Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

You And Me (Bab 11)

Hey! Nah double update! Enjoy. Bab 11 Dia melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah siap di hias mengikut tema yang diinginkan Iaitu  Flower in the Garden . Tema bunga menjadi pilihannya seiring dengan rekaan terkini yang telah dia hasilkan. Erika tersenyum puas melihat pentas yang cantik terhias. Pada malam ini, dia mengenakan gaun  dusty pink  bercorakkan floral iaitu bunga daisi dan terdapat simpulan renda-renda halus di bahagian bawah gaun. Rekaannya yang simple dan menepati citarasanya. Dewan yang mampu memuatkan 600 orang dalam satu masa itu meriah dengan orang ramai yang sedang berbual sesama merek. Ada juga yang sedang menikmati makanan yang disediakan di meja bufet serta ada sekumpulan tetamu sudahpun mengambil tempat duduk masing- masing berhampiran dengan pentas peragaan. Alunan muzik   jazz daripada band tempatan membuatkan suasana majlis tampak elegan dan mewah. Tetamu yang dijemput pada malam itu terdiri daripada pereka fesyen terkenal dari dalam dan lu...

You and Me (Bab 10)

Sorry lambat update bab baru. laptop kita rosak haritu 😢 hantar dekat kedai sebulan yg lalu kelmarin baru siap dibaiki. Alhamdulillah. Okaylah, enjoy! Bab kali ni biasa je. Bab 10  Seminggu kemudian.. Matanya memerhati suasana yang sibuk dengan pekerja-pekerja  yang lalu lalang mengangkat meja, ada yang mengangkat kerusi untuk disusun di tepi pentas,  ada yang sedang menguruskan sound system,   tidak kurang juga yang sedang menghias pentas peragaan. Pekerja-pekerja hotel juga sibuk  menyediakan bufet makanan untuk para  tetamu yang bakal hadir memeriahkan acara pada malam ini. Dia hanya berdiri tegak sambil memeluk tubuh berhadapan  dengan  pentas yang dicantikkan lagi dengan lampu candelier. Bibir mengorak tersenyum nipis. Akhirnya usaha untuk mengadakan fashion show  yang dahulunya tergendala disebabkan kejadian lepas , kini berhasil dengan jaya nya . Sudah seminggu kejadian dia diculik oleh lelaki misteri yang dia sendiri tidak kenali. Ap...