Mini novel yang baru shuhada buat. mengisahkan tentang kisah di antara Noah Adrian dan juga Erika James. Genre dia adalah romance/action. kisah ini amat berat sedikit untuk hadam. tapi insyaallah, bila dah sampai tengah bab baru boleh faham sedikit demi sedikit. cerita ni dah lama terperuk dalam draft. cuma kali ini, rasa macam lebih baik post je daripada terperap dalam draft jadi perkasam. cerita ini belum habis ditulis lagi. masih panjang perjalanan dia. harap semua beri support :) YOU AND ME ( BAB 1) by, Nurul Shuhada Jari jemari lincah menari di atas papan kekunci. Mata tidak dialih sedikit pun dari skrin di hadapannya. Fokusnya hanya tertumpu pada kerjanya hingga diabaikan keadaan sekeliling. Setelah beberapa minit, butang simpan akhirnya ditekan selepas siap menilik hasil yang ditaip supaya tiada kesilapan dibuat. Siap kerja menaip nya, dia menolak sedikit kerusi yang diduduki dan merenggangkan badannya. Dua jam menghadap komputer riba jenama Apple itu membuat dirinya ...
And like the moon she had a side of her so dark, that even the stars couldn't shine on it; she had a side of her so cold, that even sun couldn't burn on it. - Abigail.J