Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

You and Me (bab 7)

 Hey! Sorry sebab dah lama tak update! Buat yg tunggu cerita kita. Ini untuk awak semua! Enjoy! BAB 7 Noah melangkah turun dari biliknya yang berada di tingkat atas. Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Waktu yang terlalu awalnya untuk bangun. Sudahlah semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan gadis itu. Perasaannya berkecamuk. Memikirkan tindakannya kepada gadis itu. Dia dapat lihat dengan jelas keadaan gadis itu mengatur nafas laju dan wajahnya dipenuhi dengan sisa air mata. Mungkin Erika tidak menyangka dia boleh bertindak sebegitu. Dia pun tidak tahu mengapa dia boleh bertindak sebegitu. Dia menyesal bertindak  melulu  kepada Erika. Dia tidak ubah seperti Edward,  mencabuli wanita tanpa kerelaan mereka . Arrhh,  shit betul! Dia berjalan mencari Erika. Dia tahu semalam gadis itu tidak naik ke atas. Dia terbaring tidur di sofa itu setelah Noah meninggalkan bersendirian. Kaki ber henti di ruang tamu rumah. Figura Erika tidak kelihatan. Mata meliar m...