua. Dia menangis.
"Nangis lah, nangis lah puas puas. Aku ada dengan kau. Just, bagi aku peluang untuk aku bertanggungjawab "pinta Haq lagi.
Atilia diam. " Kau tak layak jadi ayah untuk anak ini. Kau bukan siapa siapa dalam hidup aku" Dia menolak tubuh Haq dan Haq melepaskannya. Haq diam, terkesan. Kali ini terkesan dengan kata kata Atilia.
Dia bangun, air matanya di lap.
"Aku akan bertanggungjawab. Aku janji" lalu dia berlalu pergi meninggalkan Atilia.
"Atilia.. Bangun dah sampai" panggil Haq apabila keretanya sudah tiba di hadapan Apartment milik Atilia. Bahu gadis itu disentuh lembut.
"Hrmm. Kejap mummy, 5 minit " ujar Atilia dalam keadaan mamai.
Haq tersenyum kecil. Comelnya. Dia menatap wajah Atilia yang sedang nyenyak tidur. Kasihan untuk mengejutkannya. Tetapi sudah lewat sangat esok dia perlu masuk office awal.
"Lia... Lia bangun" kejut nya lagi.
Dan kali ini Atilia terjaga. Dia membetulkan rambutnya.
"Eh, Sorry saya tertidur. Terima kasih hantar saya." Dia mencapai beg silangnya lalu keluar dari kereta tanpa melihat Haq.
Haq hanya tersenyum melihat gadis itu pergi.
***
Setelah selesai bersiap untuk ke tempat kerjanya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Butang hijau digeset. "Hello?"
"Lia.. Mummy masuk hospital and saya ada meeting sekarang. Please help me, Tak ada siapa sekarang nak tengok mummy" balas suara pemanggil cemas.
"Hey calm down, Saya pergi hospital sekarang. Awak mesej hospital mana " balas Atilia tenang.
"Thanks. I owe you. Lepas habis semua ni saya pergi sana dengan segera. " balas Haq.
Atilia tidak membalas apa apa kemudian dia menutup panggilan. Dia kemudian membuat panggilan ke pejabatnya memberitahu bahawa dia mengambil emergency leave hari ini. Dia bergegas ke hospital setelah mendapat mesej daripada Haq.
Okay ini untuk part 2 Nantikan part yang seterusnya okay? Jangan lupa untuk comments.
Assalamualaikum, okay,cerita ni agak klise dan membosankan sebab jalan cerita dia agak panjang. Ini hanya cerita semata-mata This story has nothing to do with life or death. The character selected does not reflect the personal life of the character. Any coincidence is mere fiction. Please do not copy this story. All right reserved 2020. "Coretlah kisahmu melalui hati yang tulus ikhlas " By, Nurul Shuhada. I LOVE YOU, MY MAID Nur Nizrin berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah agam yang besar bak istana itu. Hari ini, merupakan hari pertamanya menjalankan tugas sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Dia mengambil keputusan menjadi pembantu rumah kerana ingin menampung pembiayaian sekolahnya. Tanpa membuang masa, Nizrin menekan loceng rumah agam tersebut. Setelah beberapa kali menekan, tiba-tiba pintu pagar itu secara automatik terbuka. Terpacul seorang remaja lelaki yang hanya memakai tshirt putih berlengan pendek dan berseluar hitam pendek paras lutut....
Ulasan
Catat Ulasan