Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

You and Me (Bab 6)

Nah bab 6 kita dah siap tulis.  Comment tau ! Kalau ada typo ke apa bagitahu. Enjoy 😊😊 “Worlds change when eyes meet.”     Sudah dua hari Noah tidak pulang ke rumah mewah itu. Erika pula dibiarkan tinggal di situ seorang diri tanpa siapa yang menemani. Peliknya, Erika tidak pernah cuba melarikan diri walaupun itu merupakan peluang keemasan untuk lari dari cengkaman Noah. Dia tidak tahu mengapa dia tidak keluar dari rumah itu. Perasaan ingin tahu tentang siapa lelaki itu dan apa kaitannya dengan Papa lebih menebal berbanding perasaan ingin melarikan diri. Lagipun jika dia melarikan diri pun, sudah pasti akan di tangkap semula. Lelaki itu sudah semestinya menyuruh orang suruhan ataupun kawan-kawannya untuk memerhati dirinya dari jauh. Walaupun selama dua hari kelibat Noah tidak kelihatan, lelaki itu tetap mengambil berat tentangnya. Setiap beberapa jam, akan ada orang perantaraan lelaki itu menghantar makanannya kepadanya. Dia dilanda kebosanan di dalam rumah yang berada ...

You and Me (Bab 5)

Saya rajin sikit hari ini. kita update awal sikit. huhu “Curiosity killed the cat.. -but satisfaction brought it back”   19:00 pm.   Laluan rahsia mebawa Erika ke arah sebuah pintu kayu yang berukiran. Dengan perlahan dia memegang tombol pintu kayu itu. Dia memejam matanya dan memulas tombol pintu. Klik! Mata terbuka. Pintu tidak dikuncilah. Taklah hebat mana lelaki itu, pintu pun tak dikunci. Dengan hati yang riang dan perasaan ingin tahu yang membuak, di a menapak masuk ke dalam bilik dan berdiri di hadapan muka pintu. Pintu ditutup kembali. Apa yang dia lihat adalah  ruangan seperti  bilik kerja lelaki itu. Ruang yang besar. Sangat besar. Namun bilik itu gelap dan suram kerana ditutupi dengan langsir berwarna biru gelap yang menghalang cahaya mentari daripada masuk. Bilik itu disimbahi cahaya  dari lampu dinding yang ada di setiap sudut  bilik .  Dia berjalan perlahan ke arah langsir yang agak tebal hingga mencecah lantai. Langsir di selak, dan deng...