Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

You And Me (Bab 9)

                                                                               BAB 9   "Love yourself the way you wish they did" Rumah agam di kawasan perumahan elit itu di perhatikan lama. Dia masih lagi berada di dalam perut kereta. Masih lagi tidak punyai kekuatan untuk berhadapan kedua orang tuanya. Selepas  sehari dilepaskan oleh lelaki itu, dia terus memandu kenderaannya ke sini kerana ingin melihat reaksi Mama dan Papa setelah beberapa hari dia hilang. Adakah mereka akan berasa lega setelah dia pulang hari ini? Nafas ditarik lalu dihembus lembut. Okay Erika, pergilah keluar dan tunjukkan diri kau. Setelah mengambil tas tangannya. Kereta dibiarkan berparkir di halaman luar rumah kerana dia tidak mahu berlama disitu. Selain dari berjumpa Mama, dia ada sesuatu perkara yang per...

You And Me (Bab 8)

                                                                                             Bab 8   “ Sometimes the worst place you can be is in your own head. ”     Mata yang cuba dilelapkan terasa sukar. Sudah beberapa kali dia memusing tubuh badannya ke kiri dan ke kanan. Tidak juga dapat melelapkan matanya. Penghawa dingin yang dipasang tidak mampu menyejukkan dirinya. Dia terasa bahang kepanasan  walaupun baju tidur sudahpun ditanggalkan . Mahu tidak mahu, mata dicelik memandang siling bilik. Sebelah lengan di letakkan di atas dahi.  Memikirkan semua yang  pernah  berlaku pada keluarganya dan juga terhadap Neldia. Nafas dihela terasa berat. Sudah bertahun, dia tidak dapat melelapkan matanya ...